Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: bukanlah lawak...


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:
bukanlah lawak...


Eruz Eruz Panggil Ikin dalam nada rendah seakan berbisik, perasaannya timbul geram apabila panggilannya tidak bersahut. Kini langkahnya seakan pencuri menghampiri Eruz dari belakang. bengonglah kau ni secara senyap Ikin menyergah Eruz dari belakang sambil menepuk belakangnya.

 

Eruz pantas menoleh Apanya? Tiba-tiba je ni apahal? Aku baru nak curi naik bangunan ni Eruz tidak begitu terkejut cuma marah apabila dipanggil bengong.

 

aku panggil kau dari tadi, macam pekak je. Tak korek telinga ke? Lepas Ikin secara terang. kau ni tak habis-habis menyusahkan aku tau tak! tambahnya lagi sambil anak matanya melilau memerhati sekeiling kerana takutkan pengawal sekolah melihat mereka di bangunan sekolah itu.

 

eh!, kau diam boleh tak?. Meluat je aku tengok kau. Ni, kawan-kawan yang lain mane? Eruz berpaling daripada Ikin sambil menapak selangkah kehadapan. Niatnya untuk memasuki bangunan sekolah yang kosong itu.

 

kau nak pergi mane tu? Jangan buat hal kat sini boleh tak? Dahlah datang lewat, banyak cakap pulak! Orang janji pukul 3 pagi, ni pukul 5 lebih baru sampai. Ape banyak sangat dia punya kerja pun aku tak tau lah Ikin merungut sambil menjeling sedikit kearah Eruz yang semakin marak api kemarahannya terhadap Ikin.

 

diamlah perempuan! marah Eruz.

 

eh, sudah-sudah korang ni asyik nak bertengkar aje. Kita orang dah tunggu lama dah. Ikin ni pun satu, orang suruh panggil Eruz, dia boleh buat drama pulak kat sini tegas nada suara iza. jomlah, kita tak nak masuk dalam bangunan tu, hari ni kita tukar moodlah duduk belakang bangunan sekolah pulak jelas iza kepada Eruz. Mereka sama-sama melangkah .

 

Mereka berenam kembali berkumpul. Dalam keadaan berkelompok mereka melayan emosi masing-masing.

 

Rokok sebatang pinta Ikin. Semarah-marah eruz kepadanya masih diserahkan juga sebatang rokok ke tangan Ikin. Ikin menyambut sambil bersuara sorrylah kawan, tak sengajalah Ikin melabuhkan punggungnya disisi Amir.

 

Eruz diam sambil menoleh kearah Adi, teman sekelasnya juga Dee, kau ni petik gitar ke ape? Bunyi pun tak ade? Eruz bersandar pada bangunan sekolah sambil mengeluarkan handfone genggamnya dari kocek baju kemejanya. alamak, tak dapat nak berseronok sikitlah. Dah pukul 6 pagi, pelajar lain mesti dah datang. Bahaya kalau orang nampak kita kat belakang ni Eruz mengusap rambutnya kebelakang.

 

alah Eruz, kalau nak seronok datanglah awal-awal. Ni pukul 5 baru nampak batang hidung. Kita orang dah lepak kat sini dari pukul 3 setiap hari tau! jelas Mira.

 

Mira, kau tak payah cakap dengan budak gila ni, aku rasa dah berjuta-juta kali kita ingatkan dia pukul 3 pagi tapi hari-hari datang pukul 5. agaknya dia tengok nombor 5 tu macam nombor 3 kot sindir Ikin.

 

malaslah aku nak join korang lagi. Banyak cakap pulak minah ni. Aku blah dulu. Eruz ingin melangkah masuk ke kelas. Pada ketika itu pelajar sudah memenuhi halaman sekolah Cuma tidaklah terlalu ramai.

 

Eruz, malam ni datang rumah aku. Aku ada cerita baru. Baik punya!Blue giler jemput Adi sambil memetik gitarnya yang seakan tidak berbunyi itu, namun dipandang remeh oleh Eruz. Sekemudian itu Eruz terus melangkah selepas bersuara aku keluar dari kumpulan kita! Muktamad!.

 

tengok!, kau punya pasallah ni Ikin. Kalau nak tarik budak tu biarlah lembut sikit, dia kan baru lagi dalam kumpulan kita ni. Tak pasal-pasal nanti dia beritahu cikgu pulak perbuatan kita kat bangunan ni. Mira bangkit dari duduk. Kini dia melangkah kesisi Amir.

 

apa pulak. Budak tu lembik je aku tengok. Tak beraninye dia nak beritahu cikgu. Percayalah cakap aku Ikin masih mahu berada di pihaknya yang dirasakan benar. Mira biarkan sahaja sikap Ikin sebegitu kerana dia faham benar dengan tingkahnya lagipun mereka sudah berkawan dari tingkatan satu lagi.

 

nanti kalau boleh, pujuklah si Eruz tu balik pinta Amir tidak bersunguh-sungguh. Namun masih berharap Eruz akan kembali kepada mereka kerana Eruz membawa keuntungan kepada mereka. Selalunya Eruz akan memberi mereka duit ringgit yang banyak untuk memborong CD-CD lucah, apa lagi berkotak-kotak rokok yang Eruz bagi boleh dikatakn macam tak bernilai semua tu.

 

macam aku tak tahu pulak ye Mir, kau tu sebenarnya nak senang. Maklumlah si Eruz tu anak orang kaya.tapi jangan lupa kat minah sorang ni, dia pun banyak keluar duit dalam group ni kata Adi sambil memandang Iza yang turut sama mendengar perbualan tersebut.

 

eh?, sorry sikit. Tak ada masa aku nak pujuk memujuk ni. Kirim salam je lah kat dia tu. Jangan harap impian korang nak tengok aku pujuk dia tu jadi kenyataan. Ikin melepas kata. Kini dia pula bangkit seraya mencampakkan hujung batang rokok tersebut ke dalam longkang disisi pagar belakang sekolah. mira, minggu hadapan aku rasabaik tak payah berkumpul lagi kat  sekolah pagi-pagi buta. Ye lah, hari tu je nasib baik tak terperangkap dek budak gile tu lah. Aku rasa baik kita stop dulu,. Lepas semuanya reda baru kita berkumpul balik. Ikin mengutarakan cadangannyaemudian itu.

 

apa pulak ikin. Rindulah kat aktiviti kita ni. Hah! Apa kata kita berkumpul kat luar sekolah pulak? kini iza pula bersuara.
...............????????????????????????????korang faham ker???


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

ini jer ker??? mane sambungan nyer??

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

aq ta faham... citer dye pasal ape...
sowie, aq mls na bace...
smpai naek juling na bace citer pnjang2...

__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

wahhahahahaaha,,xpaham lgsg,,,,
pe die merapu?????
berbelit2,,ley kne sembelit,,

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

erkkkk!!!!!!
ni sinopsis novel ke???
apsal akuh tak faham??
patutlah...
aku malas nak bace...
panjang lah....

__________________

"ZeitGiest"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

cite die pendek je,,tp lgsg xpaham sepatah pn,,,
xtau die gna bahse pe sbnrnye,,
tonggang langgang ayat nye,,
ni dak skolah tadika punye karangan kot,,

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

bigbossman wrote:

erkkkk!!!!!!
ni sinopsis novel ke???
apsal akuh tak faham??
patutlah...
aku malas nak bace...
panjang lah....



betul2...
ni sinopsis je ke???
ape motif ko ni???
x faham lah...
nak kata lawak x da lah lawak pon...
ayat skema jek...



__________________

Siapa Adamku??? 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

aduyai...penat bace tapi mcm tak paham je..cite ni  tergantung ke atau dah abes???

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

saje jer nak buat kita tertanya2. aku pantang betul makhluk macam ni... malam nanti kalo aku tak boleh tido sebab tpikir2 ending citer ni, sape susah? haaa jawab!!! SAPE SUSAH?!!!!!

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

tu r pasal korang... kantoi...
sume bende nak di baca...
padanlah dengan muko korang sume... (xfaham ape yang aku anto)...
kahkahkah...
aku amek nie dari sebuah novel...
tapi tangan lenguh nak "kopi" banyak-banyak...
tu je yang dapat aku anto....
nie pun salah satu cara aku nak kenal korang sumer...


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

dah malas nak copy suma baik ko x yah copy..
buang karang je, balik umah aku syorkan ko minum kopi janda..
pastu mesti ko rajin copy smbgn dia...

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

boleh gak... ko ade jual ke ?? kopi janda?? ke ko janda??

hee... jangan marah arr... gurau jerk...

mule2 rajin nak "kopi" tapi pahtu tibe2 datang mud ngantuk...

tu yang tertidor... jadi... takat tu jerk lah aku leh antonyer...

sorry beb...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

ala....taip la lagi....
baru nak sedih-sedih...
lap hingus....
tisu da disediakan....
tapi cite terbantut plak....

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

aliend wrote:

tu r pasal korang... kantoi...
sume bende nak di baca...
padanlah dengan muko korang sume... (xfaham ape yang aku anto)...
kahkahkah...
aku amek nie dari sebuah novel...
tapi tangan lenguh nak "kopi" banyak-banyak...
tu je yang dapat aku anto....
nie pun salah satu cara aku nak kenal korang sumer...





hahhahhahaha
ini aliend manyak bagus,,
tp kami da kne sembelit bca post ko yg berbelit

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

tak pun kau minum kopi dangdut ka kopi janggut ka kopi jantan kaa... ko makan ape sampai posting melalut ni haa setan????

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

lah.. ape yang korang sume tak pahamkan?? senang je lah. meh sini abang terangkan. cerita tu mengesahkan tentang seorang naif yang bernama aliend (tiada picture lg). beliau ingin mengunakan Kad ATm maybank seperti org lain. namun disebab kan sifat teknologi nye yg tak berkembang lansung. maka beliau hanya mengunakan bawah tilam yg penuh sawang dan lumut laut untuk di jadikan bank berhad beliau. ha! tu la kesah nye. haha




__________________
http://www.audioentertainment.blogspot.com   ^_^


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

huhuu citer budak ponteng sekola...hahhaa jahat budak nie....

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

haku jugak antara makhluk y takpaham cite@sinopsis cite diatas..
da la xde bnda ni " " kalo bab y bercakap tuh..adeii fenin haku..

[nota] tahniah arr incik alien..ko da berjaya mengkompiuskan entiti2 kat GC nih..tak lama laie boleh la ko konker sluruh GC..wat muvee  ALien Salvation lak..



__________________
kadang-kadang, kita perlu gagal unt0k berjaya..dan kadang-kadang kita perlu mati unt0k hidup....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 25
Date:

maner smbngnnye.......


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 677
Date:

ni mls bc cerpen kt cni...bkn ader smbungan pown...bt penat jer

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard