Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Harga Sebuah Kasih Sayang


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:
Harga Sebuah Kasih Sayang


SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan.

Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu,tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran.

Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.

Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama. "Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya. Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak. huhuhuhuhuhuhuhuhu

MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti... jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan! "

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

ermmm...aku pown sedey bcer..
sob..sob...versi mat nie lebey teratur n pnjang...
senang nk menghayati..

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 416
Date:

walaupon aku penah tonton cite nih dlm bentuk video (iklan petronas)..tp tetap sayu oo..xpatut xpatut...anak durhaka aku sumpah kau jadi tanggang..aiceh emo plak...sob sob no


-- Edited by shigekazu asukai on Wednesday 22nd of July 2009 09:00:09 PM

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

kulang ajer tol wat cam tu kt apak dier...

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Senior Member

Status: Offline
Posts: 178
Date:

kebenarannya ramai yg buat camtu..
skrang kita lyn mak ayh kita camtu.. esok lusa ank2 kita lyn kita spt mn kita lyn mak ayh kita dulu..

__________________
" Hai, jiwa yg tenang. kembalilah kepada tuhan-mu dengan hati yg puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-ku. dan masuklah ke dalam syurga-ku" (al-fajr:27-30)


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Berapa harganya sebuah kasih sayang tu? mahal ke? bulan lepas aku tengok kat Jusco harga dia RM9.90.... minggu ni naik RM 11.90... kurang asam betul... dah la barang keperluan harian naik mendadak.... dada-dada awek pun naik mendada.... ni yang aku tak puas hati ni... kang aku buat perhimpunan haram kat sekolah2 kang naya je...

(kata rie sorang2 tanpa mengetahui pokok pangkal topik yang dicerita oleh mat the gaytics...)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Senior Member

Status: Offline
Posts: 178
Date:

tu la abg rie..adk blup dah ckp..kalu nk beli..beli awl2..degil..kan dah naik hrga dia tu..
nnt kena cuci ni tengkorak hijau abe rie tu..bg clean n clear ckit..
sure xde tumbuh..tumbuhn liar...

__________________
" Hai, jiwa yg tenang. kembalilah kepada tuhan-mu dengan hati yg puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-ku. dan masuklah ke dalam syurga-ku" (al-fajr:27-30)


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:



wah terharunya..
jalan citer nih mcm iklan petronas masa hari raya..
sedih tol..
bca pun dh sebak sgt2...
kalau tgok lagi la..
mau nya menangis giler ahhh...
huhuhuhuhu..
mama ayah.. kakda syg mama n ayah..
huhuuuhu..


__________________
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN~ pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard