pernah dengar cerite kapten john. jikalau anda bekerja sebagai tentera, pasti anda kenal dan pernah dengar cerite kapten john ni.
kapten john (sori aku dah cuba nak carik name penuh die tapi gagal) adalah seorang pegawai tentera darat british berpangkat kapten dan bertugas sebagai pegawai latih di malaya sekitar akhir 1930an dan awal 1940-an. beliau diberikan mandat untuk melatih askar2 melayu ketika itu yg baru sahaja ditubuhkan selepas pengambilan pertama (seramai 25 org anak melayu ketika itu ) menunjukkan prestasi yg baik. kapten john ditempatkan di kem port dickson, B company sebagai o.c company. (ketua kompani) dipercayai kapten john nie berpewatakan serius, tahap disiplin yg tinggi dan tegas orangnya. kalau pelatihnya tidur tidak gantung kelambu, pagi esok sure la dapat "hell". Hobi kapten John nie suke cek pelatihnya tido dari berek ke berek (dorm) kalau die duty malam (duty officer).
kemudian jepun pun menyerang Malaya. so askar british yg berada di malaya pun buat la pertahanan dan bertempur dengan askar jepun. ketika itu, bukan sahaja askar british yg terlibat dlm pertempuran battle of malaya ni. askar dari gurkha, india, dan beberape negara komanwel turut terlibat. termasuklah anak2 melayu ketika itu. pertempuran sengit banyak terjadi di sekitar kelantan, perak, negeri sembilan dan johor. ramai askar british yg terkorban dan menjadi prisoner of war @ POW
disebabkan british silap percaturan, jepun mudah menawan malaya. dalam masa lebih kurang 50 hari, bermula dari kelantan hingga ke johor bharu dengan mudah malaya jatuh jatuh ketangan malaya. akhir sekali pertahan british di singapura pun ranap dikerjakan jepun. dibawah pimpinan general yama****a, seluruh malaya dan singapura secara rasmi ditawan jepun.
ape terjadi kepada kapten john? beliau turut menjadi tawanan askar jepun @ pow setelah kompaninya kalah dalam satu pertempuran di sekitar negeri sembilan. beliau telah dibawa ke kem port dickson yg ketika itu dijadikan tempat tahanan POW. disitulah riwayat kapten john berakhir. sebelum dijatuhkan hukuman pancung kepala, kapten john ditanya apakah permintaan terakhir beliau. kapten john telah meminta sebijik telur rebus. permintaannya dimakbulkan tetapi belum pun sempat beliau mengupas telur rebus tersebut....ZASS!!!!!! tergoleklah kepala kepala kapten john ketanah.
ada cerita mengatakan mayatnya ditanam disitu juga, ade yg kate mayatnya telah dikebumikan di perkuburan wira perang dunia ke 2. dan ade juga yg kate kuburnya tiada sebab mayatnya dibuang entah kemana.
bermula dari situ, roh kapten john selalu dilihat. bukan setakat kat kem port dickson, tapi kat kem2 lame sure ade orang pernah trnampak kelibat kapten john. selalunya mat2 askar jumpe beliau lengkap memakai pakaian hijau (jungle green), berseluar pendek tetapi tiada kepala. berjalan mundar mandir tengah2 mlm seolah olah sedang bertugas di sekitar kem. ade jugak yg cerita pernah ternampak pegawai pki baju numb 1 (putih) bwk pedang ditangan kanan sambil menjinjit kepala dengan tangan kiri. bygkan klu korang trjumpe..org takde kpale brjalan dengan bunyi tapak kasut berdetup detap.
member aku pun pernah cerite die ade sekali tersampang dengan kapten john semase tengah jadi sentri malam. mase tu die belum tamat latihan rekrut di port dickson. mulenye ok je, die pun boring la sebab sorang2 je kene jadi sentri ni. so die pun hisapla rokok sebatang. untuk mengelakkan dari jurulatih nampak, member aku nie pun pg la panjat ke top roof n lepak kat tangki air. tengah sedap2 isap rokok tibe2 terdengar bunyi tapak kasut kat belakang die. ingatkan buddy bilik datang carik nak join isap rokok sekali, sekali toleh orang takde kepale da!!! apelagi member aku pun bukak langkah seribu la. lepas tu die pun tak ingat mcmane die boleh sampai kat bilik. lepas tu member aku demam.
buddy skot aku name khairizal plak pnh jumpe mase baru lepas escort sorang duty graduate officer ke bilik. mase tu kami masih dalam basic junior officer course. malam tu, tetibe je pgawai graduan tu ketok pintu bilik member aku ni n request temankan die balik ke penempatan senior. member aku pun tak heran la sangat, mungkin pasal pegawai tu perempuan member aku pun on je la. sepanjang perjalanan tu sikitpun pegawai perempuan geraduan tu bersuare. walhal minah tu mmg jenis mulut kepoh. so lepas selamat hantar graduate tu, member aku pun balik la ke cadet mess @ out 3. jauh jugakla dari OUT 1 ke OUT 3 tu. kene lalu blok OUT 2 yg kosong (penempatan pegawai kadet kanan tetapi diorang pg sea training) dan kene lalu bangunan admint. member aku nie ambik keputusan untuk lalu di padang kawad, terang sikit. mase turun dari tangge tu, member aku sempat tengok jam, lebih kurang pukul 130. n bile die pandang depan balik je, tu dia!!! ade sumbody tengah terpacak berdiri kat mast head (tiang bendera) dlm keadaan salute, lengkap dengan baju number one wane putih. mulenye member aku ingat skot2 aku jugak yg kene dengki or kene taji dengan senior. tapi makin dekat, barula member aku perasan orang tu tak berkepale. apelagi, langkah seribu la. keesokan harinya, kecoh lah jugak cerite tu. pegawai graduan tu pun bukak cerita jugak kenape die mintak member aku tu temankan die balik ke blok OUT1. mase die habis tugas lebih kurang pukul 1230, die pun bersiap la nak balik ke bilik. mase lalu di tengah padang kawad tu, die dah ternampak ade lelaki duduk kat tepi tangge. die pun ingat duty lt muda tengah belit duty. than die perasan mamat tu takde kepale. so die pun kebelakang pusing!! cepat lari!!!
ade banyak lagi cerite pasal kapten john ni. paling klako aku dengar klu tak gantung kelambu. sedar2 esok dah kat tengah padang kawad or padang bola. aku tak pernah jumpe, tapi mase aku pergi ke kem tebrau j.b ade la satu malam tu aku terdengar bunyi tapak kasut orang berjalan. pukul 2 pagi beb. teros aku berpeloh2. lepas tu bunyi tu boleh berhenti betol2 depan katil aku. pergh lagi la mencurah2 peloh aku. aku pun bace la ayat kursi berkali kali. sedar2 dah azan subuh. nasib aku baik agaknya.
lagi satu, yg aku dengar kapten john nie cukup pantang klu ade orang simpan telur rebus kat dalam locker. sure kene haruk satu bilik. siap terbang locker klu silap hari bulan.
siapa kapten johnsebenarnya, aku pun kurang pasti sangat la. tu je la cerita yg dapat aku kongsi.
susah nak cakap coz yg aku tau dia tu english, rank captain in royal army dan servis di Malaya semasa perang dunia ke 2. tapi dari sumber2 dia ni mmg wujud. klu korang nak selidik lagi, pg la tanye bapak2 korang or pakcik2 korang yg ex servis tentera.