Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: info lagi........


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
info lagi........



hah... yg nie plak haku dapat mail jer... so, haku upload la kat sini....


Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh
hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi).

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang ( beliau amat menentang sistem ekonomi kapitalis nih ), bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi
kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia
(i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,
ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly
Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2
pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank.

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku
tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya
menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi
hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia
tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat
tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world
economy.


Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over time there is only one direction for the dollar to go lower.

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system.

Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, we have a 75% chance of a crisis within 5 years.


Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan
pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku
ni, terpulang lah. Wallahualam.

yang haku boldkan tulisan tu nanti la haku creta bab camana yg dikatakan wang dalam bank nie tak ujud pun sebenarnya....


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

erkk pakkcik asbe....
siapakah aku tersebut..??
boley cek taw dak..??

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

nampaknya aku kena beli emas banyak2 la lepas ni....

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

huuh....adakah aku keliru....terkeliru....mengeliru....pengeliru....berkeliru....mengilu...confuse...x faham aku.....waaahhh....please xplain in layman term.....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

betul gak info ni... sekarang dunia ekonomi dikuasai kapitalis. islam dari awal lagi mengajar kita guna sistem matawang emas...

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

ngeri lak aku baca fakta nih!!!

__________________
Pabila kita tanya hati: Kenapa kita rindu seseorang??
Hati akn menjawab: Kau merinduinya krn dia dpt membuat kau tersenyum & merasa ditemani walaupun berjauhan..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard