Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Benci Bilang Sayang
Rim


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:
Benci Bilang Sayang



Benci tapi sayang 1

Geram! Bila cinta tak terluah. Memendam rasa sayang di dalam sedang di luar berpura-pura kata menyampah.

Aku terima kenyataan, dunia ini terlalu kecil. Berpusing-pusing bertemu juga. Dua bulan lalu, aku ditemukan lagi dengannya, di dalam sebuah persekitaran kerja yang sama. Dia dilantik sebagai ahli dalam bahagian editing. Walaupun berada di jabatan lain, pertembungan aku dengan dia di tempat kerja sentiasa berlaku. Interaksi kami seperti dulu, masih lagi seperti kucing dengan tikus. Tak pernah boleh 'ngam'.

Tanya saja pada mana-mana kakitangan syarikatku, siapa yang tak kenal Tina and Razlan, Tom and Jerry syarikat malajah Prisma Press. Siapa jadi Tom dan siapa Jerry? Aku bukan jenis yang suka cari pasal dengan orang, jadi, semestinya Razlanlah Jerry. Seperti zaman sekolah dulu, dia selalu buat perkara yang menimbulkan kemarahanku. Sengaja cari pasal dengan aku. Tak tenang tengok aku tenang.

Dua minggu lepas, En.Tahir menyerahkan aku satu projek menemuramah menteri pelancongan negeri sempena pelancaran kempen Cuti-Cuti Malaysia bulan depan.

"Razlan will involve in too.." Selamba saja En.Tahir bersuara setelah menyerahkan fail projek ke tanganku. Melihat mataku yang membuntang secara tiba-tiba mendengar nama Razlan, En.Tahir terus menambah, "..to assist him in creating a conceptical ofour next month theme."

"But encik...he.."

"He is the graphic editor for the next edition." Tahu-tahu saja, aku baru hendak membantah sudah dipotongnya kata-kataku.

"So, apa kaitannya dia dengan temuramah ini?" soalku. En.Tahir diam berfikir seketika.

"Emm..he need some experience of an interviewing session..to give him some ideas to create a perfect impressive graphic theme. That was what he said to me." jawab En.Tahir. Aku tercengang. Bagiku itu jawapan yang tak munasabah.

"So, you mean he proposed himself?"

En.Tahir mengangguk sambil tersenyum macam beruang panda. Aku mendengus. Razlan memang saja cari pasal dengan aku. Aku dan seorang kru fotografiku sudah cukup untuk menyempurnakan temuramah itu. Kenapa Razlan perlu ada? Kehadirannya nanti akan merosakkan suasana. Aku takkan boleh buat kerja kalau berdepan hantu. Silap hari bulan aku yang naik hantu di lokasi temuramah tu kalau dia tak pasal-pasal buat aku bengang.

"You know he is new here, and...you should know, he is a MEMBER of our DIRECTORY BOARD."En.Tahir senyum. Sengaja saja menekankan 'member of our directory board.'

"Ya...ya...ya...penyalahgunaan kuasa tak pernah berlaku di sini kan? Aye-aye sir!" Aku keluar dari situ tanpa pandang wajah En.Tahir. Tak sampai hati aku nak bertekak lama dengan beruang panda disebabkan hantu yang bernama Razlan.




-- Edited by Rim on Thursday 16th of April 2009 06:34:08 AM

__________________
~sekarang saya cuti...jangan jelezzz :p~
Rim


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Benci Bilang Sayang 2

Pada zaman dahulu di sebuah sekolah kampung yang terletak jauh dari bandar, berlakunya satu insiden yang pertemuan pertama dua insan yang berlawanan jantina dan berlawanan tingkah. Pertemuan yang membuatkan si jantina perempuan tidak senang duduk sehingga ke hari ini. Perasaan yang pelbagai perisa sering bermain di hati, yang menggegarkan perjalanan hari-harinya.

!!PUNGG!!

Tak semena-mena kepalaku bertembung dengan batang hidungnya di muka pintu kelas. Waktu itu aku sedang meratakan kedudukan kaki mejaku yang tak stabil. Sedang aku mengundur ke belakang sambil menarik meja ke depan sedikit, dia secara tiba-tiba masuk. Mejaku terletak paling hadapan berdekatan pintu bilik darjah, maka pertembungan tak sengaja berlaku ketika dia meluru masuk. Terkejut beruk aku dibuatnya. Masuk-masuk saja tak bagi salam.

Aku membetulkan tudung yang senget, lalu mengusap-usap kepala, mencebik muka ke arah pelajar lelaki asing itu. Dia pandang aku selamba, hidungnya diusap-usap kemudian menjeling sinis. Hah! Maafnya mana? Aku membulatkan mata sambil mencekak pinggang. Dia mengangkat bahu. Boleh saja dia buat tak tahu. Aku besarkan mata sambil mencebik bibir.

"Ok..saya maafkan awak..." Ringkas dari mulutnya. Aku tercengang. Bila masa aku minta maaf?

Waktu itu juga tiba-tiba Rissa yang duduk di sebelah tempat dudukku sedari tadi menongkat dagu, meletuskan ketawanya. Diikuti rakan sekelas yang lain. Riuh! Seperti baru melihat cereka komidi sahaja. Aku membulatkan mata pandang rakan-rakan sekelas. Segelintir menahan gelak menutup mulut. Sekumpulan monyet sarkastik di belakang kelasku saja yang masih tergelak sakan. Dasar monyet. Mereka menyambung semula kebisingan mereka di belakang. Tahu sahaja cikgu tak masuk kelas, kerja mereka apa lagi. Bersukarialah.

"Awaklah pelajar baru tu kan?" soal si kenit Rissa menyapa sambil tersenyum simpul.

Dia tak menjawab. Dia buat muka bodoh.

"Awak ni anak sedara Cikgu Rizal kan?" soal Rissa lagi.

Tak dijawab juga. Malah matanya dilarikan ke arah lain, memerhati keadaan sekeliling kelas sambil bersiul-siul.

"Ah, sombong!" Rissa mendengus sambil menghentak meja. Dia bangkit berdiri. "Tina, aku nak ke toitoi. Aku rasa nak muntah tengok muka berlagak ni."

"Hmm..pergilah..." Jawabku acuh tak acuh. Pelajar lelaki yang berlagak menjadi tumpuanku.

"Rissa, aku bagi kau masa 5 minit je. Kalau aku tau ko singgah lepak di kelas Syikin siap kau!" sambungku. Rissa menoleh tersengih. "Eleh cek ketua kelas ni, berlagak jugak." Usik Rissa sambil menampar punggungku. Belum sempat aku hendak balas dendam punggung budak kenit itu, dia lesap dari muka pintu. Macam lipas kudung.

Aku pandang semula pelajar lelaki yang langgar kepalaku. Aku mengecilkan mata memerhati pelajar baru itu dari atas ke bawah. Mati-mati aku ingatkan pelajar baru yang dimaksudkan Cikgu Rizal minggu lalu tu seorang murid yang warak sebab Cikgu Rizal katakan murid baru itu datangnyad ari sekolah agama. Aku siap terbayang seorang pelajar lelaki yang berbaju lengan panjang, bersongkok hitam di kepala dan sejemput janggut di dagu. Sangkaan ku rupanya jauh meleset. Di hadapanku adalah seorang pelajar bersepatu sekolah yang tertera besar-besar lambang Converse, seluarnya kecil di bawah, cutting ala skin, baju kemeja saiz budak sekolah darjah 1, tali lehernya pula singkat separas dada. Aku gelengkan kepala. Tak ada pun rupa pelajar sekolah agama.

Dia menoleh ke arahku mengangkat kening, kemudian membuang pandangan ke belakang kelas semula. Siulannya disambung. Aku ni tunggul apa?

Aku perhatikan matanya. Pandangannya ke arah belakang kelas, pada kumpulan monyet sarkastik kelasku yang sedang main sepak bulu ayam. Asyiknya dia tertarik pada permainan sepak bulu tu. Teruja sangatkah? Tak pernah tengok orang main sepak bulu ya? Itu lah dasar anak kota. Dah tu tak sedar-sedar diri pula datang-datang ke sekolah kampung ni dengan perangai berlagaknya. Budak baru, tapi sangat berlagak. Kau ingat kau boleh hidup sejahterah dengan perangai berlagak kau tu? Jangan harap! Aku mendengus dalam hati.

"Sebelah Poeh ada satu tempat kosong. Tu Poeh yang pakai spek tu. Awak, duduklah." Kataku sambil menunding jari ke ke arah tempat kosong di sebelah Poeh. Dia sedikit pun tak endahkan aku. Matanya tertumpu ke belakang kelas.

"Nak duduk ke tak?!" ulangku dengan suara tinggi sambil memandang tali lehernya yang senteng. Sesenteng otaknya agaknya. Dia langsung tak mahu pandang aku. Macam bercakap dengan dinding.

"Pekak!! Berapa lama kau tak korak telinga? Badak pun tak sepekak kau tau tak?!"

Keluar juga kutukkan. Aku jarang-jarang mengutuk orang sampai macam tu. Apabila sakit hati, tambah sakit kepala, tolak kesabaran kuasa dua, bahagi separa kematangan,adalah bersamaan dengan bengang, maka itulah hasil tindakbalasnya.

Serta merta dia tolehkan wajah memandangku. Berkerut keningnya. Matanya dikecilkan. Anak matanya meliar meraba aku dari atas ke bawah, kemudian ke atas semula. Tajam anak matanya menikam anak mataku. Senteng-senteng dia pun menakutkan juga.

Aku terkedu sedikit. Perlahan dia buka langkah. Aku besarkan mata. Hah, nak lawan ke? Ingat aku takut? Aku beranikan diri. Aku tentang pandangan matanya. Aku cuba tunjuk berani...kononnya. Jantung aku, korang yang baca ni je yang tau, dup dap dup dap bunyinya.

Dia sudah sekaki jaraknya di hadapanku. Aku baru sedar orang senteng ni bukan boleh dibawa bergurau. Aku telan liur yang kering. Dia semakin merapatkan dirinya. Menyebabkan aku spontan menggerakkan kaki selangkah ke belakang. Matanya yang yang mengecil dan keningnya yang terangkat sebelah semacam incredible hug membuatkan hatiku kecut. Beberapa inci sahaja di hadapanku, dia semakin berani. Selangkah lagi aku ke belakang. Dia mengangkat kaki mara lagi. Rapat! Waktu itu aku cepat-cepat tekup muka dengan tangan. Berani dia sentuh, aku jerit!

Kedengaran ketawanya. Kuat! Cepat-cepat aku jatuhkan tangan.

"Hmm..perempuan jugak..." dua perkataan itu keluar dari bibirnya.

Aku hadiahkan jelingan mautku. "Tak nak duduk sudah!" Aku kembali ke tempat dudukku.

Ketika itu Syakir, seorang monyet kelasku datang ke depan. Syakir berbual dengannya sambil pandang aku. Mesra pula dia layan Syakir tu. Aku mendengus sambil menjeling dia yang mengekor Syakir ke belakang kelas.


__________________
~sekarang saya cuti...jangan jelezzz :p~
Rim


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Benci Tapi Sayang 3

Awal-awal lagi hari itu aku dilihatkan perangainya aku tak senangi. Belum masuk hari-hari berikutnya. Minggu berikutnya, bulan seterusnya. Dia mula tunjuk perkara yang lebih menyakitkan hati. Hampir setiap hari ada sahaja dia buat kes yang sakitkan hati aku. Satu sekolah tahu aku dan Razlan musuh ketat. Aku juga hairan, sejak dia masuk ke sekolah ini, dengan aku sahaja dia suka cari pasal. Dengan orang lain tak. Rissa kata sebab aku saja yang berani lawan balik bila dia cari pasal. Bagi aku Razlan adalah hantu! Jadi, hantu macam dia memang tak boleh nak bagi muka kalau cari pasal.

Satu yang aku tak puas hati. Walaupun dia tu hantu, akademiknya tidak pernah kecundang. Malah dia merupakan salah seorang pelajar target 9A. Aku? Aku setakat subjek bahasa tu aku bolehlah. Subjek sains dan matematik? Jujur aku katakan, itulah subjek yang menggugurkan rambutku setiap hari walaupun aku guna syampu Pantene Hairfall Control. Aku rasa tak adil. Dia hantu yang cemerlang. Disebabkan aku dengki sangat dengan dia, aku berusaha untuk bersaing dengannya secara diam-diam. Rissa selalu kutuk aku, persaingan aku dengan Razlan tak aci, sebab Razlan tak tau pun aku nak kalahkan dia. Peduli apa aku, ada aku kesah?

Alhamdulillah keputusan PMR kuperoleh dengan rasa syukur. Aku diterima masuk ke sebuah asrama penuh. Cita-citaku untuk menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh tercapai.

Kecilnya duniaku. Di situ aku ketemu Razlan lagi. Dia ditempatkan dikelas pertama, dan aku setakat kelas kedua. Perasaan benci aku padanya sebenarnya telah beransur kurang. Aku sedar kerana Razlan aku dapat keputusan yang baik. Dialah mangkin untuk aku berusaha gigih. Dialah perangsang aku untuk berjaya. Seharusnya aku berterima kasih padanya. Aku bercadang mahu berbaik-baik dengannya. Aku lupakan segala perasaan sakit hatiku padanya. Siapa tahu kan aku dengan dia boleh jadi kawan baik. Sehantu-hantu dia pun tak adalah sampai buat kerja yang teruk, jenayah, merompak, membunuh. Maka aku mula berbaik dengannya, cuba untuk tidak mencari masalah..

tapi dia......

Aku mengaku, budak hantu yang suka cari pasal itu memang sukar, teramat, sangat tidak ngam dengan aku.

Walaupun berada di kelas berasingan, aku sering bertemu muka dengannya. Dia suka melepakkan diri di dalam kelasku pada waktu pagi sebelum cikgu masuk kelas dan pada waktu rehat. Berborak-borak dengan kawan-kawan baiknya. Syakir salah seorang. Boleh dikatakan gengnya ada di kelasku. Empat orang semua perangai selamba badak, dan sedikit kurang sopan. Razlan jadi ketua di antara mereka.Paling menyedihkan bila kedudukan tempat dia dan gengnya melepak tu adalah di belakang kelas, selang 2 buah meja kosong di belakang tempat dudukku.Hari-hari aku tengok muka dia lepak di situ, bergelak-gelak ketawa bersama kawan-kawannya. Ntah apa yang mereka borakkan sambil pandang-pandang ke arah meja ku.

Ahad minggu kedua, seperti biasa aku dan Siti keluar ke pekan. Disebabkan ke hulur ke hilir dari satu kedai ke satu kedai semata-mata mahu mencari barang yang dipesan ayah Siti, kami terlepas bas terakhir pukul 5 untuk pulang. Terpaksa menunggu sehingga pukul 7 malam untuk bas yang seterusnya tiba. Matahari sudah menjatuhkan dirinya. Turun sahaja dari bas hari sudah gelap. Aku dan Siti melalui lorong belakang deretan kedai Cina sebelum sampai ke kawasan sekolah.Di lorong itu aku terserempak dengan sekumpulan remaja berpakaian sekolah. Bertempek di atas tong-tong drum. Semakin mendekati semakin aku mengecilkan mata. Macam aku kenal. Mereka itu kan geng......

Ketika aku dan Siti lalu di hadapan mereka semua mata memandang. Macam tak pernah tengok pelajar kelas sendiri saja lagaknya.

Kirim salam ye...kirim salam yang tudung pink tu.

Wajah Siti di sebelahku kemerahan malu-malu. Langkahku berhenti, aku menoleh pada mereka, asap berkepul-kepul. Aku dan Siti terbatuk-batuk sambil mengipas-ngipas muka dengan tangan. Aku pandang Syakir yang bersuara tadi. Syakir tersengih-sengih sambil menyembunyikan tangan kanannya.

Hah! Baguslah, biar semua mati pucuk.. aku bersuara. Razlan di hadapan Syakir menoleh. Pandang aku selamba.

Bagus, kau pun nak mati pucuk! ulangku dengan geram. Razlan selamba sambil menyedut rokoknya.

Yang kau sebok sangat marah ni apasal? Bukan kau jugak yang jadi bini aku nanti.

Merona darahku tersirap ke muka. Aku menelan air liur. Bodoh..bodoh...aku memejam mata sambil ketap bibir. Geram!

Sedutlah asap tu banyak-banyak! Biar cepat sikit jumpa Tuhan!

Entah mudah benar aku melepaskan kata-kata jahat. Aku tak tahu kenapa aku rasa nak marah bila melihat dia dengan sebatang rokok di tangan. Melihat dia masukkan hujung rokok ke dalam mulutnya dan menyedut dengan gembira, aku rasa geram. Macam nak sentap saja rokok tu dan pijak-pijak sampai lumat.

Razlan memandangku. Lama. Tangannya diangkat, puntung rokok dicelah jarinya disuakan lagi ke bibir. Rokok dihisap sekali kemudian dihembusnya asap yang berkepul-kepul. Puas. Sisa puntung rokok itu dicampakkan ke tanah dan memijaknya sambil matanya masih merenung aku. Aku tarik muka masam. Tak kuasa aku nak layan.



-- Edited by Rim on Thursday 16th of April 2009 10:22:40 PM

__________________
~sekarang saya cuti...jangan jelezzz :p~


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 34
Date:

MANE SAMBUNGANNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

__________________

Di mana ada kesungguhan di situ ada kajayaan...

Rim


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Benci tapi sayang 4

Tut..tut...tut..tut....

Talian tak disambut. Aku dail lagi. Lama.

Tut..tut..tut..tut...

'Maaf, tuan rumah sedang berurusan di luar, sila tinggalkan pesanan selepas bunyi beep..'

"Rissa, kau nak tahu sesuatu tak? Aku nak cerita ni. Kau tau itik Makcik Misah di kampung serupa macam kau. Sekali berbunyi tak tau nak berhenti. Sakit telinga aku tau tak. Tak padan dengan badan kecik, bukan main lagi kau suka kutuk aku ni tinggi, sebab tu kau kata aku tak ada boyfriend sampai ke hari ni. Kau tau tak, aku tunggu masa je nak bakar semua kasut tumit tinggi kau yang penuh satu almari tu. Lagi, kau nak tau, aku tak jeles pun kau ada 3 boyfriend. Kau ingat aku tak boleh dapat boyfriend jugak ke? Kau ingat aku tak laku? Ini Tinalah, petik jari je 10 aku boleh dapat!"

