Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: redhai aku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:
redhai aku...


Bab 1

 

 

Mama!!

Cepatla mama, Ayu dah lewat ni, ngomel Ayu sambil mengikat tali kasut yang terburai di kakinya. Ayu, kanak-kanak periang yang meningkat remaja. Walaupun umurnya baru 6 tahun tetapi lagaknya seperti 10 tahun malah dia cukup matang untuk memahami tugas ibunya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja.

Ayu!! Kejap la mama nak siapkan packing ni, tak larinya Comot tu, tegas Ain sambil tangannya pantas memasukkan bekalan sarapan ke dalam raga.

Inilah aktiviti mereka bila tibanya hujung minggu. Ain tidak pernah lupa membawa Ayu ke Taman Tasik Perdana untuk berekreasi. Biasanya waktu hujung minggu begini, mereka akan berkelah dan menghabiskan masa bersama.

Ok, dah siap

Kunci kereta tergantung pada dinding dicapai. Tanpa berlengah mereka bergegas ke kereta Nissan kelabu yang sedia terparkir di depan rumah.

Ayu dah siap packing semua baju? Esok kita dah nak balik kampung atau Ayu nak mama tolong packing kan baju, soal Ain bila teringatkan panggilan ayahnya dari kampung semalam.

Tangannya menekan-nekan punat radio untuk memperlahankan suara DJ yang sedang memainkan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang nyanyian Imran Ajmain. Agak membingitkan telinga bila suara radio lebih tinggi dari suara sendiri.

Ayu dengar tak apa mama cakap ni?Ayu?

Stop!! Mama stopppp!!

Pedal brek terus ditekan tanpa sedar. Ain memandang ke belakang risau takut ada kereta yang datang dari belakang.

La haulawala kuwwataillah billah ucap Ain sambil mengurut dadanya yang sedang berdegup kencang. Dilihat ke sebelah kiri bimbang Ayu tercedera.

Ayu ok?

Ayu mengangguk kepala. Rasa bersalah pada mamanya mula merudung.

Mama, maafkan Ayu ma. Ayu tak sengaja

Its ok. Nasib baik takde kereta kat belakang. Kenapa Ayu suruh mama stop tiba-tiba ni? gusar Ain sambil tangannya membelai lembut rambut anaknya. Takkan Ayu mengamuk tak nak balik kampung pula. Biasanya dia yang bersungguh-sungguh menanyakan keadaan atuknya d kampung.

Ayu tersengih menampakkan gigi kecilnya yang tersusun rapi.

Ayu lupa la nak ambilkan makanan Comot kat dapur tadi. Mula-mula bangun tidur pagi tadi Ayu dah ingat,tapi bila dah nak keluar rumah Ayu dah lupa sambil mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali. Tergelak Ain melihat rupa anaknya yang seakan sedang menggoda.

Yela, nanti kita stop kat 7eleven depan sana, puas hati?

Sayang mamadakap Ayusambil digoyang-goyangkan tangan mamanya.

Kereta pacuan Ain membelok ke kanan tempat letak kereta. Sudah menjadi kebiasaan Ain memakir keretanya di bawah pokok ara yang rendang di tempat parkir. Suasana lebih redup dan tidak kepanasan bila matahari terik memancar ketika pulang nanti.

Ayu tolong ambilkan tikar kat belakang kereta ya, mama nak kemaskan depan ni kejap

Dashboard di hadapan dilap dengan tisu lembab, kelihatan habuk berterbangan ditiup angin.

Uhh...rasanya baru semalam lap dah berhabuk balikngomel hati kecil Ain.

Ain sememangnya seorang yang amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Pantang tengok barang tidak tersusun, pasti tangannya pantas membetulkan balik. Tabiatnya kadang keterlaluan, tapi amat difahami oleh anaknya. Mama tidak akan duduk diam bila balik dari tempat kerja. Ada sahaja kerja rumah yang hendak disiapkan sampaikan dirinya lupa akan badan yang kepenatan. Tabiatnya turut diwarisi oleh Ayu kerana sejak dari kecil Ayu dididik untuk menjaga kebersihan.

Mama, dah la tu. Ayu nak bagi makan Comot ni, cepatla

Tercegat Ayu memerhatikan mamanya sibuk membersihkan dashboard. Ditangannya siap sedia tikar dan makanan kucing yang baru dibeli dari 7eleven tadi.

Oppsss, sorry mama lupa lak. Ok jom.

Raga di kerusi belakang berisi sarapan dicapai. Mereka berjalan beriringan ke sebuah pondok yang dibina berdekatan dengan tasik. Sememangnya suasana pagi seperti ini amat menenangkan fikiran. Tiada bunyi ngauman kereta dan asap hitam yang berkepul-kepul.. Orang yang berasak-asak dengan urusan kerja. Hanya kedengaran kicauan burung yang berdecit-decit dan aliran air terjun tiruan yang mengalir. Ditambah lagi suasana redup dan belaian angin sepoi-sepoi bahasa yang mengusik jiwa.

Mama tengok ditangannya seekor kucing putih bertompok hitam sedang menggelupur cuba melepaskan diri dari tangan Ayu. Sayang sangat Ayu pada kucing terbiar tu.

Comelnya Comot. Macam anak mama la. Tengok tu Ayu, Comot pun tak nak dengan Ayu. Mesti dia pun tahu yang Ayu ni comot.

Tergelak-gelak Ain melihat wajah Ayu yang sedang mencebik bibirnya.

Ala mama, comot-comot Ayu pun comel juga tau. Atuk kata Ayu comel macam nenek masa muda dulu tau

Bertambah geli hati Ain bila memikirkan kata-kata ayahnya. Mesti emaknya berasa segan kalau dia tahu apa yang dicakapkan suaminya pada cucu kesayangannya. Dah berusia pun masih romantik, tak habis-habis nak mengusik emaknya.

Ain senyum sendiri sambil memandang wajah Ayu. Dicapainya tangan Ayu dan dipeluk erat tubuhnya. Terkapai-kapai Comot diapit cuba melepaskan diri. Ayu diam.

Mama

Jangan la macam ni mama. Ayu minta maaf air matanya bertakung. Terasa bersalah dengan perlakuannya.

Ain memeluk erat. Diangkat mukanya dan dipandang redup mata Ayu yang sudah bertakung. Terasa bersalah pula pada anaknya. Diusap lembut mata Ayu dengan jarinya.

Takde lah Ayu tak salah. Mama still sayang Ayu walaupun Ayu tak comel tau. Ayu satu-satunya harta mama sekuntum ciuman dihadiahkan ke dahi.

Ok dah, jom kita bagi makan Comot. Tengok tu Comot dah lapar. Lepas tu boleh la kita breakfast ya. Mama ada buatkan chicken sándwich Ayu tau

Dicuit hidung Ayu yang kecil. Ayu tersenyum diperlakukan begitu. Tangan Ain dicapai dan mereka berjalan beriringan ke pondok untuk sarapan. Sambil diekori Comot dari belakang.






-- Edited by norina on Wednesday 6th of October 2010 10:25:23 PM

__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 2

Assalamualaikum
Atuk !!

Ayuuuuu, cucu atuk dah sampai. Ayu ponteng sekolah ya?usik pakcik Hassan kepada cucu kesayangannya.

Ayu tersenyum sambil ditarik manja telinga atuknya mendekati bibir mungilnya. Atuk, minggu ni kan cuti sekolah. Mana ada orang sekolah minggu ni. Tapikan kalau Ayu ponteng sekolah maksudnya, atuk pun ponteng kerja la

Hahahahaaa pandainya cucu atuk sekarang ni, dah pandai kena kan atuk balik ya? diangkat Ayu pada riba kakinya sambil dicubit pipi Ayu yang montel.

Ayah sihat?

Alhamdulillah sihat, aihh kenapa Ain nampak kurus ni? Busy sangat ke sampai tak sempat nak makan?gusar pakcik Hassan melihat anaknya yang seorang ini.

Takdelah atuk, mama kan selalu joging sebab tu makin kurus. Makin gemuknya Ayu la. Apa taknya atuk, tiap-tiap hari mama masak sedap dikerling mamanya yang hanya tersenyum memandang dua beranak yang tengah berceloteh setelah beberapa bulan tidak berjumpa.

Sama la nasib kita Ayu, ada ke patut nenek pun kata atuk makin boroi sambil menepuk-nepuk perutnya yang makin gendut.
Entah-entah diorang dah pakat nak gemukkan kita tak?

Ayu dan atuknya saling berpandangan dan mereka sama-sama memandang ke arah Ain dengan dahi yang berkerut.

Amboi dua beranak ni, nak kenakan kita plak. Siapa yang suruh makan banyak! tegas Ain, cuba mempertahankan diri dari usikan nakal oleh Ayu dan ayahnya.

Oooo Ayu kenakan mama ya lepas dapat kawan baru. Takpe mama ada nenek, nanti korang mesti kalah

Tergelak Ayu dan pakcik Hassan melihat gelagat Ain yang merajuk macam budak-budak.
Mata Ain melilau mencari bayang emaknya.

Tuh, cuba tengok kat dapur sana. Katanya nak buat karipap pusing untuk cucunya, dari tadi tak keluar lagi. Tersenyum Ayu mendengar perkataan karipap pusing. Dia tahu nenek memang sayangkannya. Setiap kali balik kampung, ada sahaja kuih-muih yang dibuat oleh neneknya. Sayang pada neneknya bercambah-cambah.


Ayu turun dari ribaan atuknya dan bergegas mengekori mamanya ke arah dapur.

Ayu, sampai hati Ayu tinggalkan atuk sorang-sorang kat sini hanya kerana karipap pusing usik pakcik Hassan seakan-akan merajuk.

Maafkan Ayu atuk, karipap nenek dah melambai-lambai kat dapur. Ayu dah tak sabar nak makan ni dilambai tangannya ke arah pakcik Hassan sambil matanya terkebil-kebil seperti drama seorang kekasih meninggalkan pasangannya kerana kehadiran orang ketiga.

Tersenyum Ain melihat gelagat Ayu dan ayahnya. Mereka sememangnya rapat. Pantang bertemu pasti ada orang yang disakat. Kalau bukan nenek mesti Ain yang menjadi mangsa. Kadang-kadang penat kalau dilayan kerenah mereka.

Dari jauh kelihatan seorang perempuan awal 40-an sedang bertungkus lumus di dapur, sedang menggoreng sesuatu di dalam kuali. Sangat kusyuk sampaikan tidak menyedari kehadiran Ain dan Ayu yang datang dari arah belakang. Ain mendekati emaknya lalu dipeluk erat pinggang lalu dicium pipi kanan dari belakang seperti seorang anak kecil yang manja.

Assalamualaikum Cik Yah

Apocottt cucu aku

Ain hanya tersenyum melihat emaknya melatah. Kalau diikutkan hati hendak saja gelak tapi tak sampai hati memikirkan usikannya tadi. Dari jauh Ayu hanya memandang gelagat mamanya sedang bergurau dengan nenek. Ain sememangnya manja dengan emaknya walaupun usia sudah mencecah 27 tahun.

Bertuah punya budak, waalaikummussalam!. Aihh len kali buat la lagi, nanti ada kang yang kena ketuk dengan sudip panas ni. Seorang saja, balik tak berteman ke? keningnya diangkat sambil matanya melirik ke belakang.

Ain cukup faham maksud nada suara emaknya itu. Tetapi dia sengaja buat-buat tidak faham dan cuba mengalih topik perbualan mereka.

Mestila ada mak, takkan la Ain nak balik sorang-sorang. Nanti sapela nak abiskan karipap mak ni. Matanya melilau mencari Ayu. Tadi ada atas tangga, mana la pula hilang budak ni.

MasyaAllah, tengok tu mak, tak sempat salam dengan neneknya dah dingap karipap atas meja tu. Ayu datang la salam dengan nenek dulu, sini!

Dalam keadaan karipap di tangan yang belum habis dimakan, diletakkan balik ke atas pinggan. Ayu bergerak ke arah sinki untuk membasuh tangan yang berminyak.

Nenek sihat?

Nenek sihat je. Ayu pula macam mana, sihat? Nenek tengok makin cubby je cucu nenek sorang ni, macam mama kamu masa kecil dulu. Tapi mama lagi montel la

Mak!
Rajuk Ain, diketawakan emaknya dan Ayu. Rasa tidak puas hati kerana hari ini sahaja dia disakat oleh emak dan ayahnya, tanpa ada siapa yang sudi membela.

Takde lah, mana ada kak Ain gemuk. Kalau gemuk pun takde la gemuk macam tong drum, berisi je. Takpe yang penting akak dah kurus kan?. Sapa seorang anak teruna dari arah muka pintu dapur.

Wajahnya tenang setenang aliran sungai yang mengalir. Senyumannya mampu mengetuk kecil pintu hati setiap kaum Hawa yang memandangnya. dialah Hasrul Naim, satu-satunya anak lelaki yang menjadi pengarang jantung emak dan ayah.

Hohohoo, hero mama dah sampai. Ermmm habis la kita nenek kali ni, tak dapat la kita nak sakat mama lagi luah Ayu sambil mencekak pinggangnya dan dikerling pandangan mata pada neneknya.

Ermmm, jangan risau Ayu. Hero ni takut dengan nenek, dia takkan berani lawan nenek

Ishhh, macam-macam la mak ni. Jangan la dilayan sangat Ayu ni mak, nanti makin manja jadinya

Takpela Ain, Ayu kan cucu mak juga. Kalau tak sayang cucu nak sayang siapa lagi. Nak harapkan Ain,ermmm busy memanjang je. Melompat-lopat Ayu bila dipuji neneknya. Kasih sayang keluarga Ain pada Ayu tidak pernah berbelah bahagi. Dia dimanjakan oleh setiap ahli keluarganya seperti menatang minyak yang penuh.

Kak Ain sihat?. Tangan kanan Ain dicium Naim.

Alhamdulillah. Macam mana study sekarang? Sampai bila ni?

Alhamdulillah semua ok je. Naim sampai semalam. Ayah datang ambil.Dilabuhkan punggungnya pada sebuah kerusi di meja makan. Lalu tangannya pantas mencapai teko dan dicurahkan air teh panas ke dalam cawan yang siap sedia terhidang di atas meja. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut teko. Disua sebiji karipap ke dalam mulut, tapi belum sempat karipap di tangan sampai ke mulut tiba-tiba Ayu menjerit.

Jangannn, tu karipap Ayu

Dicapainya karipap dari tangan Naim dan disua terus ke mulutnya. Terkejut semua yang memandang adegan tersebut. Tiba-tiba semua tergelak besar dan Ayu hanya terkebil-kebil, pelik melihat semua orang sedang ketawa tanpa dia ketahui sebabnya.

Naim hanya berlagak tenang. Dicapai sehelai tisu di atas meja, lalu diusap lembut mulut Ayu yang comot dengan sisa-sisa karipap. Ain hanya memandang dari jauh memerhatikan kelakuan Naim. Ayu membiarkan sahaja tindakan paksunya. Baginya, Naim adalah tempat dia menagih kasih seorang lelaki bernama ayah.

Makcik Asiah tersenyum melihat kelakuan anak terunanya yang makin matang. Biarlah dia sayang Ayu seperti dia menyayangi anaknya sendiri. Dipalingkan pandangannya ke arah Ain, terlihat olehnya pandangan mata Ain yang redup. Dia memahami pandangan mata anaknya itu. Hati ibu mana yang tidak kenal anak sendiri yang dikandung hampir sembilan bulan dalam kandungan.

Aiii , Cik Yah bila saya boleh makan karipap awaknya. Takkan nak bagi cucu je makan, saya tak nak diajak ke?suara ayah memecahkan kesunyian seketika tadi sambil di tangannya membawa sebungkus beg plastik berwarna hitam.

Abang ni, buat saya terkejut je. Karipap baru siap goreng ni. Ingat nak suruh dipanggilkan tadi, tengok-tengok abang dah terpacul kat sini. Eloklah tu, bolehla kita minum petang sama-sama lagipun Ain baru je sampai.
Apa kat tangan awak tu?

Ni hah, ikan keli. Anak pak Harun bagi tadi. Katanya ada lebihan ikan keli ternakan kolam ayahnya. Kebetulan Ain dan Naim balik saya ambil la, ada teman nak makan. Kalau nak suruh awak teman tak dapat makan la jawabnya.

Dihulur plastik ikan ke arah isterinya, Nanti saya masakkan asam tempoyak ye, lagi pun banyak lagi lebihan tempoyak musim durian hari tu.

Ermm eloklah tu, saya pun dah lama tak makan asam tempoyak.

Tersenyum makcik Asiah melihat reaksi suaminya. Lelaki yang dikahwininya hampir 32 tahun sudah makin dimamah usia. Kepalanya hampir putih menandakan usia yang makin meningkat. Tetapi cinta setia pada suaminya tetap sama dan tidak pernah surut dibawa arus. Malah makin mekar seperti mekarnya bunga teratai ditengah tasik setia menanti disirami hujan, kejauhan dari dicapai oleh manusia.

Petang itu, suasana kediaman Teratak Bayu riuh-rendah dengan suara gelak ketawa keluarga pakcik Hassan. Ditambah pula dengan celoteh Ayu yang sentiasa mencuit dan menghiburkan hati datuk dan neneknya.



__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 3

Assalamualaikum warahmatullah
Assalamualaikum warahmatullah

Pagi ini, Naim sukarela menjadi imam memandangkan ayah tidak berapa sihat. Terasa syahdu mendengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran tadi. Ain termenung sejenak. Hatinya mula terasa sayu. Hendak sahaja dia menitiskan air mata, terasa dirinya lemah di sisi yang Esa. Kadang-kadang manusia lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba apabila terlalu leka dengan urusan dunia.
Usai bacaan doa dan bersalaman, Ain bangkit sambil tangannya melipat kembali sejadah yang terbentang. Disusun sejadah pada suatu sudut bilik yang tersedia.

Mak, Ain masuk bilik dulu. Nanti Ain turun tolong mak kat dapur.ya.
Makcik Asiah hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

Yah, awak dah cakap dengan Ain semalam, pasal hal yang kita bincangkan dulu?

Belum lagi bang. Sabar jela, lagipun saya tengok dia masih penat semalam. Ye la lapan jam memandu seorang diri dari Seremban mestila letih. Takpe, abang jangan risau pandai-pandai la saya nak cakap macam mana nanti. Lagi pun bukan hari ni dia balik, esok lusa baru balik. Ada banyak lagi masa nak cakap

Ikut suka hati awakla, bila-bila pun saya tak kisah. Apa yang kita buat ni pun untuk kebahagiaan dia,tegas pak Hassan takut rancangan mereka selama ini menjadi sia-sia.
Dipicit-picit tapak kakinya yang terasa sengal. Biasala bila umur sudah tua, pelbagai jenis penyakit ada. Kalau tidak berpantang dalam hal pemakanan, merana la badan nanti.

Naim, nanti petang tolong ayah kutip buah manggis kat belakang ya. Ayah tengok dah banyak yang berwarna hitam, dah masak la tu. Kalau lambat kutip alamatnya berpesta la tupai-tupai kat belakang tu,ujar pak Hassan bila meyedari Naim masih berada di dalam ruang solat.
Satu-satunya anak lelakinya yang boleh diharap, kalau nak harapkan yang lain semua perempuan, takkan la ada yang sanggup panjat pokok manggis kat belakang tu. Naim hanya mengangguk tanda setuju lagipun dia memang kelapangan petang nanti. Makcik Asiah segera bangkit meninggalkan Naim dan suaminya berbual, tak mahu mengganggu urusan dua beranak itu. Dia melangkah kaki menuju ke arah dapur dan banyak urusan dapur yang perlu diselesaikan pagi ini. Biasanya awal pagi begini, dia akan menyediakan sarapan pagi, membasuh pakaian yang sentiasa membukit dalam bakul dan mengemas ruang dapur dan beranda belakang.

Pak Hassan mengurut-ngurut kakinya sambil mukanya berkerut-kerut menahan sakit. Naim bangun dari tempat duduk dan berjalan ke arah meja kecil yang terletak di depan bilik. Dicapai sebotol minyak panas yang tersusun di antara beberapa botol minyak attar milik ayahnya. Difikirkan kalau dalam keadaan kecoh mahu taknya nanti dicapai minyak panas ni dibuat minyak attar. Naim hanya tersenyum sendiri memikirkan hal tersebut. Ayahnya tetap berdegil, walaupun sudah beberapa kali dibebel oleh emaknya supaya meletakkan minyak panas dalam kotak kecemasan.

Ermmm...kenapa tersenyum sorang tu? Dah buang tabiat ke pagi-pagi macam ni atau teringat buah hati?

Tak ade la, mengarut je ayah ni. Naim mana main makwe-makwe ni, tak macho la ayah. Lagipun Naim kan muda lagi, banyak lagi masa kalau nak difikirkan. Sekarang ni pun banyak hal nak difikirkan, assignment nak dihantar sebelum bulan depan, meeting persatuan setiap minggu then lepas tu ada exam lagi.

Naim duduk di tepi ayahnya sambil tangannya mengurut-ngurut kaki ayahnya yang sakit. Pak Hassan hanya mengerut dahi menahan kesakitan kerana cengkaman tangan Naim yang kuat.

Ishhh...kamu ni perlahan la sikit. Ayah tahu la kamu tu muda lagi tapi janganla urut pak tua ni macam menguli roti canai pula. Nanti tak pasal-pasal ada yang patah tulang nanti.

Ayah!!
Erm...?

Ayah rasa kak Ain tahu tak pasal rancangan ayah ni?.

Perasaan curiga di hati tidak dapat dielak lagi. Kalau diikutkan hati tak mahu dia bertanya tapi bila difikirkan peluang yang terbentang luas ni, kenapa hendak dilepaskan.

Tak mungkin. Kalau tiada orang yang bercerita dia takkan tahu. Lagi pun kamu nak akak kamu marah ke? Ingat tak rancangan mak kamu dua tahun lepas. Hajatnya nak jodohkan dengan Ikram anak Haji Salleh tu, tapi tak kesampaian bila kakak kamu tiba-tiba menolak pinangan mereka. Lepas tu merajuk tak balik kampung, dekat dua bulan juga bila ayah paksa dia terima lamaran Ikram. Risau mak kamu. Haihhh...susah betul kakak kamu sorang tu. Ayah pun tak tau nak buat macam mana. Tak pernah dibuat orang tak nak kahwin, yang banyaknya tak sempat-sempat nak kahwin ada la.

Panjang pak Hassan membalas, memikirkan sikap Ain yang dingin setiap kali persoalan kahwin diaju oleh kedua ibu bapanya. Entah apa alasan dan masalah yang difikirkannya. Bila ditanya katanya tiada masalah. Dia yang rela hati untuk terus hidup membujang dan lebih senang hidup sendiri tanpa bergantung hidup pada seorang lelaki.

Macam mana dengan rombongan meminang minggu depan, jadi ke diorang datang?

InsyaAllah, Haji Salleh dah confirmkan semalam. Kita buat hujung minggu ni. Senang sikit saudara-mara nak datang dan yang penting kakak kamu tu, senang sikit nak balik. Satu lagi, lepas solat Zohor nanti temankan ayah ke rumah Wak Deraman, nak diconfirmkan pasal belian lembu tu. Kalau tak kenduri sardin la kita masa majlis tu.

Tersenyum pak Hassan mengenangkan hajat hati untuk menjalinkan hubungan keluarga dengan Haji Salleh yang akhirnya termakbul. Haji Salleh adalah teman rapatnya sejak bangku sekolah. Banyak suka duka yang mereka kongsi sejak zaman sekolah hinggalah zaman tua sekarang. Rasa bersalah masih berlegar-legar dalam benaknya bila teringat peristiwa dua tahun lepas. Sekurang-kurangnya perancangan kali ini dapat mengeratkan kembali perhubungan mereka walaupun tanpa pengetahuan Ain.

Sementara itu, Ain masih lagi berada dalam bilik sedang menyusun pakaian di dalam almarinya. Semalam dia tidak berkesempatan untuk mengemas pakaian kerana terlalu mengantuk selepas solat Isyak. Sampaikan ketika tidur dia tidak menyedari kehadiran Ayu disebelahnya. Nasib baiklah Ayu pandai menguruskan diri sendiri walaupun dibiarkan oleh mamanya yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi.
Ain bergerak ke arah meja solek. Sikat hitam yang tersedia dia atas meja dicapai sambil disikat rambutnya yang panjang mengurai hampir pada paras pinggang. Mahkota yang disimpan sejak kolej. Cuma kadang-kadang sahaja dipotong sekadar untuk nampak lebih rapi. Rambutnya disanggul dan dicucuk dengan sebatang pencucuk sanggul antik hadiah temannya yang pulang melancong dari negara Tembok Besar. Beberapa titik minyak wangi dicalit pada tengkuk dan pergelengan tangannya. Diperbetulkan ikatan kain batiknya agar lebih kemas.

Ermm...cantiknya mama Ayu. Macam Ratu Kebaya. Tapi sayang kebayanya tak ada, jadi ratu kain batik pun ok juga kan mama, usik Ayu apabila melihat mamanya sibuk membetulkan blaus pink lembut yang dipakainya.

Terima kasih sayang. Dah bangun pun Ayu, ingatkan tak nak bangun dah.

Tak la mama. Ayu dah lama sedar. Cuma malas nak mandi je

Ain mendekati Ayu yang masih berada dalam selimut. Ditarik manja hidung Ayu dan Ayu membiarkan sahaja perlakuan mamanya. Dia senang dengan sikap Ain yang selalu memanjakannya.

Ayu tahu tak, Ayu pun ratu juga. Tahu ratu apa? tanya Ain cuba menduga.

Ratu pecut?, teka Ain mengenangkan kemenangannya pada Hari Sukan Taska Al-Hakim minggu lepas. Terkebil-kebil Ayu menanti jawapan dari mamanya.

Ratu debab. Hahahaaaa,
Ain menggeletek perut Ayu yang buncit. Ayu cuba mengelak tapi tidak berjaya kerana mamanya terlebih dahulu memegang kuat kedua-dua belah kakinya.

Aaaa...mama geliii
Hahahaaa....rasakan, usik mama lagi ya

Satu cubitan manja hinggap di pipi Ayu. Ayu hanya tersenyum, tak sanggup lagi dia nak menyakat. Kalau dengan atuknya ada juga orang yang membelanya. Kalau serang seorang diri alamatnya macam masuk lubang ular la. Riuh rendah kedengaran gelak ketawa mereka memecah kesunyian pagi yang menantikan kehadiran cahaya sang mentari di ufuk timur.

Sementara itu kelihatan kelibat makcik Asiah sedang sibuk menyediakan sarapan pagi di dapur. Sudah menjadi rutin hariannya menyediakan sarapan keluarga walaupun kadang-kadang hanya dia dan pak Hassan yang berada di rumah. Tangannya tangkas mengupas bawang dan memotong bahan-bahan untuk memasak nasi lemak. Tambah berselera bila berlaukkan sambal sotong bersama teh susu panas. Semua bahan untuk memasak sudah tersedia cuma tunggu untuk dimasak sahaja. Makcik Asiah terus tekun memasak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kepalanya ligat berfikir memikirkan cara yang terbaik untuk memaklumkan Ain akan rombongan Haji Salleh. Risau juga bila difikirkan akibatnya kalau tiba-tiba Ain mengamuk. Tapi marahkah Ain bila dia tahu hal yang sebenar? Salah ke apa yang aku rancang ni? Fikiran makcik Asiah terus melayang hingga tidak menyedari kedatangan Ain yang sedang berdiri di sebelahnya.

Mak! Mengelamun panjang nampak. Apa yang mak fikirkan tu?

Oh, takdela hanya teringat kak Long dan adik kamu, Su. Bagusnya kalau semua orang dapat berkumpul pagi ni, tentu meriah, jawab makcik Asiah selamba.

Ain hanya tersenyum bila mendengarkan jawapan emaknya. Betul juga kata emaknya, tentu sunyi bila hanya tinggal berdua. Kalau dulu, rumah riuh-rendah dengan suara anak-anak yang menjerit penat kalau dilarang. Berlari ke sana sini mahu roboh rumah dibuatnya. Tapi kini, sunyi sepi hanya bertemankan kicauan burung di kala pagi dan sayup-sayup kedengaran Sang Perindu memanggil bulan. Anak-anak semuanya membawa haluan sendiri dan punya tanggungjawab masing-masing.

Ain, tolong ambilkan daun pisang kat para belakang. Mak dah siap potong semalam. Kalau dibungkus dalam daun pisang baru menarik naik bau harum nasi ni. Elok-elok sikit nanti terpijak pula paku-paku kat belakang tu. Kerja ayah kamu la tu, tak habis-habis dengan projek reban ayamnya tu

Ok

Ain berlalu ke arah belakang rumah selepas mengenakan sepasang selendang hitam di atas kepalanya. Risau juga kalau terserempak dengan jiran-jiran kalau tidak bertudung. Walaupun para tersebut hanya berada beberapa langkah dari pintu belakang rumahnya. Pandangan mata Ain tertumpu pada sebatang pokok manggis yang sedang lebat berbuah.

Sepuluh minit kemudian Ain masuk ke dalam rumah sambil ditangannya membawa sebakul buah manggis yang menghitam. Dihulur seberkas daun pisang yang diambil dari para belakang.
Lamanya kamu amik daun pisang. Ni ambil daun pisang ke tanam pisang? Lama mak tunggu. Ingatkan dah sesat kat semak belakang tu

Takde la mak. Ni Ain kutip buah manggis ni. Bukan main lebat lagi tahun ni berbuah. Kenapa takde orang yang kutip buah ni mak? tanya Ain sambil tangannya sibuk menguis-nguis semut yang bersarang pada bawah kelopak manggis yang dikutipnya tadi..

Ada je. Tapi tak terhabis mak dengan ayah nak habiskan satu pokok tu. Nak tunggu anak cucu balik, alamatnya kenyang ler tupai-tupai kat belakang tu. Tadi mak ada dengar ayah kamu ajak Naim kutip buah tu petang ni. Nanti boleh la kita makan kalau ade lebihan boleh bagi kat jiran sebelah

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 8.30 pagi. Ain dan emaknya masih belum siap menyediakan sarapan. Mereka terpaksa segera menyiapkan sarapan kerana kebiasaanya pada hari Sabtu begini, pak Hassan dan makcik Asiah akan ke Madrasah Al-Radzi bagi mengikuti kuliah agama. Sudah menjadi rutin tetap mereka sejak lima tahun lepas.
Ayu masih berada di dalam bilik, sedang bersiap untuk mengikut atuknya ke kuliah. Pak Hassan telah berjanji untuk membawanya bersama andai dia bangun awal sebelum mereka bertolak. Ayu mengenakan sepasang baju kurung cotton berwarna ungu lembut hadiah daripada atuknya pada hari raya tahun lepas. Tampak lebih manis apabila dipakai bersama tudung putih berbunga kecil yang dibawanya dari rumah. Ayu memusingkan badannya beberapa kali di hadapan cermin, lagaknya seperti seorang model kanak-kanak. Dia tersenyum puas. Akhirnya dapat juga dia mengikutii atuknya setelah gagal beberapa untuk bangun awal sebelum ini. Ayu mengatur langkah ke arah dapur mencari-cari kelibat atuknya.

Comelnya cucu nenek, nak ke mana ni? sapa makcik Asiah apabila melihat Ayu yang tercegat pada muka pintu ruang dapur.

Nak ikut nenek pergi kelas la, atuk dah janji nak bawa Ayu sekali semalam, kalau Ayu berjaya bangun. Ehhhh... buah manggis!!banyaknya. Bila mama beli buah ni? Semalam Ayu tak jumpa pun

Takde la, mama kutip kat pokok belakang tu. Elok-elok sikit Ayu nanti terkena getah buah kat baju tu. Tak hilang la nanti, tegas Ain mengingatkan Ayu apabila dia cuba untuk membuka buah tersebut.

Ayu turun dari anak tangga ke arah pintu belakang dapur. Matanya melilau mencari arah pokok yang dicakapkan oleh mamanya. Kakinya menguis-nguis selipar yang tersedia di belakang. Ayu tidak menghiraukan saiz selipar dewasa yang dipakainya yang sememangnya cukup besar berbanding saiz kakinya. Ain dan emaknya yang sedang rancak berbual tidak menyedari kehilangan Ayu yang lesap ke arah belakang rumah.

Ain, kamu balik ya hujung minggu depan. Ada rombongan nak datang minggu depan, ujar makcik Asiah apabila melihat Ain sedang sibuk menyusun pinggan di atas meja.

InsyaAllah, mesti ini hal yang mak nak cakapkan kat Ain hari tu ya. Ain dah lama tahu pasal rombongan tu, Su sendiri yang cerita kat Ain minggu lepas, Ain hanya tersenyum melihat reaksi emaknya yang agak terkejut.

Makcik Asiah terkejut mendengar jawapan dan reaksi Ain. Dia dah tahu ke rombongan tu dari pihak mana? Kalau dah tahu Ain tak kisah ke?
Su ada bagitau Ain tu rombongan siapa?

Ha! Tu yang Ain pelik, bila Ain tanya dengan siapa Su tak nak bagitau. Katanya rahsia. Suprise la tu, tapi mak mesti tahu kan dengan siapa. Takkan mak pun nak berahsia dengan Ain? Ain melirikkan mata ke arah emaknya yang berdiri lebih kurang beberapa langkah darinya.

Makcik Asiah hanya berdiam diri. Lega sebab Ain belum mengetahui dari pihak mana rombongan tersebut, tapi patut ke dia memberitahu Ain hal yang sebenar?

Mak siapa yang...

Prak...dushhhh...
Tiba-tiba kedengaran bunyi bising dari arah belakang yang mengganggu perbualan mereka.

Mamaaaa!!!
Ain memalingkan mukanya ke arah pintu dapur mencari kelibat Ayu. Dalam kepalanya bermacam-macam perkara buruk sedang berputar bila menyedari ketiadaan Ayu dari pandangan matanya.

MasyaAllah!!Ayu!



__________________
langkah ku kaku...


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

la sampai abis la.huh

__________________

"mencari ketenangan"



Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 4

Bunyi dahan patah dari arah belakang mengejutkan Ain yang sedang leka berbual di dapur. Hatinya mula berdebar, pelbagai perkara buruk bermain dalam fikirannya. Bunyi apa tu? Mana Ayu? Kenapa Ayu? Ya Allah kuatkan semangat aku Ya Allah. Ain dan mak cik Asiah bergegas ke arah belakang rumah bagi melihat apa yang terjadi.

"Ayuuu!!! Bangun Ayu, bangun. Jangan buat mama takut Ayu. Ayuuu!! Mak kenapa Ayu ni mak, apa kita nak buat sekarang ni?".

Ain bagaikan meroyan melihat tubuh kecil Ayu yang terkulai layu di atas tanah. Ayu tidak memberikan sebarang reaksi, badannya layu seperti mayat tetapi pergerakan nafasnya yang kencang membuatkan Ain bertambah takut. Ain memeriksa seluruh tubuh Ayu, tiada darah merah yang mengalir hanya luka-luka kecil yang kelihatan. Tapi kenapa Ayu bernafas dalam keadaan begini? Takkan kecederaan dalaman? Ya Allah jauhilah sangkaan aku ini Ya Allah. Mak cik Asiah yang terkejut melihat keadaan cucunya terus bergegas ke dalam rumah. Sebentar kemudian, pak Hassan yang masih berpelekat datang berlari anak ke arah Ain yang terjelepuk di atas tanah.

"Ya Allah! Cucu aku. Cepat Naim hidupkan enjin kereta. Kita kena cepat, nanti makin serius keadaan budak ni. Yah angkat Ain tu. Sapu sikit air Yassin kat mukanya tu. Macam tak berapa sedar je abang tengok"

Tanpa banyak bicara mak cik Asiah memapah Ain ke dalam rumah. Keadaannya yang meracau membuatkan mereka bertambah risau, takut penyakit lamanya datang semula. Naim yang siap memakai tshirt hitam dan berseluar jeans bergegas ke arah ayahnya. Diangkatnya badan Ayu yang masih tidak bergerak, kaki kanannya kelihatan agak bengkok dari keadaan biasa. Dalam keadaan cemas mereka bergegas ke arah kereta. Perjalanan ke hospital yang mengambil masa selama 15 minit dirasakan terlalu lama. Setibanya di hospital, Ayu dipangku oleh Naim dibawa ke dalam wad kecemasan. 30 minit terus berlalu. Tiada sebarang berita diperoleh. Ain dan ibu bapanya masih menunggu di luar wad menanti pintu wad dikuak.

Dari arah pintu, kelihatan Naim sedang berbicara dengan seorang lelaki muda yang memakai kot putih. Lagaknya seperti seorang doktor. Mereka berbicara dan berpelukan di hadapan pintu sebelum bergerak ke arah Ain dan ibu bapanya yang sedang duduk di ruang menunggu. Dr. Reza Ariff, begitulah nama yang tertera pada tanda nama yang dipakainya. Dari jauh Reza melihat seorang wanita muda yang kelihatan agak murung sedang duduk seorang diri. Tidak beberapa jauh darinya terdapat sepasang suami isteri yang agak berusia sedang mundar-mandir di ruang menunggu.
Hatinya terdetik seketika apabila melihat raut wajah wanita tersebut. Jiwanya bagaikan direntap dan pelbagai persoalan melayang dalam fikirannya. Siapa perempuan tu? Kenapa aku rasa aku kenal dia? Betul ke apa yang aku lihat ni atau aku sekadar bermimpi? Reza semakin yakin wanita yang dilihatnya sekarang adalah Ain Syuhada, seorang gadis yang pernah dikenali semasa belajar di UK. Ya, aku yakin itu Ain.

Naim dan Reza mendekati pak Hassan dan mak cik Asiah. Reza mengalihkan pandangannya ke arah Ain yang tidak menyedari kedatangan mereka. Ya Allah! Kecilnya dunia. Reza bagaikan tidak percaya tapi dia yakin insan yang sedang diperhatikannya sekarang adalah Ain.

"Ayah, mak, kenalkan ni Dr. Reza Ariff doktor yang merawat Ayu. Reza, ni mak ayah aku. Kau ingat lagi tak? Hei!! Reza"

"Oh maafkan saya. Saya Reza Ariff, doktor yang bertanggungjawab merawat Ayu,"sapa Reza dalam keadaan gelabah apabila lamunannya terganggu akan panggilan Naim. Risau berbuatannya dapat dikesan oleh ibu bapa Naim.

"Sebenarnya Reza ni senior sekolah Naim dulu. Tak tahu la pula dia kerja kat sini, tadi lepas dia rawat Ayu baru Naim perasan. Ishh... kau ni pun Reza, datang kerja kat sini bukan nak bagitau aku pun. Macam la tak pernah tahu aku tinggal kat sini," disikunya lengan Reza yang tersenyum sipu.

"Ala, aku ingat lagi la. Sengaja aku tak bagitau kau. Yela buat apa. Lagipun kau bukan ada kat sini. Tu la siapa suruh belajar jauh-jauh"

"Oooo...pakcik ingat. Kamu, Reza budak Negeri Sembilan yang selalu Naim bawa balik rumah tiap kali cuti sekolah. Betul tak?" teka pak Hassan apabila teringatkan kawan Naim yang selalu menumpang rumahnya semasa menuntut di MRSM Besut.

"Betulla tu pak cik. Bangga saya pak cik ingat lagi. Waa... pak cik nampak je dah berusia tapi otak, kalah orang muda," puji Reza, bangga kerana kedatangannya ke rumah Naim dulu masih diingati.

Kalau dulu, setiap kali cuti hujung bulan dia akan bertandang ke rumah Naim untuk menghabiskan cuti bersama. Keluarga Naim seperti keluarganya sendiri. Bukannya tiada kampung halaman yang menjadikan alasan untuk tidak pulang ke Negeri Sembilan tetapi kerana hidupnya yang seorang yatim piatu sejak berumur 12 tahun. Kalau pulang ke Negeri Sembilan, Reza akan menumpang rumah bapa saudaranya di Nilai. Tiada guna pulang ke rumah pusaka tinggalan ibu bapanya andai tiada siapa yang dapat menemani hidupnya. Namun, persahabatan Reza dan Naim seakan terputus selepas Reza menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

"Macam mana pak cik boleh lupa. Kamu la yang patahkan galah panjang pak cik masa nak jolok buah manggis kat belakang rumah tu. Hahaa...takdela pak cik gurau je. Dah lama pak cik lupakan hal tu. Tapikan, gembira macam mana pun, macam mana keadaan cucu pak cik sekarang?"

"Maafkan saya. Keadaan Ayu selamat. Tiada sebarang kecederaan serius. Hanya terdapat rekahan pada tulang kakinya dan beberapa luka kecil. Tetapi dia terpaksa ditahan oleh pihak hospital selama beberapa hari bagi membolehkan kami membuat pemeriksaan lebih lanjut," terang Reza.
"Alhamdulillah. Pergi bagitau kakak kamu tu Naim. Dia tak sedar lagi tu doktor ada kat sini. Dari tadi lagi dia tunggu," ucap pak cik Hassan sambil pandangnya dialih ke arah wanita yang duduk pada deretan kerusi oren yang tersedia di ruang menunggu.

Kakak? Kenapa aku tak pernah jumpa dulu? Reza memerhatikan Naim yang bergerak ke arah seorang wanita yang sedang duduk pada deretan kerusi. Ain, kakak Naim? Dari jauh Reza melihat perbualan antara Ain dan Naim. Kelihatan Ain menangis dalam pelukan Naim sambil tangannya menepuk bahu Ain beberapa kali lagaknya seperti seorang kekasih sedang memujuk buah hatinya. Memandangkan tubuh Naim yang lebih tinggi dan sasa, penampilannya lebih matang dari usianya yang sebenar. Lamunan Reza terganggu apabila Naim menuding jari ke arahnya dan pandangan mata Ain tertumpu padanya. Ain terdiam seketika apabila melihat seorang lelaki yang berkot putih dan berkaca mata berdiri tidak beberapa jauh darinya. Dr. Reza? Ain hanya menundukkan sedikit kepalanya menandakan tanda pengenalan, sambil dibalas semula oleh Reza dengan senyuman.

Ayu terpaksa ditahan di hospital untuk beberapa hari. Kakinya dipakaikan simen kapur sekadar menstabilkan keadaan tulang kakinya yang patah. Tiada sebarang pembedahan diperlukan kerana rekahan yang minimum dan proses penyembuhan boleh berlaku dengan senang memandangkan tulang kanak-kanak yang lembut dan masih berada pada tahap pembesaran. Ain menemani Ayu di wad kanak-kanak selepas berpindah dari wad orthopeadic. Walaupun sudah dua hari Ain berada di hospital, Reza belum berkesempatan untuk menegurnya. Setiap kali pemeriksaan harian dibuat pada Ayu, ada sahaja kerja yang mengganggu. Hidupnya tidak pernah lapang sejak menjadi doktor tetapi dia tidak pernah menyesal kerana itulah cita-citanya semenjak kecil.

Jam Rolex keemasan pada tangan kirinya dipandang. Pukul satu, masa untuk berehat sebelum memulakan rutin kerjanya yang bermula pada pukul dua setengah. Reza mengatur langkah ke arah cafe yang terletak bertentangan dengan taman bunga berdekatan wad kanak-kanak. Perutnya berbunyi beberapa kali semenjak pagi tadi minta diisi. Sarapan tidak sempat dijamah kerana keadaan wad kecemasan di bawah tanggungjawabnya yang tiba-tiba sesak dengan mangsa-mangsa kemalangan sebuah bas persiaran di selekoh jalan Kuala Terengganu-Pasir Putih pagi tadi. Selepas membuat bayaran, Reza mencari posisi yang sesuai dan jauh dari kesesakan orang ramai. Pandangannya, tertumpu pada susuk tubuh yang sedang duduk di suatu sudut cafe sambil pandangannya menghadap ke arah taman. Reza mengatur langkahnya ke arah sudut cafe.

"Boleh saya duduk sini?" tanya Reza sambil memerhatikan reaksi wanita yang ditegurnya.

"Oh, doktor. Silakan. Baru nak makan ke? Ermm mesti hari ni busy sangat kan," balas Ain sambil matanya melirik jarum pada jam tangannya.

Reza hanya membalas dengan senyuman sambil matanya tidak lari dari memandang jam tangan bertali ungu yang dipakai Ain. Jam tangan tu?

"Dah lama doktor kerja kat sini?"

"Tak lama. Baru setengah tahun. Sebelum ni saya kerja di Hospital Seberang Perai. Dah lima tahun dekat sana, saya minta tukar ke pantai timur pula. Saja nak mencari pengalaman di tempat baru"

"Tapi kenapa pantai timur? Kenapa bukan Selangor atau mana-mana negeri lain yang ada hospital besar? Biasanya kes-kes mereka lebih hebat berbanding Hospital Besut ni yang lebih kecil"

"Ermmm..sebab awek-awek pantai timur lebih cantik dan ayu," ujar Reza sambil memandang nakal ke arah Ain. Ain mengalih pandangan matanya daripada anak mata Reza dan tersenyum simpul memikirkan mimik muka Reza yang seakan menggoda.

"Maafkan saya." Reza malu sendiri bila memikirkan perbuatannya tadi. Pasti Ain merasa tidak senang dengan perlakuannya.

"Takpe jangan risau. Saya takkan bagitau misi-misi kat sini 'misi' doktor datang sini. Ok?" Reza hanya tergelak. Ke situ pulak dia fikir. Mereka terus rancak berbual tanpa sedar masa yang berlalu. Banyak perkara yang dibincangkan dari hal kerja hinggalah hobi masa lapang. Rupa-rupanya mereka mempunyai hobi yang sama yang membezakan hanya lah kesempatan masa yang suntuk bagi Reza untuk terus melakukan hobinya.

"Boleh saya tahu, dulu awak belajar mana ya? Naim pernah cerita dia ade kakak yang belajar kat oversea. Tapi dia tak cerita pula kat mana"

"Oh, Egypt"
"Pernah melancong ke UK masa belajar dulu?"
"A'aa, pernah sekali semasa cuti summer tahun empat. Kenapa?"

"Assalamualaikum kak. Ni bubur ayam yang akak tempah tadi. Semua tiga ringgit," ujar seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 14 tahun, berdiri di sebelah meja Ain. Hampir terkejut mereka bila memikirkan kedatangan budak tersebut yang muncul secara tiba-tiba.

"Terima kasih. Baki, simpan buat upah," ujar Ain sambil dihulurkan sekeping not berwarna hijau. Budak lelaki itu tersenyum gembira selepas mengucapkan terima kasih.

"Doktor saya pergi dulu. Dah lama rupanya saya kat sini, nanti Ayu cari saya pula. Terima kasih temankan saya berbual. Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam"
Reza memerhatikan Ain yang mula mengatur langkah ke arah wad kanak-kanak. Sekarang dia yakin. Ini lah Ain, seorang gadis yang pernah dikenalinya semasa menuntut di UK. Reza bekerja ala-ala pemandu pelancong bagi membantu perjalanan pelajar Malaysia yang datang melancong ke UK sebagai wang tambahan bagi membiayai yuran tusyen. Reza pernah menjadi pemandu pelancong untuk kumpulan Ain dan beberapa orang teman kuliahnya semasa menuntut di tahun akhir perubatan.

"Dr. Ain Syuhada!!!," jerit Reza dari tempat duduknya.

Nasib baik pelanggan cafe sudah berkurangan kerana masing-masing sudah beredar memulakan kerja yang masih tertangguh. Langkah Ain terhenti seketika apabila mendengar panggilan nama yang sudah lama dikuburkan dalam hidupnya. Tanpa menoleh ke belakang, Ain meneruskan langkahnya ke arah wad kanak-kanak.


************************************************************************
"Doktor, bila saya boleh bawa Ayu balik?," soal Ain kepada Reza yang sedang membuat pemeriksaan ke atas kesihatan Ayu.

Tiada jawapan yang keluar dari mulut Reza yang kedengaran hanyalah bunyi kertas laporan kesihatan Ayu yang diselak beberapa kali. Reza bagaikan tidak menghiraukan soalan Ayu dan suasana wad sunyi menjadikan keadaan terasa lebih tegang.
Ishhh...kenapa dengan mamat ni? Aku tanya bukan nak jawab. Nak aku ulang sekali lagi ke?

"Maafkan saya. InsyaAllah esok dah boleh keluar. Tapi dua minggu lagi, Ayu kena datang balik. Kami akan buka casting pada kakinya"

Ayu yang terbaring hanya tersenyum mendengarkan jawapan dari mulut Reza. Pandangannya dialihkan ke arah Ain. Ain membalas dengan melemparkan sebuah senyuman sebagai tanda gembira. Kepala Ayu diusap lembut dan sebuah kucupan singgah pada dahi Ayu. Reza hanya memerhatikan perlakuan Ain. Dari raut wajahnya terpancar kegembiraan yang amat sangat. Mata Ain kelihatan merah, air matanya bergenang di bawah kelopak mata. Cepat-cepat Ain mengesat air matanya sebelum dilihat oleh Ayu.

"Ain"
Ain menoleh ke arah Reza. Sehelai sapu tangan biru dihulur ke arahnya. Pada mulanya Ain berasa ragu, tetapi selepas beberapa kali Reza mengangguk sebagai tanda menggesa, sapu tangan tersebut dicapai.

"Thanks"
"Dengar tu Ayu, esok dah boleh keluar. Nanti mama bagitau atuk dan nenek, mesti diorang gembira"

Esokknya selepas selesai mengemas barang, Ayu menantikan kedatangan Naim yang berjanji untuk menjemput mereka pulang. Selepas 30 minit menunggu, bayang Naim masih belum kelihatan. Tas tangan yang terletak di atas bantal dicapai.

"Ayu jangan ke mana-mana ya. Mama nak keluar telefon pak su kejap"
Ayu hanya mengangguk tanda memahami arahan Ain.

Selepas 15 minit keluar untuk membuat panggilan telefon, Ain berjalan menuju ke bilik Ayu. Setibanya di muka pintu bilik, kedengaran suara dua orang lelaki sedang berbual rancak. Kadang-kadang kedengaran bunyi gelak ketawa bila salah seorang daripada mereka membuat lawak. Siapa pula yang datang dengan Naim ni? Takkan ayah pula, rasanya ayah takde kat rumah tadi. Pintu bilik dikuak luas, beberapa biji belon tertulis perkataan 'Get well soon' terapung-apung di sisi katil Ayu. Ain mengalih pandangannya ke sebelah katil. Kelihatan Naim sedang rancak berbual dengan Reza yang sedang memeluk Ayu di atas ribaannya. Ain agak kaget melihat perlakuan Reza. Patut ke dia mengganggu perbualan mereka?

"Akak, sorry lambat sikit. Tadi Naim hantar ayah ke rumah Wak Deraman ada hal. Tak tahu pula tempat tu jauh ingat dekat je,"tegur Naim apabila melihat Ain yang sedang tercegat di muka pintu.

"It's ok. Akak ada telefon rumah tadi. Mak yang angkat. Katanya maybe Naim lewat sikit sebab nak hantar ayah ke rumah Wak. Ayu! sini. Kesian doktor, nanti patah pula paha dia. Kalau patah, siapa nak rawat doktor pula kan"

"Takpe. Nanti bila dah jadi doktor Ayu boleh rawat Uncle Reza pula,"jawab Ayu sambil pandangannya dialih pada raut wajah Reza. Jawapan Ayu membuatkan Ain, Reza dan Naim ketawa. Tak sangka Ayu akan memberikan jawapan sebegitu.

"Ishhh...kalau uncle tunggu Ayu besar, hidup ke tidak uncle lagi. Yela Ayu kan baru enam tahun, lama lagi nak jadi doktor"

"Kalau camtu, Uncle tinggal la dengan Ayu. Ayu ada mama. Mama boleh rawat uncle"

Reza tersenyum mendengarkan jawapan Ayu. Pandangannya dialih ke arah Ain yang sedang berpura-pura mengemas katil dalam keadaan yang agak gelabah. Mukanya merah padam. Agaknya dia malu dan kaget dengan jawapan Ayu. Naim yang menyedari perubahan wajah Ain cuba menyelamatkan keadaan daripada berterusan. Naim mendukung Ayu yang masih berada dalam pangkuan Reza.

"Jom Ayu kita balik. Kesian nenek lama tunggu Ayu kat rumah. Mesti nenek gembira kalau dapat jumpa Ayu kan"

Ayu hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Naim. Terbayang-bayang olehnya raut wajah nenek yang selalu menghadiahkan senyuman buatnya dan atuk yang selalu menjadi teman gurauannya.

"Kami balik dulu Reza. Terima kasih tau. Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam"
Reza memerhatikan Naim dan Ayu berlalu keluar meninggalkan bilik. Hanya tinggal dia dan Ain yang sedang mengemas sedikit barang yang masih berada dalam laci meja.

"Maafkan saya doktor, pasal Ayu tadi. Dia tak bermaksud apa-apa. Biasala budak-budak"

Celah Ayu, cuba memecahkan kesuyian dalam bilik yang dirasakan semakin panas walaupun kipas syiling laju berputar. Reza hanya membatu memerhatikan Ain yang cuba mengelak daripada bertembung pandangan matanya.

"Ain, kenapa awak cuba jauhkan diri dari saya?"
"Apa maksud doktor? Saya tak faham"
"Ain!! Sudah la. Jangan pura-pura tak kenal saya. Kita dah lama kenal. Tapi saya tak faham kenapa awak cuba jauhkan diri dari saya sejak dulu lagi. Apa salah saya?"

Ain agak terkejut dengan nada suara Reza yang makin meninggi. Dari keadaan duduk Reza berdiri. Ain makin cemas. Ingin segera dia melangkah keluar daripada bilik yang seakan membakar isi dalamannya. Ain terus berdiam diri dan mengatur langkah keluar sambil membimbit sebuah beg pakaian Ayu yang telah siap dikemas. Ain berlalu meninggalkan Reza tapi langkahnya terhenti bila tangan kanannya disentap keras Reza. Terasa ngilu bahu. Mahu sahaja dia menjerit ke arah Reza tapi dalam berkeadaan begini dia harus mengawal perasaan amarahnya.

"Muhammad Reza Ariff!!! Lepaskan saya. Kita tak ada apa-apa hubungan. Awak faham tak?"

Ain menyentak kuat tangannya dari genggaman Reza. Pegangan Reza terurai dan Ayu terus berlalu meninggalkan Reza yang masih berdiri kaku memerhatikannya berlalu pergi. Ayu tidak dapat menahan lagi gelodak jiwanya. Beberapa titis air mata jernih mengalir dari kelopak matanya. Cepat-cepat dia menyeka air matanya dan cuba mengawal perasaannya sebelum dilihat oleh Naim dan Ayu yang sedang menunggu di kawasan parkir kereta.

Ya Allah! Tabahkanlah hatiku Ya Allah. Janganlah kau biarkan luka lama ku berdarah kembali.



__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 5

Gemersik bunyi desiran dedaun padi yang saling bersentuhan ditiup angin petang bagai memukau setiap mata yang memandang. Patuhnya padi pada haluan angin ibarat laut yang dipukul badai. Kicauan burung yang bebas berterbangan segera pulang ke sarang menandakan hari makin senja. Masih kedengaran riuh-rendah jeritan anak-anak jiran saling berkejaran dalam petak sawah yang telah siap ditiuai. Alangkah indahnya andai saat ini dapat ku hentikan dan dapat ku nikmati selamanya.

Ain masih berada di belakang rumahnya. Kakinya sesekali mengocak aliran air parit yang agak cetak, melihat ikan-ikan kecil bertempiaran lari menyelamatkan diri. Terlalu leka dengan ketenangan yang mampu dijanjikan oleh alam. Terasa seperti hidup ini terlalu bebas, jauh dari hiruk-piruk kekacauan dunia dan tenggelam di dalam lautan ketenangan. Mahu sahaja dia berada di situ hingga malam menjengah, menyaksikan sang mentari yang akan tenggelam di ufuk barat di antara belahan bukit-bukau yang menghijau. Alangkah indahnya alam ciptaan Tuhan hingga mampu memukau setiap mati hati yang bertadabur akan alam ciptaanNya.
Kepalanya didongak ke atas, menyaksikan kebiruan langit seluas mata yang memandang. Ayu menutup matanya, cuba menghilangkan segala kekusutan dalam fikiran dan kekacauan peristiwa pagi tadi. Ditarik nafas panjang beberapa kali. Pergilah kau memori, janganlah kau hantui aku lagi. Berikanlah aku ketenangan agar dapat aku terus berdiri dan meneruskan hidup ini.

Dari jauh, sepasang mata sedang memerhatikan perlakuan Ain. Sudah lama, dia berada di situ. Habis tangan dan kaki dibaham nyamuk yang berpesta menggigit manusia yang masih tegar berdiri dalam semak bagai menyerah diri.

"Assalamualaikum. Sorang je?"

"Waalaikumussalam"

Ain menoleh ke belakang mencari suara yang menegurnya. Terpana Ain melihat seorang lelaki yang amat dikenalinya. Betul ke apa yang aku lihat atau aku sedang bermimpi siang. Matanya dikerdip beberapa kali. Tapi kali ini jarak mereka bertambah dekat. Dadanya berdegup kencang. Reza yang masih berdiri tersenyum melihat reaksi Ain.

"Kenapa? Awak teringatkan saya ke?" usik Reza bila melihat wajah Ain yang merah padam.

Ain segera mengalihkan wajahnya dari pandangan Reza. Tak sanggup lagi dia bertentang mata. Soalan Reza dibiarkan berlalu bersama tiupan angin. Hanya kedengaran aliran air parit yang mengalir sesekali kocakan ikan kecil di permukaan.

"Ain, maaf kalau..."

"Kenapa awak ada kat sini?" Belum sempat Reza menghabiskan ayat, Ain bersuara dengan nada marah.

"Kenapa? Awak tak suka saya ada kat sini? Kalau awak nak suruh saya pergi sekarang boleh. Tapi, apa alasan yang saya nak beri kalau mak awak tanya? Saya datang pun sebab dijemput"

Ain hanya diam membisu. Membiarkan Reza meneruskan kata-katanya. Terasa mulutnya amat berat seperti dikunci rapat.

"Come on Ain. Don't get mad. Saya datang dengan niat yang baik. Ok, i'm sorry pasal pagi tadi. I just can't control myself. Dah lama saya cari awak Ain. Bagai nak gila. Saya rasa ini dah jodoh Tuhan bila kita dipertemukan semula. Tapi bila saya tengok awak dah ada anak saya terkilan, saya tahu awak sekarang dah jadi milik orang. Apa pun saya tumpang gembira dengan kebahagiaan awak"

Ain tetap tegar pada kedudukannya. Dia langsung tidak memberikan sebarang reaksi terhadap Reza. Reza jadi bengang dengan pendirian Ain.

"Ain, come on. Say something. Don't make me like this" Rayu Reza.

"Apa yang awak nak dengar daripada saya sebenarnya?" Ain berdengus keras.

"Penjelasan. Penjelasan dari mulut awak sendiri. Penjelasan kenapa awak tinggalkan saya. Penjelasan apa salah saya. Segalaaaa penjelasan yang menghantui saya selama ini"

Reza tidak dapat mengawal emosinya lagi. Mahu saja dia menarik tangan Ain memaksanya memandang tepat pada matanya. Bila difikirkan Ain bukan lagi miliknya, dia cuba mengawal emosinya. Nafasnya ditarik beberapa kali menanti Ain meluahkan kata-katanya. Reza melangkah menghampiri Ain. Ain makin tidak keruan. Apa penjelasan yang patut diberi? Dia dapat dirasai, Reza makin menghampirinya.

"Kan saya dah kata dulu. Kita tiada sebarang hubungan Reza. Kita memang tak dijodohkan untuk bersama" Ain cuba berbicara walaupun berat dan sukar untuk dijelaskan. Dia tahu Reza belum puas dengan penjelasannya.

"Boleh saya duduk " Reza membalas tenang.

Ain tidak memberikan sebarang respon. Fikirannya masih bercelaru bila memikirkan kisah silam yang cuba dilupakannya. Makin difikirkan makin sakit hatinya. Mengapa perasaan ini harus wujud dalam dirinya. Reza melabuhkan punggungnya di sebelah Ain sambil melipat kaki seluarnya, mengelakkan dari dibasahi air parit yang mengalir.

Ditarik nafas panjang beberapa kali. Ain dapat mendengar jelas dengusan Reza. Jantungnya makin berdegup kencang, mahu saja dia bingkas bangun meninggalkan Reza. Tetapi badannya bagaikan kaku tidak dapat bergerak.

"Ain, Ain."
"Itu bukan penjelasan yang saya tunggu Ain. Itu hanya alasan yang saya pernah dengar dari mulut awak dulu. Cuba pandang saya Ain. Pandang mata saya dan jelaskan apa yang sebenarnya yang terbuku dalam hati awak."

Reza mengalihkan pandangannya ke arah Ain yang masih tunduk. Seraut wajah Ain ditatap sayu dengan penuh kasih. Melepaskan rindu yang selama ini terbuku di hati. Sungguh dia merindui raut wajah itu. Mahu sahaja dialihkan pandangan Ain ke arahnya. Setitis air jernih dilihat mengalir membasahi pipi. Cepat-cepat Ain menyeka air mata yang bergenang di kelopak matanya takut dipandang oleh Reza. Reza membiarkan sahaja Ain melayan perasaannya.

"Ain"
Ain diam. Dikumpulkan segala kekuatan untuk terus berkata. Ain membalas renungan dengan mata yang berkaca.

"Maafkan saya Reza. Saya dah ada keluarga. Saya harap awak faham. Tak guna diungkit kisah yang lama. Biarlah kita mulakan hidup yang baru"

Reza tersenyum kelat. Pandangannya dialih kepada sepasang burung merbuk yang sedang sibuk mencari makanan di celah timbunan rami padi. Benaknya terasa kosong. Dibiarkan masa berlalu seketika bersama angin lalu.

"Boleh kita pulihkan kembali hubungan kita? maksud saya kita jadi kawan, boleh?" ujar Reza setelah berdiam diri.
Sekali lagi pandangannya dialih ke arah Ain. Senyuman manis terukir di bibir Ain. Senyum yang indah. Senyuman yang selama ini dirindui malah pernah hinggap di ranting hatinya. Ain pantas mengalih wajahnya dari pandangan Reza. Wajahnya berona merah menahan malu. Reza tersenyum malu sendiri. Hatinya bagai dipaut rindu. Alangkah bahagianya andai senyuman itu mampu ku miliki lagi.

"So, sekarang awak kerja kat mana?" tanya Reza memecahkan seribu kesunyian yang melanda. Terasa kaget untuk memulakan bicara.

"Seremban"
"Hospital Seremban?"
"Tak. Saya resigned lepas housemanship kat Johor"
"Resigned? Tapi kenapa?"
"Panjang ceritanya. Tapi takpe, saya dah ada career sendiri sekarang. Saya buka beberapa cawangan bakery shop. Kalau ada masa singgah la . Awak wajib rasa"

"Peanut butter brownies?" sampuk Reza sebelum Ain menghabiskan ayatnya.

"Macam mana awak tahu?"
"Saya pernah makan brownies pertama kali jumpa awak. Kerana brownies ni juga la saya mula jatuh hati dengan awak. Ohhsorry. Saya tak bermaksud nak ungkit kisah lama"

"It's ok" Ain tersenyum sipu. Rupa-rupanya ada orang yang masih menghargai bakatnya. Sebenarnya, sejak dulu lagi Ain menyimpan minat dalam bidang masakan. Tapi disebabkan permohonannya untuk ke International Culinary Schools di Washington gagal, dia menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sebagai pilihan kedua.

"Dah lewat. Jom kita balik. Orang kata dah lewat macam ni banyak hantu" gurau Reza sambil tangannya dituju ke arah serumpun buluh yang terletak tidak jauh dri mereka.

"Ishhhawak ni. Jangan la celupar sangat. Nanti ada yang kena tegur"

"Hahaha.penakut rupanya" sindir Reza melihat perlakuan Ain yang sedang menggosok tengkuk dan lengannya yang mula meremang. Ain jadi berang. Lalu dia bingkas bangun meninggalkan Reza keseorangan di tepi parit.

"Padam muka. Biar dia gelak sorang-sorang kat situ, malas aku nak layan". Dia bermonolog sendirian. Dalam keadaan gopoh Ain cuba menyarungkan kembali seliparnya dengan kaki yang masih basah.

"Duppp!!"
"Aouchhh" Ain terjelepok jatuh ke atas tanah. Sakitnya bukan main lagi. Dia cuba bangun tapi sakit di kakinya menghalang. Dia terduduk kembali. Terseliuh agaknya. Reza yang terkejut mendengar jeritan, bingkas bangun ke arah Ain.

"Cuai betul la awak ni. Ni terseliuh agaknya. Mari saya tolong awak pergi klinik" Dia menghulurkan tangannya kepada Ain. Tetapi tidak disambut terus oleh Ain. Masih ada perasaan ragu dalam hatinya. Berkerut dahinya menahan sakit.

"Takpe sikit je. Saya boleh jalan sendiri" Ain mencuba lagi untuk berdiri. Sakittttt!!! Badannya rebah kembali ke atas tanah tetapi berjaya dirangkul oleh Reza. Ain kaku dalam pelukan Reza.

"Reza!!!" Ain cuba melepaskan diri dari pelukannya. Tapi pegangan Reza lebih kuat dan tak mampu ditolak lagi. Ditambah lagi keadaan kakinya yang makin berdenyut.

"Diam!" Tegas suaranya kedengaran di telinga.

"Awak nak saya kendong awak atas lembu tu ke?" sambil mulutnya dimuncungkan ke arah seekor lembu hitam yang sedang kusyuk meragut rumput. Seakan memahami katanya, lembut tersebut menguak sambil digeleng kepalanya beberapa kali menghalau beberapa ekor lalat yang hinggap pada matanya.

"Tengok. Lembu tu pon tak nak dukung awak tau"

Ain tersipu malu mendengar gurauan Reza. Tidak tahu di mana hendak diletakkan muka bila berada di dalam dukungannya. Jantungnya berdegup pantas bila terhidu wangian Elements Aqua yang menusuk jiwanya. Teringat kembali saat ketika pernah mereka bersama. Ditenung wajah Reza tetapi dia kelihatan selamba sahaja.

"Cuba tahan sikit!" bisik Reza sambil menundukkan wajahnya ke arah Ain.

Ain segera mengalihkan pandangan. Malu dengan tindakannya. Reza hanya tersenyum.

"Astaghfirullah halazim" Ain beristighfar beberapa kali. Menyesali akan perbuatannya tadi. Terasa dirinya dikuasai hasutan syaitan. Sungguh tajam panahanmu sehingga aku tidak sedar walau pun sedetik kesilapan ku.


Pintu dapur ditarik. Reza menyandarkan Ain pada kerusi.
Menyedari kehadiran mereka, mak ck Asiah yang sedang sibuk menyediakan makan malam bergegas ke arah meja.

"Kenapa pula ni?"
"Terseliuh sikit mak. Mak jangan la risau, sikit je" Ain cuba menenangkan emaknya yang mula tidak keruan.

"Mak cik ada ais? Boleh kita tuam, kurang sikit bengkaknya" sampuk Reza mengganggu perbualan dua beranak.

"Ada, jap nanti mak cik ambil tuala dulu" Beberapa minit kemudian , dia datang bersama sebungkus ais di tangan. Reza segera menekan-nekan bungkusan ais pada pergelengan kaki Ain.

"Cuba tahan sikit. Nanti makin bengkak kaki ni. Saya rasa kita tak perlu ke klinik. Seliuh ni sikit je. Lepas rehat ok la" terang Reza sambil tangannya memegang lutut Ain bagi mengelaknya dari bergerak. Ain mengaduh kesakitan.

"Nasib ada kamu Reza. Ada juga doctor yang nak merawat. Kamu buatla apa yang patut mak cik nak masak ni. Nanti tak sempat kita nak makan malam"
"Baiklah mak cik"
Mak cik Asiah berlalu meninggalkan mereka.

"Dah. Takpe, saya boleh buat sendiri" Tangannya cuba mengambil bungkusan ais daripada Reza tapi ditepis ke tepi.

"Dah, sekarang saya yang doctor dan awak patient. As a patient awak mesti dengar cakap saya. Faham?" tegas Reza cuba melawan kedegilan Ain.

"Huhh.."dengus Ain mendengarkan arahan Reza.
Selepas selesai solat maghrib, mereka sama-sama menjamu selera di ruang makan. Riuh-rendah kedengaran gelak ketawa mereka seperti sebuah keluarga yang bahagia.

"Ayu nak ayam?" Ain mengalih pandangannya ke arah Ayu. Ayu tersenyum sambil tangannya mengangkat pinggan yang digunakan.

"Gemuk la cucu atuk kali ni. Tak larat la atuk nak dukung lepas ni" usik pak Hassan. Digeleng kepalanya berkali-kali sambil sebelah tangan memegang pinggannya seakan tengah mengaduh sakit.

"Atukkkk!" Ayu menjerit separuh merajuk. Seisi ruang meja tertawa melihat reaksinya.

"Takpela pak cik. Kalau sakit saya kan ada, nanti saya bagi service percuma. Lepas ni boleh la pak cik dukung Ayu lagi. Kan Ayu?" Reza mengenyitkan matanya ke arah Ayu. Ayu tersenyum.

"Tengok atuk, atuk tak boleh kenakan Ayu dah lepas ni. Ayu ada uncle Reza" ugut Ayu sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Pak Hassan tergelak melihat perlakuan Ayu.

"Kamu Reza, kenapa tak bawa orang rumah datang sekali" Pertanyaan pak Hassan menyebabkan Reza hampir tersedak. Gelas berdekatan dicapai. Ain mengerling ke arah Reza.

"Ayah, Reza ni bujang lagi la. Banyak je perempuan yang minat kat dia, tapi dia yang tolak. Katanya, dia hanya akan setia pada yang satu. Siapala orang yang bertuah tu " sampuk Naim sambil menepuk-nepuk belakang Reza. Reza hanya tersenyum. Malas nak membalas hujah Naim. Kalau dilawan pun belum tentu menang.

"Oh yeke? Muka segak macam ni pun bujang lagi. Amboi, bertuah betul gadis tu. Kalau kamu nak, mak cik ada sorang lagi anak dara. Boleh kamu jadi menantu mak cik"

Reza hanya tersenyum sipu bila dia dijadikan tajuk perbualan. Pandangannya dialih ke arah Ain. Ain hanya tunduk membisu seakan-akan tidak mendengar perbualan mereka. Dia semakin rimas. Ain cuba mengalih topik perbualan.

"Mak, esok Ain balik Seremban. Banyak kerja yang tertangguh kat sana. Lagipun, lusa Ain ada meeting dengan pembekal di sana. Nanti Ain balik sehari sebelum majlis tu. Ayu pula jangan nakal-nakal tau, nanti mama bagitau Cikgu Nora Ayu cuti sakit"

Ayu tersenyum girang. Nampaknya dia dapat bercuti lebih lama di kampung dan menghabiskan masa bersama atuknya.

"Tapi kaki kamu tu dah sembuh ke. Seremban tu jauh. Nanti makin melarat pula bengkaknya. Dah baik-baik surut bengkak balik" Ain terdiam seketika. Hampir dia lupa akan keadaan kakinya yang terseliuh petang tadi. Macam mana dia hendak memandu kalau kakinya sakit semula.

"Kalau mak cik dan pak cik izinkan, saya boleh tumpangkan Ain esok. Kebetulan saya pun ada kursus di Hospital Tuanku Jaafar beberapa hari. Dekat sangat la tu dengan tempat Ain" sampuk Reza setelah diam seketika. Ain terkejut mendengar cadangan Reza. Biar betul mamat ni?

"Reza" Ain cuba membantah tapi kata-katanya dipintas.

"Elok lah tu. Kebetulan betul. Tapi tak menyusahkan kamu ke?"

"Tak mak cik. Lagipun hospital tu dekat je dengan rumah Ain. Saya pun ada plan nak balik kampung, tengok-tengokkan rumah kat sana. Takde orang yang nak jaga"

"Mak!!!" Ain cuba menagih simpati daripada maknya. Tetapi dibiarkan sahaja sambil bahu ditepuk lembut oleh emaknya.

Selepas selesai makan malam, Reza meminta diri untuk pulang. Banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum menghadiri kursus. Hatinya berbunga riang kerana hajatnya mendapat restu keluarga Ain. Tapi betul ke tindakannya. Matanya melilau mencari kelibat Ain. Dilihat Ain sedang sibuk mengelap meja makan.

"Suami awak tak marah ke saya tumpangkan awak?"

Ain membetulkan ikatan apron pada pinggangnya.
"Diaaa. Outstation seminggu"
"Ermmmkalau macam tu awak minta izin dulu dengan dia. Saya risau nanti timbul salah faham"
"Ermmm.ok"
"Baiklah. Kita jumpa esok. Nanti saya datang jemput pukul lapan pagi. Jangan lewat. Assalamualaikum" Reza tersenyum manis. Dia berlalu pergi meninggalkan Ain yang masih tercegat di meja.

"Waalaikumussalam" Ain membalas lambat. Fikirannya bercelaru. Betul ke yang aku buat ni. Ini kebetulan atau takdir?


__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 6

"Dah siap packing atau ada apa lagi yang Naim boleh tolong?"

Naim memerhatikan Ain yang sedang menyusun beberapa helai dokumen yang bertaburan di atas meja. Soalannya tak terjawab.

"Akak?" tegur Naim perlahan menyeabkan Ain sedikit tersentak dari lamunan. Ain menoleh sambil meleretkan senyuman. Kerisauan hatinya sengaja disembunyikan di sebalik ukiran bibir. "Kenapa akak ni. Pagi-pagi dah mengelamun. Teringat orang jauh ke?" Naim mengusik cuba menghiburkan kemurungan Ain.

"Ah! Ya? Dah siap simpan kotak tadi?" Ain tidak mempedulikan gurauan Naim.

Dia cuba menyembunyikan rasa hatinya. Naim tersenyum dengan reaksi Ain. Ain hanya menjeling melihat Naim yang tersengih menunjukkan beberapa baris giginya yang tersusun rapat. Malas nak dilayan usikan 'manja' pagi-pagi begini.

"Macam mana akak kenal Reza? Naim tengok korang macam dah lama kenal. Serasi je. Ada pape ke?" Naim cuba memancing. Dikerling Ain yang cuba menyibukkan diri dengan fail di tangan.

"Takde la. Akak kenal time summer holiday kat UK dulu. Dia jadi pemandu pelancong kitorang. Akak tak pernah dengar pun kamu sebut pasal Reza dulu. Mak kata dia selalu datang cuti sekolah kat sini. Betul ke?"

"A'a. Selalu juga. Ada dalam dua tahun. Ermmmacam mana la akak nak tau kalau akak sendiri tak pernah tanya. Yela takkan tiba-tiba Naim nak citer pasal dia pula. Akak ada pape ke dengan Reza dulu?" Naim cuba memancing sekali lagi. Diharap umpan kali ini mengena.

"Takde pape la. Kami kawan je" jawab Ain tegas.
"Habis kenapa akak nampak risau je? Ada masalah ke?"
"Tak la. Akak just rasa tak selesa nak balik ni"
"Sebab Reza yang tumpangkan?Apa salahnya" Naim melirikkan senyuman. Ain menjeling.
"Apa makna Naim senyum macam tu?"
"Takde la. Naim terfikir kenapa senang je mak ayah benarkan Reza tumpangkan akak. Akak tak ter'bau' apa-apa ke?"
"Ermm, ada. Mak ada la apa-apa tu. Ni yang buat akak risau"

"Apa yang kamu risaukan tu?" Tiba-tiba mak cik Asiah mencelah dari sebalik pintu bilik. Kaget Ain dan Naim. Dengar ke perbualan mereka?

"Takde pape. Ain risaukan Ayu tu. Takut menyusahkan mak ayah pula" Ain berdalih. Risau perbualan mereka didengari.
"Dah pukul 8.30. Tak nampak batang hidung Reza pun." Ain memerhatikan emaknya. Pelik. Apala yang hendak dirisaukan.

Ain bangkit dari kerusi menuju ke arah bilik tidur. Ada beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum bertolak. Naim memerhatikan kelibat kakaknya yang lesap di sebalik pintu.

"Naim. Mak nak tanya sikit. Reza tu kan kawan kamu. Takkan kamu tak tahu apa-apa pasal dia dengan kakak kamu. Mak tengok lain macam je diorang. Ada pape ke?"

"Ha tak tahula Naim mak. Akak tak pernah citer apa-apa pun. Dia kata kawan lama je. Reza tak tahula. Naim tak pernah tanya. Baru semalam Naim tahu yang diorang sebenarnya dah lama kenal," ulas Naim cuba menjelaskan keadaan sebenar.

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Ain muncul dari arah pintu bersama Ayu. Mereka beriringan ke arah Naim dan mak cik Asiah yang sedang berbual di ruang tamu. Ayu berlari anak ke arah Naim. Melihat reaksi Ayu, Naim segera mendepakan tangannya seakan memahami Ayu. Ayu yang duduk di atas ribaannya tersenyum dalam pelukan.

"Ishhmanjanya dengan pak su. Ayu tak malu ke? Ayu kan dah besar. Tak elok tau buat macam tu. Nanti jelous makwe pak su kalau dia tengok Ayu buat macam tu". Ain cuba mengusik. Ayu hanya mencebik.

"Ayu tak maluuu. Pak su kan sayang Ayu. Pak su kan, kan?" Ayu cuba mendapatkan perhatian Naim. Matanya bertentang dengan mata Naim.

"A'apak su sayang Ayu. Mama tak tahu ke yang Ayu ni makwe pak su? HahahaaSebenarnya mama yang jeles kan?"
"Mama jeles ma?" Ayu cuba mengenekan mamanya kembali. Ain mencebik.

"Uhtakde nya mama nak jeles setakat pak su kamu tu. Sebab"
"Sebab mama dah ada buah hati ke?" belum sempat Ain menghabiskan ayatnya, Naim menyampuk sambil tersenyum. Berderai ketawa kedengaran, melihatkan wajah Ain yang berubah merah. Ain bertambah geram bila ditertawakan begitu. Pagi-pagi lagi dah dijadikan bahan gurauan.

"Apa yang gembira sangat ni?" Tiba-tiba kedengaran suara asing yang muncul dari arah pintu utama. Masing-masing memalingkan muka.
"Kamu Reza. Ingatkan siapa tadi. Kami baru sebut pasal kau, tiba-tiba terpacul dah kat sini. Dah lama sampai?" tegur Naim melihatkan Reza yang tercegat di depan pintu. Reza menyambut salam Naim.
"Pasal aku? Hai, kenapa pulak. Patutla dari tadi aku asyik terbatuk,"gurau Reza.
Pandangannya teralih melih kelibat Ain yang hilang di sebalik langsir yang memisahkan ruang tamu dan dapur.

"Kamu dah sarapan Reza? Kalau belum, boleh la sarapan dulu. Jauh nak jalan ni" mak cik Asiah mengingatkan Reza.

"Takpe mak cik. Saya dah sarapan kat rumah tadi. Ain dah siap ke? Kalau dah boleh kami bertolak dulu"
"Dah. Nanti mak cik panggilkan," mak cik Asiah berlalu meninggalkan Reza.

Pintu bilik ditolak. Ain sedang membetulkan tudung ungu pelangi yang dipakainya. Kelihatan semua barang telah siap dikemas.
"Mak, nanti bagitau je Mun macam mana kek yang mak nak. Ain dah bagitau Mun. Dia tunggu mak telefon" Ain mengingatkan perihal kek pertunangan adiknya. Dia telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Mun untuk menguruskan cawangan kedainya di Terengganu. Mun merupakan kawan rapatnya sejak sekolah menengah. Segala masalah selalu dikongsi bersama. Perhubungan erat yang lama terjalin, membuatkan Ain menaruh kepercayaan penuh kepada sahabatnya.
"Nanti mak telefon dia. Kamu nanti jangan lewat sangat balik. Takde siapa nak tolong mak. Nak tunggu kak long kamu yang tengah sarat tu, alamatnya tak berkesudahan la kerjanya. Jaga diri elo-elok ya."

"InsyaAllah mak"

Selesai mengangkut barang ke dalam kereta, mereka saling bersalaman. Ain memeluk Ayu. Disebabkan kerja yang tak dapat dielak dia terpaksa meninggalkan Ayu walaupun hati teasa berat.
"Ayu jangan nakal-nakal. Nanti hujung minggu ni mama balik tau" Satu kucupan hinggap pada dahi Ayu. Ayu hanya mengangguk. Sebuah senyuman dihadiahkan pada Ain.

"Pak cik saya pergi dulu"
"Jaga anak pak cik elok-elok tau. Jangan laju-laju sangat, penting selamat. Ain nanti dah sampai telefon ayah tahu"
"Baikla ayah. Ain pergi dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Ain melambai-lambai. Akhirnya bayangan Teratak Bayu hilang dari pandangan. Sekarang hanya tinggal dia dan Reza. Hanya berdua. Terasa kaku. Ain hanya mendiamkan diri seribu bahasa. Tiada sebarang suara kedengaran. Hanya sesekali kedengaran Reza berdehem beberapa kali. Rimas. Terasa pelik bagai ada tembok besar dan tinggi di antara mereka. Kereta Reza meluncur laju pada jalan raya menuju ke arah utara.

"Kita pasang lagu"
"Ok" sepatah. Ain membelek beberapa keping cd yang tersusun. Dicapai cd album nasyid terbaru nyanyian kumpulan Saujana "Nota Cinta". Dibiarkan alunan nasyid bermain di corong radio. Fikirannya kosong.
Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya
Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri
Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang
Fikiran Ain menerawang jauh. Entah apa yang sedang dikhayalkan. Reza menoleh.
"Ain. Diam je" celah Reza cuba memecahkan kesunyian.
"Takla. Saya tak tahu apa yang hendak dibualkan" Ain hanya tersenyum kelat.

"Bila balik kampung semula?" Reza memulakan perbualan.
"InsyaAllah Khamis ni. Nanti jemput la datang rumah. Hari Jumaat. Ada majlis sikit"
"Majlis? Majlis apa?"
"Ada rombongan meminang nak datang. Kami buat majlis bertunang terus"
"Siapa? Takkan Naim. Dia tak kata apa-apa pun" Reza mengerutkan dahi.
"Tak la. Suraya, adik bawah Naim. Ermmkalau Naim tu nak katakan tunang, makwe pun takde lagi" Ain tersenyum mengenangkan Naim yang selalu mengelak bila ditanya. Tapi sayangnya jodoh belum ketemu. Nampaknya langkah bendul jugak la.

"Suraya? Oooo.. yang sama umur dengan Naim tu. Baru ingat. Dah besar rupanya dia sekarang ya. Dulu jumpa rasa macam kecik lagi. Tengok-tengok dah nak kawin. Jadi dia la yang mak awak cerita masa makan malam semalam. Ermm, melepas la saya nak jadi menantu mak awak. Hahaaha" berderai kedengaran ketawa Reza. Ain hanya tersenyum.

"Rupanya saya salah faham la" Reza menepuk-nepuk dahinya sambil tersenyum.
"Salah faham apa plak?" Ain meminta penjelasan. Pelik dengan kelakuan Reza.

"Takde la semalam saya ingat mak cik maksudkan awak tau. Rupa-rupanya Suraya. Hampir lupa yang Naim ada sorang adik perempuan" Ain terkedu dengan jawapan Reza. Kerongkong terasa kering.
"Lupa pula yang awak dah kawin" Naim tersenyum kelat. Pandangannya masih tertumpu pada deretan kereta di hadapan. Sesekali menoleh ke arah cermin belakang.

"Awak pula. Kenapa tak kawin lagi? Yela kan sekarang ekonomi dah stabil. Takkan takde yang berkenan di hati kot. Nak tunggu apa lagi" Ain mula mengorek rahsia hidup Reza. Mata dilirik ke arah Reza. Reza masih diam membisu.

"Ada. Tapi sekarang dia dah jadi milik orang. Hati saya belum terbuka untuk sesiapa lagi. Lama saya menanti andai diberi peluang kali kedua, tapi"Kedengaran keluhan Reza terhembus agak memberat. Ain pula tidak mencelah. Hanya menunggu butiran kata-kata seterusnya."tapi nampaknya setakat ini saja noktah berhubungan kami." Sayu suara Reza menyatakan luahan rasa hatinya.

"Peluang kedua? Maksudnya dia tinggalkan awak? Kenapa?"
"Saya tak tahu. Puas saya tanya. Tapi alasannya tetap sama. Katanya kami tiada jodoh. Dia seolah-oleh menafikan perasaanya. Saya tahu dia rahsiakan sesuatu dari saya"
"Saya kenal ke dia?"
"Ya, lebih dari kenal"
Ain terdiam sejenak. Siapa? Takkan Anis. Ain teringat kisah lamanya. Hatinya pernah kecewa kerana pengakuan ikhlas daripada mulut gadis ini. Pengakuan yang mengubah perasaan cintanya kepada benci. Rindu kepada derita. Tapi demi seorang sahabat yang lama dikenali, hatinya rela melepaskan apa yang bukan miliknya. Dia lebih berhak berbanding dirinya yang bukan seorang wanita sempurna.

"Takkan Anis" Ain cuba menafikan. Tapi jawapannya dapat didengar jelas oleh Reza.
"Anis. Kenapa dengan Anis. Sebab dia ke, awak tinggalkan saya?" Reza menunggu jawapan Ain.

Ain tersentak,"Saya?". "Ya, awak" Reza memandang tajam ke arah Ain. Matanya tidak lagi tertumpu pada jalan raya.

"Reza!!!....kereta depan" Ain menjerit.
Terkial-kial dia mengawal stereng sehingga hampir-hampir terbabas. Brek mati dipijak sekuat hati. Bunyi berdecit tayar mencengkam aspel jalan raya kedengaran memanjang. Kelam-kabut Reza keluar. Meninjau keluar takut ada sesiapa yang cedera. Tiada sebarang kemalangan. Hanya keretanya yang tersasar dari arah jalan. Dia bergerak kembali ke arah kereta.

"Astaghfirullah halazim" Ain mengucap panjang. Pandangan dialih ke arah Reza. Reza tertunduk diam pada stereng kereta.
"Are you ok?" Ain meminta kepastian.
"Yup, ok je. Sorry saya tak perasan tadi. Nasib baik" Reza menjawab pendek.

Enjin kereta dihidupkan semula. Mereka memulakan kembali perjalanan. Sepanjang jalan tiada apa yang mereka bicarakan. Masing-masing diam. Melayan perasaan. Seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Reza terus diam membisu dan cuba menumpukan perhatian pada kesibukan jalan raya. Dia tidak mahu kejadian kemalangan tadi berulang lagi. Mugkin tadi nasibnya baik tapi akan datang, tidak ada siapa yang dapat menduga. Harapkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kejadian tadi dilupakan sekejap. Ain pula turut mendiamkan diri, tidak mahu pemanduan Reza terganggu. Matanya hampir tertutup kerana terlalu mengantuk, tetapi digagahi juga. Bimbang Reza tertidur semasa memandu. Radio dihidupkan. Masa yang terluang diisi dengan membaca novel yang sering dibawanya setiap kali berjalan jauh.
Reza memalingkan muka ke arah Ain. Sekilas wajah Ain dipandang. Dia tergelak kecil melihat Ain yang terlentok. Kepalanya hampir jatuh dari bahu kerusi, tetapi tersangkut dek ikatan tali pinggang yang dipakainya. Ain tidur mati. Mungkin terlalu mengantuk menyebabkan dia tidak sedar bila terlelap. Reza memberhentikan keretanya pada bahu jalan. Dicapai "neck holder" pada kerusi belakang, lalu dipasang pada leher Ain. Diperbetulkan tudung Ain yang hampir tertanggal. Reza tergelak kecil lagi.

"Eh, apa yang awak buat ni?" dalam keadaan mamai Ain menepis tangan Reza. Tidurnya terganggu. Reza membuntangkan matanya.
"Sorry. Saya betulkan kepala awak tadi. Risau nanti ada plak yang rebah atas saya" Reza tersenyum sinis. Enjin kereta dihidupkan kembali.
"Thanks" Ain membalas pendek. Mukanya berubah merah, menyesal kerana tertidur.

"Ishhapasal la tertidur gak. Buat malu jer. Macam mana la rupa aku tadi. Aduhhhmalunya" ngomel Ain sendiri. Lipatan tudung dan pakaiannya diperbetulkan. Kerusi yang tadinya condong ke belakang ditegakkan. Jangan tidur!! Hati kecil Ain menjerit.

Hampir lapan jam perjalanan dari Terengganu ke Seremban. Akhirnya mereka tiba ke destinasi. Kereta hitam Gen2 milik Reza diparkir di hadapan sebuah rumah teres berwarna ungu lembut dua. Dilaman rumah terhias dengan taman berkonsepkan desa. Ain melangkah keluar mengendong sebuah beg pakaian.

"Cantik rumah awak" Reza memuji. Ain tersenyum senang.
"Takde la biasa je. Terima kasih tumpangkan saya hari ni. Maaf menyusahkan awak je, takpe nanti lain kali giliran saya belanja awak plak ya" Jam di tangan dipandang. Jam menujukkan pukul 6.30 petang. Riuh rendah kedengaran kicauan burung pulang ke sarang.
"Dah lewat, awak pun mesti penat kan? Maafla saya tak dapat jemput awak masuk. Lagipun takde orang kat rumah. InsyaAllah len kali"

"It's ok. Lagipun tak manis datang rumah orang malam-malam. Okla, ni nombor telefon saya. Kalau ada masalah boleh call saya" sekeping kad putih dihulur kepada Ain. Ain menyambut senang.
"Terima kasih" Sebuah senyuman terukir di bibir.
"Nanti, sampaikan salam saya pada suami awak bila dia balik nanti. InsyaAllah nanti ada masa, kami boleh berkenalan. Assalamualaikum. "

"Ha?....InsyaAllah. Waalaikumussalam. Take care".

Kereta Reza meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Ain. Ain masih tercegat di pintu pagar. Suami? Dah keterlaluan ke yang aku buat ni? Apa aku nak buat sekarang? Masalah betul. Ain mendengus keras. Pintu pagar ditolak kasar. Geram. Petisurat diperiksa sebelum kakinya melangkah masuk. Terdapat beberapa keping surat bertaburan dalam kotak. Longgokan surat tersebut dicapai dan diperiksa. Sekeping surat bersampul biru muda menarik perhatiannya.

"Siapa plak ni?" Ain melangkah masuk ke dalam rumah. Aroma lavender menusuk hidungnya. Alat penghawa dingin dihidupkan. Badannya dihempas pada sofa empuk di ruang tamu, cuba menghilangkan rasa lenguh yang masih menjalar pada urat sarafnya. Perhatiannya dialih kembali pada timbunan surat di atas meja. Surat bersampul biru muda tadi dibelek beberapa kali. Mencari gerangan si penghantar. Sekeping kad dikeluarkan dari sampul. Sekeping kad jemputan tertera 'Majlis Jejak Ukhwah batch 27'.

"Reunion?" Fikiran Ain buntu seketika. Akhirnya saat ini sudah tiba. Bukan saat yang ditunggu sekian lama tetapi saat yang sudah lama cuba dielak olehnya. Tidak dapat dibayangkan perasaannya, berjumpa kembali kawan lama yang terpisah hampir 10 tahun. Tentu sekali suasana akan menjadi gawat. Perasaan seronok dan risau bercampur-baur. Ain mengeluh kecewa.

"Takpe lambat lagi" Ain cuba menyedapkan hatinya bila dilihat tarikh yang tertulis. Majlis yang akan menemukan semua bekas pelajar batchnya akan diadakan pada bulan hadapan. Percutian ke Pulau Perhentian di salah sebuah resort di sana menjadi pilihan lokasi, tajaan salah seorang pelajar yang menjadi pengusaha resort di sana.

Beberapa keping sampul surat yang belum dibuka dibiarkan berlonggokan di atas meja. Ain bergegas ke arah biliknya. Waktu solat Maghrib hampir penghujungnya. Dia hampir terlupa kerana asyik mengelamun mengenangkan kenangan sewaktu di alam sekolah. Hampir 10 tahun tidak berjumpa, sudah tentu banyak perubahan yang dapat dilihat. Ada yang sudah berkeluarga dan berjaya. Usai solat Maghrib, Ain turun kembali ke tingkat bawah. Beg pakaian masih di ruang tamu. Longgokan surat dicapai dan beg pakaiannya berada pada tangan kirinya. Matanya melilau mencari sesuatu. Beg pakaiannya diselongkar. Tiada!!!

"Mana perginya fail tu. Takkan tertinggal kat rumah kot. Rasanya dah ambil awal-awal lagi" Ain menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Fikirannya serabut. Terdapat dokumen penting untuk meeting dengan pembekal esok. Kalau dia gagal, habisla perniagaan yang diusahakannya. Mesyuarat tersebut penting untuk membuat rundingan harga dengan pembekal tetapnya. Ini bagi memastikan setiap cawangan kedainya mendapat bekalan bahan mentah yang mencukupi setiap bulan.

Ain mencapai telefon bimbitnya. Tangannya pantas menekan-nekan nombor telefon yang tertera pada skrin telefon.
"Assalamulaikum"
"Mak, Ain ni. Ain dah sampai sebelum Maghrib tadi. Ayu ok?"
"Mak ada nampak fail Ain tak dalam bilik?"
"Takla. Nanti Ain cari balik dalam bilik. Mungkin Ain terlepas pandang tadi. Nanti sampaikan salam Ain pada ayah ya. Assalamualaikum"

Panggilan telefon dimatikan. Kecewa. Fikirannya kusut kekeringan idea.
"Reza!!!"

*
Selesai sudah membaca naskah suci al-Quran, Reza menyandarkan badannya pada sisi katil. Sekejap lagi azan Isyak akan berkumandang. Pandangannya teralih pada sebuah fail biru yang berada di atas meja. "Patut ke aku hantar atau tunggu esok je? sekarang dah malam tapi fail ni dia nak guna esok. Ishh silap betullupa pula nak minta nombor telefon tadi," Reza bermonolog sendiri.

Sayup kedengaran alunan musik instrumental 'killing me softly by his song' dari jauh. Reza bangkit keluar dari bilik tidurnya. Matanya melilau mencari arah punca alunan tadi. Telefon bimbit yang masih berada di atas meja kecil pada ruang tamu dicapai. 'One miscall' terpampang pada skrin. Bila diperiksa, hanya terpampang nombor telefon tanpa nama. Siapa?. Sekali lagi telefonnya berdering. Reza menekan butang jawab.

"Waalaikumussalam"
"Tak la, tengah berehat sementara tunggu Isyak. Ermmada pape ke?"
"Ohada. Apa kata saya hantarkan pagi esok. Lagipun dah malam"
"Tak la, esok saya free lagi. Pukul berapa masuk kerja?"
"Ok. InsyaAllah pukul sembilan saya sampai"
"Waalaikumussalam"

Reza tersenyum sendiri. Entah kenapa hatinya terasa riang. Panggilan Ain tadi bagaikan memberi nafas baru padanya. Reza mengelamun sejenak. Tiba-tiba lamunannya dikejutkan dengan laungan azan Isyak yang berkumandang. Diraup mukanya beberapa kali.
"Astaghfirullah halazim" hatinya bagai leka dengan hasutan syaitan. Menyesali perbuatannya tadi, Reza beristighfar beberapa kali sambil memandang siling. Kosong seperti mana fikirannya sekarang.
"Masakan aku boleh lupa yang dia milik orang. Ya Allah ampunilah aku ya Allah. Jauhilah hatiku dari bisikan syaitan. Lindungilah aku dari segala fitnah dunia"

Setitis air mata mengalir pada pipinya. Reza membiarkan sahaja ia mengalir. Tiada salah baginya seorang lelaki mengalirkan air mata andai itu yang dapat melepaskan segala beban di dada. Malah baginya, kerana air mata itu jugalah, dirasakan diri makin mendekatiNya. Biarlah air mata itu yang menjadi saksi dan pemadam di hari pembalasan kelak.


__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 7

Ding!Dong!

Kedengaran loceng rumah ditekan beberapa kali. Ain bergegas keluar. Nasib baik awal-awal lagi dia sudah mengenakan tudung. Pinggan mangkuk yang masih belum dibasuh dibiarkan.

"Assalamuaalaikum" kedengaran suara lelaki memberi salam. Ain membuka lipatan lengan baju kurungnya sebelum membuka pintu. Kelibat tetamu yang datang diintai dari celah lubang pintu yang tersedia. Kelihatan seorang lelaki berpakaian formal sedang duduk di atas bangku menghadap air terjun tiruan yang mengalir perlahan. Ain membuka selak dan pintu ditolak keluar.

"Waalaikumussalam"

Lelaki yang sedang asyik dengan gemericik air terjun yang mengalir, menoleh ke belakang. Penampilan yang segak, berkemeja putih dengan ikatan tali leher merah darah dan berkot hitam. Sebuah senyuman terukir manis di bibirnya. Ain bagaikan terpukau. Jantungnya bagaikan terhenti seketika. Terkejut bukan kerana gaya pemuda tersebut yang berkarisma tetapi senyumannya. Senyuman yang seakan 'menggoda'. Ain tergelak kecil. Pandangannya dialih ke arah kereta yang terparkir di hadapan rumahnya.

"Kenapa gelak? Saya nampak teruk ke?" berkerut dahi Reza. Dipusingkan badannya beberapa kali. Takut-takut dia tersalah mengenakan pakaian. Pelik mendengarkan tawa Ain. Reza mengangkat keningnya beberapa kali meminta kepastian.

Ain cuba menahan gelak."Takde la. Ok je. Awak nak pergi mana pakai formal ni? Macam gaya nak masuk pejabat je"
"Oooada kerja sikit dekat HTJ tengah hari ni. Nak kena jumpa dengan pegawai sana. Maaf saya lambat sikit. Nak kena siapkan beberapa kertas kerja tadi" Reza memandang ke garaj kereta. Sebuah motosikal YAMAHA berwarna putih terparkir di luar garaj.

"Oh, lupa awak ada hal dekat HTJ. Kalau macam tu, thanks for coming. Maaf saya tak jemput awak masuk, tapi bila ada masa datang la ke kedai. Saya belanja. So, mana fail tu?"
"Sorry, lupa plak. Nah" Sebuah fail biru bertukar tangan. Ain membelek beberapa kali. Risau ada yang tercicir.

"Pergi kerja nak naik motor tu ke?" tanya Reza sambil tangannya di hala ke arah motor yang tersadai.
"Tak la. Baru cuci tadi, tu pasal tersadai kat situ. Dah lama tak cuci, takut nanti berkarat pulak. Macam biasa, call teksi la" Ain tersenyum lecil. Fail tadi diletakkan di atas bangku.
"Kalau macam tu, biar saya hantar awak. Lagipun saya free pagi ni. HTJ nak kne pergi tengah hari. Banyak masa lagi sekarang. Tengok, sekarang awak pun dah lewat. Lagi 15 minit pukul 10. Kata meeting tu pukul sepuluh" Jam tangan dipusingkan beberapa kali.
Ain memeriksa jam tangannya. Jam diketuk beberapa kali. Jarum menunjukkan pukul lapan setengah. Pelik. Ain bangkit ke ruang tamu. Jam dinding diperiksa. Ya, lagi 15 minit pukul 10.

"MasyaAllah. Jam mati rupanya. Mesti basah time basuh pinggan. Lupa nak tanggalkan tadi," Ain memarahi diri sendiri. Langkah diatur keluar. Reza masih tercegat bersandar pada tiang.

"Reza saya dah lewat. Jam mati. Kita jumpa lain kali ya. It's ok, saya boleh naik teksi." Reza cuba menahan Ain.
"Kan saya dah kata saya hantar. Kalau awak nak tunggu teksi, ada dalam 10 minit baru sampai. Nanti pembekal tu batalkan meeting, susah awak nanti" tegas Reza.
Ain berasa serba salah. Sudah banyak kali dia terhutang budi dengan Reza. Jam di dinding dipandang sekali lagi.

"Okla. Tapi tunggu jap. Saya nak ambil beg"

Reza hanya mengangguk. Ain berlari-lari anak ke tingkat atas meninggalkan Reza di luar. Beg tangan di atas meja solek dicapai. Ain membetulkan tudung dan mencalit sedikit lipstik merah jingga pada bibirnya. Suis lampu ditutup. Anak tangga dituruni perlahan. Kakinya mula terasa seperti dicucuk jarum. Belum sembuh lagi nampaknya.

"Ok dah" Pintu dikunci dari luar. Mereka berjalan beriringan ke arah kereta hitam di luar rumah. Kereta Reza laju meninggalkan Taman Seroja. Kini haluannya ke arah Bandar Seremban. Ain tidak senang duduk. Begnya diperiksa beberapa kali. Tidak ada. Fail biru tidak ada bersamanya. Ain menutup matanya cuba mengingat kembali kejadian tadi. Matanya ditutup rapat. Atas bangku!

"Kenapa awak ni Ain. Nampak serba tak kena aje" teguran Reza mengejutkan Ain. Dadanya terasa berombak. Patah balik? Menyusahkan betul.

"Fail tadi. Saya lupa nak ambil. Ada atas bangku kat luar tadi," muka Ain berubah suram. Perasaan sedih dan serba salah menyelubung dalam fikirannya. Ain menunggu reaksi Reza. Reza hanya tergelak kecil. "Sampai hati dia gelakkan aku," Ain monolog sendiri. Perasaan tidak puas hati mencengkam.

"Kenapa awak gelak pulak. Fail tu penting untuk meeting ni. Cepatla pusing balik kereta," Ain meninggikan suara, tegas. Tas tangan diramas kejap. Geram dengan sikap Reza.

"Hohohooogarangnya mak cik. Ada kat belakang la. Saya tolong ambilkan tadi. Dah tau, mesti awak lupa nak ambil kalau dalam kelam kabut tadi," senyuman sinis dilemparkan ke arah Ain.

"Mak cik?"Ain memandang ke arah kerusi penumpang belakang. Terdapat sebuah brief case hitam dan sebuah fail biru di atasnya. Ain cuba mencapai fail dengan tangannya. Disebabkan ikatan tali pinggang pada badan, pergerakan Ain agak tersekat dan kepalanya menyentuh bahu Reza. Mukanya terasa panas. Cepat-cepat fail di tangan disimpan dalam beg. Kedudukannya diperbetulkan. Diam seketika.

"Maaf. Saya sepatutnya marahkan awak tadi. Apa pun, terima kasih" kata maaf terucap dari mulut Ain tanpa melihat wajah Reza. Ain mengalihkan pandangannya pada cermin tingkap. Perasaan malu, marah, geram bercampur baur. Geram sebab menjadi bahan gurauan dalam situasi getir begini dan malu kerana sikapnya yang terburu-buru. Dalam hatinya bergetus,"Patutnya aku check dulu beg sebelum keluar, kalau tak, takkan jadi macam ni."

"Tak apa. Sepatutnya, saya yang minta maaf dengan awak. Tak patut saya risaukan awak tadi. Maaf ya?" pandangannya dialih ke arah Ain. Ain masih diam membisu. Perhatiannya masih tertumpu pada luar tingkap.

"Marah sangat ke?" Reza cuba memujuk. Ain mula merasakan tidak senang. Udara dingin keluar dari 'air-cond' bagai tidak lagi sejuk. Rimas! Itu sahaja perkataan yang bermain dalam fikirannya.

"Tak la. Saya tak marah pun. Cuma risau, takut pembekal tu dah sampai" Ain cuba menyembunyikan rasa tidak senang. Senyuman kelat terukir pada bibirnya. Reza senyum membalas senang. Ain mendail telefon kedainya. Kedengaran suara seorang wanita menjawab panggilan. Reza hanya memasang telinga mendengar perbualan Ain dengan wanita tersebut yang dibahasakan dengan nama Ida.

"Nasib baik. Pembekal tu belum sampai. Katanya mungkin boleh start pukul 10.30 pagi. Nampaknya kita masih ada masa lagi" Ain memberitahu tanpa ditanya.
"Bagusla. Lagipun kita pun dah nak sampai ni. Mana jalannya?"
"Belok kanan lepas traffic light tu. Kedai tu ada kat tengah deretan bangunan" balas Ain, sambil tangannya dituju ke arah lampu isyarat.

Keadaan jalan raya tidaklah terlalu sibuk pada waktu begini. Arus kereta berjalan lancar. Kekadang kelihatan beberapa buah kereta yang memecut laju, cuba memintas kereta hadapan. Kereta Reza membelok perlahan ke kanan. Matanya melilau mencari parkir yang kosong. Nasib baik ada lagi tempat yang belum terisi. Reza mengekori Ain dari belakang. Pintu sebuah kedai berkonsepkan kopitiam ditolak masuk. Sebuah banner tertulis 'Bouena Delight' tergantung pada sisi kedai. Terpegun dengan gaya dan kreativiti kedai. Simple tapi cool.

"Nice shop" Ain tersenyum simpul. "Thanks. Sila la duduk"
Sebuah meja kecil berdekatan sebuah potret berlatar belakangkan kereta era 50-an dituju. Menarik. Suasana pun terasa selesa. Reza memandang keliling, beberapa buah meja telah dipenuhi pelanggan. Tingkat atas penuh.

"Awak tentu belum breakfast lagi kan. Kali ni saya belanja." Reza hanya mengangguk, tidak membantah. Sememangnya dia belum bersarapan lagi. Beberapa kali perutnya bergendang minta diisi semasa memandu tadi. Ain berlalu pergi ke arah kaunter. Dia bersalam dan memeluk seorang wanita yang sedang menjaga kaunter. Mereka kelihatan mesra seperti kenalan lama. Sesekali wanita tersebut memandangnya, Reza hanya menundukkan kepala tanda hormat. Kemudian, Ain berjalan ke arah Reza yang sedang menunggu bersama sekeping menu di tangan.

"Pilih la awak nak makan apa. Kami sediakan juga sarapan" kad menu dihulur. Reza membelek beberapa kali.
"Give me, the best you can serve"
"Kalau macam tu, apa kata yang ni. My Toast Set" jarinya ditunjukkan pada sepinggan set breakfast.
"Ermmok"

Ain melambaikan tangannya ke arah seorang pemuda yang memakai baju berbunga hijau ala Hawaii. Dia tersenyum dan mengangguk tanda faham.
"Ya, Cik Ain. Nak makan apa?"
"Tak. Bukan saya. Encik ni. Man, tolong sediakan Toast Set and homemade muffin"
"Baiklah. Tunggu sebentar Encik. Nanti kami sediakan sarapan. Terima kasih" Pemuda tersebut menghilang dicelah deretan meja ke belakang. Mungkin agaknya ke arah dapur.

"Reza kamu makan la dulu. Saya ada meeting sekarang. Terima kasih tau and sorry tak dapat temankan. Don't wait for me. Enjoy your breakfast. Assalamualaikum" Ain berlalu ke arah kaunter.

"Ida, nanti tolong hantar kedai baikikan jam ni. Dah mati pagi tadi. Encik Akhbar dah masuk?" Jam di tangan dihulur.
"Dah, baru tadi. Ada dalam pejabat" tangannya menyambut jam dari tangan Ain. Dibelek-belek jam itu beberapa kali. "Dah siap nanti, saya bagi"
"Ok. Saya masuk dulu." Reza hanya memerhatikan mereka dari jauh. Ain melangkah kaki ke belakang kedai, masuk pejabtnya.

Lima minit kemudian, pemuda yang dikenali sebagai Man tadi muncul dari dapur bersama dulang di tangan.
"Man, jap sini"
"Ada apa kak. Saya nak hantar breakfast ni!"
"Takpe. Meh sini akak tolong hantarkan. Kamu amik tempahan pelanggan sana tu, yang duduk tepi cermin tu" Kelihatan seorang lelaki tua sedang kusyuk membaca surat khabar Utusan. Mejanya masih kosong.
"Yela. Nah. Akak hantar dekat lelaki kat gambar kereta tu"
"Yela-yela. Tahulah akak" Ida menyambut dulang dari tangan Man. Langkah diatur ke arah Reza yang sedang sibuk memeriksa notebook di tangan.

"Encik. Sila makan"
"Terima kasih" Reza mula menyentuh hidangan yang terhidang. Tetapi Ida masih lagi berdiri di tepinya. Pandangannya dialih ke arah Ida.

"Ya?"
"Ermmmaafkan saya. Saya Ida, pekerja sini. Boleh saya duduk?"
"Silakan" senyuman ikhlas terukir di bibir.

"Makan sekali?"
"Oh, tak. Dah tadi. Boleh saya tanya sesuatu?" tanya Ida bila melihat Reza mula menjamah makanan. Reza hanya mengangguk.
"Maaf kalau saya tanya. Encik ni siapa?"
"Lupa saya nak bagitau. Saya Reza"
"Dr. Rezaooo" angguk Ida beberapa kali sambil mulutnya memuncung.
Reza tersenyum. "Macam mana awak tau saya ni doktor?" roti bakar di tangan diletakkan kembali. Air kopi hitam yang terhidang dihirup beberapa kali. Lega.
"Tu. Tanda nama yang encik pakai tu"
"Ahterkejut saya. Ingatkan awak memang pandai meneka.Hahahaaa" mereka sama-sama ketawa.

"Errrr.boleh saya tanya lagi. Saya bukannya nak jaga tepi kain orang, tapi kan" Ida memalingkan mukanya ke belakang beberapa kali, seakan sedang mencari seseuatu. Reza hanya menunggu tenang."encik ni ada apa-apa hubungan ke dengan Cik Ain?"
Ida tersenyum kambing menampakkan seluruh giginya yang memakai pendakap gigi.. Matanya sengaja dicelik luas. Menyedari senyumannya yang menampakkan pendakap gigi, dia segera menutup mulut rapat dan mendekatkan mukanya ke arah Reza. Ibarat menanti telur emas keluar. Reza hanya tersenyum sumbing menjauhkan mukanya dari pandangan mata Ida. Nanti apa pula kata orang.

"Takde la. Kami kawan biasa jer" mulutnya kembali mengunyah makanan. Kehadiran wanita ini, seakan mengganggu seleranya. Ida kembali menyandar tubuh pada kerusi. Merengus. Badannya dipeluk kemas dengan kening yang berkerut. Kecewa.

"Alah Encik Reza. Jangan ler malu-malu. Sepanjang saya bekerja dengan Cik Ain, tak pernah pun saya tengok dia keluar dengan mana-mana lelaki. Encik orang pertama tau. Mesti ada apa-apa. Kalau betul pun, apa salahnya. Lagipun Cik Ain single lagi" Ida tersenyum puas. Harap-harap pancingnya mengena. Hatinya meluap-luap mahu tahu hubungan antara Reza dan Ain. Selera Reza mati. Aku silap dengar ke?

"Apa awak kata tadi" belum sempat Reza menghabiskan katanya, telefon bimbitnya berbunyi. Telefon diangkat. Ida hanya memerhatikan perbualan Reza. Lama menunggu. Ida memberi isyarat tangan ke arah kaunter. Seorang pelanggan sedang menunggu di sisi kaunter. Reza mengangguk tanda faham. 15 minit kemudian panggilan dimatikan. Sarapan di hadapan segera dihabiskan. Jam di tangan diperiksa. Reza berjalan ke arah kaunter.

"Ida, saya pergi dulu. Tiba-tiba ada hal pula. Nanti bagitau Ain, thanks for the treat. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Reza tergesa-gesa meninggalkan Bouena Delight. Kot yang ditanggalkan tadi disarungkan kembali. Lagaknya seperti pelakon Lee Min Ho dalam lakonan Boy Over Flower. Tampan sekali. Ida tersengih sendiri memerhatikan Reza berlalu pergi. Hujung tudungnya dipintal beberapa kali.
"Waduh. Handsomenya mamat ni. Dah la doktor, mesti kaya kan. Tapi sayang bukan buah hati Cik Ain, kalau tak sesuai sangat la. Ishhhkalau cik Ain tak nak, aku apa salahnya. Bertuahnya badan..." Ida berangan sendiri sambil tangannya memeriksa bil-bil yang berlambakan.

"Ain keluar pukul berapa?"
"Ha?......Lelelebih kurang pukul lima" Ida menjawab gagap. Terkejut dengan kemunculan Reza yang tiba-tiba. "Nasib baik aku tak melatah, kalau tak habisla"gerutu hati kecil Ida.

Reza terpandang jam bertali ungu disisi mesin wang. Dicapainya lalu disimpan di dalam poket kot. Ida tidak sempat berbuat apa-apa. Kaku melihat perbuatan Reza."Encik Reza"
"Nanti saya baiki" Reza terus berlalu pergi meninggalkan Ida yang masih terpaku tak terkata.

"Kak Ida. Awat nyer ni. Ternganga je. Macam nampak hantu!" jergah Man yang kebetulan lalu hendak ke bahagian depan kedai.
"Memang akak nampak hantu pun" Ida menjawab malas. Matanya masih memandang ke arah pintu.

"Ishh, akak ni mengarut je. Mana ada hantunya waktu siang gini. Kalau ada pun mananya, cuba tunjuk sikit kat den" Man menjenguk kepalanya ke depan, mencari kelibat hantu yang diceritakan Ida.
"Kamu la hantu tu" Sebuah pukulan keras singgah pada bahu Man.
"Aduh! Apa akak ni. Awat ganas sangat. Apasal tiba-tiba pukul den ni? Ni buat den marah ni" Man menjegilkan matanya ke arah Ida.

"Alaaa....jangan la mengamuk kat sini plak Man. Akak gurau je. Sape yang suruh kau kacau akak. Baru je nak feel, kau mesti datang. Huh!" Ida mendengus keras.

"Kita pulak dia marah. Malas la nak layan akak ni. Baik saya layan burung tu lagi bagus."
Man berlalu meninggalkan Ida di kaunter. Makanan burung diisi ke dalam bekas. Sepasang burung kakak tua mendekati bekas makanan yang diisi. Makanan tengah hari dah sampai.

"Nasib baikla dia tua dari aku. Kalau tak tadi, dah lama aku karate. Wachaaaa ..." Tangannya dihentak laju ke arah sangkar. Bertempiaran terbang burung dalam sangkar cuba menyelamatkan diri. Bunyi bising dari depan kedai mengejutkan lamunan Ida.

"Woit Man. Apa kau buat tu? Bagi makan burung ke kau yang makan burung?" Ida menjerit dari arah kaunter. Nasib baik pelanggan tidak ramai. Kebanyakan pelanggan berada di tingkat atas.

"Yela-yela. Bagi makan burung la ni" pintu sangkar ditutup rapat. "Tengok mak cik tua tu. Suka benorrrr marah aku. Sorry ye burung, aku tak sengaja. Hehehe...."

"Mak cik tua! Mak cik tua!" salah seekor burung menjerit seakan setuju dengan Man.

"Syyyyhhhhdiam la nanti dia dengar" Man menoleh ke arah kaunter. Ida sedang memerhatikannya dengan dahi yang berkerut. Man hanya mengangguk sekadar menyapa. Mereka selalu bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena. Tetapi Man selalu mengalah memandangkan Ida lebih tua daripadanya. Malah mereka seperti adik-beradik, susah senang bekerja di Bouena Delight diredah bersama.

Semakin ramai pelanggan sudah meninggalkan Bouena Delight. Keadaan bertukar lengang. Kebiasaannya, kedai mereka dibanjiri pelanggan pada waktu pagi dan petang. Suasana tengah hari agak tenang, tidak seramai waktu pagi kerana Bouena Delight tidak menyediakan hidangan tengah hari. Hanya disediakan hidangan sarapan ala tradisional dan minum petang berasaskan roti dan kek.
Suasana kedai yang berkonsepkan kopitiam dan agak romantik ini sering menjadi pilihan pelanggan yang sukakan konsep tradisional dan simple. Pelanggan mereka terdiri daripada warga pelajar hingga warga tua. Mereka juga menyediakan servis untuk menyambut sebarang keramaian seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan. Malah, berniagaannya yang maju menjadikan Bouena Delight terkenal di kalangan masyarakat setempat sebagai tempat untuk membuat sebarang tempahan bagi majlis keramaian.
Kejayaan Ain membuka beberapa cawangannya di pantai timur dan sebelah barat membuktikan perniagaannya yang semakin maju walaupun baru berusia setahun jagung. Dia tidak pernah menyesal meninggalkan kariernya sebagai seorang doktor kerana minat yang mendalam dalam bidang kulinari. Walaupun telah menghabiskan masa hampir tujuh tahun dalam bidang perubatan, dia tidak pernah terfikir untuk berundur semula.

Ain melangkah keluar dari pejabat bersama Encik Akhbar, seorang pembekal bahan mentah untuk setiap cawangan kedainya. Ain melemparkan senyuman kepada Ida.
"Alhamdulillah" Ida memuji syukur. Dia sudah dapat mengagak dari raut wajah Ain, rundingan tadi pasti telah berjaya membuahkan hasil.

"Kita jumpa lagi lain kali Cik Ain. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" Ain membalas tenang. Mengiringi Encik Akhbar hingga ke pintu.

"Kan saya dah kata. Semua mesti ok nyer" bahu Ain ditepuk lembut.
Ain tersenyum puas. Matanya melilau mencari seseorang.

"Cik Ain cari Encik Reza?" Ida meneka.
"A'a. Dia dah balik ke?"
"Dah. Lepas sarapan tadi dia tergesa-gesa keluar. Katanya, tiba-tiba ada hal. He said thanks for the treat"

"Okla kalau macam tu. Saya masuk office dulu. Kalau ada apa-apa jumpa kat office ya."
"Erm" Ida menjawab pendek. Diperhatikan Ain melangkah masuk ke dalam pejabat. Ida menyambung kembali kerja yang tertangguh. Akaun hari ini mesti dikemaskini. Kebiasaannya Ain akan meminta laporan akaun setiap pagi.

Petang nanti dia akan kembali sibuk. Begitulah rutin hariannya. Bekerja di bawah Ain sebagai majikan sememangnya beruntung. Ida telah lama bekerja di Bouena Delight semenjak pertama kali cawangan ini dibuka di kawasan Seremban. Ain mengambilnya bekerja selepas menganggur hampir dua tahun setelah tamat SPM. Kesusahan hidup di kampung memaksa Ida keluar dari kepompong kemiskinan untuk mencuba nasib di bandar. Nasib baik dia berkenalan dengan Ain sewaktu pertama kali tiba ke Seremban. Banyak budi telah ditabur, kini gilirannya pula untuk membalas budi baik Ain. Seperti pantun lama

Ragi pulut dalam kati
Tapai manis dalam kuali
Selagi hidup dalam pekerti
Sampailah mati dalam budi


__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 8

Perut berbunyi sejak tadi. Kerja yang berlonggokan sepeninggalannya beberapa hari lepas perlu disiapkan segera, sebelum berangkat pulang ke kampung sekali lagi. Leka dengan kerja berlonggokan , membuatkan Ain lupa masa yang makin cepat berlalu.

"Dah siap". Ain bersorak kecil. Badan disandarkan pada kerusi dan mata ditutup rapat. Nafas panjang ditarik beberapa kali, memulihkan kembali semangat yang hilang. Bahunya dipicit kuat. Lenguh. Selepas beberapa minit berehat, Ain bangkit dari kerusinya ke arah ruang kedai. Matanya melilau melihat pelanggan yang datang. Kosong. Hanya kelihatan beberapa orang pelajar sekolah yang singgah untuk membeli cupcake.

"Cik Ain dah nak balik ke?" tegur Ida bila melihat Ain yang masih tercegat.
"Balik? Takde la. Awal lagi la. Ida dah makan? Kalau belum, jom saya belanja. Perut saya dari pagi tadi asyik bergendang ni" ujar Ain sambil tangannya meneken-nekan perut.

"Cik Ain tak makan lagi? Kalau yer pun banyak kerja, makan tu jangan terabai. Kalau Cik Ain sakit sapa yang susah? Den juga yang susah tau" bebel Ida.

"Yela-yela tahu la saya. Tak perasan. Banyak sangat kerja yang nak diselesaikan. Kalau dibiarkan tak boleh la saya balik lusa ni" balas Ain.
"Nak balik lagi? Ala Cik Ain, macam mana dengan kedai ni. Kalau saya sorang tak larat ler. Ada Cik Ain lain la, saya jaga kauter je" berkerut Ida. Kecewa.
"Ishh, kamu ni. Macam la saya tinggalkan lama. Setakat sehari dua apala sangat. Takde la. Hujung minggu ni kita tutup kedai. Ikut saya balik kampung, ada kenduri sikit"

"Ha? Cik Ain nak kahwin ke? Dengan Encik Reza ke? Awat tak habaq awal-awal? Patutla sekarang ni sibuk semacam. Ada orang nak naik pelamin rupanya" usik Ida. Ain hanya ketawa kecil.
"Kamu ni. Tu je yang ada dalam kepala erk. Adik saya la yang bertunang" tergelak Ain melihat muka Ida yang agak terkejut.

"Aigoo. Langkah bendul la ni. Ishh, tak elok la macam tu Cik Ain. Patutnya Cik Ain kena kahwin dulu"
"Takdenya. Tak salah kalau langkah bendul pun. Tu sekadar adat je. Nanti kamu datang la dengan Aiman, boleh jumpa mak mertua"

"Ishh tak kuasa saya. Nape mamat tu pulak? Macam takde orang lain dah. Cik Ain tak sudi tumpangkan saya ke?" Ida cuba menagih simpati.
"Kan Man tu asal Terengganu, lagipun dia kan ada kereta. Kenapa, awak rela ke naik bas sampai lapan jam sorang-sorang?"

"Takkan kami berdua je. Bahaya tu Cik Ain. Nanti tak pasal-pasal kami plak yang kahwin. Lagipun, saya...saya...malu la"
"Dah jangan nak berangan. Saya balik sekali la dengan Man. Lagipun kereta saya ada kat kampung. Ke situ pula awak ni" Malas Ain nak melayan sikap Ida yang kekadang keanak-anakan.

"Ishhh...Cik Ain ni lain kali bagitau la awal-awal. Malu saya. Nasib baik dia takde kat sini, kalau tak... " belum sempat Ida menghabiskan kata-katanya. Suara seorang lelaki menegur dari belakang.

"Siapa yang takde?"
Terkejut Ida. Mukanya kelat, "Aih, takde siapa-siapa ler. Awat tiba-tiba ni. Buat terkejut kitorang jer. Lain kali bagi la salam dulu. Ni tak. Datang-datang terpacul depan orang macam hantu"

"Aihhh..tu pun nak marah. Tengok tu Cik Ain. Dia nak cari gaduh dengan saya la tu. Pantang jumpa mesti nak gaduh. Ishh patut la takda pakwe. Mesti asyik kena marah" jelingnya ke arah Ida.
"Woit. Pakwe-pakwe jangan sedap cakap erk. Ishh geram betol mamat ni. Tengok tu Cik Ain siapa yang mula dulu. Siapa yang cari gaduh" Ida cuba mendapatkan pembelaan Ain.

"Ermm. Bagusla macam tu. Mula-mula gaduh lepas tu mesti jatuh cinta, macam filem cinta kat tv tu. Man jangan lupa ya. Nanti balik kampung hujung minggu ni, bawa la Ida jumpa mak ya. Sesuai sangat la korang ni" usik Ain.

"Cik Ain, buat pengetahuan Cik Ain. Kalau kat dunia ni, dia je yang tinggal pun. Takkan saya bawa balik rumah. Tak ingin saya" rengus Man sambil memeluk tubuh.

"Ewahhh...macam la orang nak. Jauh petala langit tau. Macam la dia tu bagus sangat" jebik Ida.

"Dah-dah. Besar-besar pun nak gaduh lagi. Kalau dilayan korang ni, boleh jadi perang dunia ketiga" balas Ain cuba meleraikan keadaan. Risau bergaduh besar nanti.

"Ok la saya masuk dulu" Ain melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Cik Ain mana surat yang nak saya hantarkan tadi? Dah nak pukul lima ni, nanti tutup pula kedai tu. Atau nak saya hantarkan esok? " jerit Man melihat kelibat Ain yang menghilang di sebalik pintu.

"Pukul lima?" Ain melangkah keluar dari bilik ke arah kaunter. Dilihat jam pada dinding. Jam tiga. Silap tengok ke?

"Ishh, patut la saya lapar sangat. Rupanya memang dah lewat. Kamu pun satu Ida. Kenapa tak ditukar bateri jam tu? " tegur Ain.
"Maaf la Cik Ain. Saya plan nak tukar pagi tadi, tapi asyik lupa je" balas Ida cuba mempertahankan dirinya.
"Ermm jangan lupa tukar sekarang. Kalau tak buat sekarang kejap lagi lupa balik. Man kamu tolong Ida pasangkan bateri tu, nanti saya datang balik bawak surat tu" Ain meninggalkan mereka yang masih tercegat di kaunter.

Ida mengangkat kerusinya ke arah dinding. Dipanjat kerusi perlahan binmbang jatuh.

"Ni nak buat apa pula ni. Panjat kerusi?"
"Tukar bateri jam la. Takkan tak dengar Cik Ain suruh tukarkan tadi" keluh Ida.
Kedudukan jam yang agak tinggi memaksa Ida menjinjitkan sedikit kakinya. Tiba-tiba, badannya hilang kawalan bila kerusi yang dipijaknya bergoyang.

"Ttt...ttolonggg.... " Ida menjerit kuat.
Ain yang masih berada pejabat bergegas keluar. Kaget.

"Kalau ya pun nak peluk anak dara orang, masuk meminang dulu Man. Kalau segan saya boleh risikkan" usik Ain melihat aksi drama romantis di depan matanya.
"Hah!" Man terpinga-pinga. Ida yang masih berada dalam rangkulannya dilepaskan ke lantai.
"Aduh!"
"Eh, sorry!" Man menghulurkan tangan cuba membantu Ida bangkit.
"Taknak...taknak" Ida membentak keras.
"Ishh, nak merajuk la pula dia"

"Dah Man. Hantar surat ni sekarang, nanti tutup pula kedai tu. Biarkan je Ida kat bawah tu. Dia bukan marah pun. Biar dihabiskan malu kat bawah tu. Dah habis nanti bangun la" senyum Ain.

Aiman menyambut surat di tangan Ain. Malu!!! Malu pada majikannya. Itu sahaja yang berada dalam fikirannya. "Errr....saya pergi dulu" Ain hanya membalas senyum.

"Dah. Boleh bangun sekarang. Dia dah keluar dah"
Ida bangun perlahan. Mukanya merah padam.
"Macam mana, dah ok sekarang? " usik Ain.
"Sampai hati Cik Ain usik saya macam tu. Huh malunya. Tak tau nak letak kat mana muka ni"
"Buat je macam biasa. Nanti dah lama, lupa juga. Ye tak?" Ida hanya tersenyum kelat.

"Kamu ok tak? Ada terseliuh mana-mana?"
"Ok. Sikit je, tak sakit pun"
"Yela, macam mana nak sakit kalau jatuhnya dalam pelukan. Betul tak? "
"Cik Ain... "
"Yela-yela nanti saya suruh Aiman hantarkan rombongan merisik"
"Cik Ainnnn... "
"Hahahaaa" Ain tergelak melihat Ida yang mula merajuk.

"Apa yang gembira sangat ni?" kedengaran seseorang penyapa.
"Oo... Encik Reza jemput la duduk. Datang nak jemput Cik Ain erk" Ida cuba mengusik. Reza hanya tersenyum.
"Ida" Ain cuba menyampuk.
"Cepatla Cik Ain bersiap, tadi kata nak balik kan. Kesian Encik Reza tunggu lama-lama. Tak baik tau buat orang menunggu" tangan Ain ditarik ke pejabat. Reza hanya memerhati.

Beberapa minit kemudian Ain keluar bersama sebuah kotak berbalut cantik di tangan. Ain melangkah keluar dari kedai tanpa menghiraukan Reza yang masih berdiri di sisi meja.
"Selamat jalan Cik Ain. Jalan elok-elok" jerit Ida. Tangannya melambai-lambai beberapa kali ke arah Reza yang mengekori Ain dari belakang.

"Maaf pasal tadi. Ida tu memang macam tu. Suka sangat menyakat orang. Letih kalau dilayan. Baik ikut saja rentak dia"
Reza membalas senyum, "Rapat juga korang ya. Even majikan dan pekerja tapi macam kawan"

"Aa, dia dah kerja dengan saya, sejak saya mula buat bisnes ni. Erm, kenapa awak datang ni. Ada pape ke? "
"Lepas ni awak terus balik ke? "
"Yup. Kenapa? "
"Kalau macam tu jom ikut saya. Nanti saya hantarkan"
Belum sempat Ain membalas. Reza mengambil kotak dari tangannya. Ain terpaksa menurut dari belakang ke arah kereta yang terpakir tidak jauh dari lokasi kedainya.

"Awak nak bawa saya ke mana ni?
"Ada la. Nanti awak akan tahu " Reza hanya tersenyum kecil.
Selepas 15 minit memecut, Reza membelok ke arah perkarangan sebuah masjid.
"Kita nak buat apa kat sini. Tempat ni ke yang awak maksudkan? " tanya Ain kehairanan.

"Apa lagi, solat Asar la. Kita solat dulu sebelum sampai" Ain masih lagi diam. Kaget.
"Kenapa diam lagi tu atau awak... "
"Yela-yela saya bangun la ni" mukanya berona merah. Terasa panas. Ain cuba mengelak daripada pandangan Reza. Cepat-cepat langkahnya diatur ke arah ruang wuduk wanita. Bimbang kalau Reza berfikiran bukan-bukan.

Selesai solat, mereka meneruskan perjalanan yang masih berbaki. Tak banyak yang mereka bualkan. Ain lebih senang untuk terus diam melayan perasaan. Suasana senja begini memang senang. Ditarik nafasnya dalam beberapa kali. Mata tertutup rapat sambil menguntumkan senyuman. Tenang. Reza hanya memerhatikan tingkah Ain. Kereta Reza terus memecut laju.

"Aduh!!" Ain mengerang sakit. Tangannya menekan-nekan perut.
"Kenapa ni? " tegur Reza melihat Ain sedang membongkokkan badannya ke depan.
"Sakit perut. Maybe masuk angin. Its ok, sikit je. Lepas ni hilang la" badannya terasa sejuk panas menahan sakit.
"Awak lunch tak tengah hari tadi"
"Belum. Saya tak perasan masa dah petang. Patutnya saya lunch lepas balik tadi, tapi awak bawa saya ke sini pula"
Reza mula rasa bersalah, "Kenapa tak bagitau saya tadi? Kalau tak kita boleh singgah minum petang tadi"
"Takpe. Saya ok je. Jap lagi hilang la"

Reza membelok ke sebuah stesen minyak.
"Awak tunggu sini. Nanti saya datang balik" Ain hanya mengangguk. Selepas lima minit, Reza datang dengan sebuah beg plastik di tangan. Dihulur ke arah Ain. Ain hanya memandang. Diam.
"Makan dulu sikit, buat alas perut. Nanti awak gastrik pula. Kalau sakit, saya juga yang susah nanti" Ain hanya menurut. Perutnya terasa pedih menahan sakit. Beberapa teguk air coklat susu disedut. Lega. Sakitnya dah makin berkurang. Ain menyandarkan bahu pada kerusi. Pandangannya dihala ke luar tingkap. Fikirannya kosong. Pemandangan alam di luar tingkap bagai sebuah filem yang terus berputar ligat tanpa henti.

"Apa yang aku buat ni?Kenapa aku ikut dia sampai sini?Kenapa mesti dia?" getus hati kecil Ain. Keluhan kecil kedengaran dari mulut Ain.
"Kenapa?Macam risau je" Reza cuba menyelak tabir disebalik wajah Ain yang muram.
"Nothing. Penat sikit" Ain masih memandang luar.

"Ain. Sorry ya. Patutnya saya tanya awak dulu tadi. Kalau tak takde la awak sakit tadi. I just get excited tadi"
"Huh. Jangan la risau sangat. Sakitnya sekejap je. Anyway thanks" Ain melirik senyum. Lega. Reza membalas senyum. Stereng kereta dipusing ke kanan memasuki halaman sebuah rumah. Rumah yang bercirikan rekabentuk warisan Negeri Sembilan. Kagum. Halamannya bersih terjaga.

"Kita kat mana ni? Ni rumah siapa?" Ain menanti jawapan Reza. Reza hanya tersenyum. Pintu ditolak keluar meninggalkan Ain yang masih termangu menanti kepastian.
"Jom ikut saya" ujar Reza yang sedang berdiri di sebelahnya. Tidak sedar pintu dibuka. Ain menurut. Dipandang keliling halaman rumah. Cantik.
Reza menolak keluar pintu utama rumah. Pandangannya dialih ke arah Ain yang masih berdiri melihat sekitar rumah.

"Ain" jeritan Reza mengejutkan lamunannya. Dilihat Reza sedang tercegat di muka pintu.
"Jom masuk" ajak Reza sambil tersenyum.
"Masuk. Gila apa. Kenapa aku mesti ikut dia? Entah siapa punya rumah?" Ain bermonolog sendiri.
"Jangan risau. Ni rumah I la" dilihat Ain masih tercegat.
"Rumah dia? Lagila aku tak masuk. Apa nak kena cekup dengan pak imam ke? " getus Ain.
Ain tidak memberikan sebarang reaksi. Reza menuruni anak tangga ke arah Ain. Melihat Reza makin mendekatinya, Ain berundur setapak. Reza hanya tersenyum sinis.

"Jangan risau. Kita tak berdua la. Pak Andak dan Mak Andak saya ada sekali" Reza memberi kepastian.
Ain hanya senyum tanda mengerti. Langkah Reza diturut dari belakang. Pertama kali melangkah masuk ke dalam ruang rumah, Ain bagai terpukau. Kagum. Walaupun dari luar kelihatan seperti rumah tradisional lama, tapi dari dalam dihias berkonsepkan moden dan tradisional. Seperti rumah raja zaman dulu kala yang moden. Susun atur perabut yang kemas memberikan ruang yang tampak lebih luas.

"Dah sampai pun kamu. Ingatkan tak jadi datang. Ni siapa pula? Tak pernah Mak Andak nampak. Buah hati kamu ke? " ujar seorang wanita yang berusia dalam lingkungan lewat 50-an yang membahasakan dirinya Mak Andak. Reza hanya tersenyum memandang Ain. Tangan dihulur. Mak Andak menyambut tanda senang.
"Saya Ain . Kawan Reza. Makcik sihat? "
"Alhamdulillah. Janganla panggil makcik. Bahasakan Mak Andak je. Lebih selesa. Kalau makcik terasa jauh la pula. Ya? " Mak Andak melirik senyum.
"Baikla Mak Andak"
"Ha. Tu kan sedap lagi didengar. Dah apa lagi tercegat kat sini. Reza jemput Ain duduk dulu. Mak Andak pergi dapur jap. Nanti Pak Andak kamu datang. Ain, buatla macam rumah sendiri ya" Ain hanya mengangguk.

"Jom duduk"
"Erm" Ain membalas pendek.
Ain memandang keliling."Kenapa awak bawa saya sini?"
"Kebetulan pak saudara saya dari Nilai datang nak tengokkan rumah. Bila dia tahu saya ada kat sini jadi dia jemput saya makan malam. Jadi kebetulan pula saya singgah kedai awak tadi, apa salahnya saya bawa awak sekali buat teman"
Belum sempat Ain bertanya, seorang lelaki menyapa mereka."Ha. dah sampai pun kamu. Risau benar Mak Andak kamu, takut tak jadi datang. Katanya nak masak sedap-sedap hari ni" Reza bersalaman dengan lelaki tersebut.
"Cik adik manis ni siapa pula" tegur lelaki tersebut sambil melirik senyum pada Ain.
"Saya Ain. Kawan Reza" Ain hanya tunduk tanda hormat.

"Ain. Cantik macam tuan dia" Ain hanya tersenyum.
"Jangan ambil hati sangat. Pak Andak ni memang suka mengusik" bisik Reza. Risau Ain tidak selesa.
Sedang mereka rancak berbual, Mak Andak muncul dengan dulang berisi jag air di tangan. Minuman dihidang.
"Ishh, baru sampai airnya. Ingatkan dah lupa tadi Mak Andaknya"
"Takde nak lupanya. Nak tunggu air mendidih dulu la Pak Andaknya. Takkan awak nak minum air paip pula" balas Mak Andak.
"Apa salahnya. Air juga. Betul tak Reza?
Mereka hanya tergelak melihat gurauan antara pasangan veteran ini.
Mak Andam memaut tangan Ain. "Jom Ain kita ke dapur. Boleh kita berbual panjang. Kalau kat sini entah apa orang lelaki bualkan. Jom" Ain hanya mengangguk. Mengekori Mak Andak ke arah dapur.

"Apa nama penuh kamu Ain? "Mak Andak menyoal.
"Nur Ain Syuhada Hassan"
Mak Andak diam seketika."Oh kamu la Ainnya"
"Kenapa? " Ain mula curiga.
"Takde la. Dulu, time dulu-dulu, Reza pernah sebut nama kamu. Patutla rasa macam pernah dengar". Ain hanya tersenyum.
"Kamu dah berpunya?"
Ain hanya tersenyum. "Belum"
"Bagusla macam tu. Reza pun single lagi. Dah lama dia tunggu kamu. Janganla buat dia tunggu lagi ya. Baru sekarang Mak Andak boleh jumpa tuan punya badan. Patutla dia tunggu kamu. Macam promosi kat tv sekarang ni, berbaloi-baloi katakan" berderai kedengaran suara mereka ketawa.

"Apa yang gembira sangat tu Mak Andaknya. Tak masak la nasi nampaknya" usik Pak Andak yang muncul dari arah pintu dapur.
"Dah lama siap dah. Tengah nak menghidang ni" balas Mak Andak. Ain menghulurkan tangan bantu menghidang makanan. Banyak jenis lauk yang dimasak macam makan di majlis keramaian. Gulai daging salai dan mangga muda, ayam rendang cili api, rendang pucuk paku dan beberapa jenis kuih. Penat kalau nak habiskan semua lauk ni sorang-sorang. Selesai makan dan solat maghrib, Reza dan Ain mula mengundur diri.

"Reza lain kali datang, bawa Ain sekali. Nanti Mak Andak kamu boleh masakkan lagi. Seronok kalau makan ramai-ramai"
"Yela-yela. Tu pun kalau tuan punya badan sudi" matanya menjeling ke arah Ain yang sedang bersalaman dengan Mak Andak.
"Ain lain kali datang lagi ya. Jangan malu-malu. Ingat ya, pesan Mak Andak tadi" Ain senyum membalas. Selesai bersalaman, mereka bersama-sama meninggalkan halaman rumah sambil diperhatikan oleh pasangan veteran yang masih berdiri di anjung rumah. Kereta hitam terus memecut laju ke arah bandar Seremban.

"Apa yang Mak Andak bualkan dengan awak kat dapur tadi?" Reza cuba mencungkil rahsia.
"Biasa je. Hal-hal perempuan la. Takkan awak nak tau juga"
"Takde la. Saya nampak awak diam je time makan tadi. Takut-takut... "
"Jangan la risau. Takde apa pun. Saya just segan. Tapi nasib baik mereka tu peramah takde saya kekok sangat" balas Ain bersahaja.
"Ermm, bagusla kalau macam tu. So lain kali awak setuju la datang lagi ya?"
"Bila pula saya kata saya setuju" jebik Ain. Reza hanya tersenyum mendengarkan jawapan Ain. Perjalanan malam terasa amat pendek berbanding siang tadi. Sekejap sahaja mereka sudah sampai ke perkarangan rumah Ain.

"Anyway, thanks for today. Saya masuk dulu. Assalamualaikum". Ain mencapai kotak hadiah yang berada di kerusi belakang.
"Nanti jap Ain" Sebuah kotak kecil dihulur.
"Apa pula ni? Hari ni bukan hari jadi saya"
"Tengok la dulu"
Ain membuka kotak kecil di tangannya. Kaget. Macam mana boleh ada di tangan Reza. Ida!!!
"Saya dah tukarkan bateri dia"
"Oh. Berapa ya?" Ain membuka tas tangannya.
"Tak payah tapi awak kena bayar saya dengan jawab soalan saya"
"Soalan? Soalan apa pula, macam... "

"Kenapa awak masih simpan jam ni? Ain?" belum sempat Ain menghabiskan ayatnya Reza memintas.
"Tak salah saya simpan. Lagipun masih elok. Takkan saya nak buang" Ain menjawab selamba.
"Walaupun awak dah buang jauh hati awak untuk orang yang bagi hadiah ni, kenapa tak dibuang saja hadiah tu macam tuan dia?" matanya memandang tajam Ain.
"Reza... "
"Atau sebenarnya ruang itu masih ada?Ain?"

"Maafkan saya. Dah lambat. Tak elok kalau jiran nampak. Saya masuk dulu. Assalamualaikum"
Reza memerhatikan saya langkah Ain meninggalkannya yang masih dengan persoalan yang tak terjawab. Kepalanya disandar pada kerusi. Ditarik nafas dalam. Kemas, terasa sesak dada.

"Kenapala aku emotional sangat ni. Astaghfirullah halazim" Mukanya dikaup beberapa kali. Muka dialih ke arah rumah teres dua tingkat. Kosong. Pandangannya kosong. Enjin dipanaskan semula meninggalkan Taman Seroja.



__________________
langkah ku kaku...


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

panjang gile,,dh 2 xabis2 lg..huhuhu

__________________

"mencari ketenangan"



Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 9

Langsir diselak ke tepi. Ain memerhatikan kereta hitam meninggalkan perkarangan rumahnya. Suasana halaman rumah kelihatan samar hanya bertemankan lampu jalan yang menyala. Ain mengeluh berat. Kenapa perkara seperti ini harus berulang? Adakah dia telah salah memilih haluan hidupnya? Jam tangan di tangan digenggam kemas.

"Walaupun awak dah buang jauh hati awak untuk orang yang bagi hadiah ni, kenapa tak dibuang saja hadiah tu macam tuan dia?" Kata-kata Reza terngiang-ngiang di telinga. Apakah masih ada kudrat untuknya menjawab persoalan ini? Ain buntu. Tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Usai solat Isyak, Ain terbaring sambil memandang jam di tangan. Teringat peristiwa tadi. Terasa seram sejuk. Sekeping kad dikeluarkan dari laci meja. Ain tersenyum sendiri, menggamit kembali kenangan lama. Buat apa nak dikenang lagi andai hati ini telah membuang jauh perasaan itu. Ain menyimpan kembali bersama jam di tangan. Finish. Ini yang terbaik. Ain menguap beberapa kali. Badannya terasa penat dek jauh perjalanan tadi. Sekejap sahaja dia sudah terlena.

Reza mendail beberapa kali. Tak berangkat.
"Dia marah lagi ke? Ishh, kalau ye pun angkat la sekejap" ngomel Reza sendiri.

Bantal ditepuk kuat beberapa kali. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Mata tidak mahu lelap. Menyesal dengan sikap terburu-buru tadi. Malam dirasakan panjang untuk menanti kehadiran sang siang. Esoknya Ain sibuk bersiap ke kedai. Hari ini adalah hari terakhir dia bekerja sebelum pulang untuk majlis pertunangan adiknya. Beberapa hal perlu diselesaikan.

"Lapan miscall? Siapa? "

"Reza.. "Ain hanya tersenyum sendiri. Mungkin semalam dia terlalu penat sampaikan deringan telefon tidak didengar. Belum sempat telefon disimpan, deringan telefon berbunyi. Ain sudah dapat mengagak siapa yang menelefon.

"Assalamualaikum" suara dihujung telefon memberi salam.
"Waalaikumussalam. Kenapa pagi-pagi dah telefon saya ni? "Ain cuba berlagak tenang.
"Saya hantarkan awak kerja hari ni ya? "
"Tak payah susah-susah. Saya dah telefon teksi tadi. Lagipun saya masuk kerja awal hari ni. Anyway thanks"
"Ok kalau macam tu lusa saya datang ambil awak. Kita balik sama-sama"
"Oh lupa nak bagitau awak. Esok saya balik kampung dengan Aiman. Man, pekerja saya tu"
"Korang berdua je? "
"Tak. Jangan risau. Ida ikut kitorang sekali. Okla Reza teksi dah sampai. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalammm" Reza menjawab lemah. Dirasakan Ain seperti cuba menjauhikan diri. Dia buntu. Sememangnya semalam adalah salah sendiri.

Reza tergesa-gesa meninggalkan rumahnya. Kereta dipandu laju ke arah bandar Seremban. Sepanjang perjalanan fikirannya melayang teringat peristiwa semalam. Kesal. Kesal dengan sikapnya yang terburu-buru. Mengapa dia sering lupa yang Ain bukan lagi haknya?

"Ain sudah menjadi hak orang lain. Ya! Orang lain. Tapi, kenapa aku merasakan masih ada ruang dalam hatinya untuk ku. Jangan Reza, jangan! Jangan sesekali bermain api. Kau harus sedar, dia sudah jadi milik orang" hati kecil Reza mendesak.

Reza menumbuk stereng. Hon berbunyi kuat, mengejutkan lamunannya. Pemandu di sebelah memandang pelik. Reza hanya mengangkat tangannya sebagai tanda maaf. Perjalanan dirasakan lambat sedangkan jalan masih lengang. Kereta diparkir di hadapan sebuah kedai. Reza menunggu seketika di dalam kereta. Berkira untuk keluar atau tidak. Dia harus meminta maaf kali ni. Selagi tiada lafaz maaf keluar dari mulutnya, selagi itu lah hatinya tidak tenang.

"Encik Reza? Awal datang pagi ni. Maafla kami tak mulakan perniagaan lagi. Tapi encik boleh tunggu kejap nanti saya sediakan kopi" tegur Ida yang terkejut dengan kehadiran Reza.

"Tak apa. Saya datang bukan nak breakfast. Saya nak jumpa Ain. Dia ada? "

"Ada. Nanti saya panggilkan. Sila la duduk dulu"

"Terima kasih"

Tok!tok!
"Masuk"

"Cik Ain. Ada orang nak jumpa"
Ain mengerutkan dahi. Pelik. Siapala yang datang awal-awal pagi ni. Seingatnya dia tiada sebarang temu janji hari ni. "Siapa? "

"Encik Reza" Ain hanya tersenyum mendengarkan jawapan Ida.

"Awak keluar dulu. Nanti saya keluar jap lagi"
"Ok"

Selesai menguruskan hal di meja, Ain berjalan ke ruang makan. Mencari-cari Reza. Nampaknya dia sedang bersarapan. Ain duduk bertentangan dengan Reza.
"Apa hal yang awak nak bicarakan awal pagi ni. Rasanya baru tadi awak call kan" Ain tersenyum selamba.

"Sebenarnya saya datang nak minta maaf pasal hal semalam. Saya tak patut buat awak macam tu"

"Tak apa. Saya faham. Betul apa yang awak buat semalam. Awak ada hak untuk tahu. Lagipun tu salah saya. Saya tak patut buat awak tertanya-tanya. Patutnya saya berterus teras je dengan awak"

"Maksud awak? "Reza memandang tangan Ain. Tiada lagi jam tangan bertali ungu yang dipakai.

"Saya harap awak faham Reza. Sekarang dah jelas kan? So, takde lagi salah faham antara kita kan? " Reza hanya membisukan diri.

"Saya rasa tiada apa yang nak bicarakan lagi kan. Anyway, jangan lupa datang kenduri nanti ya. Boleh saya perkenalkan bakal adik ipar nanti. Assalamualaikum,"Ain berlalu meninggalkan Reza berseorangan di meja.

"Betul awak tak nak tumpang saya balik nanti? " Reza masih mengharap.

"Its ok. Thanks. Saya balik dengan Aiman dan Ida. Dont worry"

Reza hanya memerhatikan Ain berlalu pergi. Dia tersenyum kelat. Mengenangkan sikapnya. Mengapa la aku masih mengejar sesuatu yang bukan lagi hak aku, tapi hak orang lain? Bodoh! Air kopi yang masih berbaki dihabiskan. Keluhan panjang dilepaskan. Langkah diatur meninggalkan Bouena Delight. Ada urusan yang perlu diselesaikan sebelum pulang.

Esoknya, Aiman dan Ida datang menjemput Ain di rumahnya. Mereka perlu bertolak awal. Sebolehnya, mereka harus sampai sebelum Maghrib kerana beberapa urusan perlu diselesaikan sebelum majlis pertunangan Suraya esoknya. Perjalanan yang memakan masa selama lapan jam amat memenatkan. Beberapa kali mereka tertidur sepanjang perjalanan. Sesekali mereka berhenti berehat di R&R untuk melepaskan lelah. Akhirnya hampir sembilan jam memandu, kereta merah milik Aiman memasuki halaman Teratak Bayu.

"Amboi makcik ni. Sodap betol tidurnya," usik Aiman bila melihat Ida yang masih lena di kerusi belakang.

"Eh tak baik kamu cakap macam tu Man. Tadi pun kamu tidur juga kan time Ida drive. So, adil la tu"

"Yela-yela" Aiman menolong Ain mengangkut beg pakaian dan bebarapa kotak barang untuk persiapan majlis esok. Ida yang baru tersedar dari tidur agak mamai.

"Jom Ida. Keluar. Kita dah lama sampai. Kalau awak tak keluar takpe juga. Boleh terus jumpa mak mentua," usik Ain melihat Ida yang masih berteleku dalam kereta. Aiman hanya diam mendengarkan usikan majikannya. Malas nak dilayan.

"Man senyap je? "

"Takde la Cik Ain. Ha, esoknya majlis start pukul berapa? "

"Pagi. Kalau tak silap dalam pukul 10 pagi. Lagipun pihak lelaki tinggal berhampiran sini katanya. Bukan orang jauh. Nanti jemputla mak sekali ya. Dah lama saya tak jumpa mak kamu"

"InsyaAllah kalau mak sihat. Okla Cik Ain saya pergi dulu. Dah lambat ni. Nanti risau pula mak tunggu. Jumpa nanti esok"

"Yela. Drive elok-elok tau"
Aiman hanya mengangguk. Kereta merah laju meninggalkan perkarangan rumah.

"Assalamualaikum. Amboi, semua orang sibuk nampaknya!. Sampaikan orang datang pun tak sedar," usik Ain menyedari tiada siapa yang datang menjemputnya dari luar.

"Waalaikumussalam. Kak Ain rupanya, ingatkan siapa tadi. Ingatkan sampai maghrib nanti. Awal la akak sampai. Ni kak Ida kan? Mana abang Aiman? " Suraya bersalaman dengan Ida. Ini bukanlah kali pertama mereka berjumpa. Suraya pernah bertemu dengan Ida semasa menziarahi kakaknya di Seremban.

"Abang Aiman dah balik pun. Katanya takut lambat sampai rumah. Nanti risau pula emaknya," terang Ida.

Terasa janggal mulutnya menyebut perkataan `abang` sedangkan Aiman lebih muda daripadanya. Ain hanya tersenyum melihat telatah Ida yang kelihatan agak kekok. Lengan Ida disiku dan Ain mengangkat keningnya sambil tersenyum. Muka Ida berubah merah kerana perubahannya dapat dikesan oleh Ain.

"Jom Ida kita masuk bilik dulu. Lagipun awak pun masih penat. Jom"
Ida hanya mengekori Ain dari belakang. Kadang-kadang dia merasa segan dengan majikannya. Walaupun Ain seorang majikan tetapi dia juga seorang sahabat yang baik.

"Awak tidur sebilik dengan saya. Maafla kita terpaksa kongsi bilik. Bilik lain dah penuh sebab kak long saya pun balik kali ni"

"Tak apa la Cik Ain. Ini pun dah ok, saya tak kisah. Lagipun saya pun tak lama kat sini. Lusa dah nak balik Seremban"

"Awalnya awak balik. Kan saya bagi cuti tiga hari. Lusa baru hari kedua"

"Entah. Si Aiman yang bagitau. Dia datang ambil saya lusa. Ada hal la kot dia nak balik awal. Biasala Cik Ain, hidup menumpang kena buat cara menumpang. Dah kalau driver kata lusa, lusa la jawabnya" Ain ketawa melihat mimik muka Ida. Mereka sama-sama ketawa. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar mengejutkan mereka.

"Kak Ida. Kak Ida pun datang? " Ayu yang menerpa secara tiba-tiba memeluk Ida yang sedang terbaring di atas katil. Ida dianggap seperti ibu saudaranya sendiri walaupun mereka tiada pertalian darah.

"Aduh! Beratnya Ayu. Ayu makan apa ni, makin montel je akak tengok" gurau Ida bila badan Ayu yang agak montel menghempap badannya yang sedikit kurus. Ayu hanya mencebik tanda merajuk.

"Yela-yela. Akak gurau je. Ni apa ni?Ayu jadi budak nakal erk sekarang. Sampai kena simen kaki ni. Patutnya doktor ikat je kat pokok, baru tak nakal. MasyaAllah comotnya kaki kamu. Macam-macam yang diconteng kat simen tu. Tengoknya ni Cik Ain siap ada lukisan Superman lagi ni. Siapa yang lukis Superman ni Ain? " leter Ida.

"Atuk" Ayu tersengih bangga.

"Atuk yang lukis? Wah, sportingnya atuk Ayu! Kalau macam tu akak nak juga la. Nanti akak nak suruh atuk lukis kat lengan akak. Boleh? "

"Boleh" Ayu melompat gembira.

"Ayu dah tak sayang mama rupanya." Ain buat-buat merajuk bila melihat kemesraan Ayu dan Ida. Baju dalam almari ditepuk berkali-kali. Tiba-tiba pinggangnya dirangkul Ayu.

"Alaaa... mama janganla merajuk. Ayu sayangkan mama. Nanti kalau mama tak ada, Ayu dah tak ada sesiapa kat dunia ni" ngomel Ayu. Tiba-tiba hati Ain terasa sayu dengan pengakuan Ayu. Dipeluknya Ayu erat. Setitis air mata mengalir di pipi.

"Ayu jangan la kata macam tu. Mama tak akan tinggalkan Ayu. Mama tetap sayangkan Ayu." Ida terasa sebak menyaksikan kasih sayang yang erat antara Ain dan Ayu, walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah yang sebenar. Air mata yang mengalir diseka.

"Dah-dah. Jangan buat drama macam ni lagi lain kali. Mahu taknya banjir nanti rumah ni kak Ida nangis" berderai mereka ketawa. Penat yang dirasakan tadi sudah hilang.

Setelah siap mengemas bilik, Ain bertemu dengan Suraya di biliknya. Suraya menyambut kedatangan kakaknya dengan senyuman.
"Hai, berseri-seri adik akak. Macam nak jadi raja sehari la pula. Ni yang buat akak jeles ni," usik Ain. Suraya ketawa kecil. Rambutnya disikat berkali-kali.

"Mari akak tolong" Sikat daripada tangan Suraya dicapai. Suraya diam seketika melihat tingkah kakaknya.

"Betul ke akak jeles? " Suraya menduga.

"Mestila. Esokkan adik akak nak bertunang. Bertambah berseri akak tengok "jawab Ain bersahaja.

"Akak tak kisah ke Sue langkah bendul? "

"Apa yang akak nak risaukan Sue. Tu hanyalah adat. Bukannya berdosa. Akak tak kisah. Lagipun jodoh adik akak dah sampai. Kenapa pula nak dilewat-lewatkan benda yang baik hanya kerana adat kan"

"Bukan tu masalahnya kak. Akak dah tahu ke siapa tunangan Sue? " Suraya menantikan jawapan akaknya dengan penuh debaran. Hatinya berdebar-debar. Apa yang harus dia lakukan. Patut ke dia berterus terang sekarang atau tunggu sahaja hari esok sebagai penentu.

"Belum. Akak tak kisah dengan siapa pun adik akak akan bertunang. Yang penting dia mestilah beriman dan seorang yang bertanggungjawab... " belum sempat Ain menghabiskan ayatnya Suraya mencelah.

"Kalau dia Ikram? "
Ain kelu. Sikat pada rambut Suraya dibiarkan. Jantungnya berdegup kencang. Dada terasa ketat.
"Ikram? Ikram yang mana? Akak kenal? "

Suraya mengangguk. "Anak Haji Salleh" Dia nekad. Malam ini juga akaknya harus tahu kedudukan yang sebenarnya. Dia tidak dapat lagi menyimpan rahsia ini daripada pengetahuan Ain. Sampai bila pun dia rahsiakan, hal ini akan diketahui juga esok. Apa nak jadi pun jadila.

Tiba-tiba Ain memeluk Suraya dari arah belakang. "Alhamdulillah. Akak percaya dia dapat bahagiakan Sue"

"Akak tak marah? "

"Apa yang akak nak marahkan. Sebab dulu mak nak jodohkan dia dengan akak? Ala, jangan la risau. Akak tak kisah. Lagipun dia bukan jodoh akak. Tapi yang akak nak marahnya, kenapa tak bagitau akak awal-awal? Dan sejak bila korang mula serius? "


"Maafkan Sue. Sebenarnya Sue takut akak marah. Sebab tu Sue rahsiakan daripada akak selama ni. Sue takut akak kata Sue ni perampas" Air mata mula bergenang di kelopak matanya. Ain menyeka permata dari jatuh mengalir.

"Jangan la macam ni. Tak pernah terlintas pun akak akan buat adik akak macam tu. Dah jangan nangis. Nanti esok mata bengkak, tak cantik adik akak ni. Dah"

Mereka saling berpelukan. Tanpa disedari ada mata yang sedang memerhatikan perlakuan dua beradik itu. Mak cik Asiah tersentuh bila mendengarkan perbualan anak-anaknya. Tak disangka Ain masih boleh berlagak tenang dengan berita tersebut. Walaupun Ain mengaku sendiri dengan mulutnya, tetapi Makcik Asiah dapat melihat perubahan riak wajah Ain. Ada rahsia yang disembunyikan. Ibu mana yang tidak kenal anak sendiri.

"Ok. Sue rehatla, akak tak nak ganggu. Esok mesti lagi penat"

"Thanks"


__________________
langkah ku kaku...


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

huh

__________________

"mencari ketenangan"



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

makin best...mne smbungannya lg??????

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

buleh tak kalau en dorina bikin pilem pasal ini creta.... haku kurang penghayatan la,....

__________________


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aah doll... pastu ko taruk pelakon utamanye asbeng ngn aliza mesbon.... dan anak2 dan sape2 pelakon tambahan ko kutip je kanak2 lembam ghamai kat sini.... kira xsusah2 ko dorena nk carik pelakon... aku xleh jdk pelakon... aku stakat pemerhati ataupun panasihat aja....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

asberionz wrote:

buleh tak kalau en dorina bikin pilem pasal ini creta.... haku kurang penghayatan la,....




ape kate baca cite ni sampai episod akhir br paham



__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 10

"Tahniah"
Itu sahaja ucapan yang mampu ucapkan. Kini Suraya telah menjadi tunangan Ikram. Cincin perak yang tersarung pada jari Suraya diamati. Ain tersenyum sendiri. Beberapa sesi fotografi berlangsung. Ain dapat mengamati kemesraan yang terjalin di antara Ikram dan adiknya. Kegembiraan terukir jelas pada wajah mereka. Dari jauh seseorang sedang memerhatikan Ain.

"Apa yang kau tengah menungkan tu Reza," usik Naim.
"Tak ada apa yang nak dimenungkan. Tu, aku tengah tengok bakal pengantin tu. Cantik. Memang secocok. Macam pinang dibelah dua," ujar Reza cuba berselindung.
"Siapa yang cantik? Adik atau kakaknya? "
"Erm...dua-dua cantik. Tapi sayang dah berpunya" Reza melirik mata ke arah Naim sambil tersenyum.
"Adiknya memang dah berpunya. Kalau kau cuba nak sapu memang nahas la. Tapi, akaknya masih ada tempat kosong," Naim berbasi-basi.
"Apa kau cakap ni Naim? Jangan nak mengarutla. Nak uji aku la tu. Kalau ya pun, guna la cara lain. Jangan nanti orang tuduh aku ni perampas isteri orang," getus Reza.
"Siapa yang bini orangnya? Kak Ain tu single lagi la Reza. Kalau dia kata dah berkeluarga, tu hanya alasan dia je. Aku kenal sangat akak aku sorang ni," terang Naim bersungguh-sungguh.

Reza tergamam dengan pengakuan Naim. Selama ini Ain cuba mengelak daripadanya. Setelah dijelaskan kedudukan yang sebenar, barulah Reza tahu. Rupa-rupanya, Ayu adalah anak angkat Ain yang dibela sejak kecil. Ini merupakan peluang keemasan buat Reza. Maksudnya, dia masih mempunyai harapan. Tetapi adakah hati Ain masih terbuka untuk aku? bisik hati kecilnya. Selesai sesi fotografi, bakal pengantin bergerak ke ruang makan untuk menjamu selera. Kedua-dua belah pihak kepenatan selepas selesai majlis pertunangan dan bacaan doa selamat tadi. Dalam keriuhan orang ramai yang berasak, Ain menyedari kehadiran Reza yang sedang rancak berbual dengan Naim.

"Dah lama sampai?" Ain menyoal sebagai tanda menyedari kehadirannya.
"Lama jugak. Ayu mana? "
"Ada kat belakang. Tengah main dengan sepupunya. Biasala tu dah lama tak jumpa. Sesekali jumpa mesti seronok"
Naim yang dari tadi diam meminta diri untuk ke belakang. Ada urusan yang perlu diselesaikan sebelum rombongan pihak lelaki pulang. Tinggallah Reza dan Ain bersendirian di ruang tamu. Ain tiba-tiba diam. Terasa sedikit gugup. Entah mengapa? Reza duduk bertentangan di hadapannya. Dari ekor matanya, Ain tahu Reza sedang merenungnya tajam dan sesekali pandangan mereka bertemu Ain hanya melemparkan senyuman kerana itu sajalah yang mampu dia lakukan. Renungan Reza yang tajam membuatkan Ain tidak senang duduk. Mahu sahaja dia bangun, tapi kurang manis.

"Mana suami awak? " tiba-tiba Reza bertanya lembut.
"Dia tak dapat datang. Still outstation," jawab Ain sedikit gugup. Gugup bukan kerana suara yang mampu menggetarkan jiwanya, tetapi soalan yang bermain di bibirnya.
"Really? Tak dapat la saya jumpa lelaki yang bertuah tu. Bertuah siapa yang kahwin dengan awak Ain," sindir Reza. Ain hanya diam. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab.

"Boleh kita keluar esok?"
Ain agak kaget dengan soalan Reza. Matanya terkebil-kebil memerhatikan Reza.
"Apa awak cakap? "
"Boleh kita jumpa esok. Saya ada hal nak bincang dengan awak. Nanti saya minta izin dengan ayah awak," ujar Reza sambil merenung Ain penuh mengharap.
"Hal apa? " soal Ain cuba menutup gugupnya.
"Hal kita," Reza hanya jawab bersahaja. Perlakuan Reza membuatkan Ain bertambah tidak selesa. Hal kita? Apa yang hendak dibincangkan lagi?
"Maaf la. Saya rasa esok tak boleh. Ada hal yang hendak diuruskan"
"Hal apa? "
"Ada sikit masalah dengan cawangan kat KT. So, esok saya kena jenguk," Ain cuba berdalih.
"Kalau macam tu, saya tumpangkan awak esok," Reza tidak mahu mengalah. Ain naik rimas. Dia mula terperangkap dalam alasannya sendiri. Namun, kedatangan Ayu dan Pak Hassan melegakan Ain. Sekurang-kurangnya dia dapat melepaskan diri dari terus disoal Reza. Perangai Reza yang tiba-tiba berubah menghairankan Ain. Kenapa dia tak serik lagi? Ain perasan ada anak mata yang sedang memerhatikannya. Ain membiarkan sahaja. Dia berpura-pura melayani karenah Ayu. Setelah penat berbual, Reza meminta diri untuk pulang. Katanya, dia perlu ke hospital sebelum Asar. Lega. Itu sahaja yang bermain di fikiran Ain.

"Pakcik, boleh saya minta kebenaran temankan Ain ke KT esok? Katanya ada urusan nak diselesaikan di cawangan sana," ujar Naim. Ain terkejut mendengar Reza meminta izin ketika mereka saling bersalaman. Ain agak terpaku dan kelu. Dia tidak menyangka Reza benar-benar menyuarakan hasratnya.
"Bagusla. Pakcik izinkan. Tapi jangan balik sampai lewat malam tau. Faham-faham ajela," sambil dikerling ke arah Ain.
"Tak apa la Reza. Saya boleh drive sendiri," Ain cuba berdalih lagi sambil memandang ke arah ayahnya memohon pengertian. Makcik Asiah yang berdiam diri di sebelah suaminya menjeling ke arahnya. Ain tahu emaknya tidak senang dengan sikapnya yang menolak pelawaan Reza secara terangan.
"Apa salahnya Reza hantar. Lagipun kaki kamu tu betul-betul dah sembuh ke?" balas Pak Hassan sambil ketawa dan menepuk bahu Reza mesra. Reza tersenyum puas. Ain tidak dapat berbuat apa-apa. Kehendak Reza terpaksa diikuti.
"Pagi esok saya datang jemput." Ain mengangguk tanda faham.

Selepas bersalaman dengan ibubapanya Ain mencium dahi Ayu. Dia berasa bersalah dengan Ayu kerana kebelakangan ini banyak masa dihabiskan kerana kerja. Risau Ayu terabai. Serba salah meneyelubungi dadanya. Duduk berduaan dan bersebelahan Reza cukup menggetarkan jiwa Ain. Perasaan inilah yang paling Ain takuti bila mana dia berada di sisi seorang insan yang bernama lelaki. Terasa diri makin dekat. Bagai ada aura yang menyelubungi mereka. Mereka hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tidak banyak yang dibualkan. Reza mengelamun melayan fikirannya. Apa yang harus dia lakukan untuk memiliki Ain sekarang? Kerana sekarang dia sudah pasti Ain bukan hak sesiapa lagi. Tapi apa yang harus dikatakan untuk meyakinkan Ain keikhlasan cintanya. Bisik hati kecil Reza. Selesai berurusan di cawangan, Reza mengajak Ain untuk makan tengah hari. Ain tidak menolak. Lagipun perutnya sudah lapar sekarang. Sementara menunggu juadah sampai mereka berbual kosong. Layanan mesra Reza sedikit sebanyak mengusik hati Ain. Sudah lama dia tidak merasai perasaan ini. Teringat kenangan manis yang pernah dikongsi bersama. Ah, kenangan kenapa kau datang sekarang ini? Janganlah ditiup lagi keasyikan cinta ini di jiwaku setelah sekian lama aku ubati luka ini. Pedih dan perit terasa jiwa ini andai kau hadir sekali lagi. Apakah masih ada bara yang terpendam walaupun api yang marak telah lama ku padamkan? Andai wujud suatu hembusan cinta, adakah ia mampu lagi untuk menyala?

Perut sudah penuh diisi. Kini mereka meneruskan perjalanan pulang sebelum malam menjengah. Memandangkan perjalanan masih awal, Reza mengambil kesempatan untuk singgah di kawasan pantai Penarik yang terbentang sepanjang perjalanannya dari KT-Besut. Ain tidak membantah. Sudah lama dia tidak menghabiskan masanya di pantai. Ain rindu mendengar gelak ketawa Ayu dikala mereka bersama, sama ada di rumah, taman dan pantai. Ain tersenyum sendiri. Siput-siput kecil yang terdampar tanpa penghuni, dikuis-kuis dengan hujung jari kakinya. Reza hanya membiarkan Ain melayan perasaan. Dia senang melihat Ain senyum. Senyuman yang diidamkan sekian lama. Senyuman manja yang mampu melemahkan jiwanya. Tetapi, senyuman itu juga lah yang telah lama hilang dari pandangannya tanda sebab.

"Jom kita duduk sana," ajak Reza lembut.
Ain hanya menurut. Mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas sebatang pokok kelapa yang telah tumbang. Terdapat kesan terbakar. Mungkin ada pengunjung yang membuat BBQ di situ kerana lokasinya yang sesuai berdekatan dengan kawasan yang lapang untuk berteduh.
"Apa yang awak senyumkan tadi. Gembira je saya tengok," Reza cuba memulakan bicara setelah sekian lama mereka berdiam diri melayan perasaan sendiri.
"Saya teringatkan anak saya, Ayu. Rindu rasanya nak dengar dia ketawa. Awak tau. Ibu mana yang tak sayang, bila anak yang ditatang disayang mampu membuatkan kita bahagia. Even saya letih, tak bermaya, tak bertenaga, tapi dengan gelak ketawa Ayu semuanya hilang. Terasa ringan beban di dada," Ain membetulkan tudungnya yang ditiup angin. Reza hanya memerhati. Ain, kau masih ayu seperti dulu. Semuanya masih sama, tapi masih samakah perasaanmu terhadap ku? Bisik hati kecil Reza.

"Awak bahagia Ain?" soal Reza tanpa berpaling ke arah Ain. Matanya sedang asyik menyaksikan kawanan ombak yang saling kejar-mengejar.
"Alhamdulillah. Saya sangat bahagia sekarang"
"Bagaimana dengan Ayu? Dia bahagia? "
"Ya"
"Awak yakin? Tak ke awak rasa, Ayu perlukan kasih sayang seorang lelaki yang digelar ayah. Hati seorang anak kecil, Ain. Mereka dambakan belaian daripada insan yang bergelar ibu dan ayah. Bagi mereka tidak sempurna hidup tanpa kedua-duanya. Pernah tak awak fikir hal ini Ain? " soal Reza panjang lebar.
"Saya faham. Tapi...dia punya kedua-duanya," jelas Ain sedikit gugup.
"Ain, Ain. Sudahlah. Tak payah awak nak berdalih dengan saya lagi," sindir Reza. Ain kebingungan. Kata-kata Reza membuntukan fikirannya. Apa maksudnya?
"Apa maksud awak? "

"Saya tahu awak masih belum berpunya Ain," Reza tersenyum sinis. Pandangannya tajam. Ain kelu. Dia nak uji aku atau dia dah tahu hal yang sebenar? soal hati Ain.
"Kenapa awak yakin sangat?"
"Inai di jari saya tak nampak...cincin di jari pun tak ada. Itu tandanya, awak belum berkahwin Ain." Ain cepat-cepat menyembunyikan tangannya.
"Ayu sebagai bukti saya dah berkahwin. Itu sudah cukup kuat Reza," terang Ayu cuba meyakinkan Reza.
"Ayu tak cukup sebagai bukti Ain. Naim dah ceritakan hal yang sebenar. Ayu hanyalah anak angkat. Awak tak pernah berkahwin semenjak kita berpisah. Dah empat tahun Ain. Banyak perkara boleh berlaku. Tapi awak tetap sama. Masih Ain yang saya kenal dulu"
Ain diam membisu.
"Memang. Memang banyak perkara yang boleh berlaku dalam empat tahun, Reza. Dan saya juga masih Ain yang sama. Tapi, saya tak sama dengan Ain yang awak kenal dulu"

"Apa yang dah berubah Ain. Katakan pada saya. Saya yakin, awak masih Ain yang saya kenal dulu. Ain yang matang, lembut, tenang, caring dan juga Ain yang membuatkan saya hampir tewas setiap kali rindu mencengkam," terang Reza lembut. Matanya merenung tajam Ain yang masih setia di sisinya. Ain jadi tidak keruan. Terasa gelora di hati, lebih hebat dari gelora amukan ombak yang memukul pantai. Ain bangkit ke gigi pantai. Reza mengekori dari belakang.

"Apa yang awak fikirkan lagi? "
"Cuba awak tengok kawasan sana," jari dituding ke arah suatu kawasan pantai yang landai. Reza menurut.
"Bulan lepas saya pernah datang ke sini. Dulunya, kawasan sana masih tinggi dengan lambakan pasir pantai. Tapi kali ini, saya datang kawasan tu dah landai. Hanya dalam masa sebulan saja Reza. Inikan pula empat tahun, Reza. Macam-macam boleh berubah. Hidup ni macam air laut yang sentiasa dilanda badai. Walaupun sang pantai ibarat teman setia tak lekang walau sesaat, tetapi pantai itu still berubah. Berubah setiap kali dipukul ombak. Begitu jugalah saya, Reza. Ain sekarang bukan Ain yang sama. Bukan Ain yang awak kenal dulu," jelas Ain mengharapkan pengertian Reza.

Reza masih tidak puas hati. Dia yakin di dada ini masih sama. Masih wujud kehangatan kasih dan cinta antara mereka. Empat tahun bukan alasan hati itu akan berubah.
"Tapi saya yakin. Di hati awak masih sama. Saya boleh lihat dari mata awak Ain. Masih wujud perasaan yang sama. Tapi awak nafikan perasaan itu. Jangan awak siksa jiwa tu," renung Reza dalam nada yang sayu. Jiwa Ain diruntun pedih. Pilu. Ya Allah! Tabahkan hati ku! Jauhilah perasaan ini, bawalah ia jauh dari hidup ku!

Ain ketawa kecil. Reza terlalu yakin dengan perasaannya. "Macam mana awak masih yakin dengan perasaan saya?"
"Empat tahun Ain. Sepatutnya awak dah kahwin dalam jangka masa tu. Tapi, tengok sekarang awak masih single. Awak masih tak boleh lupakan kisah silam awak sendiri," jelas Reza yakin dengan hujahnya.

"Awak salah Reza. Saya dah tak ada apa-apa perasaan pada awak. Walau sekelumit. Hati saya dah dikunci rapat," remuk hati menahan perasaan sendiri. Reza masih diam menanti bait seterusnya dari mulut Ain. Dipandang wajah gadis itu yang masih mampu berlagak tenang.

"Hati saya dah ditutup rapat. Saya tak dapat menerima sesiapa lagi," lantang Ain bersuara. Ditenung tajam tepat pada anak mata Reza. Reza bagai dipukau dengan pengakuan Ain.
"Saya tak faham Ain. Apa sebenarnya yang selama ini awak sembunyikan? Adakah saya penyebabnya? Kalau ya, katakan pada saya Ain. Apa yang telah saya buat sehingga awak tutup ruang hati awak. Jangan buat jiwa saya tersiksa menunggu suatu jawapan yang selama ini saya sendiri tak pasti," rayu Reza dengan suara yang tinggi.

"Bukan salah awak Reza. Kita memang ditakdirkan untuk berpisah. Kita tak mungkin bersama sampai bila-bila. Awak terima sajalah takdir tu."

"Kalau bukan salah saya, siapa? Atau awak yang sebenarnya curang pada saya," sindir Reza pedas. Kesabaran Ain tercabar. Maruahnya bagai dicalar.
"Reza, cukup! Awak dah melampau. Saya masih bermaruah Reza. Saya tak sehina yang awak sangka. Saya masih suci! " bentak Ain dalam keadaan hati yang membara. Ranting kayu di tangan dihempas ke tanah.
Belum sempat Ain menapak, tangan sasa Reza menggenggam kuat pergelangan tangannya. Terasa pedih.

"Kalau awak masih suci Ain, buktikan pada saya Ain," cabar Reza keras. Ain cemas dan berundur beberapa tapak apabila Reza makin menghampirinya. Reza yang lebih tinggi daripadanya membuatkan dirinya mudah dikuasai. Ain terpaksa mendongak ke atas. Dengan pantas Reza merangkul pinggangnya dan menarik Ain ke dalam pelukannya. Terdengar dengusan keras dari helaan nafas. Ain naik cemas.
"Apa lagi bukti yang awak nak? Apa lagi alasan yang awak nak dengar?" jerit Ain dalam sedu cuba melepaskan diri.
"Kahwin dengan saya Ain," rayu Reza dalam nada memaksa. Ain gementar. Pelbagai gambaran buruk yang berputar dalam fikirannya. Air mata mula mengalir.
"Awak takut Ain? Apa yang awak takutkan kalau awak berada di pihak yang benar," perlahan suaranya dengan nada yang sinis.
"Lepaskan saya, Reza. Please..." rayu Ain. Tangan ditarik cuba melepaskan dari genggaman Reza. Air mata mengalir laju. Reza mula rasa bersalah.
"Ya Allah. Apa yang aku dah buat? Dont cry Ain. Please...saya tak bermaksud nak takutkan awak. Saya tak boleh lihat awak menangis Ain," rayu Reza lembut.

Genggaman tangan dilepaskan. Ain terduduk ke atas pantai. Tangannya mengusap lengan yang sudah kemerahan. Pedih. Reza melutut di hadapan Ain. Terhinjut-hinjut tubuh Ain menahan tangis dan sendu. Reza cuba menyeka mutiara yang mengalir, tetapi ditepis kasar. Ain cuba dipujuk. Reza bangun meninggalkan Ain sendiri. Dia mahu memberi ruang untuk Ain kembali tenang.

Reza mundar-mandir di gigi pantai. Ombak yang menyembah pantai ditendang kuat beberapa kali. Seperti dirasuk, dia menjerit sekuatnya melepaskan beban yang memberat di pundak. Bagai orang hilang kawalan diri, akhirnya Reza rebah menyembah bumi. Mukanya dihadap ke langit. Memandang kebiruan yang terbentang tanpa penghujungnya. Kenapa hatinya tidak lapang seperti lapangnya langit yang terbentang luas? Kenapa dia hilang kawalan setiap kali berada di sisinya? Beribu kali tutur maaf dilafazkan, tetapi setiap kali itu jugalah dia mengulangi kesilapan. Malu dan marah menerjah benaknya. Akhirnya gugur juga air mata lelakinya.

Reza menepis sesuatu pada siku. Terasa pedih. Anak ketam? Reza terbungkam dalam keadaan yang masih mamai. Rupanya dia terlena dibuai angin pantai dan tenggelam dalam irama ombak yang mengasyikkan. Diamati lautan yang terbentang di hadapan. Reza masih keliru. Bagaimana dia boleh tertidur di situ. Sejenak dia berfikir. Ain!!! MasyaAllah apa aku dah buat. Mesti lama dia menunggu. Masih merajukkah dia? Bicara Reza sendiri. Seperti sangkaannya, Ain menghilang. Puas dicari tapi tak jumpa. Badan dihempas kuat pada kerusi. Sekeping nota terselit di atas dashboard.

Jangan ganggu hidup saya dan Ayu lagi. Berilah peluang untuk kami hidup bahagia. Saya merayu pada awak, Reza. Tiada apa yang perlu dibincangkan antara kita lagi. Awak tidak pernah wujud dalam diari hidup saya. Memang kita tiada jodoh sejak awal perkenalan lagi. Saya harap awak mengerti.
Ain Syuhada...


__________________
langkah ku kaku...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

hbs dh ke ni???

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

blum lg la ade bykkkkk lagi, so waittt

__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:



-- Edited by norina on Sunday 17th of October 2010 06:26:51 AM

__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Bab 11

"Mak. Boleh Ain cakap sikit?" celah Ain di suatu pagi.
"Apa dia? "
"Ain nak pergi umrah tahun ni boleh?"
Makcik Asiah diam seketika.
"Mak tak halang. Niat kamu tu baik. Bila kamu nak pergi? Tapi, siapa mahram kamu nanti? " tanya makcik Asiah yang agak risau tentang keselamatan anaknya di sana.
"Ain ada bincang dengan Naim. Dia setuju temankan Ain ke sana. Kebetulan time tu dia pun cuti semester juga mak. InsyaAllah pertengahan bulan Ramadan, tapi mak jangan risau. Ain balik sebelum raya," jelas Ain.
"Macam mana dengan Ayu?" soal emaknya.
Ain tersenyum simpul. "Mak tolong jagakan Ayu boleh? Lagipun kebetulan sangat-sangat, puasa ni time cuti sekolah. Jadi tiada masalah kalau Ayu tinggal dengan mak sepanjang Ain di sana."
"Yela-yela. Mak tak kisah. Ayu pun cucu mak juga," senyum makcik Asiah.

Ramadan bulan penuh rahmat dan keberkatan tiba. Membawa seribu hikmah buat ummat teristimewa iaitu ummat Nabi Muhammad S.A.W. Alangkah ruginya manusia andai mensia-siakan bulan yang hanya datang sekali dalam setahun yang mana belum pasti dapat dikecapi lagi pada tahun seterusnya. Kehadirannya membawa makna yang mendalam dalam diri Ain. Bulan yang amat dinantikan. Perancangan yang dirancang untuk menemui rumah Allah menjadi saat yang amat dinantikan. Menyaksikan kebesaran dan keagungan Allah.

Ain sedang sibuk menyediakan juadah berbuka di dapur. Dia hanya memasak juadah yang simple memandangkan hanya dia dan Ayu yang akan berbuka. Ayu leka menonton rancangan Jejak Rasul yang hanya disiarkan semasa bulan puasa.

Ring! Ring!
Telefon yang asyik berdering mengganggu Ayu yang sedang leka.
"Assalamualaikum. Siapa di sana? " ucap Ayu kepada si pemanggil. Ain di dapur dapat mendengar sayu-sayup suara Ayu menjawab panggilan telefon.
"Oh, Paksu! Ayu sehat"
"Ayu puasa la. Tak pernah ponteng lagi tau"
"Ada kat dapur. Nanti Ayu panggilkan"

Ayu berlari mendapatkan mamanya di dapur. Matanya masih tertumpu pada skrin televesyen ketika Ain sedang menjawab panggilan telefon daripada paksunya.

"Ayu kita balik kampung jap lagi. Nenek masuk hospital. So, sekarang Ayu pergi kemas baju ya. Selepas solat maghrib kita bertolak," arah Ain pada Ayu yang leka menonton. Ayu hanya mengikut tanpa banyak soalan.
Selesai berbuka dan solat, mereka bergegas meninggalkan bandar Seremban. Ain terpaksa memandu perlahan memandang dia tidak biasa memandu malam. Ayu yang dari tadi asyik dengan permainan di tangan mula lena. Perjalanan yang memakan masa hampir lapan jam amat memenatkan Ain. Mereka selamat sampai di Teratak Bayu bila mentari mula memancarkan sinarnya.

"Mak macam mana sekarang? Dah ok sikit?" soal Ain pada Naim yang menemani emaknya sepanjang malam di hospital. Emak masih terbaring tidur selepas makan ubat.

Naim mengangguk. "Dah ok sikit. Kata doktor tekanan darah mak terlalu rendah. Yela, sekarangkan bulan puasa. Kandungan glukosa pun kurang. Doktor kata kalau keadaan dah stabil, InsyaAllah esok dah boleh balik," terang Naim tanpa disoal Ain.

"Bagusla macam tu. Akak risau sangat. Takut-takut mak cedera masa jatuh tu. Nasib baik tak luka apa-apa. Alhamdulillah"

Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran doktor dan jururawat yang sedang bertugas. "Assalamualaikum. Maaf kerana mengganggu. Saya minta izin nak buat pemeriksaan pada makcik. Kalau boleh saya minta pihak keluarga beri sikit ruang ya," sapa doktor yang bertugas. Ain dan Naim memerhatikan emak mereka diperiksa. Jururawat yang bertugas sibuk mencatat bacaan dan keputusan pemeriksaan pada carta kesihatan.

"Macam mana dengan keadaan mak aku Reza? Dah boleh balik esok? " tanya Naim kepada Reza yang kebetulan menjadi doktor yang bertanggungjawab kepada kesihatan emaknya.
"Alhamdulillah. Setakat ni aku boleh kata makcik boleh balik esok. Keputusan pemeriksaan memuaskan. Tapi, aku kena tengok sekali lagi keadaan makcik malam ini. Sama ada dah stabil ke tak. Yang penting makcik kena makan ubat bila sampai masa untuk makan ubat. Kalau tak makcik kena teman saya lagi satu malam la nampaknya," ujar Naim sambil menepuk lembut bahu makcik Asiah. Makcik Asiah tersenyum mendengarkan gurauan Reza.

"InsyaAllah doktor. Makcik takkan tertinggal makan ubatnya. Bila duduk dengan si Naim ni, makan nasi pun makcik kena paksa habiskan. Inikan lagi ubat," usik makcik Asiah menjeling ke arah Naim yang bersengkang mata sepanjang malam. Naim ketawa mendengar omelan emaknya. Ain yang masih tercegat di kaki katil hanya memerhatikan perbualan antara mereka. Malas untuk campur tangan.

Selesai membuat pemeriksaan pada pesakitnya, Reza meminta diri untuk beredar. Masih ramai pesakit yang belum diperiksa. Reza berlalu pergi tanpa memalingkan mukanya kepada Ain. Bukanlah dia tidak menyedari kehadiran Ain, tetapi dia cuba mengelak dari bertembung mata dengannya. Wajah yang sangat dirinduinya. Jauh di sudut hatinya, dia melonjak gembira dan ingin memeluk Ain bagi melepaskan rindu. Namun melihatkan Ain hanya membatu seperti menganggapnya orang asing, mula memadamkan gelodak perasaannya. Ain cukup bencikah kau kepada aku? Bisik hati kecil Reza. Ain yang mulanya terkejut dengan kehadiran Reza berlagak tenang bila Reza seperti tidak mengenalinya. Seperti tiada apa yang pernah berlaku antara mereka. Hampir lima bulan mereka tidak bertemu selepas peristiwa di pantai Penarik tempoh hari.

Tahap kesihatan makcik Asiah tidak membantutkan perancangan Ain untuk mengerjakan umrah. Pada asalnya Ain mahu menangguhkan niat tetapi dihalang oleh emaknya. Selepas diyakinkan, Ain bersetuju walaupun hatinya sedikit bimbang memandangkan tiada siapa yang boleh diharap jika kejadian tempoh hari berlaku sekali lagi.

Ain dan Naim bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama jemaah lain yang berada di bawah pakej umrah Mutiara Travels. Pakej umrah yang menawarkan penginapan di Mekah selama lima hari dan Madinah lima hari, sememangnya berpatutan dengan harga yang ditawarkan memandangkan jemaah makin ramai yang bertandang mengerjakan umrah. Ain memanfaatkan peluang yang ada sebaiknya. Sepanjang berada di sana, lebih banyak masa dihabiskan untuk beribadat dan beriktikaf di masjid. Ini adalah kali kedua kedatangannya ke rumah Allah. Mahu sahaja Ain rebah dan sujud di muka pintu Masjidilharam ketika pertama kali memandang masjid agung yang teguh berdiri di hadapan matanya. Namun dek segan dengan jemaah yang lain, Ain membatalkan keinginan yang mencengkam perasaannya. Cuba ditahan gelora perasaan di kala melihat rumah Allah, tetapi akhirnya tumpah jua permata yang lama ditahan dalam kelopak matanya. Ain sujud menghadap Kaabah dalam tangis dan sedu. Setiap kali memandang Kaabah, hati Ain diruntun sayu mengenangkan nasibnya sebagai makhluk Allah yang kerdil. Tertanya-tanya hati kecilnya, di manakah letak darjatnya di sisi Allah atau redhakah Allah akan hayatnya.
Hari terus berlalu dan Ain terus hanyut dalam dunianya. Bagai dilupakan segala masalah yang selama ini menyelubunginya. Tiada lagi hal keduniaan yang difikirkan, bagaikan hanyut jauh dibawa arus sungai yang mengalir jernih. Saat-saat terakhir menyaksikan Kaabah dalam lambaian tawaf wada, Ain sekali lagi rebah sujud pada kekuasaanNya.
Ketibaan mereka di KLIA disambut mesra makcik Asiah dan pak Hassan. Tidak lupa juga Ayu yang dari tadi asyik bertanya bila ketibaan mamanya. Ain pulang ke kampung tanpa singgah dahulu di rumahnya memandangkan Syawal akan menjelma dalam masa dua hari lagi. Cepat sungguh masa berlalu. Terasa seperti baru semalam Ramadan datang dan kini ia meninggalkan sekali ummat Islam bagi meraikan kemenangan di pagi Syawal.



-- Edited by norina on Sunday 17th of October 2010 06:27:40 AM

__________________
langkah ku kaku...


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

SELESAI solat terawih, Ain bersantai balkoni rumah. Terasa tenang mendengarkan percikikan air kolam yang mengalir bersaksikan bintang yang bertaburan di langit. Lamunannya terganggu dengan kehadiran emak yang sedang menatang sedulang air milo panas di tangan. Air milo yang agak suam dihirup perlahan.

"Apa yang Ain menungkan? " tanya makcik Asiah melihatkan Ain yang lebih banyak mendiamkan diri selepas pulang dari umrah.

"Ain teringat kenangan semasa umrah. Rindu rasanya. Rasa nak pergi lagi. InsyaAllah bila ada rezeki," senyum Ain sendiri. Ain bercerita pengalamannya semasa mengerjakan umrah. Lama mereka berbual tanpa menyedari malam yang semakin larut.

"Boleh mak tanya sikit? "
Ain mengangguk perlahan sambil menyusun cawan yang habis dihirup.

"Selama ini mak tak membantah setiap keputusan yang Ain buat. Sebab mak tahu Ain dah besar dan pandai fikirkan masa depan sendiri. Tapi jauh di sudut hati mak, mak nak sangat anak mak ni naik pelamin. Tak kiralah dengan siapa, asalkan dia seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan mampu membahagiakan anak mak. Tengoklah, mak ni dah tua selalu sakit. Takut tak sempat pula nak menimang cucu, " ujar makcik Asiah penuh rasa terkilan dan sayu.

"Ain tahu. Mak berkenan sangat dengan Dr. Reza tu. Sepanjang Ain tiada, setiap hari dia datang jenguk mak. Pandai jaga hati orang tua. Untung siapa yang jadi bini dia," puji makcik Asiah merenung penuh makna pada Ain. Ain diam seketika.

"Mak rasa Ain ni anak yang solehah tak? " soal Ain sambil menggenggam lembut tangan emaknya.

"Ain memang anak yang solehah. Dari dulu lagi Ain selalu dengan cakap mak. Kenapa Ain cakap macam ni?"

"Mak tahu apa yang Ain doakan depan Kaabah? Setiap hari Ain doakan yang Ain tidak akan pernah menjadi anak derhaka pada mak dan ayah. Ain tak nak jadi anak derhaka. Ain tak nak masuk neraka dan menerima seksanya. Mak, kalau mak sayangkan Ain, Ain minta sangat janganlah buat Ain rasa bersalah dan paksa Ain untuk kahwin. Tiada apa yang dapat bahagiakan Ain lagi selain dapat bersama keluarga dan Ayu di sisi Ain," rayu Ain dengan suara yang sikit tenggelam.

"Mak tahu Ain. Tapi sampai bila kamu nak mengelak. Hidup kamu tak lengkap tanpa sebuah keluarga. Tak baik kalau kamu tolak sunnah Nabi," ujar emak sedikit kesal.

"Mak, bukan Ain benci sunnah Nabi ni. Tapi, Ain lebih senang hidup sendiri. Ain boleh berdikari sendiri selama ini. Ain punya alasan sendiri. Cukup dengan apa yang Ain ada. Mak, Ain rayu pada mak. Janganla mak jadikan isu kahwin penyebab Ain lukakan perasaan mak. Tolong la mak, kalau mak sayangkan Ain," rayu Ain. Air matanya mula menitis. Makcik Asiah menyeka air mata yang mengalir.

"Yela. Mak takkan paksa kamu. Tapi, mak doakan pada Allah semoga suatu hari nanti akan terbuka luas pintu hati anak mak menerima hadirnya seorang lelaki di sisi," pujuk emak sambil membelai lembut rambut Ain yang panjang. Dia tahu Ain seorang yang banyak memendam perasaannya. Cukup berahsia. Ciuman hangat singgah pada dahi Ain. Ain tahu emaknya agak terkilan dengan pendiriannya.

"Dah. Jangan bersedih lagi. Esok hari last puasa. Lusa dah raya. Jom kita masuk, nanti demam pula kalau lama sangat kat luar ni. Orang beraya, tapi kita sakit pula. Tak pasal-pasal kena makan ubat sedangkan orang lain seronok makan ketupat rendang. Tapi kalau sakit ok juga. Boleh Dr. Reza ubatkan," gurau makcik Asiah penuh makna.
"Mak!!!Mak masuk dulu. Ain nak ambil angin sekejap," ujar Ain dengan senyuman terukir di bibir.

Makcik Asiah meninggalkan Ain berseorangan di beranda rumah hanya bertemankan cahaya pelita yang dipasang keliling rumah. Tiada lagi sinaran rembulan di kala akhir Ramadan. Ain lega. Sudah lama berniat ingin memberitahu pendiriannya tentang alam perkahwinan. Dia mengharapkan suatu kefahaman dari seorang wanita yang bergelar ibu. Ain tahu, tiada ibu yang mahu anaknya hidup keseorangan dan bujang seumur hidup. Mereka sememangnya mahukan yang terbaik buat anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh. Ain tidak menyangka, emaknya menyuarakan perasaan senangnya akan Reza. Apa niat Reza sebenarnya? Sekadar mengambil berat kesihatan emaknya atas tanggungjawab seorang doktor pada pesakitnya atau ingin menambat hati emaknya. Setakat ini Reza masih berpegang pada janjinya.

HARI raya pertama cukup meriah kali ini. Ramai saudara dan kenalan yang dijemput menghadiri majlis rumah terbuka dan doa selamat yang diadakan pada waktu malam. Hasrat yang telah lama disimpan oleh makcik Asiah tetapi sering tergendala kerana kesihatannya yang sering tidak menentu. Banyak juadah yang disediakan dari pembuka selera hinggalah pencuci mulut. Lebih banyak masa dihabiskan untuk melayan tetamu yang hadir dan saudara-mara jauh yang datang bertandang.

"Aunty!!!Mana Ayu? Tadi dia janji dengan Ijad nak main bunga api. Tak jumpa pun dia" sapa seorang anak kecil berusia dalam lingkungan empat tahun. Ijad, anak sepupunya yang datang jauh beraya dari Johor. Kebetulan tahun ini mereka beraya di Terengganu. Ain sibuk mengalihkan ayam bakar yang sudah masak ke dalam pinggan.

"Ijad nak ayam ke?" soal Ain tanpa mengalih pandangan pada Ijad. Tangannya masih sibuk membalikkan ayam yang makin rentung.

"Takle. Ijad kata, Ijad nak main bunga api. Ayu dah janji tapi Ijad tak jumpa dia la," bentak Ijad. Dihempas kakinya ke lantai beberapa kali. Geram akan Ain yang sibuk dengan ayamnya. "Aunty!!! "

"Yela-yela. Cuba Ijad cari kat depan rumah. Kot-kot dia tengah main sembunyi dengan kak Atie tak. Tak pun Ijad tanya paksu, nanti paksu carikan. Sorry ye Ijad, aunty sibuk sikit ni. Nah ambil ni. Ijad suka paha kan?" pujuk Ain. Ijad menyambut riang. Ditatang berhati-hati pinggan yang berisi paha ayam ke dalam rumah.

"Dah la tu Ain. Biar Mia panggang. Dari tadi lagi Ain duduk depan bara api, nanti masak karang muka tu," tegur Mia, sepupunya yang juga ibu Ijad.

"Mana boleh Kak Mia. Akak kan tetamu. So, turn Ain la layan tamu. Dah duduk situ je kalau nak tolong sangat. Tolong tengok je" senyum Ain.

"Dah jangan degil". Kipas dari tangan Ain dirampas. Ain hanya tersenyum. Ayam yang sudah bertimbun dalam pinggan disusun elok dalam bekas yang sedikit besar.

"Ain masuk dulu Kak Mia. Nak letak ayam ni atas meja kat luar," ujar Ain. Berat. Ingatkan ringan je, rupa-rupanya berat. Hampir jatuh Ain dibuatnya.

"Boleh tak? Atau nak akak panggilkan Naim?

"Takpe. Berat sikit je. Lagipun Naim sibuk layan kawan dia yang datang."
Ain menatang bekas yang penuh. Terasa nak tercabut sendi bahu. Mia hanya menggeleng kepala melihat Ain yang agak terhuyung-hayang, nak gelak pun ada. Asyik memerhatikan gelagat Ain, hampir lupa membalikkan ayam yang terbakar. Kalut tak menang tangannya bekerja melawan bara api yang nyala menggila secara tiba-tiba.

"Aaaa, jangan jatuh!!!"
Mia terkejut mendengarkan jeritan Ain dari arah dapur. Bergegas dia berlari anak melihat keadaan Ain. Risau kalau Ain terjatuh semasa mengangkat bekas tadi. Mahu bergolek semua ayam-ayam tadi. Dilihat Ain terjelepuk di atas lantai dengan tangannya masih memegang kemas bekas ayam sambil disambut oleh seorang lelaki. Mia mengintai di sebalik pintu dari jauh. Seronok melihat adegan romantik di hadapan.

"Are you ok? Sorry saya tak perasan awak datang tiba-tiba," ujar lelaki tersebut dengan wajah yang agak bersalah.

"Im ok" balas Ain sambil menarik tangan yang tersentuh tangan lelaki yang menyambut bekas dari tangannya. Hampir terjatuh bekas dari genggaman tangan sekali lagi.
"Arghh, sorry!" balas Ain sambil menyambut bakul dari bawah bekas. Ain rasa bersalah akan sikapnya yang cuai. Ain cuba mendapatkan kembali bekas tersebut daripada tangannya. Tetapi dia tetap berkeras mahu menghantar bekas tersebut ke meja hadapan. Ain mengalah. Cepat-cepat dia beredar daripada terus bertentang mata dengannya. Mukanya merah menahan malu. Ayam di atas bara dipusing beberapa kali. Mia yang dari tadi memerhati mula bersuara.

"Kenapa muka Ain merah ni?" soal Mia.
Ain meraba mukanya. Terasa panas. "Panas panggang ayam ni la kak Mia" dalih Ain.

"Panas bara api atau bara cintaaaaa?"

"Apa yang akak merepek ni? Cinta apa pula ni tiba-tiba" balas Ain cuba berselindung. Pandangannya dielak dari bertembung mata Mia yang menjeling ke arahnya. Tangannya sibuk membelek-belek ayam.

"Yang tadi tu apa? Akak nampak macam ada seorang hero yang gagah perkasa sedang menyambut erat seorang gadis penjual ayam bakar yang hampir jatuh. Gadis tu cepat-cepat menarik tangannya dari genggaman erat jejaka tersebut. Oh, romantiknya" usik Mia dengan nada romantis, sambil memeluk pengepit besi yang berada dalam genggamannya. Ain tersenyum melihat aksi Mia yang melampau. Rupanya ada mata yang menyaksikan kejadian tadi. Dicubit pinggang Mia tetapi dapat dielak.

"Huh, lebih-lebih la pulak dia! Takde pape la. Dia just tolong angkatkan bakul tu ke depan"

"Dia? Siapa dia tu? Ain kenal tak?" tanya Mia yang belum puas mengusik sepupunya. Disiku bahu kanan Ain. Ain mengaduh sambil menggosok lengannya yang terasa sakit.

"Dia kawan Naim la. Doktor yang merawat mak dulu"

"Siapa nama dia? "

"Dr. Reza"

"Oh, tula Dr. Reza. Baru akak kenal. Ayu selalu sebut nama dia. Dia kata Reza selalu datang jenguk mak. Kadang-kadang bawa mainan untuk Ayu." Mia diam seketika. Senyuman terukir pada bibirnya."Sesuai sangatla tu. Akak tengok dia pun serasi dengan Ayu. Tentu Ayu rindukan kasih seorang bapakan? Entah selama ni dia tengah cuba ambil hati mak Teh tak" Mia meneka.

Ain membiarkan Mia dengan omelannya. Malas nak dilayan. Kalau dilayan makin menjadi-jadi la jawabnya. Mia menggeletek leher Ain. Ain menjerit geli dan membalas balik. Mereka berkejaran, keriuhan terasa seperti zaman kanak-kanak mereka. Terasa rindu pula untuk kembali menjengah kegembiraan di alam kanak-kanak. Zaman yang penuh dengan memori ruang tanpa sebarang masalah yang perlu difikirkan. Tetapi itulah kehidupan. Setiap manusia akan membesar menjengah alam kedewasaan dan belajar melalui pengalaman hidup.



__________________
langkah ku kaku...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard