Cerita benar dari salah sorang sepupu lelaki aku. Berlaku sekitar tahun 1999. Citer berkisar dlm kereta la juga.
Edi baru balik kerja di sebuah sykt engineering di JB. Setiap hari dia berulang alik dari JB ke rumah emaknya di Pontian.
Disebabkan dia dah biasa berulang alik dan tak pernah berlaku sesatu hal, dan dia pun bukan jenis penakut..dia memandu dgn penuh yakin. Hinggalah ke satu mlm, sekitar pukul 10 mlm dia lalu di hadapan kawasan empangan (PUB) antara jln johor ke Pontian.
Dgn tak semena2, semasa korner, pintu belakang keretanya terbuka dgn sendiri pastu tertutup pun sendiri. Kereta tgh bergerak ni. Ingatkan dia terlupa nak tutup pintu. Edi berhenti sekejap di tepi jalan. Dia cek pintu keter. Aik...kunci pulak. So..dgn selamba dia masuk balik ke dalam kereta dan teruskan perjalanan. Dlm perjalanan tu, dia dengar mcm ada bunyi org duduk di belakang. Bunyi mcm org beralih2 tempat duduk. Tapi tak nampak ape pun. Lagipun segala mcm file dgn folder dia letak kat blakang. Beralih2 masa corner gaknya. Tu yang dia buat tak kisah je. Ala..perasaan je..katanya.
Bila dah sampai ke rumah, sebb letih agaknya, Edi terus tukar baju dan tertidur dia atas sofa di bilik tamu. Namun lepas sejam dua dia terlelap..dia terbangun bila terdengar suara org. Dia jeling skit, nampak cam ada perempuan berdiri kat tepi sofa. TAdi si Edi ni tidur balik sbb dia dok ingat kakak dia yg tegur dia sbb tidur kat sofa.
Esok pagi tu, dia bangun lewat sbb hari minggu. Dia terus je ke bilik air, bukak t-shirt. BIla air shower terkena je kat belakang badan dia, terus menjerit kesakitan. RAsa cam pedih. Dia pakai tuala, dia minta mak dia cek kat blakang badan dia.
Huissyy...bercalar2 belakang badan dia rupanya. Mcm kena cakar. Baru la dia teringatkan peristiwa yg berlaku masa dlm perjalanan balik. Kakak dia pun takde kat rumah mak dia, sbb husband dia dah dtg jemput balik petang semalamnya. Abis saper pompuan yg berdiri kat tepi sofa tu?
Sejak tu, Edi seboleh2 nak balik awal. Penakut juga mamat tu. Tapi dah lama lepas tu, dia balik lewat lagi. tiap kali jumpa dia aku gurau dgn Edi..'ko amik je 'mende' tu jadi awek ko je la alang2 dah takde makwe tu' . Lepas tu aku lari, sbb dia mesti nak lukuk paler aku.