Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dipenjara kerana menguap


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 76
Date:
Dipenjara kerana menguap


JOLIET (Illinois): Mulai sekarang, mereka yang hadir menyaksikan perbicaraan di sebuah mahkamah di sini mungkin memilih untuk menahan diri daripada menguap.

Clifton Williams, 33, berdepan dengan hukuman penjara enam bulan selepas dituduh membuat bising ketika menguap di mahkamah Will County.

Kejadian berlaku ketika sepupunya, Jason Mayfield dijatuhi hukuman kerana kesalahan dadah 23 Julai lalu.

Hakim, Daniel Rozak mendapati William bersalah atas tuduhan menghina mahkamah dan menjatuhi hukuman penjara enam bulan ke atasnya.



 

Bagaimanapun, Rozak boleh membebaskan Williams selepas status kesnya didengar hari ini, dengan syarat dia memohon maaf dan hakim memaafkannya.

William sudah menjalani hukuman itu sejak 21 hari lalu.

Saksi bercanggah pendapat mengenai kejadian itu.

Jurucakap peguam negeri di Will County, Chuck Pelkie berkata, pendakwa raya di mahkamah ketika itu memberitahunya, apa yang keluar dari mulut William sukar ditakrifkan sebagai menguap.

Ia terlalu kuat yang disifatkan sebagai cubaan individu itu untuk mengganggu perbicaraan dan menunjukkan rasa kurang hormat kepada mahkamah, kata Pelkie

Dia seolah-olah membuat kenyataan yang kuat di mahkamah.

Williams dilapor menulis surat kepada keluarganya dengan berkata, dia tidak percaya dipenjarakan kerana menguap.

Enam bulan adalah hukuman maksimum yang boleh dikenakan oleh hakim kerana kesalahan jenayah tanpa perbicaraan juri.

__________________
Dapatkan Minyak Wangi Berhormon Pemikat Wanita kat sini !!!

Dan Libido Gel Untuk Tahan Lebih Lama Diranjang !!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 416
Date:

oo ini mesti dia nguap tapi dia perli mase nguap tuh kan kan...




__________________

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard