Diketengah cerita ini utuk kita iqtibarkan di dlm diri kita........Insya Allah
Kemuliaan Beberapa Sahabat Nabi SAW
Thabarani telah mengeluarkan dari Rib'i bin Hirasy, Sekali peristiwa telah datang Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas) ra. meminta izin menemui Mu'awiyah ra. dan beberapa orang tokoh kaum Quraisy sedang berada di sisi Mu'awiyah, dan Said bin Al-Ash duduk di sebelah kanannya. Apabila Abdullah bin Abbas masuk ke majlis Mu'awiyah itu, dia berkata kepada Said bin Al-Ash: Hai Said! Demi Allah, aku akan kemukakan beberapa masalah kepada Ibnu Abbas ini yang dapat menjadikannya serba salah untuk menjawabnya. Jawab Said: Orang seperti Ibnu Abbas ini, tidak ada apa pun yang dapat menahannya daripada menjawab pertanyaan-pertanyaanmu itu!
Setelah Ibnu Abbas ra. duduk, Mu'awiyah lalu melontarkan pertanyaannya yang pertama, katanya: "Apa pandanganmu tentang pribadi Abu Bakar?" tanya Mu'awiyah. "Moga-moga Allah merahmati Abu Bakar!" jawab Ibnu Abbas. "Itu saja?!" tanya Mu'awiyah lagi. "Tidak!" kata Ibnu Abbas, "demi Allah, dia itu sangat suka membaca Al-Quran, sangat membenci kepada kejahatan, tidak pernah membuat kekejian, selalu melarang berbuat kemungkaran, sangat ahli tentang urusan agamanya, kepada Allah amatlah takutnya, senantiasa bangun di waktu malamnya, bila siang berterusan puasanya, senantiasa membelakangi urusan dunianya, kepada rakyat terkenal adilnya, membuat makruf maksud kerjanya, senantiasa bersyukur dalam segala hal-keadaan, pagi dan petang berzikir lidahnya, dan untuk maslahat diri ditinggalkan kesemuanya. Dia senantiasa melebihi teman-temannya dalam kewara'an, dalam kesederhanaan. dalam kezuhudan, dalam kecukupan, dalam kebajikan, dalam kelengkapan, dalam kethaatan dan dalam menyesuaikan diri pada semua keadaan, maka kerana itu, mudah-mudahan Allah akan menurunkan kutukannya terhadap siapa yang membencinya hinggalah ke hari kiamat!".
"Baiklah", kata Mu'awiyah,"apa pula pendapatmu tentang Umar?". "Moga-moga Allah merahmati Abu Hafs (nama julukan Umar) itu", jawab Ibnu Abbas. "Bukankah Umar itu pembela Islam, pelindung anak-anak yatim, induknya iman, tempat bergantungnya orang-orang yang lemah dan tempat kembalinya semua orang yang beragama. Dia adalah benteng bagi sekalian ummat, tempat bermohon bagi semua rakyat. Dia berjuang menegakkan hak Allah dengan penuh tekun dan sabar, sehinggalah Allah,memenangkan agama ini kepada ramai manusia, dan membuka banyak negara yang di bawah taklukan musuhnya. Kini sebutan nama Allah tersebar pada setiap lembah dan negeri, pada setiap tanah rata dan bukit-bukit, ada setiap kota dan kampung halaman. Pada kata-kata yang keji ia selalu menjauhkan diri, pada keadaan susah dan senang ia tetap mensyukuri, tidak pernah berhenti dari mengingati Allah dan selalu menepati janji. Kerana itu, mudah-mudahan Allah akan menurunkan kemurkaannya kepada siapa yang membencinya hingga ke hari penyesalan di hari kiamat nanti!"
Mu'awiyah tidak berkata apa-apa, tetapi dia ingin menanyai Ibnu Abbas tentang Usman bin Affan pula yang datang dari sukunya sendiri, yakni Bani Umaiyah, katanya: "Sekarang, cobalah engkau berikan pandanganmu kepada Usman bin Affan pula?" kata Mu'awiyah. Ibnu Abbas ra. langsung menjawabnya, katanya: "Moga-moga Allah merahmati juga si bapak Amru itu!" kata Ibnu Abbas. "Dia adalah semulia-mulia anak cucu, yang kepada kaum keluarga suka membantu, dan dalam medan perang tidak gentar. Dia di waktu malam terus dalam keadaan bersujud, bergenang air mata bila mengingati Tuhan, siang dan malam menanggung fikiran, senantiasa bergerak ke arah sifat yang dimuliakan, senantiasa menjauhkan diri dari perbuatan yang mencelakakan, demi memelihara diri dan mencari keselamatan. Dia mengeluarkan hartanya untuk membiayai bala tentera, dan membayar harga yang mahal untuk membeli sumber air untuk rakyat jelata, dan dia juga seorang yang menikahi dua puteri Nabi yang mulia. Maka moga-moga Allah menurunkan kemurkaannya ke atas siapa yang mencacinya hingga ke hari kiamat."
"Sekarang, apa pula katamu tentang Ali bin Abu Thalib?" tanya Mu'awiyah pula. "Moga-moga Allah merahmati bapak si Hasan itu", kata Ibnu Abbas. "Dia itu, demi Allah, adalah panji-panji hidayah, sarangnya taqwa, sumbemya segala akal dan kepintaran, pokok dari segala kecantikan dan kesempurnaan. Dia adalah cahaya yang bersinar di tengah kegelapan malam, selalu mengajak ke jalan yang benar dan mencari ilmu yang mendalam. Dia ahli dalam mengartikan kitab-kitab yang purba, pakar tentang pentakwilan Al-Quran yang mulia, senantiasa berpegang kepada sebab-sebab petunjuk agama, selalu membelakangi sikap yang zalim atau suka menganiaya, selalu menjauhkan diri dari jalan-jalan buruk dan binasa, suka mendampingkan diri kepada orang yang beriman yang taqwanya amat ketara. Dia adalah sebaik-baik orang yang bergamis dan menutup kepala, seutama-utama orang yang berhaji kemudian bersa'i pula.
Banyak toleransinya dalam segala perkara, nampak jelas keadilannya dalam kehakimannya di mana saja, amat bijak dalam pidato dan berbicara, tiada siapa yang dapat mengalahkannya biar datangnya dari segala penjuru alam dan dunia, hanya yang dapat mengatasinya ialah sekalian para Nabi dan Rasul yang mendapat keutamaan Tuhan, khususnya Nabi Muhammad yang terpelihara dan terutama dalam semua waktu dan zaman. Dia adalah orang yang pernah bersembahyang dengan Nabi sehingga mereka menghadapi ke arah dua kiblat, apakah ada orang lain yang dapat menandinginya? Dia telah menikahi semulia-mulia kaum perempuan (yakni Siti Fathimah binti Rasulullah), apakah ada orang yang dapat menyamainya? Kemudian dia juga ayah kepada dua cucunda Rasulullah yang sangat dikasihinya, apakah ada lagi kelebihan yang lebih tinggi daripadanya? Kedua belah biji mataku belum pernah melihat orang sepertinya, dan barangkali tidak akan dapat melihat seumpamanya hingga ke hari kiamat, hari pertemuan dengan Allah, Tuhan semesta alam. Jadi, siapa yang melaknatinya, maka turunlah laknat Allah dan laknat para hambanya ke atas orang itu hinggalah ke hari kiamat."
"Baiklah, apa katamu terhadap Thalhah dan Az-Zubair?" kata Mu'awiyah. "Moga-moga Allah merahmati keduanya", jawab Ibnu Abbas ra. "Mereka keduanya, demi Allah, adalah bersih dari tuduhan, baik dalam amalan, mereka suci dan patut disucikan, syahid dalam matinya, luas pengetahuannya.... cuma mereka tersilap, dan moga-moga Allah akan mengampuni keduanya dalam kesilapannya itu, berkat pembelaannya yang sudah terkenal dalam agama ini, dan persahabatan yang kekal dengan Nabi yang mulia, dan kerana amalan-amalan mereka yang baik yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi."
"Apa katamu kepada Al-Abbas itu (yakni bapa Ibnu Abbas sendiri)?" tanya Mu'awiyah. "Moga-moga Allah merahmati Abul Fadhl itu,'terang Ibnu Abbas, "dia itu bukan orang lain. Dia adik kepada ayah Rasulullah SAW dan menjadi cahaya mata orang pilihan Allah. Induk sekalian kaumnya, penghulu dari semua paman Nabinya. Pandangannya amat tajam kepada segala perkara, telaahannya amat tepat pada semua akibat. Namanya akan dikenang orang bila disebut tentang pengetahuannya, tiada siapa yang dapat menandinginya bila disebutkan tentang keutamaannya, dan bila dibicarakan tentang keturunannya, semua orang akan berundur diri kerana tidak sanggup menandingi keturunannya. Betapa tidak! Kerana dia berada di bawah naungan dan peliharaan orang yang sangat terkenal kemuliaannya pada setiap apa yang berjalan di atas muka bumi, dan beterbangan di udara yang lepas bebas, iaitu Abdul Mutthalib. Dia adalah semulia-mulia orang Quraisy yang berjalan di atas muka bumi, dan seutama-utama orang yang menunggang kenderaan..."
nak respond nurfa psl kesalahan Talhah dan Al-Zbir ni kena cukup berhati2......takut disalah tafsirkan.....sbb kesilapan kedua2 sahabat ini terjadi selepas Rasullulah (saw) wafat. Diminta supaya baca betul2 akan kesilapan kedua2 sahabat ini:-
1) Kitab rujukkan adalah al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm. 103, Kitab Sulaim, hlm. 211.
2) Kedua2 sahabat ini selepas wafat nya Khalifah Uthman (wafat di bunuh) telah berbaiah (taat setia) kpd Saidina Ali (kwj). Namun demikian kedua2 nya lebih suka berdampingan gan Saidatina Aisyah (ra)
3) Kedua2 sahabat ini adalah org2 yg cukup keras mengsyorkan kpd Saidina Ali supaya di cari sapa yg bertanggungjawab kpd pembunuhan Saidina Uthman dan ingin melihat hukuman yg keras kpd yg bertanggungjawab
Disini yg kita perlu betul2 faham
Kesilapan kedua2 sahabat ini dilihat bila tercetusnya perang Jamal iaitu perang sesama Muslimin.......peperangan diantara 2 puak i.e. Puak Sadina Ali (ra) dan Saidatina Aisyah (ra) Sebelum perang jamal telah berlaku kekecohan di Mekah akibat peristiwa pembunuhan Saidina Uthman (ra).....pelbagai suku2 bertegang leher ttg perkara ini....berlaku pergaduhan disana-sini......ini semua adalah perancangan munafikin dan golongan ini lah yg merancang pembunuhan Saidina Uthman....melihat kekusutan Pada masa itu, Sayyidatina A`ishah dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah menunaikan haji. Demi untuk menyelesaikan kekusutan tersebut beliau terpaksa berpatah balik ke Mekah.
Tujuan Sayyidatina A`ishah pergi ke Mekah ialah untuk mendamaikan bukan untuk menonjolkan dirinya untuk menjadi khalifah. Fakta sejarah telah diselewengkan dengan mengatakan tujuan kedatangan A`ishah adalah untuk merampas jawatan khalifah. Sedangkan yang sebenarnya, beliau datang adalah untuk kedamaian iaitu untuk menyelesaikan kes pembunuhan Khalifah Uthman.
Golongan munafikin yang membunuh Khalifah Uthman membuat perhitungan iaitu jika Sayyidina Ali dan A`ishah berdamai maka keselamatan mereka akan tergugat dan mereka akan dibunuh. Mereka segera mengatur rancangan dan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di pihak A`ishah manakala satu lagi kumpulan akan menyelinap ke dalam kumpulan Sayyidina Ali. Sebelum Sayyidina Ali dan para Sahabat mencapai apa-apa persetujuan, mereka secara senyap telah mencetuskan kekacauan dengan saling menyerang di antara satu sama lain menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua-dua belah pihak. Orang-orang yang berada di pihak Sayyidatina A`ishah menyangka mereka diserang oleh pihak Sayyidina Ali dan begitu juga sebaliknya. Ketika perang jamal ini lah Talhah dan Al-Zubir menjadi panglima bg pihak Saidatina Aisyah (ra)
Keadaan menjadi kelam-kabut dan berselerakan dan terjadilah pertumpahan darah sesama muslimin. Tercapai lah hajat musuh-musuh Islam tersebut.
Begitulah serba-sedikit ttg sirah dua sahabat ini i.e Talhah (ra) dan Al-Zubir (ra)
Diketengah cerita ini utuk kita iqtibarkan di dlm diri kita........Insya Allah
Kemuliaan Beberapa Sahabat Nabi SAW
........................................
"Baiklah, apa katamu terhadap Thalhah dan Az-Zubair?" kata Mu'awiyah. "Moga-moga Allah merahmati keduanya", jawab Ibnu Abbas ra. "Mereka keduanya, demi Allah, adalah bersih dari tuduhan, baik dalam amalan, mereka suci dan patut disucikan, syahid dalam matinya, luas pengetahuannya.... cuma mereka tersilap, dan moga-moga Allah akanmengampuni keduanya dalam kesilapannya itu, berkat pembelaannya yang sudah terkenal dalam agama ini, dan persahabatan yang kekal dengan Nabi yang mulia, dan kerana amalan-amalan mereka yang baik yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi."
terima kasih ler bro blues kerana memberi penjelasan lagi tentang sahabat Rasullullah ini .... baru ler aku paham ... apa relation nyer Abu Talhah dan Az Zubair ini ...
zaman aku soklah dulu ade ler pensyarah ajor subjek Sirrah Rasullulah ... coz aku ada ambik sabjek bahasa arab (asas) dan agama ... ada jugak diterangkan serba sedikit pertelingkahan hingga membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman dan Saidina Ali ... serta pertelagahan sahabaat2 selain daripada yang 4 itu ...
aku ingat-ingat lupe (maklum skg pun aku dah tua) ... tentang puak yang menyokong Sayidatina A'ishah serta Saiyidina Ali ... penyebabnye tentulah kaum munafikin (yang segelintir terdiri dari kaum yahudi yang berpura2 memeluk agama Islam tetapi niat sebanar nak memecah belahkan umat Islam ketika itu ... prang jamal (unta) terjadi kerana ... kalo x silap penggunaan kenderaan unta sebagai kenderaan utama ketika perang dan banyak jugak unta yang terkorban ... betul ke?
so ... aku nak tanya sikit lar bro ... kalu Ibnu Abbas berkata Abu Talhah dan Az Zubbair tu tersilap ... kat mane silapnye ... sebab sebagaimana kenyataan di atas ... dua-dua belah pihak tersalah paham .. tentu lar dua2 pihak tak salah yermasuk sahabat2 yang menyokong smada ke pihak Isteri Rasullulah itu atau pihak menantu Baginda ......
tang itu aku x berapa paham (perkataan yang di boldkan itu ...) boleh bro blues trangkan lagi sikit ..? maaf ler ... org tua pick up lambat sikit ...
Walluua'alam ....
-- Edited by baddar on Friday 14th of January 2011 10:52:11 PM
Nak di ulas kena betul2 faham ttg kesilapan ni......bro blues cube sedaya mungkin.....klu salah minta sesapa yg arif tolong betulkan....
Kesilapan As-Zubair & Talhah ni mengikut jumur (pendapat ulamak)....kesilapan ini ditafsirkan sbg memerangi kaum muslimin sendiri gan kata lain membunuh org islam......ni diminta faham betul2 iye.......
Sememangnye dlm peperangan akan ada yg terbunuh.....tetapi slalunya pihak berbunuh ini adalah bermusuh tapi dlm perang jamal ini Sahabat2 Rasullulah (saw) dan ulamak mengatakan ianya adalah salah faham di antara kedua pihak (pihak yg sama)....ianya terjadi angkara hasutan gologan munafikin......
Klu diteliti dari beberapa kitab....As-Zubir & Talhah tanpa usul periksa memeraingi puak Khalifah Ali (kwj) yg berkhemah x jauh dari khemah Saidatina A'isyah. Manakala puak Khalifah Ali berkemah x jauh dari mrk sbb utk persediaan.......& mrk bersedia krn tlh bertaburan fitnah mengatakan puaj Saidatina A'isyah telah berkhemah diluar Mekkah utk memerangi mrk.
Tercetusnya perang akibat srang munafikin tlh menjerit mengatakan puak Saidatina A'isyah telah dibunh (sebenarnya munafikin yg membunuh pengikut Saidatina A'isyah)......maka tanpa usul periksa As-Zubir & Talhah trus menghunus pedang lalu memerangi puak Khalifah Ali
Disini lah terletaknya kesilapan pd As-Zubir & Talhah yg di katakan oleh Saidina Abbas
Alhamdulillah ... aku paham ...maksud kesilapan Talhah dan az Zubair kerana tidak menyelidik secara mendalam .. siapa yang membunuh orng Saiyidatina A'ishah .. (iaitu kelemahan di pihak kedua2 sahabat ini) .. lalu menyerang khemah dan orang-orang (tentera) Saiyidina Ali (kwj/ra) sehingga berlaku perang saudara ... (memang lar bro blues bimbang, takut ade yg pembaca yang tersalah paham tentang membunuh sesama Islam ni .. tapi aku paham permasalahan yang berlaku ketika itu .....)
sejarah Islam tidak boleh diubah .. tetapi dari sejarah Islam ni sewajarnya umat Islam terutama di Malaysia ambil iktibar darinya ... puak munafikin ini wujud sampai sekarang ...
mudah2an Allah SWT melindungai kita semua ... Insya Allah ...