Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah seram keluargaku...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:
Kisah seram keluargaku...


As salam semua... zad newbie kat sini... kalau ada salah dan silap tolong beritahu ya...zad nak share cerita-cerita seram yang pernah dialami oleh kami satu keluarga,,,

 

Kisah ni berlaku pada tahun lepas... adik  kena menyiasat satu kes... kematian mengejut salah seorang peserta kem... (adik tak bagi dedahkan kem apa.. sori ye...) bila sampai di kem tersebut macam biasa la menyaisat apa yang patut dan menyoal apa yang berkaitan... sememangnya kematian peserta ni mengejutkan... meninggal dunia sewaktu tidur... sedangkan peserta tersebut sihat seperti yang diceritakan oleh rakan-rakan kem.
Setelah selesai segalanya, adik membawa jenazah ke hospital untuk dibedah siasat... Adik menyaksikan bedah siasat dilakukan.... Bedah siasat dijalankan secara terperinci. 
Setelah selesai otopsi, adik membawa pulang kembali beberapa spesimen... dia pulang untuk membuka fail siasatan dan membuat beberapa laporan tentang kes yang telah disiasat.
Semasa sedang menulis laporan kedengaran pintu bilik adik diketuk berkali-kali... Adik suruh masuk kerana dia menyangka anggotanya yang mengetuk pintu... Lepas beberapa ketika suasana sunyi seketika... cuma seketika... ketukan lebih kuat terjadi selepas itu... Adik mula rasa lain pada ketika itu... walaupun begitu dia suruh anggotanya masuk... dan ketukan masih lagi berlarutan... "Masuklah... aku baru ja siasat kes mati... jangan main2....' dan akhirnya dia bangun dan membuka pintu.... tiada siapa-siapa di luar... adik meneruskan kerjanya...
Dan ketika ini... bukan sahaja pintu diketuk malahan juga pintu biliknya digocang-goncang berkali... Masa ni adik baru teringat akan spesimen yang dibawa pulang...
"Aku nak tolong hang nih.... jadi jangan kacau aku buat kerja" kata adikku lagi... suasana hening seketika...
Tak lama lepas tu... terdengar bunyi pintu dan tingkap kaca dicakar berkali-kali... adik memang cuak masa tu... tapi dia masih lagi meneruskan kerjanya... 
"Janganlah kacau aku.... pi kacau la orang lain... Aku nak buat kerja nih"..
Kali ini goncangan pintu makin kuat... dan pintu hampir-hampir terbuka.. dengan sepantas kilat dia berlari keluar dan terus pulang ke rumah... di rumah dia membuka ayat2 suci Al Quran... nasib baik gangguan berhenti... Malangnya esok kena marah teruk dengan OC sebab tak selesaikan kertas siasatan....



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Tahniah sebab tak menggunakan bahasa sms yer,sedap mata membaca.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

terima kasih... InsyaAllah takkan gunakan bahasa SMS sebab sendiri pun tak pahambiggrin



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 512
Date:

lepas tu ape jadi... apekah spesimen yang di bawa pulang tu, ape kah yang sebenarnya terjadi kat budk yang mati tu.... sakit ape? apekah keputusan siasatan tersebut.....?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

"Lepas tu ape jadi..."

Esok tu adik kena marah aja la... tu ja...

"apekah spesimen yang di bawa pulang tu,"

Tak tanya pulak adik spesimen apa yang dibawak balik.. 

"ape kah yang sebenarnya terjadi kat budk yang mati tu.... sakit ape?"

kalau ikut cerita adik zad... pada petang tu dia ada makan buah-buah makan rambutan.. durian, manggis.. macam tu lah... lepas tu diaorang nih macam ada satu rutin... kena lari2 berapa km tak tahulah... bila dia meninggal darah tak berhenti-henti keluar dari hidung dan mulut...

apekah keputusan siasatan tersebut.....?

kematian mengejut... normal... paru-paru berair... yang tu ja zad tahu..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

ini adalah kisah yang terjadi pada diri saya sendiri.... Terjadi sewaktu menghadiri program motivasi dan perkhemahan... beberapa kejadian aneh dan misteri telah berlaku....
Pada hari pertama semuanya berjalan lancar... cuma hati berdebar-debar bila teringatkan sessi burung hantu akan dijalankan lewat malam nanti... Akhirnya acara yang tak dinantikan tu tiba jugak... setelah fasilitator selesai memberikan taklimat kami diberikan password untuk diingati.. maka bermulalah episod yang tak pernah terjangkau oleh pemikiran kami..
Semuanya berjalan dengan lancar apabila fasi mula mengutip peserta setelah dibiarkan bersendirian beberapa ketika... bersyukur kerana tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa ditinggalkan bersendirian hanya bertemankan cahaya lilin... Cairan lilin yang jatuh tidak disedari walaupun kalau terkena sedikit rasa panas dan menyakitkan..
setelah itu kami berkumpul... agak lama jugak kami dibiarkan begitu... ada beberapa orang peserta merungut-rungut kerana sudah mengantuk... Walaupun begitu kami masih lagi menanti dengan penuh sabar bila kami akan dibenarkan untuk pulang ke khemah masing-masing. Pada masa ini sempat juga kami bercerita mengenai pengalaman yang kami lalui bersama tadi...
Setelah beberapa ketika... masih tiada lagi tanda-tanda yang kami akan dibenarkan untuk kembali ke khemah... tapi mula terperasan dengan fasi dan urusetia bercakap-cakap sesama mereka... Tak lama selepas tu kami nampak ada beberapa orang kampung berada bersama-sama dengan kami... Dan setelah itu seorang dari fasi memberitahu bahawa 2 orang rakan kami masih belum ditemui.... dan menyuruh kami membaca ayat2 suci Al Quran... masa tu memang seram yang teramat... Pencarian bersama-sama dengan orang kampung bermula... Tak lama selepas tu 2 orang peserta dijumpai... mereka dalam kebingungan... setelah itu mereka diberikan minum air yasin bagi memulihkan semangat mereka...
dan fasi bertanya pada mereka pergi ke mana dan mengapa tak mengikut arahan... sebaliknya mereka menjawab yang mereka memang berada di tempat di mana mereka ditinggalkan... dan beberapa kali mereka namapak fasi lalu lalang di hadapan mereka.. dan beberapa kali mereka memanggil fasi2 tersebut.. dan tidak ada siapa yang menyahut panggilan mereka...
Kami ingatkan perkara tersebut habis disitu sahaja.. sebaliknya berlarutan sewaktu kami mengira berapa orang peserta setelah selesai aktiviti burung hantu dijalankan.. Kali ini lebih mencabar apabila bilangan peserta bertambah seorang.. pada mulanya kami menganggap tersalah kira... berulang kali dikira termasuklah menyebut nombor dan mengira satu persatu... jumlah masih lagi lebih seorang... akhirnya seorang fasi menyuruh kami yang beragama islam untuk membaca surah Al Fatihah dan ayat kursi... Selesai membaca barulah bilangan kami mencukupi... yang menjadi misteri di manakah makhluk Allah itu duduk semasa mengira jumlah peserta... huhuhuhuhu...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 512
Date:

pernah gak jadi kat aku dulu..... huhu.. kes men burung anto ni lah tapi ktorang jalan bergroup pegang lilin... terlebih sorang dalam group.... huhu

tak patut betul skolah2 buat program2 mcm nie... kang dia sorok budak2 tu langsung takjumpe naye je family budak tu n sape yg menganjur program sebegitu... aku tak sokong langsung......!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

alah...ko xyah la heran sangat...makhluk tu ada je kat situ sebenarnya..
yg pakai maskot lebah...dh lama sgt ngidam nk main burung hantu...
kan madu lebah kan....kan...

__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

betul.. sokong... benda2 macam nih kadang2 boleh melemahkan lagi semangat..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

Kisah ni diceritakan oleh adik saya... semasa tu dia berada di Melaka... yang sorang nih memang aktif.. pernah mewakili Melaka dalam karate peringkat Sukma...

Kelab karate adik ni buat rombongan ke Bukit Loteng.. ada perkhemahan dan pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh coach karate nih.. yang juga berbangsa India...dan 60 orang turut serta termasuklah adik saya nih...

Sampai ke destinasi yang dituju rombongan ni kena berjalan masuk ke tapak perkhemahan kerana bas tak dapat masuk... Perjalanan ke tapak perkhemahan mengambil masa sejam.. Pada hari pertama aktiviti berjalan seperti biasa...

Sehinggalah masuk ke hari kedua di mana aktiviti mendaki Bukit Loteng.. Sessi pendakian dimulakan pada pukul 5 petang. Turut serta dalam rombongan ni adalah juru pandu dan juga beberapa orang fasilitator... Sampai di pertengahan jalan adik saya dimaklumkan dengan keadaan seorang budak perempuan nih... pelik sangat kelakuannya... adik juga merupakan ahli jawatankuasa.. Menurut adik kelakuan budak perempuan ni memang pelik sangat... dia degil tak mahu mendengar cakap...dia tak mahu berjalan beriringan bersama-sama rakan... kelakuannya kadang kali ketawa, kadang kala marah-marah dan juga menangis... di telinganya ada earphone... Melihat perlakuan budak yang pelik nih urusetia dan fasi buat keputusan membatalkan rancangan mereka mendaki... Semua pulang ke tapak perkhemahan....

Walaupun begitu budak perempuan tu tak balik terus ke tapak khemah... sebaliknya dia terus turun ke bawah.. di bawah ada kolam air untuk mandi dan juga beberapa saliran air... tempatnya memang dalam... kata adik memang tenggelam la dia kalau masuk ke dalam kolam air tu... (tinggi adik hampir 1.8meter) Budak perempuan ni dok bermain air di kawasan tersebut... sambil telinganya mendengar walkman..

Beberapa orang budak perempuan cuba nak memujuk budak perempuan nih agar naik kerana waktu dah hampir ke pukul 7.00 malam... masa tu memang gelap hanya bertemankan cahaya dari generator dan lampu suluh..

Adik masa ni dia tak fikir apa-apa... dia sangka budak perempuan ni ada masalah dengan keluarga ataupun boyfriend dia sampaikan dia memberontak sampai macam nih... Adik ambil keputusan untuk nak memujuk budak nih di bawah... masa dia sampai dekat budak perempuan tu... dia memang rasa meremang bulu roma... keadaan budak tu memang menakutkan... rambut panjangnya basah menutupi mukanya... dan dia tunduk... duduk bertinggung sambil bermain air...

Adik : Hang ni pasai apa... cuba hang cerita dekat aku....

Budak Perempuan : Kau jangan nak menyibuk... Aku tengah main dengan kawan- kawan aku... tak nampak ka?(suara budak perempuan ni garau... tak macam suara dia yang betul)..

Adik : Hang nak main tak pa... hang main la... Jom naik atas... kita makan apa dulu... esok-esok kita sambung la...

Budak Perempuan : Aku tak mau...

Adik : Hang kalau ada masalah dengan balak hang ka dengan family hang tinggai la dulu... balik nanti kita settle semua...

Budak Perempuan : Kau semua dah ganggu tempat aku... Aku tak suka... kau pergi dari sini aku benci tengok muka kau..

Ada lagi la perbualan adik dengan budak perempuan tu.. adik cerita hinggakan sampai tinggi suara kedua2nya sekali... Dia tak tahu kenapa dia rasa marah sangat... Pastu kawan-kawan adik datang dan bawak adik pergi manakala yang lain cuba untuk memujuk budak perempuan nih apabila mereka merasa adik tidak berjaya...

Ada seorang kawan adik dia pandailah sedikit mengenai ilmu-ilmu nih... dia nasihatkan adik jangan pujuk dah budak tu dan biar orang lain yang buat... dan dia minta adik supaya bersama-sama dengan budak lain membaca surah yaasin.. Masa tu baru adik rasa seram yang amat...

Lepas pada tu budak-budak lelaki buat keputusan untuk nak paksa budak perempuan nih naik ke tapak perkemahan... Dalam 8 orang budak lelaki megepung budak tersebut dan memegangnya dan membawa ke atas... 8 orang pun tidak dapat mengatasi kekuatan budak perempuan yang sorang nih... Ada yang kena sepak dan ada yang kena terajang... Akhirnya dia dapat di bawa ke tempat perkhemahan... Sampai di sana kawan adik yang pandai nih... dia buat pagar pada keliling budak perempuan nih.. Budak perempuan ni hanya ketawa... mengejek kawan adik yang sorang nih....

"Kau memang bodoh... Senang-senang ya aku boleh langkah kau punya pagar"... diikuti dengan hilai tawa yang menakutkan.

Budak-budak perempuan lain dah mula menangis ketakutan... Masa ni coach India tu mula memujuk budak perempuan tu... tanya di mana handphone dan sebagainya... Masa tu adik memang tak menunjukkan muka dia pada budak perempuan tu sebaliknya.. budak perempuan tu bangun sambil tunjuk kepada adik...

"Aku tak suka dengan kau... Aku benci dengan kau... kau jaga... nanti kau kena..."

Yang menghairankan adik... budak perempuan ni memang tak tahu dia duduk di mana waktu tu... tapi macammana dia boleh tunjuk kat adik... Coach suruh adik dan 2 orang teman bawak 2 motor jawatankuasa pergi dapatkan bantuan orang kampung dan mencari public phone tuk nak talifon family budak nih....

Sampai dekat kampung, kawan-kawan adik tanya pasal orang yang boleh merawat budak perempuan nih... Nasib baik rumah tok bomoh tu dekat...

Sementara menantikan tok bomoh... adik cal mak budak perempuan tu... Nak tahu apa yang mak dia cakap? memang mengngejutkan...

Benda pertama yang dia tanya... dah baca surah yaasin belum...diaorang jawab sudah... n mak dia tanya lagi... tangkal kuning yang dekat pinggang dia masih ada lagi ke tak... Masing-masing terdiam sebab tak tahu.... Mak budak perempuan tu cakap kalau tali tu masih ada lagi bermakna dia selamat sebab ada yang menjaga dia... Pasu mak dia suruh cari orang untuk nak ubatkan budak ni sementara family budak nih datang ambik dia...

Masa nih adik memang cuak gila... perkataan ada yang menjaga duk ada dalam kepala... apa yang dimaksudkan dengan mak budak perempuan tu?..

Bila bawak tok bomoh ke tempat perkhemahan... budak tu ketawa macam orang gila... siap mengejek-ngejek tok bomoh tu...

"Bodoh... kau ingat kau teror? bawah hantu-hantu x kuat nak lawan dengan aku...."

Memang cuak gila masing-masing... Pastu cubaan berubat dilakukan oleh tok bomoh tu... adik kata macam tak berjaya....

Dah hampir pukul 11.00 malam diaorang buat keputusan untuk nak bawak budak tu keluar dari tapak perkhemahan menaiki van... Masa bawa budak tu pergi memang seram... sebab dia menjerit, menangis dan mengilai tak berhenti-henti...

Setelah selesai semua... malam tu budak2 semua membaca surah yaasin tak berhenti2 dan bergilir... tidur bergilir2....

Lepas kejadian tu.. kebetulan adik ada mendengar cerita dari rakan2 dia.. mengatakan budak perempuan ni mempunyai saka... nenek budak perempuan nih tak boleh nak meninggal dunia disebabkan saka tersebut... Sepatutnya ibu budak nih yang menerima saka tu tetapi sebab tak sesuai maka budak ni telah dipilih.. dan budak yang menjadi roomate budak perempuan nih bercerita yang setiapkali azan maghrib budak ni akan menjerit...

Sebelum budak berhenti belajar adik ada berjumpa dengan dia.. minta maaf pasal kejadian pada hari tu... dan dia pun meminta maaf sebab bukan dia pada hari tu...

Adik kata tulah kejadian yang akan melekat pada dirinya sampai bila-bila..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

huishhh..kesian budak nih noh.......

__________________

 someOne .....is..waiting..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

betul.. kesian dekat dia..



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 512
Date:

mmg kecian org2 yang ade saka nie.... kecian kt anak cucu dorang... aku ade kawan mcm nie... saka nenek dia dok kaco mak dia... tp mak dia ni kuat iman tak mo terima saka tu... last2 anak dia (kawan aku) kene ganggu apa mak dia kene anak dia pun kene..... sbb dia terlalu rapat ngn mak dia..... nsib baek kawn aku pun kuat iman..... disebabkan itu mereka terus diganggu n nenek kawan aku tu msih nazak tak sihat2.......

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

ishhhh2.....itulah akibatnye..aiii x tau la ape la syok sggt bele2 bende mcm nih...
byk lagik leh bele...kucing ke,arnab ke..aiiii....ciann sungguh



__________________

 someOne .....is..waiting..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

Dalam duk sibuk-sibuk hari ni.. tiba-tiba dapat panggilan dari seorang kawan lama... Dah lama jugak tak dengar cerita pasal dia.... maklumlah dua-dua dah tinggal fast food punya line... Makin berjaya nampaknya cik kak nih... Masa nih teringat cerita kawan ni saya panggil dia Jaja (bukan nama sebenar)... sori ye... terkeluar dari tajuk... sepatutnya himpunan cerita seram keluarga saya... tapi boleh kan....

Jaja ni kawan yang saya kenal masa pergi training... Saya kena posting di utara dan dia kena Selatan... Salah seorang kawan yang tekun dan tekad dan yang paling disenangi adalah sikap baik hatinya...

Bila dah posting biasanya yang baru ni kena ikut ketua restoran punya shift... bila dah dua minggu baru la boleh running shift sendiri... Jaja memang excited... maklumlah baru nak rasa running shift sendiri, masa nilah nak test keupayaan projection, time management dan sebagainya... yang lebih penting... baru merasa nak jadi bos... macam gila kuasa skit.... Sepatutnya malam tu dia kena pegang shift dengan seorang supervisor.. malangnya pada hari tu supervisor ada hal... kalau tak salah isterinya bersalin...

Akhinya restoran ditutup,,, masa ni bermulalah nak berkemas, mencuci, buat report dan sebagainya... Hari ni macam off skit projection... adalah 2, 3 kes customer marah... tapi semuanya settle..Masa nak kira stock macam terkial-kial skit.. almaklumlah kali pertama katakan... nasib baik boss ada cakap apa2 hal boleh kol... habis jugak walaupun ambik masa....

Masa nih semua staff dah habis kerja.... nampak diaorang nih macam tergesa-gesa... semua dah nak balik... Jaja belum lagi update buku log dan key in stock... susah jugak... Jam dah dekat 12 tengah malam.. Pastu kumpulan terakhir staff dah balik sesangat dah... Jaja minta tolong temankan dia sebab keje tak habis lagi... pastu ada seorang staff lama cakap ... kalau tinggalkan keje tu pun tak pa katanya... boss takkan marah punya... confident je mamat tu... Takkan la hari pertama running shift malam nak tinggal keje... nanti bos cakap apa pulak.. staff ni memang mati-mati tak mau tunggu... tapi tak pulak diaorang ni cakap mengapa... Jaja ni pujuk la budak-budak nih termasuklah nak belanja ais krim... last sekali buat tawaran blanja makan.. semualah....tak berjaya jugak... last sekali Jaja cakap kat staff dia, sampai ke hati nak tinggal dia sorang-sorang... main psiko pulak dia... barulah nampak lembut skit hati diaorang nih... Tapi diorang minta nak tunggu kat luar restoran... oklah asal ada orang tunggu pun tak pe lah... walaupun tunggu di luar...

Bila dah siap kerja, Jaja nak buat round restoran... nak check apa yang patut... takut nanti ada yang lupa tutup heat plate ke... tak pasal terbakar restoran... Jaja ni dia akan listkan senarai apa yang kena buat... dia akan check satu persatu... memang teliti cik kiah nih...

Masa dia nak buat round kat play land dia dengar bunyi macam ada orang berjalan... bunyi tapak kaki.... dia tengok buaian duk berayun...

"Tak padan dengan tua nak naik buai... buatnya patah hmm... siapa nak jawab nanti" sempat lagi Jaja kutuk staff dia..

Pastu Jaja pergi check coldroom... tempreature coldroom takde la sejuk sangat... dalam 2'C .. macam nak marah jugak la kat budak2 nih... kenapa nak defrost benda2 sejuk beku kat dalam coldroom... malas nak cakap banyak dan nak suruh... Jaja buat sendiri... dia keluarkan benda yang nak dinyah bekukan kat luar,,, pastu dia susun dekat work station..

Pastu Jaja masuk ke dalam freezer room... yang nih memang gila2 puya sejuk -18"C.. Masa nak masuk ke dalam freezer room nih dia terasa macam ada benda yang lalu dibelakang dia... Bila Jaja tengok tak da apa-apa.. jadi dia buat tak tahu...

Masa tegah check product.. tiba-tiba pintu freezer room tertutup... Memang masa training dulu pernah kena dengan senior2 kena kurung dalam freezer room.. dan blajar jugak macammana nak bukak dari dalam... Jaja start panik bila beberapa kali percubaan dia nak bukak pintu freezer gagal...macam ada benda halang pintu tu dari dibukak... lagilah dia takut apabila lampu dalam bilik freezer tu terpadam... gelap dalam bilik tu rasa macam tutup mata... dalam hati Jaja..mesti kerja budak2 nih nak main2 kan dia... Airmata masa tu memang tunggu nak jatuh dah... Pastu Jaja tendang knob pintu freezer room sekuat-kuat hati.. barulah boleh bukak... Memang masa nih hati dia panas betul.... Siap la budak2 ni nanti...

Bila dah puas hati dengan keadaan restoran barulah Jaja tutup lampu yang sepatutnya dan mulalah mengunci restoran... Masa nih marah dia memang tak habis lagi... dah siap kunci semua... dia pergi kat staff dia.. nak bagi a piece of mind la kot...

"Korang jangan la main2 dengan saya.. Saya tau la saya baru... tapi jangan la buat macam tu.." rasa sebak la pulak...

Staff ni semua terpinga-pinga...

"Kami buat apa Miss... Kami semua kat sini tadi...."

"Ye la tu... tak baik tipu tau..."

Pastu ada staff sorang tu ajak balik... Ada apa2 kita bincang esok... Budak tu kata dia dah ngantuk sangat... Masa tu jam pun dah tunjuk pukul 12.50... Tiba-tiba dengar bunyi jatuh dalam restoran.... Jaja nak masuk balik nak tengok apa benda... budak2 ni semua tarik tangan dia... esoklah kata diaorang.... Dah penat sangat nih... Mungkin tikus kot... Jaja pun ikut la... balik...

Malam tu memang Jaja tak boleh tidur... macam-macam yang dia fikirkan... Tapi tak apalah sebab esok dia kena shift pagi...

Esok tu.. Jaja sampai awal... sebelum bos dia datang, staff pun datang, sebab Jaja pegang kunci dia pun masuk dengan staff tu... Dia masuk dan buka semua lampu... masa nih staff dia datang... muka budak tu dah lain macam... Dia panggil Jaja ke belakang... Masa Jaja tengok dia rasa macam nak pengsan... Produk yang dia letak kat luar untuk nak nyah beku semalam semuanya berterabur...Bukan sahaja kat lantai tapi jugak kat dinding... Plastik semuanya koyak rabak... macam digigit... Macam ada binatang buas masuk dan makan produk tu... memang kotor... kalau nak kemas nih ambik masa... Kebetulan pulak masa tu bos dia datang, mengucap panjang dia...

Jaja rasa macam nak nangis... confirm.. kena marah nih... Bos dia tanya siapa closing malam tadi... takkan dia dah lupa kot... kata produk yang nak kena nyabeku jangan letak kat luar... Masa ni... Jaja mengaku yang dia yang letak bukan staff dia... nampak boss dia mengeluh panjang....

Pastu Jaja tawar diri nak bersihkan semua...jadi yang lain boleh mula opening... Ok jugaklah bos dengan staff lain tolong, dah buang semua product dan basuh lantai dan mop semua lantai dan lap dinding... makan masa jugak la....

Bila dah siap semua... Jaja jumpa boss tawar diri dia nak bayar semua produk tu... sakit jugak la,, sebab produk ni harganya dekat beribu jugak.. Lama jugak boss dia fikir, pastu dia cakap tak mengapalah... sebab ni bukan salah Jaja jugak... Tapi dia pun ada salah juga..
Petang tu diaorang buat management meeting.

Masa meeting tu barulah Jaja tahu kenapa... Menurut boss Jaja, restoran ni memang keras, sebab dulu ada kes, ada manager perempuan bukan sahaja dirogol tapi juga dibunuh... diaorang jumpa manager nih kat freezer room dalam keadaan yang memang tak boleh nak cerita.. staff yang buat tu lari mungkin balik negera dia kot... Boss awal2 lagi dah warning staff tak bagi staff dia cerita apa2 kat Jaja... nanti takut Jaja tak nak datang keje macam yang lain2...

Sebab tu semua staff nak balik awal dan diaoang akan bersihkan semua lantai dan dinding betul... tak nak ada darah sikit pun...dan semua sampah dibuang dan tak ditinggal walau skit pun.. sebab tiap2 malam ada staff dan guard terjumpa dengan perempuan tu dok merayau-rayau dalam restoran... Kadang-kadang nampak dia kat playland... Paling menakutkan Cik Kak tu pernah melekapkan muka dia dekat cermin... pak guard complex yang nampak ni terus pengsan..Sebab tu kalau nampak apa2 diaorang akan buat2 tak namapak dan sebab tu juga staff takkan tinggal apa2 kat dapur... takut kejadian ni berulang...

Masa ni barulah meremang bulu roma Jaja fikirkan apa yang berlaku pada diri dia malam tadi... pasal buaian berbuai sendiri...pasal dia terkurung dalam freezer room... Kalau dia tahu mesti dia pengsan dah semalam...

Tapi peringatan la buat Jaja kalau terjadi lagi memang dia kena bayar apa yang rosak macam tadi... Jaja pun tak lama kerja kat sini sebab tekanan memang tinggi... bukan sahaja dari pelanggan, staff, product, time management tapi jugak pada kak yang ronda malam2 kat restoran tu....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard