Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ErTi SeBuaH KeDamaiAn


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:
ErTi SeBuaH KeDamaiAn


Apabila dunia semakin tenat,
Kerana manusia semakin hilang minat,
Untuk menghargai sesebuah nikmat.
Apabila manusia gagal menghayati sesebuah hikmat,
Kerana manusia gagal memikul amanat,
Untuk menghentikan cerita derita yang tak pernah tamat.

Di sini anak-anak kecil menangis tak henti-henti,
Kerana manusia yang berakal dan berhati,
Lebih suka mengarang cerita derita yang sangat menakutkan sekali,
Maka arus kedamaian terhenti di sini,
Keruh dilanda kemarau panas bahang matahari,
Maka kita semua akan mati kehausan di tebing kekejaman ini.

Mari kita cuba hayati sebuah lukisan,
Lukisan yang memaparkan erti sebuah kedamaian,
Kita jadikan sebagai hiasan sepanjang zaman,
Untuk tatapan generasi anak cucu kita yang bernama insan,
Yang gagal mempelajari maksud perkataan ehsan,
Kerana manusia hari ini tidak lagi mengenal Tuhan.

Kini anak-anak kecil masih menangis,
Kerana wajah dunia bertukar bengis,
Apabila madu kedamaian pun semakin hilang rasa manis,
anak-anak ini akan terus menangis,
Hati mereka akan terus terguris,
Rasa bisa senyuman sinis pun menusuk pedih rasa kasih.

Maka di mana kedamaian kita mampu temui,
di mana sinar jernih dapat kita rasai,
dimana rasa kasih dapat kita nikmati,
Apakah dunia enggan senyum lagi?
Apakah Syaitan masih lagi bersembunyi,
di sebalik wajah-wajah manusia pada hari ini.

                                                                                                              

                                                                                                       -Saifulasia-

Attachments
__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

thumb up !

__________________

~ i'm nobody but want to be somebody ~

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard