Masa aku kecik-kecik dulu bila balik kampung di utara nenek aku memang suka bercerita...terkadang tu dia akan bercerita kisah seram....Bila dia cerita kami lima adik beradik akan berbaring dalam kelambu sambil dengar cerita dia. Nenek akan duduk atas kerusi rotan yang bergoyang-goyang tu (mungkin ada yang ingat kerusi klasik nih....) sambil bercerita.
Aku ingat satu malam tu letrik terputus dan nenek bercerita satu kisah seram. Memang menaik bulu roma dan bulu hidung kami adik beradik. Habis je bercerita kami pun terus nak tidur. Tapi teringatkan kisah seram tu menyebabkan kami berebut nak tidur di tengah. Tak ada siapa nak tidur tepi..... Sampai ke tahap bergaduh....
Bila nenek dengar kami tengah bertengkar tu nenek pun datang dan berkata:
"Hantu ni suka nyanyi satu pantun"
"Pantun apa nek?" tanya abang aku.
" Tepi ku titi Ngah ku mewah" kata nenek aku.
"Apa maksudnya nek" tanya aku pulak.
"Tepi aku buat titi (maknanya aku lalu saja) Yang tengah yang aku kacau" kata nenek sambil ketawa....
Semua terdiam seketika...selepas tu terjadilah pertengkaran yang lebih teruk dari tadi. Sebabnya????semua berebut nak tidur tepi.
zaman aku kecit-kecit dulu pun begitu jugak ... aku (anak tungal) bersama sepupu-spupu aku duk kat lantai ... arwah atuk ngan nenek aku silih berganti bercerita .. sama ada cerita dongeng ....dahulu kala ... cerita hantu ... cerita orang kerinci yang mintak hutang ... kalo orang yang berhutang liat nak bayor... orang kerinci marah dan akan bertukar jadik harimau dan membaham pemiutang itu ... last-last orang kecinci dapat di perangkap oleh orang bijak pandai tang ilmu itu ....dan dia dipukul hingga mati ketika diri nak bertukar menjadik harimau jadian . ... macam-macam cerita lar... kenangan ketika aku bersama arwah nenek dan atuk serta mak long aku dan anak-anaknya (sepupu aku) di kampung asal usul aku (seperi di posting cerita supupuku 2, 3...)..
cerita pengamal ilmu kesugehan (ilmu kaya ...) ada yang jadik babi bila malam ... siang kat mulut orang yang telah menjadik orang semula itu ada cacing kat gigi .. da yang membela toyol... ambik toyol kat indonesia ... orang yang membela toyol tak boleh mamakai pakain yang mahaldan cantik .. kena bersikap sederhana ... ada bilik tertentu untuk toyol menghisap darah pemilik atai isterinya ... malah anak-anak x ada yang hidup dan berumur panjang ..... ada yang membela ular jadian (nyai belorong) ular jadian di bela kat bilik... perjanjian pemilik dan belaannya itu diberi makan (sajian... seme tu untuk mereka menjadi kaya ... .. )
macam-macam cerita lar ..... kalo ilmu kesugehan tu ... ada orang kat kampung jiran yang membela toyol ... masa tu x pasti samada benar atau tidak kerana aku masih bersekolah rendah ... dan orahg2 tua kat kampung aku yang lebih arif .... wallualam ...
aa...la badot... dulu arwah nenek aku pun rajin bercerita.. tp cerita tentang saat perang dunia dulu... tyme malaysia masih lagi dijajah jepun.. die kate kem jepun pun x jauh dr rumah die.... kira bertapak kat kpg kiteorg la juga.. tp jepun tu x kacau orang kampung.. cuma komunis la yg nak bunuh2 orang... kadang cerita juga tentang cita2 dongeng kaum bidayuh kat srwk.. cite2 ttg pantang larang... dan banyak lagi kisah2 teladan... seronok je nenga.... andai mampu ku ulang semua...haissh...
__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*
arwah nenek aku n atok aku dulu suka bercerita gak,,, yang aku ingat sampai hari ni, pasal kisah ular besar mcam naga tu.. tumbuh lumut2, pokok2 kecik kat atas badan dia,. pastu ada org mencari rotan kat hutan, berehat kat satu batang kayu yg besar dah berlumut, pastu parang dia tetak kat batang kayu tu supaya parang tu tak jatuh kan.. pastu kuar cecair merah dari tmpt yg letak parang tadi.. pastu org tu sambung lg mencari rotan... balik dari mencari rotan, dia singgah kat tmpt dia berehat td tiba2 batang tmpt dia duduk dah xde.... yg ada cuma gegelung tanah dan semak... rupenya td dia duk atas ular besar.. cepat2 dia lari ke luar hutan tu takot kena sedut ngan ular tu
he he..nko takot gak ke keranda..pe kau takotkan, kan nko tpt letak org mati..he he
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
ala ida jelina... toksah ler baca citer2 dongeng lg kurapat diorang tu... pak badar tu memang penglipurlara... kalau bab2 cerita merapu, dia la heronya.. ntah mana ntah dia dpt citer tu, aku pun tak taw..
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...