Saya Farra dau ingin berkongsi cerita. Walaupun saya pernah mengalami beberapa gangguan sebelum ini tetapi kisah yang ingin saya sampaikan ini bukan terjadi kepada saya tetapi berlaku terhadap seorang kakak yang bernama Emma.
Saya bertugas sebagai seorang jururawat di seberang tambak. Kak Emma yang saya sebutkan awal tadi merupakan jururawat yang saya kenal ketika saya masih lagi menjadi pelajar pelatih. Waktu itu saya menjalani latihan praktikal di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Selepas seminggu di sana saya menjadi rapat dengan Kak Emma. Macam2 cerita yang dia kongsikan kepada saya termasuklah cerita tentang sahabat baiknya yang bernama Viana. Apabila cerita ini diceritakan kepada saya, saya rasa agak terkejut dan langsung tidak percaya tetapi inilah yang berlaku.
Viana sahabat baik Kak Emma, berasal dari Sabah. Orangnya cantik, lemah lembut tetapi petah bercakap. Mereka sangat akrab kerana kedua-duanya bekerja di wad yang sama. Hendak dijadikan cerita, pada malam kejadian aneh itu, Kak Emma bertugas syif malam, dan digandingkan bertugas bersama Viana dan dua orang rakan lagi. Kak Emma memberitahu Viana kadangkala akan datang lewat sedikit ke tempat kerja kerana rumahnya agak jauh dari hospital. Apabila jalanraya sesak, mesti Viana akan sampai lambat ke tempat kerja. Waktu masuk kerja malam ialah jam 9 malam dan pulang jam 7 pagi.
Pada malam itu jam sudah menunjukkan 10.30malam. Kak Emma tidak rasa syak apa-apa pun apabila kelibat Viana masih tidak sampai. Sedang dia membuat kerja di kaunter tiba-tiba Viana muncul. Apa yang menghairankan Kak Emma apabila dia terlihat wajah Viana dia sangat terkejut. Viana nampak letih, mukanya pucat dan langsung tidak bercakap seperti kebiasaannya, lalu Kak Emma menegur. "Eh Vian lambat pulak engkau sampai, teruk ke 'jam'?" tetapi Viana mendiamkan diri. Kak Emma bertanya lagi, "Engkau ok ke tidak ni? Pucat aje aku tengok, macam hantu pun ada. Kenapa kau tak 'make-up' malam ni? Selalu bergaya kalah artis..." kata Kak Emma sambil ketawa dengan niat bergurau, tetapi Viana langsung tidak memberi sebarang jawapan kepada Kak Emma. Viana terus ambil troli ubat dan terus menolaknya ke bilik pesakit yang paling hujung dan masuk ke dalam bilik itu.
Kak Emma yang berada di luar berasa pelik. Kenapa dengan sahabat baiknya pada malam itu? Lantas tanpa mahu berfikir yang bukan-bukan, Kak Emma terus membuat kerjanya. Rakan-rakan lain pula mengandaikan Viana mungkin sedang alami masalah. Kira-kira jam dua pagi Kak Emma mendapat panggilan telefon dari rakannya Liza. Liza juga merupakan jururawat di wad yang sama. Dengan nada menangis dan teresak-esak, Liza memberitahu, "Emma... Viana, Emma... Viana..." Kak Emma bertanya dengan rasa pelik, "Kenapa dengan Viana?" "Viana kemalangan dalam perjalanan pergi kerja tadi. Kereta dia masuk gaung baru jumpa tadi... Viana dah tak ada Emma... Dah tak ada..." kata Liza.
"Eh kau jangan bergurau Liza. Viana ada datang kerja tadi. Dia tolak troli ubat tadi beri ubat pada pesakit. Kau jangan nak mengarut. Sumpah aku dengan yang lain nampak dia..." jawab Kak Emma. "Ya Allah... Emma aku tak main-main... Viana memang dah tak ada... Aku dah ada kat hospital tunggu bedah siasat... Kau tolong beritahu yang lain...'' kata Liza lagi.
Kak Emma dengan rasa terperanjat dan tidak percaya terus mencari Viana. Dari satu bilik ke satu bilik tapi tiada. Yang ada hanyalah troli yang ditolak Viana pada awalnya. Kesemua petugas dan jururawat di wad terkejut dengan kejadian yang berlaku pada Viana, terutamanya kejadian yang berlaku pada Kak Emma. Siapa sebenarnya yang datang bekerja pada malam itu? Roh Viana atau jelmaan syaithan yang ingin mengganggu? Wallahua'lam...ri Johor Bahr
biasalah cerita2 orang terserempak kali terakhir dengan fulan, padahal si fulan tu dah arwah kat tempat lain, ntah tu syaitan yang ngan agendanya atau roh si mati yang terlampau terkejut menemui ajalnya..