Aku tekan butang call-off. Budak comel tu, waktu dia perlukan telinga aku untuk mendengar potpet-potpet pasal boyfriend dia bukan main dia tak nak lepaskan aku. Bila turn aku nak lepaskan perasaan dia pula tak dapat dihubungi.

Mana aku nak mengadu perasaan sekarang ni? Aku tiada siapa-siapa yang boleh dipercayai selain Rissa. Rissa sajalah tempat aku luahkan segalanya. Kerana dia teman baikku yang tahu akan perasaanku.

Aku rasa nak nangis. Pagi tadi, aku nampak Razlan dengan Serina keluar bersama di shopping kompleks. Macam pasangan merpati berpimpin tangan. Keluar masuk kedai barang kemas. Dari kedai emas Poh Kong sampailah ke Habib Jewel aku ekori mereka. Aku tak tahu apa yang mereka buat di sana. Tak berani aku mengekor dekat. Dalam hati berdebar-debar..tertanya-tanya, apakah hubungan Serina dengan Razlan? Ah, risau..risau....

KRINGGG!

Telefon di atas meja berdering kuat. Rissa! Cepat-cepat ku angkat.

"Amboi hebat kau kutuk aku dalam telefon ye." Kedengaran suara Rissa.

"Ris, aku nampak dia dengan Serina petang tadi. Berapi hati aku ni tau tak! Diorang siap pimpin tangan. Aku rasa nak saja tarik tangan hantu tu jalan dengan aku. Serina tu pulak aku rasa nak cekik-cekik je leher dia. Di pejabat bukan main dia kata dia sudah bertunang dengan Azwan, tadi pula bukan main juga dia dengan hantu tu berkepit! Aku rasa nak bunuh je dua orang tu.."

"Kejap..kejap! Bawak bertenang. Tentang Razlan ke?" soal Rissa.

"Iyelah..siapa lagi."

Rissa senyap di talian.

"Kau dengar tak aku cakap ni Ris? Rissa masih senyap."

"Are you jelous?" soalnya kemudian. Aku terdiam. Iyalah, nak kata apa lagi. Nyata sekali memang aku jeles kan? Aku cemburu sebenarnya. Sangat-sangat.

"Memang sahlah..tekaan aku selama ni tepat. Kau memang suka dia. Bila aku tanya kau selalu saja menyangkal. Kau memang tunggu Razlan kan? Sebab tu En.Tahir kata kau ni susah betul nak tackle. Semua lelaki give up. Dalam hati kau sebenarnya ada Razlan kan? Kan betul kan?" Kedengaran ketawa kecil Rissa.

Aku masih diam.

"Tin, just go ahead dear.. bagi tau dia perasaan kau yang sebenarnya.."

"Tapi..."

"Kau lambat melepas..."

"Hmmm..dah melepas dah kot...."

"Alah, belum tentu lagi si Serina tu makwe dia. Kalau ya pun apa salahnya. Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai. Ni kan lagi baru girlfriend."

"Ris? Is that you..talking like that?"

"Of course me, Tin. I never tell you what happened to me and Haikal right? Actually, I broke-up with him last week. Inpredictable, he is a married man. He get to divorce because of me. Thanks God, fortunately, i left him early as soon as i knew he has a wife. I said sorry to his wife..i didnt meant it.." Kedengaran keluhan Rissa. Patutlah Rissa berkata bukan-bukan.

"Ok, lupakan cerita aku. Sambung cerita Razlan kau tu. Aku tak bermaksud suruh kau rampas Razlan tu daripada Serina. Cuma kalau boleh kau luahkan saja perasaan kau yang sudah lama terpendam tu Tin. Luahkan supaya kau boleh lepas."

"Maksud kau?"

"Luahkan saja, bagi tau Razlan yang kau suka dia. Kalau benar dia masih single, nasib kau baiklah. Mana tahu dia pun ada perasaan sama macam kau, bertuahlah kau".

"Kalau tak?"

"Kalau tak, biarlah dia jalani hidup dia macam biasa."

"Its ok what? Sekurang-kurangnya kau tahu perasaan dan status dia lepas kau luahkan tu. Tak adalah kau asyik-asyik berkecamuk melayan perasaan sendiri." Sambung Rissa lagi.

Aku berfikir seketika. Betul juga kata Rissa. Selama ni aku bergelumang dengan perasaan sendiri. Macam yang Rissa selalu kata aku ni suka syok sendiri. Jarang mahu luahkan perasaan, kecuali bila terdesak sangat-sangat. Rissa pun boleh perasaan aku selalu berkecamuk dengan perasaan sendiri.

"Aku cuma bagi cadangan je. Terpulanglah dari kau Tin"

"Ok..ok..nantilah aku try."

"Hei, dont just try it, but do it ok! Nantinya tu bila?"

"Err.."

"Esok!" Rissa bagi cadangan. Esok? Esok aku akan luahkan perasaan yang tependam selama bertahun-tahun ini? Ah, aku belum bersedia!

"Esok cepat sangatlah Riss."

"Lambat rugi tau."

Aku berfikir seketika. Rissa nak aku luah perasaan aku esok. Tapi Rissa memang betul, sampai bila aku nak jadi macam ni. Sekurang-kurangnya Razlan tahu perasaan aku dan aku akan tahu perasaan Razlan. Memang di luar zahir aku orang melihat aku membenci Razlan. Dalam hati ini sebenarnya aku tidak sedikit pun membencinya. Yang ada hanyalah perasaan geram. Geram bila dia cuba sakitkan hati aku. Dalam masa yang sama dia sebenarnya menarik aku lebih dekat dengannya. Aku tak tahu kuasa cinta itu bagaimana. Benarlah kata orang cinta itu misteri. Aku sendiri pun tidak dapat merungkainya. Benci tapi sayang - mungkin itu lebih tepat untuk menggambarkan perasaanku.

"Hmm..Ill do it tomorrow..." Kata putusku pada Rissa.

"Thats my girl! Hehe. Berani ke cik Tina oi?" Kedengaran ketawa mengejek Rissa.

"Tadi bukan main support orang suruh luahkan..ni apa gelakkan orang pulak?!!" Ketawa Rissa makin kuat.

"Takpe..takpe..kau tengoklah esok Riss..kau tengoklah."

Ketawa Rissa tidak putus-putus.

Malam itu aku tidak tidur dengan lena. Semuanya gara-gara mahu memikirkan bagaimana aku meluahkan perasaan pada Razlan esok. Bermacam-macam ayat aku berlatih malam itu. Sampailah aku terlelap pukul 3 pagi. Sedar-sedar sahaja esok pagi aku terlewat ke pejabat.



-- Edited by Rim on Thursday 7th of May 2009 06:07:24 AM

-- Edited by Rim on Thursday 7th of May 2009 06:07:53 AM

__________________
~sekarang saya cuti...jangan jelezzz :p~


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

hoh..besh cite nih..
cepat sambung cik RIM oiii...
cepat,cepat....

__________________
kadang-kadang, kita perlu gagal unt0k berjaya..dan kadang-kadang kita perlu mati unt0k hidup....


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

aduyai...panjang2 mcm ni aku malas nk bace..terus terang langsung aku tak bace..minta maaf yeee...panjang sgt!!

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

huh layan gak cita ni.. mana sambungannya?? nak nak nak!!

__________________
Rim


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Benci Bilang Sayang 5

Sampai sahaja di pejabat, kulihat Leo sudah tercongok duduk di hujung mejaku bersama kameranya. Dari jauh dia tersengih melihat aku terkejar-kejar ke arahnya. Kamera diangkat lalu mengambil gambarku yang tak semena-mena bertembung dengan Razlan. Kepala ku usap sambil tunduk memungut beg komputer ribaku. Razlan ringan tulang membantu. Kulihat senyum pagi Razlan. Manis! Senyuman untukku? Aku tercegat seketika. Seperti tidak percaya, Razlan menghadiahkan aku senyuman? Nampaknya besarlah peluang aku hari ini untuk meluahkan perasaan. Berkobar-kobar rasanya. Rasa mahu sahaja aku luahkan isi hatiku sekarang juga. Tak payah tunggu lepas habis kerja. Senyumnya kubalas mesra semesranya dari hati yang tulus ikhlas.

"Saya maafkan awak..lain kali berjalan tu tengoklah kiri kanan. Macam melintas jalan raya, kena pandang kanan, pandang kiri, kemudian kanan semula. Barulah jom melintas..macam dalam iklan tu. Bukan main rempuh je cik Tina. Nasib baik saya ni bukan kereta." Ulasnya panjang sambil tersengih dalam serius.

Aku terkedu. Gigi kuketap geram. Dulu masa dia langgar aku kat sekolah dulu ada dia pandang kiri kanan macam dalam iklan? Huh! Aku menarik muka. Buang masa saja aku bagi muka dengan hantu. Aku berlalu ke mejaku.

Aku letakkan komputer riba di atas meja. Kutarik kabel printer di bawah meja, kupasangkan ke komputerku. Fail temu ramah menteri kubuka. Aku semak sekali imbas skrip soalan-soalan untuk diajukan kepada menteri nanti. Aku klik butang print. Sambil menunggu kertas keluar dari printer aku menjeling Leo yang sedari tadi memerhatikan gelagatku. Bibirnya riang menyanyikan lagu Im Yours sambil tangannya mengelap-ngelap lensa kameranya.

"Ok siap!" Kertas-kertas yang siap diprint ku tunjukkan di hadapan Leo sambil mengangkat kening tersenyum. Leo membalas senyum.

"Jom Leo, kita ke bilik hantu!" Ajakku sambil mencapai fail kerja di atas meja.

"Bilik hantu?" Leo tercegat hairan.

"Maksud I, bilik En. Razlanlah." Aku tersengih-sengih cuba mengcover.  Leo tergelak sambil menggeleng kepala. Sesekali jeling aku dengan pandangan nakal. Aku sekadar angkat kening pandang Leo. Aku taulah aku jarang-jarang pakai baju kurung ke pejabat. Janganlah tenung aku sampai macam tu. Ishk...Leo ni.

Sampai di depan pintu bilik Razlan, aku suruh Leo ketuk pintu. Kedengaran suara Razlan menjemput masuk. Masuk saja ke dalam aku dan Leo mengambil tempat duduk. Sempat aku menjeling Serina yang mengangkat punggung dari kerusi, mempersilakan aku duduk di tempat yang dia duduk. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk di kerusi tepi. Aku tak tahu apa motifnya Serina di sini. Serina tempatnya di bahagian akaun, jabatannya di tingkat atas. Kenapa pula dia sesat ke bahagian editing ni? Kalau Azwan tau Serina berdua-duaan di sini dengan Razlan memang naya Serina ni. Aku mengeluh kecil.

"Meeting janji pukul 9. Kamu berdua lewat setengah jam." Razlan bersuara sambil mengilas jam tangannya dengan wajah serius Mr.Donal Trump. Leo pandang aku. Aku sengih pada Leo dan memandang Razlan.

"Saya minta maaf. Saya terlewat bangun pagi tadi. Semalam tidur lewat." Terus terang sahaja. Memang aku bangun lewat. Semuanya sebab Razlan. Kerana memikirkan cara bagaimana aku hendak berdepan dengannya meluahkan perasaan.

"Awak buat apa semalam?" soal Razlan. Leo di sebelah pandang aku. Serina di tepi pun pandang aku. Semua ingin tahu. Hah, apa kes mereka nak tahu apa yang aku buat semalam? Sebok!

"Saya buat projek." Jawabku ringkas sambil tersenyum. Leo mengkedip-kedipkan matanya. Razlan dan Serina saling memandang.

"Projek apa?" soal Leo di sebelahku. "Projek sulit gadislah..mana boleh i bagi tau you.."  Jawabku spontan. Leo terkebil-kebil. Aku sekadar tersengih. Nak tergelak juga aku tengok muka Leo. Muka Serina dan Razlan lagilah. Semua naik hairan.

"Ok, boleh kita mulakan sekarang?" Aku pandang muka Razlan dan Leo silih berganti sambil membuka failku. Leo pantas angguk-angguk. Razlan mengecilkan anak matanya. Keningnya sebelah diangkat tinggi. Aku sekadar tersengih sambil menyerahkan padanya helaian maklumat temuramah. Satu salinan lagi aku berikan pada Leo. Tanpa membuang masa aku mulakan penerangan. Dari maklumat latar belakang menteri, lokasi dan suasana temuramah sehinggalah skrip soalan-soalan yang akan aku ajukan kepada menteri nanti.

Sepanjang penerangan, Leo sahaja yang memberikan respon kepadaku. Leo angguk-angguk dan sesekali ajukan soalan bahagian yang dia kurang jelas terutama berkenaan sesi fotografi. Razlan hanya diam. Seakan menumpukan perhatian pada peneranganku. Tapi aku sebenarnya perasankan sesuatu, dia seakan merenung. Sebab itu ketika menerangkan aku tidak berani pandang tepat ke matanya. Sesekali mataku bertembung dengan matanya membuatkan perasaanku bergelodak. Renungnya tajam. Terasa ada kuasa yang membentuk sebilah pedang menikam ke dalam hati. Aku berkira-kira sendiri, mampukah aku untuk berdepan dengan Razlan meluahkan isi hati ini nanti? Sedangkan jantungku bagai hendak berhenti denyut setiap kali melihat matanya.



-- Edited by Rim on Thursday 7th of May 2009 09:54:32 PM

__________________
~sekarang saya cuti...jangan jelezzz :p~


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

huh..jntung aku pn daa dupdapdupdap nih...

huhuuuu...

RIM,cept2 smbg eah...kang jatuh jantung haku nih kalo lmbt2...

__________________
kadang-kadang, kita perlu gagal unt0k berjaya..dan kadang-kadang kita perlu mati unt0k hidup....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

adeh dh 4 ari chek tunggu... mana mana?? aaaaaaaaaaaa

__________________
Rim


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

alamakk
aduh..maaf...lupa update..hehe...
suka hati je bleh jawab lupa..hahahaa

jap ya, nak edit2 sikit baru post. :)

thanx miss wafer n ms riyana sbb sudi baca cerita yg tidak seberapa best ni. :)

__________________
~sekarang saya cuti...jangan jelezzz :p~


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

heheh...ur welcome ahh cik RIM oih..
asl cepat2 smbg jgn bikin suspen lma2 da..hihii..

buat lagi besh kaw2 nye eah..wa sepot lu ahh RIM..yeahyeahhh!!

__________________
kadang-kadang, kita perlu gagal unt0k berjaya..dan kadang-kadang kita perlu mati unt0k hidup....


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

mane??? mane sambungan???
adesss....tengah kusyuk membaca, rupenye tak abis lagi rupenye...


__________________





Veteran Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

teringat ku teringat pada janji mu ku terikat.. adoi dik rim oi, kak hg x larat nak tunggu dh nih.. isk isk

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

hoh..???mner smbungannyer.... potong ikan msak stim btol la.....

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

hooooohhh!!!!!!!!!
mane sambungannye...
mcm blom bis lagi cite tapi knp dah tak sambung???
ni cite cartoon Slam Dunk tu kan
ekekekekeee!!!!!!

__________________

"ZeitGiest"



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

bigbossman wrote:

hooooohhh!!!!!!!!!
mane sambungannye...
mcm blom bis lagi cite tapi knp dah tak sambung???
ni cite cartoon Slam Dunk tu kan
ekekekekeee!!!!!!




huh..??sesat ker aper mamat nieh...

ko wat per kat ruangan nie...

ko kan msok ruangan cter katun doraemon jer kan2...biggrinbiggrin



__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 

Rim


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

hihi...maaf korang.
ada problem sikit
janji tetap janji ok!

miss wafer n miss riyana, i love u! erk tetiba :))




__________________
~sekarang saya cuti...jangan jelezzz :p~


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

hahaa..
i lub u tu laa RIM!!

(er,tetiba haku rsa bulu tlinga aku mremang..apakah..??les kah?!waaa,tidakk!!)

__________________
kadang-kadang, kita perlu gagal unt0k berjaya..dan kadang-kadang kita perlu mati unt0k hidup....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

i lap u 2 3 4... isk... lap lap jugak.. critanya mana????? adoiyai..

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

hahaha.2 la psl MS RiYaNa..

RIM,dikau jgn salah paham,diriku memg amt menyayangi serta menyokong dirimu,
tpi kalo da daku tggu punya tunggu punya tunggu,cite dikau xkuar2 jgak, diriku da mula rasa hangin..
fuh fuh...RIMmmm,cepatt laa..huhuu
barapa lama lagi kah diriku harus kau biarkn menunggu...huk
penantian itu 1 pnyeksaan RIMku..jgn ko seksa2 laie batin ku ini..wawaa

cepat la smbung RIM ek,ek,ek!!??

__________________
kadang-kadang, kita perlu gagal unt0k berjaya..dan kadang-kadang kita perlu mati unt0k hidup....


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

biler nak smbngnye rimmmmmm....
x sbar aku nak bace...


__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:

uhuhuhu...sambung!...smbung!

__________________

i'm heRe to bRiNg YoUr cHeEr...



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

adoi xdak lg rupanya.... hg pi mana dik rim oi? pengsan ka apa ni? cian dh ramai yg menunggu ni...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

hrmm...da tua da aku..nasib haku bkn spesis y bejanggut ajo,kalo x,harus kalah A.SamadSAid tuh..
ko g mna RIM oiii...??cepatt laaa smbg...huhuu

__________________
kadang-kadang, kita perlu gagal unt0k berjaya..dan kadang-kadang kita perlu mati unt0k hidup....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 25
Date:

best jgak bace cite nie....
bler agakne nak smbng nie....
tolnglah akak rimmmmm....
dh x sbar den nk baco nie...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 88
Date:

la,mana sambungannya???????????

__________________
Rim


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

ye kak riyana, rim pengsan dan koma..sbb broadband dah kena amek oleh tuannya..
terputus hubungan dgn dunia maya skeketika..
rimj kembali..
tp bukan utk mengupdate..:D
(korang jangan ketuk kepala saya! ampunnnnn!)

kalau boleh nk update skrg tapi disbbkan semua part simpan dlm lappy x dpt ar.
skrg ni pun beronline di cc..uhukkk.. :((
akan kembali ke berhubung di dunia maya minggu depan..insyAllah.
mmmmmuaaaaaaaaaaaaakssss :p

__________________
~sekarang saya cuti...jangan jelezzz :p~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

uuhhhh... mne sambungannya???

__________________
Pabila kita tanya hati: Kenapa kita rindu seseorang??
Hati akn menjawab: Kau merinduinya krn dia dpt membuat kau tersenyum & merasa ditemani walaupun berjauhan..
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard