Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Citer aku kat Sabah


Senior Member

Status: Offline
Posts: 119
Date:
Citer aku kat Sabah


Salam semua peminat GC. Aku dah lama dah nak tulis citer ni tapi malas.. ni tetiba terajin aku nk story ckit pasal pengalaman aku dok di felda kat Sabah.Ayah aku kene pindahkan ke Sabah 8 tahun lepas. Best, first time aku naik flight. Heheheh seronok nyer. Skunk, dah tak rasa haper dah. Tiap-tiap bulan aku kena naik. So berbalik kepada citer aku balik. Kami bertolak pada waktu pagi dari Semenanjung. Sampai sana dalam tghari klu tak silap. Pastu ada la orang jemput dari sana. Staff kat situ jugak la, naik hilux. Masa ni kereta ayah aku kat laut lagi, biasa la klu pindah ke Sabah kete and all other stuff kene naik kapal laut. Perjalanan nak masuk Felda agak kurang best sebabkan jalan masa tu tak best lagi. Jalan still jln merah. Berasap punggung aku dok dalam hilux tu. 

Dalam masa berapa jam tah, aku n family sampai. Sesampai jer kat sana, aku n adik aku nombor tiga tak nyempat-nyempat terus naik umah. Tak sempat ayah aku n mak aku nak bagi salam pun. Sebab aku dah penat sgt so aku tak larat nunggu2 lagi kat bawah tu. 

Malam pertama: adik aku yang kecik sekali (no.4) masa tu umur 2 tahun asyik nangis jer. Jari dia asyik menuding kat dinding dia akan cakap booh, booh. (macam bunyi lembu). Mak aku dah tak sedap hati masa ni. Pastu mak aku wat cmner tah, adik aku pun berenti nangis then tido.

Minggu kedua, aku dan adik aku nombor dua masuk asrama kat Merotai Besar. Citer kat asrama ada gak yang best. Nanti la aku citer page lain. Berbalik kepada citer tadi,satu pagi, mak aku n adik aku yang nombor 4 tinggal kat umah, adik yang nombor tiga g sekolah rendah. Macam biasa la, suri rumah dok umah wat apa lagi, wat keje umah la kan. Biasanya, kalau mengemas mak aku akan mulakan dari dapur. Umah Felda biasanya bahagian dapur akan diperbuat daripada batu, cam umah batu la kan. Bahagian atas akan diperbuat dari kayu. so separuh kayu, separuh batu. Jadi klu kita berjalan dengan hentakan yang kuat kat bahagian ruang tamu akan dengar la kat dapur. Lupa nak citer macam mana bentuk umah aku tu. Pintu masuk umah aku terletak di bahagian tgh depan bhgn ruang tamu. So klu buka pintu umah tu gerenti nampak sampai dapur. Pastu kat bhgn kanan ruang tamu ada lorong untuk ke bilik. Ada 3 bilik. Sambung citer balik, masa mak aku tgh wat keje umah, tetiba mak aku dengar ada orang jalan kat atas umah. Mak aku ni lari la naik umah, dari dapur tgk kot ada orang, tgk takder aper. 

Mak aku turun dapur balik. Lepas tu dengar lagi, mak aku da buat derk jer sbb dia dah tahu apa benda alah tu kan. Malam yang seterusnya. 

CIter kedua berlaku sebelum minggu kedua aku dan adik aku ke asrama. Satu malam tu, ayah aku takder ,,pi Tawau amik kete, aku ada citer kan yang kete naik kapal so seminggu lepas tu baru sampai. Jadi yang ada hanya mak aku, aku n adik beradik aku yang lain. Citer ni berlaku pada adik aku yang nombor dua, aku dan mak serta adik yang lain dah tido. Masa tu, aku tido kat ruang tamu ngn nombor 2, dan 3. Mak n adik bongsu tido dalam bilik. Adik aku yng no 2 ni suka dengar radio. So dia dengar radio sorang-sorang, yang lain tido. Tgh2 dengar tetiba radio tu hilang siaran, bunyi macam siaran terputus. Dia pun pi la tune siaran lain kot dapat. Tapi sia-sia jer sebab semua siaran hilang. Pastu baru dia perasan, bunyi cengkerik, katak (masa tu bawah umah aku byk katak), semua hilang. Tetiba, ada bunyi suara budak menangis, hilang bunyi tu, datang pulak bunyi perempuan mengilai, adik aku ni start la takut. Dia try kejutkan aku tapi heheheh biasa la cam citer2 mistik yng lain, maner pernahnya org sebelah kita terjaga klu kita gerak pun kan? So adik aku ni start la baca doa, tak ilang gak. Tetiba adik aku dengar kete ayah aku dari jauh (ehhehhehe kete ayah aku special sikit, tah apa dia letak kat enjin tah, bunyi dia berbeza ngn kete lain) so adik aku tau la ayah aku nk sampai dah.Radio yang hilang siaran tu tetiba ada balik, bunyi cengkerik dan katak datang balik. Adik aku punya la lega.

Citer ketiga, ayah aku ni ada satu kawan pernah satu Felda, Selepas setahun pindah ke sabah, kawan ayah aku ni kena tukar ke Sabah jugak. Felda dia tak jauh dari Felda kitaorg, so ni dah jadi sesi jejak kasihan la kan...

Satu hari,dia datang ngn family ke umah kita orang bawak hajat. Bukan hajat nk meminang yer.. hajat nk berubat. Ayah aku ni boleh la sikit2 ubatkan orang. Diaorg suruh ubatkan org yang keje kat umah diorg tu. Diorg ni buka kedai makan so ada la pembantu. Dengar dari citernyer, budak perempuan ada masalah hantu raya. Malas la aku nk amik port, tak tau la kenapa masa family tu datang aku kurang suka. Biasanya aku ok jer. Ayah aku tolak ngn cara baik. Ayah aku ni bukan semua org dia ubat, dia memilih gak sbb kalau ada apa-apa yang tak kena, bukan setakat dia tapi kita orang semua akan dapat musibah nanti. Maksud aku gangguan. 

So family tu balik la dengan hampanya. Nak dijadikan cerita malam tu, tengah lena diulik mimpi, tiba2 adik nombor tiga kejutkan aku. Hish, kacau betul budak ni. Aku dah sedap2 tido lena, dia kacau, Aku tanya la dia kan nak apa? Pastu dia mintak aku tukar tempat tido ngn dia. Dia tido ngn aku satu katil, queen size, yg no dua tido sorang, single -bed. Katil kami tepi tingkap n Yang no 3 ni tido sebelah tingkap. Back to story, aku pun bangkit la tido tempat dia, dia tido tempat aku. Baru jer nak lelapkan mata, aku tetiba rasa semacam, ader yang tak kena, rasa seram sejuk. Hmmm... aku ni cepat sikit klu bab instinct pelik2 ni. Patut la adik aku nk tukar tempat. Ada yang tak kene upernya. Cet. PAstu dalam suara slow aku tanya dia, Kak Yang (nama panggilan utk no.3) ada rasa apa? Hmm dia pun story la, dia terbangun tiba2 waktu sebelum dia belum kejutkan aku tu, n dia rasa takut yang amat sgt. Tgh2 borak, tetiba adik no 2 aku bersuara. La....aku igt dia tido uper dah bangun. Dia tanya naper kak? aku pun cite la sikit.

Aku baca2 doa, Still tak berkesan. Ada rasa tak senang dalam bilik tu. Aku ajak no 3 ni amik air sembahyang mengaji. Masa tu dekat2 kul 3. Aku rasa masa aku mengaji ada yang tersilap tang bacaan sebab aku rasa takut lagi, adik aku no 2 tu pun cakap yang ada aku baca salah. Lupa nak citer, masa aku tgh2 mengaji tu, tiba2 aku dengar ayah aku azan, aik heran lak aku tetiba ayah aku azan tgh2 kul 3 pagi ni.Dari azan tetiba ayah aku iqamah, aik??? Ni lagi pelik ni. Pastu senyap. Aku bangun pergi ketuk bilik ayah n mak aku. 

Aku masuk jer bilik tu tetiba adik aku yg bongsu yg tido sebelah mak aku nangis. Mak n ayah aku terjaga. Mak aku tanya kenapa, pastu aku citer la kan. Tetiba ayah aku citer dia mimpi di dikelilingi beruk, banyak sangat sebelum aku kejutkan diorg. Beruk tu ada dalam sangkar dan ada yg kat luar. Beruk2 tu keliling mak aku so ayah aku ni dok protect mak aku la kan. Dia azan, tu yg aku dengar ayah aku azan kul 3 pagi tu. Tiba-tiba dia tersilap terbaca iqamah pulak. Beruk2 tu gelakkan dia, ayah aku geram nak bakar beruk ni ngn ada la doa dia aku tak tau, tapi tiba2 dalam mimpi tu atuk n nenek aku datang, tak kasi bakar sebab ada di antara beruk ni dimiliki oleh orang. Jadi klu ayah aku bakar, tuannya akan teruk juga, akan sakit.Ayah aku tak jadi bakar.  Mak aku ada mimpi juga tapi tak igt apa tah mimpi dia.

Pastu baru la adik aku yang no 2 yang aku igt tido  tu buka mulut, sebenarnya dia terjaga dari awal dari no 3. Sebelah bilik aku tido ada satu tong besar berbentuk petak yang diletakkan ats pelantar. tong ini untuk tadah air, kita orang kepong kawasan tadahan air tu ngn kayu kawasan sebelah bilik aku tu utk buat bilik air in case klu tak der air blh mandi kat luar. Sabah ni selalu air dicatu so kena tadah air. Citer dia begini, dia terbangun sebelum no 3 tu bangun. Dia nampak melalui tingkap bilik kami ada satu lembaga duduk bertenggek atas tong tu,badan macam beruk tapi besar. Aku sebenarnya heran, macam mana tingkap tu boleh terbuka sebab aku dah tutup sebelum tu (klu tak salah la), 

So after dgr citer adik aku tu, ayah aku bangkit dari tmpt tido dia, dia pergi ke ruang tamu baca something (aku tak tau apa). Masa dia baca ada bunyi macam cengkerik tp lain ckit bunyinya, lepas baca tu, dia macam bertempik, "Klu kau tak pergi, aku akan bakar kau!"... Macam tu la citer nyer. So esok pagi nyer, mak aku buka citer , dia mmang rasa tak sedap dah masa kawan ayah aku tu datang. Padan la masa diorg dtang aku tak suka, sebab benda tu dah ikut sekali atas keter ker, dlaam kete ker, aku tak tau.. Nanti aku update lagi citer kat asrama plak..oh lupa nak citer, gangguan kat umah aku tu berenti setelah mak nk ayah aku buat kenduri bacaan yassin beramai-ramai. Tu pun selepas sebulan sebab barang sampai lambat, naik kapal laut kan.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 512
Date:

0o0oo..... beruk sape la tu terlepas...
biasa la tu rumah baru selalu ade kisah mistikus ...... .

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 119
Date:

honeybees wrote:

0o0oo..... beruk sape la tu terlepas...
biasa la tu rumah baru selalu ade kisah mistikus ...... .


 bukan mistikus la....kisah mistikangggggg 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 512
Date:

betul la mistikus... (mistik + tikus) kalo tak de tikus mesti ade mistik.... kalo tak mistik.. mesti ade cik tikus....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

wah... adik angkat aliza misbon buleh telepas sampai kat sabah.... siap buleh buat sarkas kat tong air lak tuh.... sungguh jaguh adik angkat aliza misbon yg tak gosok gigi itiew.......... kih kih kih

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

camane ler asabi ni blh smpi ke sabah plk. Siap bwk rakan kongsi pergi behari raya lagi. Apa la ko ni asabi. lu langsi lu mati!..

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Senior Member

Status: Offline
Posts: 119
Date:

aku baca balik cter aku..baru aku sedar something. Tang ayah aku cakap nk bakar tu kan, hik hik hik nasib baik benda tak jawab, "Kita Bakor ajer, Kita bakor ajer"!!!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

kite bako~!~
ahha.sip bek atu 2 xtgok ag atu kak limah..ahha

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard