Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Apa itu SAKA


Senior Member

Status: Offline
Posts: 145
Date:
Apa itu SAKA


sekadar utk berkongsi pengetahuan..


Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui
pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan
dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli
keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu
tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka
ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana
kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana
hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh
menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan
mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan
untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka
akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai
contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke
sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan
sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti
menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka
menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini
dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan
sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di
hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima
perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat
secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti
bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana
memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu
ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan
dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih
jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.


Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka
barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara
saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah
pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada
keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan,
sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal
dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan
kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini
kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke
generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan
kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih
jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong
dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya
tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan
orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)


GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup


1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:

a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa
berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid
bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak
dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah
hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap
cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas.
Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan.
Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam
mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar
mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak
suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat
anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah
memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam
kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat
business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama
rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak
pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap
org lain.


APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak
ia akan menganggu.

2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri
dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan
membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz).
Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih
berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang
sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir
sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu
membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali
pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat
penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat
itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan.
Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus
dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang
terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau
sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama,
tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka
akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti.
Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan
kewujudan alam jin.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

panjang2~~~kena hafal ni sat lg masuk exam..
skrang kan time exam..bgs tul narutong bg extra note..
kalo SAKAratul maut lak apa??

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 145
Date:

exam per nii??? Subjek Misteri Nusantara ka.??..hehehe


Ok2 ni dia soklan bocor..SAKAratul = SAKA + lailatul... biggrin konfom hng luluih

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1715
Date:

hahahak .... exam errr ... kalu lulus .. kerjaya nyee apa kalu hafal semua nieee :p

__________________

heyyy .. salam perkenalan untuk anda semua ...
dari saya .... smile always ..... :)



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Apa it SAGA lak x de ke........

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1715
Date:

saga tu bijik saga yg merah kot .. x pn proton saga .. sebuah kereta :p ( bodoh je)

__________________

heyyy .. salam perkenalan untuk anda semua ...
dari saya .... smile always ..... :)



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aku tgh carik artikel yang betul2 la kisah wujudnya saka ni.... narutong punye tak cukup lengkap..tak memenuhi piawaian untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran palsampah.... mat.. blues ke... pandai tak korang cariik... kalu boleh sejarah sejak dulu kala... aku teringin nak tahu... nak carik sndiri tak sempat la... kalu setakat nak sakat org tu reti le...

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Kehadapan Pn Rajinazz Memulas,

Dukacita dimaklumkan tiada lg sesbuah artikel atau journal perubatan secara ilmiah yg dibincangkan ttg SAGA ni....ooooppss....SAKA ni...namun demi utk memuaskan keilmuan tahap kedoktoran pihak puan.....puan diminta utk menghadir kan diri dan mengalami saka sendiri pd majlis "RUQYAH" yg akan dijalan kan oleh Uztat Zulfakar di Taman Sri Muda, Shah Alam pada mlm ni....alamak alamat detail rumah uztat.....den lupo lah pulok......to be continue.........

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1715
Date:

hahak .. jgan sedih2 nyeee Pn radinaz ... usaha tu tanda kejayaan .. cari lah kat mne2 ..

tentang saka tu .. x pn pinjam doremon nyee alat .. mst dpt nyee .. :p

__________________

heyyy .. salam perkenalan untuk anda semua ...
dari saya .... smile always ..... :)



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

narutong wrote:

exam per nii??? Subjek Misteri Nusantara ka.??..hehehe


Ok2 ni dia soklan bocor..SAKAratul = SAKA + lailatul... biggrin konfom hng luluih





disbelief.gifdisbelief.gif
Sampai ati ko narutong mendoakan aku "chow" dulu..
aku nak kawen + dpt anak lah baru nak "chow"..
Aku x yah hafal benda ni, paper aku habis dah..
ko suh bdk UPSR..dekat dah ni nak exam...








__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

radinnaz wrote:

aku tgh carik artikel yang betul2 la kisah wujudnya saka ni.... narutong punye tak cukup lengkap..tak memenuhi piawaian untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran palsampah.... mat.. blues ke... pandai tak korang cariik... kalu boleh sejarah sejak dulu kala... aku teringin nak tahu... nak carik sndiri tak sempat la... kalu setakat nak sakat org tu reti le...




puan raden..kat upsi nie ader sorang lecterer cina masuk islam nmer dya en.kahairuddin lee...dya major ekonomi.. tp oley sbb dier minat misteri2 nie 40% drpd 60% markah asemen dya suh buat/cari/aper2 laa pasal alam mistik... fakta hndak lah disokong oleh ahli ulama la mnder la... mmg ssah asemen tue.. tp cek rasa msti hasil dya memuaskan kan.. heee salah sowang student dya ada buat tajuk saka nieh.. ermmm mesti lengkap zahir & batin heee =))



__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

kalau korang nak tau saka tu camana, korang tengok aliza misbon laa.... aliza ngan saka kan tak jauh sipat nauzubillahnyaa....

errr... pak imam..!! ari nie den cuti semayang jomaat yo...!! eheh...!!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 145
Date:

huhu..cuti semayam pun ada yek...isi form cuti aku sekali lah cengginibiggrin

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

(hidup untuk makan.....makan untuk hidup.....jadik makan je la.... tak usah nak diet-diet....)
bilamana manusia bekerja seluruh hidupnya hanya untuk mengisi perutnya,maka harga
hidupnya hanya apa yang keluar dari perutnya itu. gerek sehhh! salam.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

mat ijoi ... apa relete nyer pekataan ko ni ngan ilmu saka yang narutong ni buat ? ermmm .. x paham .. x paham ,....

(p/s: baru haku tau ilmu perubatan untuk membuang saka ni ilmu yang tertinggi dalam bidang perubatan seumpama ini ,.... patot pon ada kwan aku nih ... diganggu saka x sudah2 ... berubat dah beribu abis ... diri sendiri dah elok.... anak lak kena kacau ... sukar btol nak buang ....macam dah x ada gangguang .. tetiba ada lagi .... kesian aku tngok kawan aku ni ... aman sekajap ... kang tetiba .. ada lagi ... mmmmm...)

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

narutong wrote:

sekadar utk berkongsi pengetahuan..


Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui
pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan
dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli
keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu
tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka
ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana
kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana
hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh
menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan
mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan
untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka
akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai
contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke
sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan
sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti
menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka
menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini
dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan
sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di
hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima
perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat
secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti
bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana
memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu
ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan
dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih
jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.


Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka
barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara
saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah
pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada
keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan,
sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal
dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan
kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini
kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke
generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan
kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih
jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong
dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya
tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan
orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)


GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup


1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:

a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa
berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid
bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak
dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah
hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap
cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas.
Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan.
Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam
mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar
mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak
suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat
anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah
memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam
kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat
business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama
rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak
pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap
org lain.


APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak
ia akan menganggu.

2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri
dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan
membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz).
Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih
berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang
sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir
sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu
membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali
pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat
penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat
itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan.
Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus
dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang
terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau
sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama,
tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka
akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti.
Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan
kewujudan alam jin.




aku heran dan pelik sungguh ......
mane pegi narutong nih ...
sekejap ada .. sekejap x ada ....
pelik jugak bertambah ....
x ada angin x ada ribut ...
tetiba posting tang SAKA lak ...
mesti ada sebab ni ...
mesti ada ....

 



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

abah aku pernah beritahu dan mengajar setiap kali assembly family mlm sabtu..

kami sekeluarga akan berkumpul selepas mkn mlm utk ketua keluarga menegur ahli keluarga..

time tu abah aku ada ceritakan ttg pusaka dan saka..

aku pun tak nk la cerita apa tu pusaka dan saka..

tapi yg aku tau..

saka tidak wujud dan yg wujud hanyalah syaitan/jin/iblis..

saka hanya perkataan semata-mata..

menceritakan apa itu saka tidak salah..

tapi salah jika kita mengambil jin sebagai belaan..

1 perkataan yg paling sesuai utk diperkatakan..

percaya pada Allah SWT..

hanya Allah SWT dapat membantu dlm semua masalah jika dengan izinNya..

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard