Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: hukum menyambut hari valentine dan seumpama denganya


Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:
hukum menyambut hari valentine dan seumpama denganya


Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. al-Hajj : 67
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-Utsaimin berkata: Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). al-Israa : 32
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentines Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". Al-Baqarah (2) : 120
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". al-Hijr (15) : 39-40
Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: Bahawa amalan merayakan Valentines Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.
Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
(copied from : al-Fikrah.net )



__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

oi jat .. panjangnye jat aku nak membacanyer ...
kesimpulan yang seingat aku dan sepahaman aku dari dulu
apa pun keraian yang dibuat oleh negara2 barat yang beragama kristian
atau yahudi atau yang lain selain daripada Islam .. hukumnya haram untuk
kita menyambutnya ... (aku x dapat nak sertakan dalil bagi apa yang aku
cakap nih sebab nak kena bukak buku dulu ...)



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Kebanyakkan kita faham & tau akan hukum menyambut keraian sebegini.....tapi nafsu kita x dpt melawan.....ni lah dakyah2 nasra & yahudi dah meresap ke dlm jiwa kita

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

valentine day..??
slalu aku jeles nengok kawan2 aku smbut valentine...
ahaha..sebab aku dulu x reti semua benda2 nie..
tp skrg..bf aku x penah ajak aku valentine..wish pun xde..hahaha
tp kiteorang smbut ulang tahun pekenalan kiteorang..
hahaha...kiteorang lumba makan siput sedut...
sapa menang cium montot lembu..ngehehehe..
xde faedah nya sambut valentine pe semua tu..
buang duit je beli teddy bear...
cuba la duit beli teddy bear yang besar aku tu gune utk beli baju ke..
boleh tutup badan skit..beli makan2 ke..boleh kenyang perut..hahaha


__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Senior Member

Status: Offline
Posts: 305
Date:

alah keje ko melantak je apple....
valentine tu nak sambut x salah janji jgn menyimpang dari agama sudah...
mcm aku xtaw bf ko mamak, 2 pasal x sambut....
agma pon hindi kan?

__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

banyak la agama hindi...
aku x penah dengar lagi la agama hindi..
hindu aku tau la...
lagi2 kate bf aku mamak...
eee....kau nie buat x tau pula..
bukan kau ke bf aku selama nie...
kekekkeke....ye la bf je...
bukan sbf pun..special boyfren..hahaha

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Senior Member

Status: Offline
Posts: 305
Date:

ish x malu ngaku terang2 mcm tu...
upanya ko jatuh cinta ngan aku eh?
mintak maap lah aku x pasan selama ni,...
walaupun ko seburuk2 tenuk, aku akan cuba usha 2k jiran aku....

__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard