Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Oh Tiara..Pedihnya dapatkah kau merasakan..


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:
Oh Tiara..Pedihnya dapatkah kau merasakan..


Hari itu genaplah hari ketujuh kes Halim dibentangkan kepada umum. Tiara keluar dari gerbang mahkamah membawa perasaan bangga. Bangga kerana berjaya menguasai perbicaraan. Bangga kerana berjaya menumbangkan hujah-hujah peguambela yang tidak berasas. Lebih bangga lagi hatinya kerana berjaya menyakitkan hati Halim.
Semasa dia berpijak turun dari anak-anak tangga, dia telah dipertemukan dengan Halim. Halim melihatnya tanpa sedikit pun terdetik rasa takut mahupun marah. Halim terus sahaja berjalan ke arah 'Black Maria' diiringi oleh dua orang pegawai polis berseragam biru.
Tiara tersenyum sinis sambil menggelengkan kepala. Rasa jijik ada, rasa malu pun ada bila melihat Halim dalam keadaan sedemikian. Dia menyesal kerana pernah mengenali insan buangan seperti Halim. Dia menyesal kerana pernah menggauli insan kotor seperti Halim. Dan yang paling dia kesalkan ialah kejahilan dirinya kerana pernah jatuh cinta terhadap insan binatang seperti Halim. Dia kesal! Teramat kesal! Kesal yang tiada kalimah seumpamanya dapat menggambarkan apa yang telah dia rasakan!
Kalaulah dia ketahui Halim begitu rupa orangnya, awal-awal lagi, tentu dia akan menghindarkan dirinya dari terjebak ke dalam permainan tipu daya Halim. Awal-awal lagi tentu dia akan melindungi dirinya dari cuba bersimpati terhadap Halim. Atau dengan tegasnya dia akan berusaha mempertahankan emosinya dari terlangsung rebah dibuai oleh lakonan yang menipu daya dan mempersendakan!
Mentari semakin tinggi. Cahayanya yang terang itu menjatuhkan bayang-bayang bangunan di persekitaran ketara ke permukaan jalan. Di sana sini bunyi enjin kereta kedengaran. Dan Tiara terus melangkah kemas mendapatkan Proton Wira hijau mudanya yang diletakkan betul-betul di pinggir jalan. Ketika dia sedang sibuk memadankan anak kunci kepada acuan keretanya, tiba-tiba panggilan suara seseorang meraih perhatiannya. Serta merta dia memalingkan mukanya ke belakang.
Dilihatnya, ada sekujur tubuh wanita tua, berbaju kurung lusuh dan berselendang hitam panjang sedang berlari-lari anak mendapatkan dirinya. Dan di belakang wanita itu, ada seorang gadis lain yang jauh lebih muda, yang segera pula dikenalinya sebagai adik perempuan Halim.
"Cik Tiara!" laung makcik itu dalam suara mengahnya. Tiara menarik muka. Menyampah.
"Tolonglah hentikan dakwaan ini cik Tiara." rayu makcik itu, semakin hiba dan semakin meminta simpati. "Anak makcik tak bersalah.. cik Tiara dah tersilap.." lanjutnya lagi.
Tiara memekakkan telinga. Ucapan-ucapan dari makcik itu ternyata menambahkan rasa jelaknya kepada Halim. Dia bukan enggan bertolak ansur atau tidak pula mempunyai belas kasihan, tetapi rayuan-rayuan sedemikian, rayuan yang seringnya datang dari ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka telah terlibat dalam kegiatan jenayah, sememangnya wajar dibiarkan. Mereka adalah satu golongan penjahil yang mana cinta mereka kepada anak mereka telah mengaburi mata mereka dari melihat kebenaran.
"Cik Tiara, tolonglah..kasihani anak makcik.." rayu makcik itu lagi.
"Tak usah mak.. peguam tu tak akan dengar cakap kita.." celah gadis yang lebih muda. Berkali-kali gadis itu cuba memujuk emaknya tetapi berkali-kali pula emaknya meronta-ronta, mahu melepaskan diri. Dia tidak mahu emaknya merendahkan maruah diri, berlutut di kaki seorang peguam yang mana mungkin akan menunaikan segala apa yang mereka harap-harapkan.
Seperti sebuah lakonan drama pentas yang tidak mampu meragut kesedihan, Tiara menganggap peristiwa yang sedang disaksikannya itu tidak lebih dari cabaran-cabaran klise yang biasa berlaku dan sebagai seorang peguam berpengaruh, dia tidak akan membiarkan perkara remeh-temeh sedemikian menjejaskan kredibiliti dan percaturannya dalam membuat pertimbangan.
Tiara menggeleng kepala. Kesal kerana kebodohan seorang perempuan tua dan anak gadis muda yang keras hati. Mengapa mereka terlalu mempercayai Halim? Mengapa mereka tidak sedikit pun mahu mempertimbangkan bukti-bukti yang ditunjukkan oleh pihak mahkamah? Tidakkah mereka tahu Halim yang mereka puja-puja selama ini sebenarnya adalah makhluk paling terkutuk pernah wujud di muka bumi ini? Butakah hati mereka sehingga kenyataan yang paling terang sekalipun tak dapat membuatkan mereka bangkit dari tidur yang panjang?


-- Edited by Mat tHe MatiCs at 14:28, 2009-01-20

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Akhirnya dia masuk ke dalam kereta. Dihidupkan terus enjin kereta. Dan kemudian dipecutnya kereta itu sejauh mungkin meninggalkan kawasan mahkamah. Lebih jauh adalah lebih baik kerana dia enggan berhadapan dengan mahkluk-makhluk aneh seperti seperti ibu dan adik Halim. Dia tidak mahu emosinya tergugat hanya kerana terpandangkan dua wajah yang sangat meloyakan itu.Esok, perbicaraan akan diteruskan lagi. Dan dia perlu punyai persediaan yang cukup untuk turun sekali lagi ke gelanggang hujah. Dia tidak mahu kredibiliti dan kepetahan berbicaranya dipengaruhi oleh sebarang rasa kasihan. Prinsip keadilan adalah tegas. Seorang yang telah dibuktikan bersalah wajib menerima hukuman biarpun setinggi mana kedudukannya di dalam masyarakat. Dan seorang yang tidak bersalah pula wajib dibebaskan biarpun kedudukannya cuma seorang pengemis di pinggir jalan.
Sambil dia memandu itu, sambil dia menarik nafasnya berkali-kali. Diputarkan stereng keretanya itu penuh hati-hati, menyusuri permukaan jalanraya yang kian sesak dijaringi oleh pelbagai jenis kenderaan. Entah kenapa, sedang dia merenung kepada lampu isyarat, tiba-tiba sahaja dia berasa sangsi dengan dirinya sendiri. Tiba-tiba sahaja dia menjadi ragu-ragu dengan apa yang telah dia lakukan. Tiba-tiba timbul pertanyaan di dalam hatinya; apakah cemuhan-cemuhannya terhadap Halim selama ini adalah satu langkah yang wajar? Apakah dakwaan-dakwaannya kepada Halim selama ini benar-benar berpijak kepada asas yang nyata? Adakah Halim benar-benar bersalah?
Serta-merta tubuhnya menggigil. Serta-merta keluar peluh-peluh dingin di permukaan dahinya. Bagaimanakah kiranya Halim sememangnya berada di pihak yang benar dan dia pula telah mendakwa lelaki itu bersama satu dakwaan yang dusta?
Tiara kancing giginya kuat-kuat.
Ah, mustahil Halim tidak bersalah. Halim sudah biasa melakukan kejahatan. Halim sudah banyak terjebak dalam kegiatan tidak bermaruah. Seorang yang telah biasa berbuat perkara kotor, tentu akan menjadi sebati dengan cara kehidupan yang kotor. Maka tidak mustahil bagi orang sedemikian untuk melakukan satu lagi bentuk kejahatan dari kejahatan-kejahatan yang pernah dilakukan.
Akan tetapi atas dasar apakah tuduhannya itu? Bolehkah hipotesis yang sedemikian dibawanya ke dalam mahkamah?
Lama Tiara berfikir. Lama juga dia cuba mencari jawapannya.
Ah, Halim pernah mencurangi diri ini. Jika Halim sanggup melakukan perkara sedemikian kepada seorang insan yang tersangat mempercayainya , sudah tentu Halim tidak keberatan untuk mengulangi perkara yang serupa kepada orang lain. Iya, atas dasar itulah, maka dia sangat berkeyakinan untuk meletakkan Halim di dalam kandang bersalah.
Tiara tidak sedar bila pula matanya berair. Berair bukan kerana habuk-habuk kenderaan dari luar tetapi kerana memori silam yang datang bertandang ke dalam kotak ingatannya. Tiara sedar, dia tidak dapat menipu dirinya bahawa dia masih lagi menyayangi Halim seperti dahulu-dahulu. Tersangat menyayanginya lebih daripada segala-galanya. Tidak pernah sedikit pun tergugat rasa sayang itu walaupun sekelumit. Ia tetap segar, sama seperti waktu remaja mereka. Ketika mereka masih lagi mentah di dalam mengerti erti cinta yang sebenarnya di alam persekolahan.
Bukan mudah untuk dia meluputkan nama Halim daripada hati ini. Halimlah lelaki pertama di dalam hidupnya. Halimlah yang telah mengajarnya akan erti cinta. Halimlah yang telah memberinya rasa bahagia kerana mencintai dan dicintai. Masakan senang untuk dia melupakan nama Halim yang pernah berlaku begitu baik kepadanya. Lelaki yang telah sama-sama berkongsi suka-duka dengannya ketika dia di dalam susah dan senang.
Itulah dia Halim. Seorang lelaki yang pernah dianggapnya sebagai seorang kekasih. Kekasih yang diharapnya akan sama-sama menemaninya mengharungi alam rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Namun, apakan daya. Halim telah menghancurkan segala-galanya.
Wahai kekasih, dikau yang telah membina kepercayaan di dalam hati ini, dan dikau sendiri yang telah menghancurkan segala kepercayaan itu. Mengapa kau belai hati ini dengan kasih sayangmu jika hanya untuk dilukai.


-- Edited by Mat tHe MatiCs at 14:20, 2009-01-20

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

xlarat lak nk baca..
sok2 je la bca smbungan nye..

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

di dalam di ape????
berair je mata baca cite ni...
bukan nangis tapi penat baca...
sebaik lah aku ni rajinnnn....
(rindu lah plak dgn pn.rajin)

__________________

Siapa Adamku??? 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

citer ney cam tgantung jep?
ta puas la baceeeee....
ney sinopsis or cerita???
citer ney drpd novel ke?
novel ape???

__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Hati Tiara menjadi sebak. Dia kancing giginya kuat-kuat.
Sejurus, ingatannya melayah jauh kepada kenangan-kenangan yang pernah terukir di antara dia dengan Halim. Betapa tersentuhnya hati Tiara bila membayangkan wajah Halim yang sayu dengan seragam sekolah yang sering dipakai dengan tidak terurus.
Halim, seorang pelajar bermasalah di sekolah. Tiara pula pelajar terbaik kebanggaan guru. Percintaan di antara kedua mereka ternyata menjadi perbualan hangat seisi sekolah, termasuklah guru-guru dan rakan-rakan. Kata mereka, Tiara dan Halim tidak ubah seperti langit dan bumi. Bagai cincin bermata kaca. Namun, dia tidak pernah peduli dengan semua itu. Dia percaya dengan Halim. Dia tahu Halim bukan sengaja berlaku nakal di sekolah. Halim buat begitu kerana Halim punya alasan tersendiri. Alasan yang mana hanya Tiara sendiri yang dapat memahaminya.
Setiap kali Halim dirotan oleh guru disiplin di hadapan perhimpunan kerana datang lewat atau ponteng sekolah, hati Tiara terasa seperti dihiris-hiris. Setiap kali Halim dimaki oleh guru kelas kerana rekod pelajaran yang teruk, dia akan menangis. Tidak sanggup dia melihat Halim dimalukan sedemikian rupa. Tidak sanggup dia melihat Halim dicemuh dan dihina oleh guru-guru dan rakan-rakan.
Puas dia menasihati Halim supaya berubah. Puas dia mengadakan kelas tambahan dengan Halim agar Halim boleh belajar, namun Halim masih dengan perangai lama. Halim masih mengulangi kesilapan-kesilapan yang menimbulkan kemarahan pihak atasan sekolah. Halim terus-menerus bergaul dengan samseng-samseng sekolah. Halim langsung tidak mempedulikan hatinya yang terluka kerana menyaksikan lelaki itu membinasakan diri sendiri. Apakah Halim tidak tahu betapa sayangnya diri ini kepadanya?
Akhirnya dia tidak dapat bertahan. Lantas dia mengugut Halim supaya mereka berpisah. Katanya, dia tidak mahu lagi bercinta dengan Halim jika Halim enggan mengubah sikap. Jika Halim benar-benar menyanyanginya, Halim perlu berkorban. Halim perlu meninggalkan perangai lamanya untuk kebaikan diri sendiri. Ugutannya yang kali itu akhirnya berjaya membuahkan hasil. Halim ternyata takut andai Tiara merajuk. Halim takut jika Tiara meninggalkannya. Halim tidak mahu kehilangan diri Tiara. Halim tersangat mencintai Tiara. Tiaralah satu-satunya wanita yang menyokongnya selama ini. Andai Tiara pergi, bagaimana dapat dia menghadapi perit jerih kehidupannya seorang diri.
Lalu Halim pun berubah. Halim menjadi lelaki yang Tiara inginkan. Halim berubah menjadi seorang lelaki kemas, rajin belajar dan mula bersopan santun. Pendek kata, Tiara boleh berbangga melihat perubahan Halim yang mendadak itu. Halim sanggup berpisah dengan kawan-kawan samsengnya yang selama ini begitu sebati di dalam jiwanya. Semua itu dia lakukan kerana Tiara! Alangkah bahagianya Tiara pada ketika itu
Akan tetapi, keadaan tidak semudah yang disangka. Tiara tidak menduga bahawa perubahan Halim telah mengundang petaka yang amat besar. Halim telah bertengkar dengan kawan-kawan samsengnya kerana Tiara. Halim dipukul dengan teruk kerana tidak lagi menyertai mereka. Berhari-hari Halim terdampar di hospital menanggung kesakitan. Mereka tuduh Halim pembelot. Mereka kata Halim berjiwa kecil. Rebah pendirian kerana seorang wanita.
Tidak cukup dengan itu, emosi Halim diuji pula oleh guru-guru disiplin di sekolah. Mereka menyindir-nyindir Halim kerana tiba-tiba berubah laku. Kata guru-guru, Halim musang berbulu ayam. Kalau dah najis, najis juga, diletak di mana-mana pun berbau busuk juga akhirnya.
Tiara tahan sahaja telinga dengan perli guru-guru. Tiara terus menyokong Halim dari belakang tanpa sedikit pun terdetik rasa jemu. Dia tahu, kenyataan itu perit bagi Halim, tapi Halim teruskan juga demi cinta mereka. Halim terus berusaha sehingga prestasi pelajaran Halim meningkat. Terbeliak mata guru-guru apabila melihat keputusan cemerlang Halim di dalam kelas. Terkunci mulut mereka daripada mengeji Halim. Tiara kini mampu tersenyum puas. Puas kerana berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa Halim tidak seteruk yang mereka sangkakan.

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Namun, itu semua hanyalah mimpi-mimpi indah yang sementara. Mimpi-mimpi yang akhirnya terbang hilang apabila tiba peristiwa sial itu. Peristiwa yang mana tidak pernah dia duga Halim akan melakukannya. Peristiwa yang telah memusnahkan segala kepercayaannya kepada Halim. Peristiwa yang telah mendatangkan rasa kecewa yang bukan sedikit di hati ini. Sebuah kesalahan Halim yang mana mungkin dapat dia maafkan.
Itulah dia peristiwa di bilik rehat, pada suatu pagi yang cerah di dalam sekolah. Entah kenapa hari itu, kepalanya lain macam sahaja selepas pergi bersarapan dengan cikgu Kahar, di kantin sekolah. Pening kepalanya itu terbawa-bawa sehinggalah waktu pendidikan jasmani Cikgu Kahar. Ketika pelajar-pelajar lain sedang mengadakan latihan olahraga, dia pengsan di tengah padang lalu dikejarkan ke bilik rehat untuk menerima rawatan. Selepas itu, fikirannya menjadi kabur. Dia tidak ingat apa yang telah berlaku. Yang ada cumalah paparan skrin gelap hitam bermain-main di ruang mata. Tidak berapa lama kemudian, Tiara terjaga dari pengsannya. Dia terkejut apabila melihat seluar sukannya telah dilucutkan orang . Tubuhnya pula berada di alam keadaan yang sungguh mengaibkan. Dia hilang pertimbangan. Pelbagai perasaan berkecamuk; satu-persatu datang mencambuk fikirannya. Malu ada, marah pun ada, bingung pun ada . Dan apa yang paling mengecewakan, insan yang pertama-tama sekali terpampang di ruang mata Tiara ialah Halim. Wajah Halim cemas dan pucat. Tangan Halim tergigil-gigil memegang erat seluar sukan Tiara. Tiara menjerit ketakutan.
"Ti..Tiaraianya tak seperti yang Tiara sangkakan"ucap Halim tergagap-gagap. Lelaki itu ternyata cemas bukan kepalang. Tiara tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Rasa marah, malu dan kecewanya telah mendahului segala-galanya. Lantas dia tendang perut Halim sehingga Halim jatuh terlentang. Serentak dengan itu, keriuhan bergema di pintu luar. Cikgu Kahar, Pengetua dan beberapa orang guru muncul. Tiara cepat-cepat berpaling, menyembunyikan malu, sambil air matanya tidak habis-habis tumpah membasahi birai mata.
"Ha, itulah dia budaknya yang cuba memperkosa Tiara"sembur Cikgu Kahar.
Halim tersentak. Tergamam dan kelam kelibut. Halim ingin lari tetapi tidak tahu ke mana. Yang dapat lelaki itu lakukan hanyalah memandang Tiara bersama secebis rasa simpati.
"Tolong Tiara..percayalah dengan AlimAlim tak buat benda nipercayalah"rayu Halim.
"Sudah, pergi binatang!"jerit Tiara geram. Dia meronta-ronta bila Halim melutut di sisinya. Dia benci, benci dengan Halim. Dia sudah tidak mahu mempercayai Halim lagi.
"Tiara..tolong Tiarabukankah selama ini Tiara seorang sahaja yang mempercayai Alim?"
"Pergi! Aku tak mahu tengok muka kau lagi..anak sampah!"
Sejak daripada peristiwa itu, dia telah pun menyimpan semacam dendam kepada Halim. Tidak akan dia lupakan kebinatangan Halim di dalam melayani diri ini. Tidak dia sangka, Halim akan mencemarnya sebegini teruk setelah banyak pengorbanan dia lakukan untuk lelaki itu. Benarlah seperti kata guru-guru, memang dasar najis. Di mana dicampakkan pun, tetap berbau busuk!
Lantaran , dia tidak sedikit pun berasa sedih ataupun terkilan bila Halim dibuang sekolah di saat-saat peperiksaan SPM hampir menjelang. Malah dia berasa puas kerana tidak perlu lagi bertemu dengan lelaki itu setiap kali dia berada di sekolah. Orang seperti Halim itu sepatutnya mati sahaja. Diluputkan daripada muka bumi ini! Tiara tidak sedar bila pula dia membelokkan keretanya ke dalam perkarangan penjara. Lantas, ketibaannya itu mengakhiri segala kisah silamnya yang sedih dan pedih. "Boleh saya berjumpa dengan tertuduh, Ahmad Halim bin Omar?"ucapnya kepada pegawai bertugas sambil menunjukkan kad kuasanya. Pegawai itu mengangguk-angguk lalu mengiringinya ke bilik pelawat. Sejurus kemudian, pegawai itu kembali bersama Halim yang digari rapi. Tiara dan Halim ditinggalkan berdua di dalam bilik sambil diperhatikan pengawas dari luar. Tiara letakkan fail-failnya yang besar di atas meja. Halim, duduk tanpa memandang wajahnya. Wajah Halim pucat dan cengkung tetapi mengandungi ego yang tidak terserlah. Tiara tersenyum sinis. Rasa seperti ingin meludah sahaja kepada lelaki itu. "Heh, lelaki sampahtak habis-habis membuat jenayah"cemuhnya keras. Halim tidak sedikit pun mengendahkan kata-katanya. Sebaliknya Halim leka melayan ayunan kaki di bawah meja. Hati Tiara menjadi panas dan terbakar. "Tak cukup dengan aku, ramai lagi anak-anak gadis yang ingin kau jadikan mangsaaku akan pastikan kes cabul kali ni, kau akan diheret ke tali gantung!" Tiara menghentak meja. Halim menguap malas. Menguap yang sengaja dibuat-buat. "Hei, jantan sialkau jangan ingat kau boleh menang kes ni lah! Ini Tiaralahpeguam yang tak pernah kalah dalam perbicaraan!" Wajah Halim tiba-tiba berubah menjadi sugul. Tiara tersenyum puas. Menduga marahnya kini membuahkan hasil. "Selepas ini, kau tak boleh bersenang lenang lagi..kau akan merengkok di dalam penjarabaru kau tahu langit tu tinggi ke rendah!" "Tiara"panggil Halim mendadak. Terdengar lembut dan sedih suara itu. Lalu marah Tiara melebur, Dia tatap wajah suram Halim. Wajah yang seperti telah begitu lama menanggung semacam jenis penderitaan. "Kenapa Tiara tidak pernah mahu mempercayai Alim?" Tiara tergamam. Tersentuh jadinya hati wanitanya. "Alim tidak pernah cuba menodai Tiaramalah Alim sangat menghormati Tiara" "Mengapa harus aku mempercayai penjenayah seperti kau, ha?"tingkahnya segera. "Kerana Alim sangat mencintai Tiara..sampai sekarang pun, cinta Alim tidak pernah berkurang" Dia diam. Sedikit terharu dengan pengakuan Halim yang jujur bunyinya. "Pada waktu itu, ketika Alim memegang seluar Tiara di bilik rehatAlim ingin selimuti tubuh TiaraAlim tak mahu orang tahu bahawa cikgu Kahar cuba menodai TiaraAlim tak mahu Tiara malu" "Bohong!"dia jadi kalut. "Cikgu Kahar malu bila Alim dapat tahu niat buruknyaAlim risau bila Tiara pengsan, lalu Alim pergi tengok TiaraTapi bila Alim masuk, Alim tengok cikgu Kahar sedang memeluk tubuh Tiara" "Bohong!"suaranya makin meninggi. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. "Cikgu Kahar terkejut tengok Alim ada kat situAlim tumbuk cikgu Kahar dekat muka, cikgu Kahar jatuh tetapi dia dapat lari" "Bohong!" "Alim pun capai seluar TiaraAlim ingin lindungi maruah Tiaratiba-tiba Tiara terjagadan cikgu Kahar pun datang dengan pengetua" Tiara menjadi seram sejuk. Air matanya tumpah membasahi pipinya. Tergigil-gigil dia mendengar cerita Halim. Takut ada, kalut pun ada. "Alim boleh terima kalau semua orang tuduh Alim jahatAlim boleh tahan kalau cikgu Kahar fitnah Alimtapi bila Tiara pun menuduh Alim sedemikian rupaAlim menjadi sangat terluka" Dia jatuh terjelepuk ke atas lantai. Tidak menduga sama sekali bahawa kenyataan akan menjadi begitu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia perlu mempercayai Halim pada kali itu. Namun, hatinya berkali-kali mengiyakan bahawa Halim tidak berbohong. Lebih-lebih lagi setelah melihat air mata seorang lelaki. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Aku telah memusnahkan hidup seorang insan yang tidak berdosa? Keangkuhan Tiara jatuh bertaburan ke atas lantai. Sekarang, dia ternyata kalah. Kalah kepada dirinya sendiri. Wahai Halim, maafkan diri ini Malam itu, Tiara berkunjung ke rumah Halim di kawasan hujung setinggan. Buruk dan usang nampaknya rumah itu. Dinding pun bertampal-tampal dengan bermacam jenis papan. Atapnya, bocor-bocor. Sungguhpun demikian, ketibaannya disambut dengan baik oleh ibu dan adik Halim. Mereka hidangkan Tiara dengan teh tawar. Kehabisan gula, kata mereka. Tiara mengangguk-angguk. Dia minum perlahan-lahan walaupun tekaknya berasa kelat. "Saya datang nak tanya, betul ke Halim tidak memperkosa lalu membunuh perempuan Indonesia tu?"begitu dia bertanya sebagai pembuka bicara.
Ibu Halim termenung bimbang bila dia menuntut jawapan. Perempuan tua itu mengeluh panjang, kemudian memandang Ida di sisi. "Alim tak akan buat macam tu, nak"ucap si ibu lemah. Dia mendengar dengan teliti. "Makcik tahu, Halim tu memang liar perangainyasuka buat kacau sana-sinitapi sejahat-jahat Halimdia tidak pernah menyusahkan orang lainmakcik sendiri, tidak pernah dia meninggikan suaraapatah lagi berkasar" Hati Tiara menjadi sayu . "Selama ini dialah yang menanggung makcikbekerja buruh mencari rezeki"
Mata Tiara sudah mula berkaca-kaca. "Ada sekali itu, dia gaduh dengan rakan kerja indonesianya masa di tapak binaan..dia tumbuk budak tulepas tu mungkin budak tu marah, lalu budak tu fitnah diabudak tu perangkap dia pergi ke tempat wanita Indonesia itu
dibunuh"

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Ternyata si ibu tidak betah untuk bercerita lagi kerana sebak di hati telah mendahului segala-galanya. Tiara mengebam-ngebam bibir menahan rasa bersalah yang amat sangat. Tidak tertanggung rasanya melihat penderitaan si ibu. "Abang memang suka tolong orangterlalu suka menolong orangsebab nak tolong orang sangatlah abang kena tipu sampai macam tu"sampuk Ida, meneruskan penerangan si ibu. Tiara keharuan. "Dulu, masa sekolah pun, abang ada nak tolong sorang perempuan..tapi akhirnya" "Cukup.."Tiara mengarahkan. Dia tidak mampu terus ditindih oleh rasa bersalah yang banyak. Kata-kata Ida telah menambah lagi rusuh di hati. Seperti segala dosa ini adalah terpikul di bahunya. Seperti dia yang telah menyebabkan segala-galanya berlaku. Dia yang patut dipenjarakan. Dia yang patut dihukum bunuh. Ya, dialah penjenayah yang sebenar-benarnya! Tiara pulang daripada rumah Halim dengan hati yang bengkak. Dia berjaga sepanjang-panjang malam kerana memikirkan hari esok. Esok adalah hari penggulungan hujah. Esok juga keputusan akan dibentangkan. Untuk dia berpatah balik, segala-galanya sudah terlambat. Pasangan peguam pendakwarayanya sudah tentu tidak akan bersetuju jika dia mengundur diri di saat-saat akhir. Mentelah pula dia tidak punyai apa-apa bukti untuk dikemukakan sebagai sandaran. Bukankah sebelum ini mereka begitu galak memutar belitkan fakta daripada saksi untuk memerangkap yang tertuduh, mengapa pula pada hari penggulungan yang penting ini, tiba-tiba dia ingin berpaling tadah?
Apa yang dapat dia lakukan sekarang ialah cuma berharap dan berdoaBerharap dan berdoa agar kesnya kali ini kecundang di tangan peguambela..biarlah dia kalah, tidak mengapa. Biarlah dia malu-semalunya, dia rela terima segala-galanya. Itu adalah lebih baik daripada menanggung dosa seumur hidup kerana menghukum seorang insan yang tidak bersalah. Menghukum seorang kekasih hati yang begitu mulia dan setia.
Apakah kejahatan yang paling kelampauan melainkan menzalimi seseorang yang telah berlaku baik kepada kita? Alangkah bodohnya dirinya. Keangkuhannya telah mengaburi matanya daripada melihat kebenaran. Oh Tuhan, ampunkanlah diri ini. Janganlah kerana dosaku ini, maka Halim dijatuhi hukuman maut. Esok tiba jua mengikut hukumnya. Dia dapat lihat wajah-wajah sugul terbit di sebalik sinar mata Halim, Ida dan si ibu. Suasana mahkamah menjadi suram sesuramnya. Semasa dia menggulung hujahnya, dia lihat erat-erat pada kelompok juri yang sedang mendengar dengan penuh berhati-hati. Kalaulah dia mampu, ingin sekali dia khabarkan kepada mereka, janganlah percaya dengan kata-katanya ini, semuanya dusta belaka. Kebenaran ada pada lidah Halim. Juga pada lidah si ibu. Juga pada lidah Ida. Kebenaran tidak ada pada lidahnya ini. Lidahnya ini lidah penipu. Lidah pendosa! Tiara tersentak tatkala Ketua Hakim mengetuk-ngetuk meja besar mahkamah dengan tukul besar, menandakan saat-saat pembacaan keputusan dan hukuman akan dijalankan. Serentak dengan itu dapat dia rasakan segenap mahkamah menjadi sepi. Begitu sepi sehinggakan terdengar dalam dirinya sendiri, jantungnya bergelojak kencang diusik gelora debaran yang datangnya bukan sedikit. Halim nampak tenang di dalam kandang tertuduh. Ida dan si ibu di kerusi hadirin juga nampak tenang. Yang tidak tenang cumalah dirinya sendiri. Dia berdoa-doa agar kes kali ini berpihak kepada Halim. O, Tuhan..tolonglah Ketua juri menyerahkan skrol keputusan kepada ketua hakim. Ketua hakim capai skrol itu lalu dibelek-belek buat seberapa lama.
Dahi Tiara berpeluh-peluh. Semakin lama semakin cemas jadinya. Skrol keputusan, bagai muntahan peluru menghambat mangsa. "Setelah perbicaraan dijalankan selama seminggu, dengan meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak..pihak pendakwaraya dan peguambela"Ketua hakim memulakan bicara. Tiara menarik nafas dalam-dalam. Tidak henti lagi hatinya berdoa ke hadrat Illahi. Janganlah Halim dihukum..Halim tidak bersalah. "Maka mahkamah menyabitkan bahawa tertuduh, Ahmad Halim bin Omar" Dia memejamkan mata. Darahnya terasa naik hingga ke kepala. "Didapati" Tiara kancing gigi kuat-kuat. "Bersalah"
Seluruh mahkamah bertukar menjadi riuh rendah dengan keputusan itu. Ada yang merungut-rungut. Ramai juga yang nampak berpuas hati. Ketua hakim sendiri terpaksa mengetuk tukul beberapa kali pada meja mahkamah, meminta seisi mahkamah supaya bertenang.
"Beliau akan dipenjara dua tahun sebelum dihukum gantung sampai mati"tambah ketua hakim lagi. Hati Tiara menjadi pilu. Tersangat pilu. Bila dia berpaling, dia mendapati Halim sedang memerhatikan dirinya. Terdengar juga suara Ida dan si Ibu meratap hiba. Borhan, pendakwaraya pertama tersenyum kepadanya. Borhan hulurkan tangan untuk berjabat.
"Tahniahkita menang"kata Borhan puas sambil mengemaskan dokumen-dokumen di atas meja. Dia mengangguk-angguk lemah. Memaksa diri untuk mengorak senyum. Beberapa orang rakan sejawatan turut mengucapkan tahniah kepadanya. Tetapi dia sedikit pun tidak berasa bangga. Malah ucapan-ucapan sedemikian menambahkan lagi pahit di kerongkongnya.
Halim dibawa pergi dari kandang saksi oleh dua orang anggota polis. Semasa melintasi diri ini, langkah Halim berhenti seketika. Halim membisikkan sesuatu ke telinganya.
"Tahniah, bukankah ini hajat Tiara..untuk melihat Alim dihukum mati? Terima kasih"
Air mata Tiara menitik-nitik. Tetapi semuanya sudah terlambat. Kepetahannya telah memakan diri sendiri. Tidak dia sangka, ini rupanya hadiah yang dia berikan kepada seorang kekasih yang sangat menyayanginya. Ini rupanya lagu yang dia nyanyikan buat seorang lelaki yang telah begitu banyak menderita lantaran keangkuhan seorang wanita.
Semasa Tiara melangkah pergi meninggalkan mahkamah, seolah-olah masih terdengar lagi di telinganya suara Halim berbisik-bisik;
Tiara;
Alim boleh terima kalau semua orang tuduh Alim jahatAlim boleh tahan kalau cikgu Kahar fitnah Alimtapi bila Tiara pun menuduh Alim sedemikian rupaAlim menjadi sangat terluka

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Kesinambungan Cerpen Tiara
Tiara II
Hinakah aku kerana mencintaimu sehingga kau melukai hatiku ini..

Semua orang mengatakan dirinya gila. Borhan pun begitu juga. Kawan-kawan sekerjanya juga mengatakan dia memang gila. Gila-segila-gilanya. Kata mereka, tindakan yang dibuatnya tidak waras. Kata mereka, tindakan yang dibuatnya tidak lain tidak bukan hanya sia-sia belaka. Kata mereka lagi, dia tidak langsung berpeluang mencapai hajatnya dengan bertindak sebodoh itu. Malah, menurut mereka tindakan bodohnya itu hanya akan mencemar maruahnya sebagai seorang peguam yang sangat disegani.
Sejak seberapa lama dia telah terpaksa menahan telinganya untuk berhadapan segala kritikan dan cemuhan kawan-kawannya. Mereka-mereka itu selama ini begitu banyak menyokong dan memujinya tiba-tiba sahaja menjadi pencerca-pencerca dominan apabila dia melafazkan pendiriannya untuk membuka semula kes perbicaraan Halim di mahkamah. Sebuah kes yang pernah dimenanginya kerana menyebelahi pihak yang bersalah dan mendustai pihak yang benar. Dan kerana kes itu jugalah, dia telah begitu lama ditindih oleh rasa bersalah yang bukan sedikit kerana menafikan hakikat, malah menunjangkan pula kebatilan.
Tiara merasakan dirinya begitu kecil pada ketika itu. Lebih-lebih lagi ketika ingin berhadapan dengan teman-teman sepejabatnya di dalam keadaannya yang terasing sedemikian rupa. Luntur segala kemegahannya sebagai peguam petah bicara. Lebur segala ego wanitanya. Kini dia menyedari bahawa memperjuangkan kebenaran itu bukan satu perkara yang mudah. Iya, sebuah perjuangan itu bukanlah perjuangan namanya jika ia tidak diakari oleh pengorbanan dan penderitaan.
Dengan hati yang sebal, dia melangkah masuk ke dalam pejabat. Melintasi wajah-wajah teman sekerja yang dengkel. Dia diperhatikan seperti seorang pendosa. Seperti seorang penzina yang sedang menanti hukuman rejam. Dia tidak tertahan untuk menentang mata mereka. Setiap kelibat bisikan-bisikan kecil mereka ternyata begitu pedih untuk dia hadapi. Dia tidak tahan untuk berhadapan dengan mereka semua.
Cepat-cepat dia melangkah pantas menuju ke dalam bilik kerja. Di situ, dia hempaskan segala resah di atas kerusi putar yang empuk dan mewah.
Baru dia ingin menarik nafas, tiba-tiba seseorang telah mengetuk pintu dari luar lalu terus meluru masuk tanpa menunggu kebenarannya.
Tiara tersentak melihat Borhan masuk. Borhan nampak gagah dengan persalinan sut kelabu mewah dari jenama Valentino Rudy. Namun wajah bingung Borhan ternyata mendahului segala-galanya.
"I tak percaya..sungguh-sungguh tak percaya"kata Borhan keras selepas bersandar pada kerusi tetamu bertentangan dengan Tiara.
Dia diam. Dia sudah menduga keadaan akan menjadi begini.
"I tak percaya you nak buka semula kes Halim di mahkamah"bentak Borhan lagi.
"Halim tak bersalah"ucapnya ringkas, lebih kepada membela diri sendiri.
Borhan terganggu.
"Mahkamah dah pun membuktikan bahawa Halim benar-benar bersalahkenapa pula you nak memandai-mandai tunjuk bagus?"
"Mahkamah bukannya Tuhan"
"Itu I tahutapi you ada bukti yang cukup ke untuk membela Halim?"
"Belum lagi"
"Habis tu?"
"I cukup berkeyakinan bahawa Halim tidak bersalah"
"Apa relevannya?"
"I percaya dengan Halim..Halim tak akan berbohong"
Borhan tersenyum sinis. Memandang Tiara dengan semacam penghinaan.
"Percaya sahaja tak cukup untuk dibawa ke mahkamahMahkamah tak akan terima you punya percaya tanpa bukti-bukti yang kukuh"
Pedih hatinya mendengar kata-kata Borhan itu. Namun dia kuatkan juga hati ini.
"Itu I tahutapi I akan berusaha.."balas Tiara dengan sepenuh keyakinan.
Borhan diam. Malas Borhan ingin melayan kedegilan Tiara yang dirasakan kurang nilai kewarasan.
"Hmm..kalau itu dah keputusan you..I tak boleh nak buat apa..Cuma kes kali ini I tak dapat nak tolong you"ujar Borhan sejurus kemudian.
"I boleh berdikariI tak perlukan you punya simpati"kata Tiara penuh berkeyakinan.
"Oh..begitu..kalau macam tu, kita jumpalah nanti di mahkamah"
Tiara tersentak.
"Apa maksud you dengan jumpa di mahkamah?"
Borhan mengulum senyum.
"I akan jadi you punya lawan"
Seriau seluruh tubuh Tiara mendengarnya. Muka Tiara pucat. Tangan Tiara tergigil-gigil. Sungguh tidak dia sangka Borhan akan bertindak begitu. Sungguh tidak dia sangka peguam hebat seperti Borhan tergamak mahu menentangnya di mahkamah. Jika demikian keadaannya, kesukaran yang bakal Tiara lalui tentunya akan semakin mendesak. Satu-persatu penyokongnya yang sangat-sangat diharapkannya tiba-tiba sahaja berpaling pergi, semata-mata kerana pertelingkahan mereka dalam membela Halim di mahkamah.
Sebaik sahaja Borhan pergi, Tiara menjadi seperti orang gila. Entah kenapa dia berasa sunyi. Tersangat sunyi. Sunyi kerana melalui saat getir yang sebegini. Saat di mana dia terpaksa berdiri sendiri. Tanpa sokongan daripada seorang pun.
Fikirannya kusut. Otaknya berserabut. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Di mana harus dia bermula dan bagaimanakah caranya.
Antara sedar dan tidak, waktu telah pun merangkak-rangkak menuju ke pukul satu tengah hari. Lenguh tengkok Tiara kerana begitu lama membelek fail perbicaraan kes Halim yang lepas. Jam di tangan Tiara berdetik-detik, sealunan dengan rentak perutnya yang lapar.
Lantas Tiara menangguhkan segala kerja. Fail di sisi dikatup keras. Dia lepaskan lelahnya dengan bersandar pada bahu kerusi. Dia renung pada siling pejabat yang kosong, siling yang cuma ditemani oleh lampu kristal bersinar jingga.
Sudah beberapa malam tidurnya terganggu. Sudah beberapa hari hidupnya tidak teratur. Sibuk benar dia ke sana ke mari. Semuanya semata-mata kerana ingin menebus dosa diri ke atas Halim yang sangat dia kasihi.
Dia yang telah menghumbankan Halim ke dalam mahkamah. Dia juga yang telah memusnahkan hidup Halim dengan sifat prejudisnya dan tohmahnya yang bukan-bukan. Jadi, biarlah dia sendiri menanggung segala kepayahan ini sendiri semata-mata kerana ingin membersihkan nama Halim. Semata-mata kerana ingin memulihkan hidup Halim yang malang. Biarlah semua orang mencemuhnya kerana tindakannya itu. Biarlah semua orang menghinanya kerana cuba membela seseorang yang ternyata bersalah di mata mahkamah. Biarkankerana mereka tidak mengenali betapa mulianya Halim sebenarnyaKalaulah mereka tahu.
Tiara bingkas daripada kerusi. Sudah tiba masa untuk dia makan tengah hari. Sesibuk mana pun dia, dia perlu makan. Dia perlu tenaga untuk meneruskan kerja. Selepas makan nanti dapatlah dia berusaha dengan lebih gigih lagi.
Semasa Tiara keluar daripada bilik, sekali lagi dia terpaksa berhadapan dengan muka-muka yang dengkel. Muka-muka yang memandangnya dengan penuh penghinaan. Tiara tahan sahaja hatinya yang sebal. Cepat-cepat dia menaiki lif, lalu turun ke tingkat bawah.
Dia perlu cepat. Ada banyak urusan yang perlu diselenggarakan. Pertama sekali, makan tengah hari. Keduanya, melawat ibu Halim di hospital. Ketiga, dia ada temujanji dengan seorang pemberi maklumat pada jam tiga.
Entahlah, banyak benar kerjanya. Kalau ingin diikutkan rasa penat, tak terdaya rasanya tubuh ini. Namun, lantaran oleh rasa tanggungjawab yang begitu menebal di dalam diri, dia gagahkan juga untuk melangkah.
Itu semua pun dia pelajari daripada kecekalan ibu tua Halim. Bila melihat wajah ibu tua yang penuh pengasih itu, luruh rasanya segala kepenatan. Lenyap pergi segala rasa resah di hati.
Namun, apakan daya, ibu tua itu sekarang sedang sakit. Semenjak Halim masuk penjara, sakit si ibu tua terus memberat. Batuk-batuk darah. Semuanya kerana kesilapan diri ini. Dialah yang telah menyebabkan ibu tua itu susah hati kerana memenjarakan Halim. Dialah juga yang menyebabkan sakit si ibu tua melarat. Jadi, atas rasa kemanusiaan, dia harus memikul segala bebanan dosa-dosa silamnya itu. Dia harus menjaga si ibu dan Ida sebagaimana Halim telah menjaga mereka sebelum ini.
Tiara terus melangkah keluar daripada pintu lif sebaik sahaja dia tiba ke destinasinya. Dengan pantas, dia mengorak langkah menuju ke pintu keluar Menara Sufian. Melintasi kelompok-kelompok manusia yang sedang berkejar dengan urusan masing-masing. Proton Wira hijau mudanya adalah sasarannya.
Ketika dia keluar, dia lihat Ida sedang menantinya di perkarangan bangunan dengan baju kurung longgar warna pudar. Wajah Ida nampak teduh. Mata Ida redup. Seperti sedang menyembunyikan sebuah kesedihan yang amat sangat.

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:


<!--
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-parent:"";
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
mso-bidi-font-size:10.0pt;
font-family:Arial;
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-ansi-language:EN-AU;}
@page Section1
{size:8.5in 11.0in;
margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;
mso-header-margin:.5in;
mso-footer-margin:.5in;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
-->
Kenapa Ida datang pada waktu-waktu begini? Ada apa pula hajatnya?
Tiara segera mendapatkan Ida. Baru sahaja dia ingin mengusap ubun-ubun Ida, tetapi Ida telah menerpanya terlebih dahulu. Ida dakap dirinya. Ida menangis teresak-esak.
"Kak Tiara"ucap Ida tertahan-tahan.
Tiara terpempan.
"Kenapa Ida?"tanyanya lembut. Dia sapu-sapu rambut Ida yang lurus panjang. Harapnya, dengan usapan itu, akan luruhlah segala kesedihan Ida.
"Mak Ida dah tiada kak"tersesak-sesak nafas Ida mengucapkannya.
Tiara kaget. Ya Allahtakdir apakah ini? Apakah ujian yang sedang kau uji kepada kami?
Tiba-tiba Tiara menjadi tersangat sedih. Tiba-tiba Tiara berasa kehilangan. Dan tiba-tiba sahaja wajah Halim terbit di ruang angkasa yang membahang dengan panahan mentari pukul satu setengah tengah hari.
Bagaimanakah andai Halim mengetahui berita ini?
Dapatkah Halim menghadapinya?
Aduh, pedihnya hati inikasihan Halim
Mati segala rasa lapar di perut Tiara. Lebih-lebih lagi setelah melihat wajah Ida yang sedih. Bermacam-macam kemungkinan bermain-main di benaknya. Semua itu sudah cukup untuk membuatkan dia menukar hajatnya, daripada mengisi perut yang kosong kepada berkejar mendapatkan jenazah si ibu tua di hospital bersama-sama dengan Ida.
Baru sahaja dia ingin melangkah, tanpa diduganya telefon bimbitnya berdering. Langkah Tiara terhenti. Ida di sisi hanya memerhati.
"Beginilah.."kata Tiara kepada Ida.
Ida mendengar sambil menyeka air mata.
"Ida pegi ke kereta dulukakak nak jawab telefon..kejap lagi kakak datangkereta kakak, kakak parking kat seberang jalan sana"begitu perintahnya sambil menunjukkan tempat di mana keretanya diletakkan.
Proton Wira Tiara, Tiara letakkan betul-betul di seberang sana. Di depan jalan besar yang penuh dengan kenderaan yang lalu-lalang. Juga penuh dengan orang-orang yang berduyun-duyun ingin ke tempat makan.
Ida cuma mengangguk-angguk. Tampak pasti dengan arah yang dia maksudkan.
Gadis remaja itu pun mencapai anak kunci kereta daripada tangan Tiara lalu melangkah longlai untuk menyeberangi jalan.
Tiara berpaling ke sisi. Dicapainya telefon bimbit dari dalam tas tangan. Siapa pula yang menelefon pada tengah hari begini. Mengganggu betul.
"Hallo?"ucap Tiara lembut.
"Hallo.."kedengaran suara seorang lelaki, parau dan kasar keluar dari gelombang telefon.
"Iya..Tiara bercakap ni"
"Sara ke tu?"kata suara itu lagi.
Tiara mendengus. Sedikit marah.
"Maaf, encik salah nombor nitakda orang bernama Sara kat sini"
"Oo..mintak maaf"
Tiara mengeluh hampa. Kecewa dengan panggilan yang tidak bermakna itu.
Belum sempat Ida mahu menyimpan kembali telefonnya pada tempatnya, tiba-tiba telinganya didorong pula ke arah sebuah bunyi dentuman yang memekakkan telinga.
Terkejut seluruh tubuh Tiara dibuatnya. Habis gugur telefon dari genggaman tangan. Namun Tiara biarkan sahaja kerana bunyi dentuman tadi lebih menarik perhatiannya. Lantas dia berpaling ke belakang, ingin meninjau dari mana datangnya bunyi tadi.
Namun, alangkah terkejutnya Tiara bila mendapati tubuh Ida bergelimpangan di atas jalanraya dengan darah yang terhambur, membuak-buak.
Ya Allah, Ida!
Senak seluruh perut Tiara menyaksikannya. Longlai kedua-dua lutut Tiara. Tiara terjelepuk ke atas tanah.
Tubuh Ida riuh-rendah dikerumuni oleh orang ramai. Pemandu kereta yang menjadi punca perlanggaran tadi tampak cemas dan terkial-kial ingin memindahkan Ida ke dalam kereta. Darah menitik-nitik ke atas jalan. Ida terkapar longlai.
Dalam celah-celah manusia yang hiruk-pikuk, Tiara kuatkan dirinya. Dia menyusup-sasap perlahan di kalangan mereka, mendapatkan kelibat Ida yang sangat dia sayangi. Dia tekup mulut dengan tangan kanannya menahan sedih.
Semasa dia tiba, dia lihat Ida sudah begitu lemah. Ida pasrah merelakan diri dipapah oleh si pemandu lelaki tadi , namun Ida masih mampu tersenyum. Sebelum sempat pintu kereta ditutup, dapat dia mendengar suara Ida berbisik.
"K..kakk..sampaikan s..salam Ida..p..pada abangb..bagi tahu d..dia..Ida s..sangat s..sa..sayang d..dia"
Tiara pejam mata erat-erat. Terasa hati ini dihiris-hiris. Ngilu dan pedih tusukannya. Ada air mata terhurai hangat mengalir pada permukaan pipinya.
Sekali lagi wajah Halim bermain-main di ruang matanya. Wajah seorang lelaki yang telah begitu banyak menanggung derita. Apakah semua ini begitu sukar bagi Halim? Mengapa nasib Halim semalang ini?
O Halim sayang
"Tiara;
Alim boleh terima kalau semua orang tuduh Alim jahatAlim boleh tahan kalau cikgu Kahar fitnah Alimtapi bila Tiara pun menuduh Alim sedemikian rupaAlim menjadi sangat terluka"


-- Edited by Mat tHe MatiCs at 14:32, 2009-01-20

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

"Tiara budak-budak"
"EiiAlimlah budak-budak"
"Tiara busuk"
"Alim lagi busuk!"
"."

Tiba-tiba sahaja langit bertukar warna. Mendung dan teduh bersilih ganti, membawa angin petang yang dingin.
Setiap kali angin berhembus lembut, daun-daun kering gugur dari pohonan bersama-sama kemboja putih yang merunduk layu menyembah bumi.
Tiara kancing gigi kuat-kuat. Dia tidak dapat lagi menahan sedihnya.
Pusara-pusara merah di depan matanya adalah dosa kesilapan keangkuhan dirinya. Tanah-tanah yang halus, mengambusi jenazah Ida dan si ibu adalah sebuah perlambangan kedegilan hati keras seorang wanita. Hati yang lebih keras daripada batu pejal..
Dia tidak mampu memaafkan dirinya. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukannya membuatkan dia menjadi sangat kecil diri. Sangat kecil hati. Dia rasa ingin merajuk. Tapi kepada siapa? Merajuk kepada takdir?
Dia rasa ingin lari. Lari jauh-jauh. Tapi ke mana?
Di mana-mana pun sudah tidak ada kesenangan-kesenangan lagi.
Dialah seorang gadis yang malang kerana dirajai oleh kejahilan dan kebutaan mata akalnya. Dia tidak perlu salahkan sesiapa kerana kemalangan ini. Dia sendiri yang telah menciptakan kemalangan untuk dirinya. Dia sendiri yang telah menzalimi dirinya.
Tiara bingkas perlahan-lahan. Berat rasanya untuk dia melangkah pergi, meninggalkan pusara Ida dan si ibu. Namun sudah lama dia di situ. Selama itu jugalah dia menghabiskan masa dengan menangis dan mengenang dosa-dosa semalam.
Tiara betulkan selendang jarang di atas ubun-ubun kepala. Dia berpaling kali terakhir ke arah pusara berdua, Kemudian berlalu pergi membawa hati yang sebal dan sesal.
Semoga damailah kalian di alam sana.
Semoga Tuhan mencucuri kalian dengan rahmatNya.
Halim di kurungan tidak akan diri ini abaikan
Akan diri ini menebus dosa-dosa sendiri dengan memperjuangkan nasib Halim

Sudah seminggu jenazah si ibu tua dan dan Ida disemadikan di alam baka. Selama seminggu itu jugalah kes Halim tertangguh daripada diuruskan. Tiara sendiri tidak berupaya melakukan apa-apa dalam tempoh itu. Dia perlukan masa untuk membina semula kekuatan diri. Hatinya telah patah selama ini kerana diterajang oleh kenyataan.
Namun pada hari itu, Tiara kuatkan juga hatinya. Tiara gagahkan juga untuk melangkah. Halim perlu dikhabarkan perkara sebenarnya. Halim berhak untuk mengetahui apa yang telah terjadi. Kes Halim juga harus diselenggarakan. Ini kerana hari perbicaraan semakin menjelang, dan bukti-bukti kukuh perlu digali sebanyak mungkin. Hanya inilah sahaja daya upaya yang dapat dia berikan untuk menebus kesilapan diri.
Dia pun melangkah dengan pasti sebaik sahaja tiba di pintu penjara. Ketibaannya pagi itu disambut oleh pegawai bertugas dengan senyuman tawar.
Dia dibawa dengan perlahan menuju ke bilik pelawat. Di situ, dia telah bertemu dengan Halim. Mereka duduk bertentangan pada sebuah meja kosong di tengah-tengah bilik. Mereka cuma dipisahkan oleh sebuah dinding jaring kotak-kotak yang besar. Bagi memudahkan perbualan, mereka telah disediakan sebuah telefon pada bahagian masing-masing.
Tiara menarik nafas dalam-dalam. Memerhatikan wajah Halim yang cengkung dan tubuh Halim yang susut. Namun begitu, Halim masih mampu tersenyum girang bila melihat dia datang. Dia tahu, Halim memang menanti kedatangannya. Halim memang benar-benar sedang merinduinya.
Tiara capai telefon di sisi. Halim pun begitu juga.
Mereka saling berpandangan. Tautan mata Halim terasa begitu menusuk sehingga tidak berupaya untuk dia menentangnya. Tiara rasa seperti ingin menangis. Tidak sanggup rasanya untuk dia menambah lagi sengsara pada wajah yang penuh derita itu dengan berterus-terang tentang kepergian si ibu tua dan adik tercinta.
"Tiara"kedengaran suara Halim lemah, memulakan bicara.
Dia menelan liur. Menahan bimbang dan resah di sanubari.
"Mak Alim macam mana? Dah sihatkah dia?"
Tiara menggigit bibirnya. Seriau seluruh tubuh ini mendengar pertanyaan Halim yang satu itu. Inilah dia pertanyaan yang sangat-sangat ingin dia mengelakkannya.
"Sebenarnya Tiara datang ni bincang pasal kes hari tu"ucapnya selamba, cuba mengawal perasaan.
Mata Halim mencerun, memandang tajam pada dirinya.
"Tiara dah jumpa beberapa orang pekerja Indonesia di tapak binaan dulu"
"Tiara..Alim nak tahu keadaan mak Alim"suara Halim sedikit meninggi. Agak keras bunyinya.
"Pekerja-pekerja tu cakap, mereka ada menyaksikan-"
"Tiara!"Halim mengherdik.
Tiara tersentak. Kecut seluruh tubuhnya. Wajahnya lantas berkedut seribu. Menyerlahkan segala sedih yang diselindungkannya selama ini.
"Tiara..cakap Tiaraapa yang dah berlaku? Kenapa Tiara taknak jawab bila Alim tanya pasal mak Alim?"suara Halim menjerkah. Terdengar seperti rayuan yang penuh pengharapan.
Rayuan seperti inilah yang meleburkan segala pendiriannya. Dia tidak sanggup mendengar Halim merayu lagi. Selama ini, Halim telah banyak merayu kepadanya tetapi tidak langsung dia endahkan. Lantaran itu, rayuan Halim pada kali ini tidak upaya untuk dia mengenepikannya.
"Tiara, apa yang dah terjadi?"suara Halim semakin lembut.
Dia serba salah. Dia pejam mata. Dia tahan hatinya yang sebak.
"Tiara minta maaf"ucap Tiara akhirnya, tersesak-sesak seluruh nafasnya.
Halim mendengar dengan bimbang.
"Mak Alim dah tiada"
Halim tergamam. Termenung seketika nampaknya lelaki itu.
"Ida juga dah tiada"
Gagang telefon luruh daripada tangan Halim. Muka Halim pucat, tersembam ke atas meja.
Tiara terkedu. Dia memerhatikan Halim dengan simpati yang bukan sedikit. Sempit dadanya ini hanya Tuhan yang tahu.
Betapa tidak tergamak untuk dia melihat kesedihan Halim. Betapa tidak tergamak untuk dia melihat Halim menelan segala kepahitan ini seorang diri.
"Tiara"panggil Halim tiba-tiba.
Tiara tersentak. Memandang Halim yang sudah pun mengangkat kepala. Mata Halim merah, wajah Halim suram.
Hati Tiara tersentuh.
"Tolong balik"ucap Halim kemudiannya.
"Hah,"
"Tolong biarkan Alim sendiri"
Dia menelan liur. Pahit dan kelat rasanya. Sepahit naluri ini yang dihiris-hiris.
Berat untuk dia menunaikan permintaan Halim itu. Ada banyak lagi perkara yang ingin dia bincangkan dengan Halim. Lebih-lebih lagi berkenaan hari perbicaraan yang semakin menjelang.
Namun dia menghormati permintaan Halim. Dia tahu Halim perlukan masa untuk menenangkan diri. Dia tahu, segala yang berlaku ini terlalu sukar bagi Halim. Dia tahu kehilangan ibu dan adik tersayang adalah sebuah pukulan yang maha hebat untuk seorang lelaki malang seperti Halim.
Lantas dia bingkas tanpa banyak bicara.
Bilik pelawat yang hening dan kosong ditinggalkannya sepi dengan Halim yang sedang melayan perasaan. Sambil dia berjalan pergi itu, sambil dia menyeka air matanya. Semakin dia mengenangkan nasib Halim semakin kesal rasanya diri ini. Dialah punca segala-gala kesusahan hidup Halim. Dialah penzalim yang tidak terperi zalimnya dalam sejarah manusia.
Emosi Tiara menjadi tidak keruan. Penat rasanya untuk terus dia melayan perasaan. Letih rasanya untuk terus dia berjuang mengharungi kehidupan. Setiap lakunya salah-salah belaka. Setiap tindakannya seringkali membawa petaka. Apakah ini takdir Illahi kepada keangkuhannya selama ini?
Hari sudah merangkak menjengah malam. Jarum jam makin pantas meniti senggat-senggat waktu. Dia masih lagi meneleku sendirian, di atas tangga batu dataran merdeka yang tampak klasik dengan sinaran warna-warna suram waktu malam kotaraya.

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Pasangan-pasangan yang berpeleseran sudah tidak segalak tadi lagi. Ramai yang telah beransur pulang. Membawa kenangan dan kemanisan masing-masing. Tinggallah dia di situ. Berfikir seorang diri. Masih cuba berfikir bagaimana caranya dapat dia mengatasi segala kebuntuan yang menghantuinya.
Esok, dia akan ke sini lagi. Di depan bangunan Sultan Abdul Samad yang berkedip-kedip dengan deretan lampu neon. Esok, dia akan membentangkan kes Halim yang telah cuba dipertahankannya dengan bermacam-macam susah-payah. Esok, bermulalah perjuangan Tiara yang paling utama. Membela diri Halim yang tidak bersalah.

"TiaraAlim sangat sayangkan Tiara"
"Tiara pun"
"Tiara bohong"
"Tak, Tiara tak bohong"
"Kalau Tiara tak bohong, kenapa Tiara buat Alim macam ni?"
".."

Tiara mendengus. Dingin pula rasanya sekujur tubuhnya bila berembun sebegitu dalam lewat malam di kota Kuala Lumpur. Lantas dia bingkas. Menjeling seketika pada jam tangan yang sudah lewat ke pukul dua belas.
Ah, dia perlu pulang. Walaupun hati susah, kehidupan kena juga diteruskan.
Begitulah hari-hari yang Tiara lalui. Penuh dengan kesuraman dan kemurungan. Kes perbicaraan Halim turun naik tidak menentu. Kadang-kadang nampak macam kemenangan akan menjadi miliknya. Kadang-kadang perbicaraan seperti berpihak pula kepada Borhan.
Hari itu, genaplah hari kelima perbicaraan Halim di mahkamah.
Dia melangkah longlai masuk ke dalam dewan perbicaraan. Semasa mengambil tempat di ruang peguambela, sempat dia melirik kepada Borhan di meja sana. Borhan memandangnya dengan sinis. Kemudian dia perhatikan pula Halim di dalam kandang tertuduh. Halim tidak banyak berubah seperti hari-hari yang sebelumnya. Tetap sugul dan banyak memandang ke bawah. Seperti sengaja ingin melindungkan kesedihan hati yang terpendam.
"Mahkamah bersidang sekarang"begitu ucap ketua Hakim sambil mengetuk-ngetuk meja dengan tukul besar di dalam genggaman.
Borhan bingkas, mengambil giliran untuk membentangkan hujah. Lelaki itu nampak begitu berkeyakinan dan teguh dengan kepercayaan matlamat sendiri.
"Yang Arif, izinkan saya memanggil saksi yang ketujuh"begitu ucap Borhan sebaik sahaja ketua Hakim memberikan keizinan.
Seorang lelaki bingkas dari ruang belakang mahkamah mengikut isyarat tangan Borhan. Lelaki pertengahan umur itu melangkah kemas masuk ke dalam kandang saksi.
Cikgu Kahar?
Tiara berkerut kening. Hatinya lantas menjadi gusar. Apa pula yang dibuat oleh cikgu tua celaka ini di sini? Tidak cukupkah dia memfitnah Halim suatu masa dahulu? Fitnah apa lagi yang ingin si tua kutuk ini semburkan?
Jijik Tiara melihat Cikgu Kahar mengangkat sumpah. Entah boleh dipakai atau tidak sumpah si pendusta itu.
"Hmmencik Kahar, sila jelaskan hubungan awak dengan tertuduh kepada mahkamah"ucap Borhan memulakan bicara.
"Saya adalah cikgu pendidikan jasmani tertuduh semasa tertuduh dalam tingkatan lima"
"Dalam tempoh itu, apakah tinjauan awak dengan perkembangan sahsiah si tertuduh, amnya kepada sekolah dan khususnya dengan diri awak sendiri"
"Pada saya, si tertuduh adalah seorang pelajar yang terukDia tidak pernah menghormati guru-gurunya malah bersikap liar kepada kawan-kawannya"
"Boleh terangkan kepada saya apa maksud bersikap liar kepada kawan-kawannya?"
Pada ketika itu, kata-kata Cikgu Kahar terhenti sejenak. Sengaja cikgu Kahar memandang Tiara di ruang peguambela. Kemudian, lelaki itu pandang pula Halim di dalam kandang tertuduh .
Tiara pula tidak dapat lari daripada berasa cemas tatkala menanti jawapan cikgu Kahar. Bimbang rasa hatinya ini sekiranya cikgu Kahar menceritakan peristiwa hitamnya di bilik rehat, ketika dia hampir-hampir dinodai orang. Tentu malu yang bertandang tidak akan dapat dibendung lagi kalau segalanya terbongkar kelak.
"Encik Kahar, saya bertanya niapa maksud dengan bersikap liar kepada kawan-kawannya?"Borhan menekan suara apabila pertanyaan sebentar tadi tidak berjawab.
Cikgu Kahar tersentak.
"Err..maksud saya"tergagap-gagap cikgu Kahar disergah pendakwaraya.
Tiara sendiri cuba pejamkan matanya erat-erat. Kecut seluruh anggota ini untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang sangat-sangat menakutkan hati wanitanya.
"Maksud saya, tertuduh pernah cuba memperkosa seorang pelajar wanita"cikgu Kahar menyambung.
Nah, segala apa yang ditakutinya terserlah sudah. Tiara tekup mulutnya menahan gementar yang bukan kepalang.
"Boleh saya tahu siapa nama pelajar yang menjadi mangsa itu?"Tanya Borhan sinis, sengaja ingin memerangkap Tiara.
Tiara kancing gigi kuat-kuat. Akan tetapi, tiba-tiba dia mendapat satu akal. Lalu dia bingkas.
"Bantahan yang Arif!"ucapnya mendadak menyentak segenap pelusuk sidang mahkamah.
Ketua Hakim mendongak memandang Tiara.
"Nama si mangsa tidak ada kena-mengena dengan kes iniadalah wajar jika kita memelihara maruah si mangsa"
Mahkamah menjadi sepi, Menanti keputusan ketua Hakim.
Sejurus kemudian Ketua Hakim pun bersuara;
"Bantahan diterima"
Lega hati Tiara mendengarnya. Sejuk seluruh perasaan ini dengan keputusan ketua Hakim.Kini dia dapat duduk kembali dengan hati yang tenang.
Borhan mengetap bibir, tanda tidak puas hati dengan keputusan ketua Hakim. Namun, perbicaraan terpaksa diteruskan juga oleh Borhan dengan rentak yang berlainan. Cikgu Kahar pun menjawab setiap soalan Borhan dengan pelbagai pembohongan yang menyakitkan telinga Tiara. Setiap hujah, Borhan putar-putarkan melalui bicara yang pedas dan licik. Tidak sanggup Tiara menghadapi permainan ini. Manusia sesama manusia mempergunakan undang-undang demi kepentingan sendiri.
"Yang Arif, saya tiada apa-apa soalan lagi"Borhan mengakhiri sesi soal jawabnya dengan cikgu Kahar.
Tiara mengurut dada bila melihat cikgu Kahar turun daripada kandang saksi. Lelaki itu berlalu sambil mencuri-curi pandang kepada diri ini. Apakah lagi yang dimahukan oleh si tua gatal itu? Apakah dia masih menyimpan nafsu serakah yang buas kepada diri ini?
"Borhan!"begitu panggilnya kepada teman seperjuangannya sebaik sahaja mahkamah menangguhkan perbicaraan.
Borhan yang baru sahaja ingin masuk ke dalam kereta, berpaling mendadak, menyahut panggilan Tiara tadi.
"Hmm..Tiara, ada apa? Sudah mahu mengaku kalah ke?"ucap Borhan sinis.
Sakit hati Tiara mendengarnya.
"You memang gilayou memang ada hati nak memalukan I masa di court tadi.."Tiara menepuk keras dada Borhan yang bidang.
Borhan tersenyum mengejek.
"Heh, that's my style.I akan lakukan apa sahaja untuk menang"
"You memang binatang."Tiara menahan geram.
"I tahuyou ada hati dengan penjenayah tu, kan?"
Tiara gugup. Terkelu seluruh lidahnya kerana dugaan Borhan yang secara serkap jarang.
"Hamemang betul I cintakan dia, so what?"balas Tiara dengan nada terkilan.
"Otak you ni memang dah tak betuldah sewel..tak pernah ada orang dalam dunia ni yang nak mencintai orang jahat, cuma you aja yang mengubah sejarah"
Tiara terpempan. Sedih hatinya mendengar Borhan mencemuh Halim.
Borhan menggeleng-geleng kepala. Tanda tidak mengerti dengan keanehan perilaku Tiara. Malas Borhan ingin melayan karenah Tiara. Cepat sahaja lelaki itu menguak pintu Toyota Camrynya lalu menghilang pantas, meninggalkan Tiara terkedu sendirian di muka jalanraya yang panas dan membahang.
Tiara kebam bibir kuat-kuat. Tiara lihat bayang-bayangnya jatuh menimpa permukaan bumi yang keras dan berbatu. Pada ketika itu, Tiara benar-benar cukup terhina. Terasa seperti dia adalah seorang gadis yang terlalu suka bermimpi. Mengharapkan keajaiban berlaku setiap masa. Sedangkan hakikatnya, semua manusia sudah bersepakat menudingkan jari bahawa Halim adalah bersalah. Hanya dia yang terkial-kial membela seseorang yang sudah pasti akan kalah.
Tiba-tiba dia ingin menangis.
Wahai hati kuatlah!
Wahai diri, cekalkanlah!
Tiara meneleku lagi, seperti kebiasaan yang selalu dilakukan semenjak kebelakangan ini. Ruang bilik guamannya yang dingin dengan hembusan air-condition, sedikit pun tidak mampu menyurutkan kekalutan yang sedang bersarang di dalam kepala.
Hari sudah semakin meninggi. Matahari semakin menggalah. Setinggi dan segalah harapan dan impiannya untuk melihat Halim dibebaskan. Teman-teman sepejabat sudah ramai yang keluar mengambil makan tengah hari. Cuma dia sahaja yang tidak begitu terdorong untuk makan seperti yang lain.

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Dia sebenarnya runsing. Kes perbicaraan Halim sudah hampir ke kemuncaknya tetapi dia masih belum lagi dapat mencari bukti yang benar-benar kukuh bagi mempengaruhi mahkamah. Hujah-hujahnya tidak sekental hujah-hujah Borhan. Kata-katanya tidak selicik Borhan. Malah dia hampir-hampir pasrah kepada kehandalan Borhan menguasai mahkamah. Dia hampir-hampir mengalah kepada kebijaksanaan Borhan.
Tiba-tiba pintu bilik Tiara diketuk. Tiara tersentak.
"Masuk"perintahnya.
Norita, setausaha kanannya masuk dengan kemas.
"Cik Tiara"ucap setiausaha itu.
"Iya?"dia mengangkat kening.
"Ada orang nak jumpa cik.."
"Siapa?"tanyanya hairan.
"Saya tak tahu cik..katanya ada hal penting"
"Hmm..kalau gitu, panggil dia masuk"
Norita mengangguk-angguk.
Sejurus kemudian, seorang wanita awal tiga puluhan terjengul di dalam bilik Tiara yang sarat dengan pelbagai fail-fail besar.
Tiara mengamat-amati wanita itu dari atas hingga ke bawah. Seorang wanita Indonesia yang berkulit gelap. Pakaian bunga-bunga besar yang wanita itu kenakan nampak ringkas tetapi menarik. Rambut wanita itu lurus tetapi dijerut rapi dengan gelang getah.
"Ada apa yang boleh saya tolong?"ucap Tiara mendadak, memecah hening yang sedang bermaharajalela.
"Saya..saya Sunarti.."balas wanita itu perlahan dan gugup.
Tiara mengangguk, tanda mengerti.
"Saya pernah menyaksikan kes pembunuhan kawan saya dahulu, di tempat kejadianHalim tidak bersalahorang lain yang bunuh kawan saya"begitu tambah wanita itu.
Hati Tiara berbunga. Ini peluang baik nampaknya.Dia telah menemui saksi yang dicari-cari selama ini. Lantas dia menjemput Sunarti duduk. Mereka perlu ada perbincangan yang panjang untuk perkara ini.
Syukur kepada Tuhan yang telah mendatangkan seseorang seperti Sunarti pada waktu-waktu begini.
Tiara tersenyum puas sebaik sahaja Sunarti pulang. Hatinya gembira kini. Peluangnya untuk menang besar di mahkamah telah menjelma. Peluangnya untuk melihat Halim dibebaskan semakin tampak pasti.
Heh, Borhan..siaplah kau nantilihatlah siapa Tiara yang sebenarnya
Tiara bingkas. Perkara sebaik ini perlu dikhabarkan kepada Halim secepat mungkin. Dia mahu Halim gembira. Gembira seperti dirinya. Dia mahu Halim sedar bahawa mereka akan menang dengan pertolongan Sunarti. Menang dan seterusnya dibebaskan daripada segala kesedihan dan kepedihan ini.
Tiara tidak sedar betapa pantasnya dia tiba di penjara. Jam di tangannya baru lewat pukul tiga petang. Cepat sahaja dia melangkah menuju ke arah sasarannya. Tidak sabar-sabar dia mahu mengkhabarkan berita baik ini kepada Halim. Tentu wajah Halim yang teduh itu, kali ini akan disinari dengan sinar harapan dan kebahagiaan sebaik sahaja dia bercakap nanti.
Mereka bertemu lagi di dalam bilik pelawat. Entah pertemuan kali ke berapa dalam tahun itu. Malas Tiara ingin menghitungnya.
Tiara pandang wajah Halim. Dia tidak peduli wajah Halim yang murung. Dia tahu, sebentar lagi wajah murung itu akan ceria.
Tiara menarik nafas dalam-dalam. Membina kekuatan dan keyakinan diri.
"Alimkita dah jumpa seorang saksi sewaktu pembunuhan tu"ucap Tiara girang.
Namun, Halim masih seperti tadi. Sugul dan kelam.
"Nama dia Sunartidia kata Alim tak bersalahdia nampak peristiwa tu dan dia bersedia menjadi saksi"
Masih sugul dan kelam lagi.
Kenapa pula dengan Halim ini? Apakah berita ini tidak cukup untuk menggembirakannya?
"Tiara"panggil Halim tiba-tiba. Berat dan menghambat bunyinya suara itu.
Tiara tersentak. Lain macam rasanya reaksi Halim pada kali ini.
"Tadi, Borhan ada datang sini"sambung Halim perlahan.
Berderau hati Tiara mendengar nama Borhan disebut.
"D..dia nak apa?"tanya Tiara tidak senang.
"Dia dah bagi tahu Alim segala-galanya"
Dahi Tiara berkerut seribu. Kehairanan.
"Pasal perkahwinan Tiara dengan Borhan tak lama lagi"
Tiara kaget. Sejuk seluruh tubuh kecilnya. Berpeluh-peluh dahi Tiara dengan ucapan Halim Tidak dia sangka bahawa berita ini boleh sampai kepada pengetahuan Halim.
Apakah tujuan Borhan menceritakan perkara ini kepada Halim? Apakah niat jahatnya?
"Tiara"panggil Halim lagi.
Tiara mendongak. Matanya sudah pun berkaca-kaca.
"Kenapa Tiara tipu Alim?"tambah Halim lembut.
Tiara menggigit bibir. Dia benar-benar ditindih oleh rasa bersalah. Dia tidak tahu apa yang harus dia jawab.
"Kenapa Tiara sembunyikan semua ini daripada Alim?"
Tiara bingung. Basah pipinya dengan air mata yang hangat.
"Apakah Tiara mahu bebaskan Alim hanya untuk membuat Alim supaya dapat menyaksikan majlis perkahwinan kalian?"
Hati Tiara tersesak.
"Mengapa Tiara tidak pernah jemu-jemu mahu melukai hati Alim?"
Tiara tidak tertahan lagi. Lantas dia dongak. Dia biarkan sahaja matanya sembab. Dia tidak kisah Halim menyaksikan semua itu. Biar Halim tahu betapa dia mencintai Halim dengan sepenuh jiwa. Namun, apakan daya.
"Alim.."kini gilirannya pula bersuara.
Halim diam.
"Tiara minta maaf"ucapnya berat.
Halim melihat dengan sayu.
"Tiara minta maaf kerana merahsiakan semua ini"
Tiara menelan liur. Terasa pahit di kerongkong ini.
"Tiara tak mahu Alim putus harapanTiara terpaksa mengikut pilihan keluarga..mereka mahu Tiara berkahwin dengan orang-orang yang baik"
Halim mengebam bibir. Menahan pedih dengan kata-kata Tiara.
"Tapi janganlah Alim sangka bahawa Tiara sudah tidak mencintai Alim lagi"
"Alim masih lagi di hati Tiara, masih di takhta yang teratas"
"Walaupun Tiara berkahwin dengan Borhan nanti..pada masa itu kelak, Tiara tetap juga akan mencintai Alim sampai bila-bila"
Tiara menangis teresak-esak. Tidak sanggup untuk dia membendung rasa bersalah yang begini besar.
Halim tiba-tiba tersenyum sinis. Halim dongak dari murungan yang lama.
Tiara menjadi hairan.
"Kalau macam tu cakap Tiara"ucap Halim sambil menarik nafas.
"Tak payahlah Tiara bebaskan Alim"sambung Halim perlahan.
Tiara terkedu.
"Alim"suara Tiara tenggelam di dalam tenggorok.
"TiaraAlim telah banyak kehilangan dalam hidup ini"
Tiara menahan sebak.
"Alim telah kehilangan pelajaran..Alim telah kehilangan kejayaan hidup..Alim telah kehilangan ibu dan adik yang sangat Alim sayangi"
Telinga Tiara terasa bingit. Hati Tiara dikelar-kelar.
"Namun semua itu dapat Alim hadapi walaupun pedih"
"Tapi"Halim menangguhkan kata-kata. Mata Halim mencerun ke dalam mata Tiara yang basah.
"Tapi Alim tak kuat untuk mengalami kehilangan lagi..Alim tak mampu untuk menghadapi kehilangan Tiara"
Naluri Tiara tersentuh. Tiara tunduk memandang lantai. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Bagaimana caranya baru dapat dia menyurutkan segala rasa bersalah ini?

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Hari penggulungan hujah
Tiara melangkah longlai masuk ke dalam mahkamah sebaik sahaja waktu rehat berakhir. Jam di tangan baru merangkak kepada sebelas pagi. Namun, resah di hati ini masih belum lagi berkurang. Sejak seminggu yang mendatang ini, hati Tiara seperti air batu. Sejuk dan membeku kerana melihat wajah Halim yang bungkam.
Tiara tidak mampu berasa senang walaupun perbicaraan kes tampak semakin pasti. Pasti dengan memungkinkan kemenangan Halim. Borhan sendiri seperti mahu mengalah. Memberi ruang kepada dirinya untuk berdiri. Semuanya tampak semakin meyakinkan.
Tiara duduk pada kerusi peguambela. Juri-juri beransur masuk mengambil tempat di ruang juri. Tiara paling ke sisi. Borhan tersenyum padanya. Memberi sokongan padanya bahawa Tiara mungkin menang. Kemudian Tiara paling pula kepada Halim di dalam kandang tertuduh. Halim tunduk memandang lantai.
Tersedik pilu di hati ini dengan penderitaan Halim.
Tidak mengapa Halimselepas ini kita mungkin menang..kita akan membina kehidupan baru selepas itu
Tiara tersentak apabila ketua Hakim masuk ke dalam mahkamah. Semua sidang bingkas memberi hormat. Sebaik sahaja ketua Hakim duduk, sidang mahkamah pun duduk juga.
Tiara lihat lagi wajah Halim. Alangkah suramnya wajah itu!
Ketua juri bingkas dari posisi. Lelaki berkot kelabu itu melangkah kemas menyerahkan skrol keputusan kepada ketua Hakim.
Ketua Hakim menyambut skrol itu lalu membelek-beleknya buat seketika.
Hati Tiara berdebar-debar. Antara impian dan pengharapan.
Segenap mahkamah menjadi sepi. Sepi sesepinya.
Deheman Ketua Hakim membangkitkan lagi rasa gementar di dalam hati setiap sidang mahkamah.
Ketua Hakim buka skrol di tangan lalu bersedia untuk memulakan sesi pembacaan keputusan. Tiara menarik nafas dalam-dalam, menahan rasa gemuruh yang berdendang-dendang di dalam hati ini. Buat keskeian kalinya, dia berdoa ke hadrat Illahi agar mendatangkan kemenangan buat dirinya.
"Setelah meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak"ketua Hakim memulakan.
Tiara diam. Halim tunduk. Borhan bertenang.
"Mahkamah mendapati"
Sunarti dari belakang memandang sepi. Tiara mengangguk bila lihat Sunarti mengangguk.
"Bahawa yang tertuduh, Ahmad Halim bin Omar"
Segenap mahkamah menanti.
"Didapati"
Dahi Ketua Hakim berkerut seribu.
"Tidak bersalah"
Mahkamah menjadi riuh rendah. Tiara mengulum senyum kerana gembira. Lapang hatinya dengan keputusan Ketua Hakim. Lega rasanya mendengar segala-galanya. Borhan di samping hanya tersenyum tawar, mengakui kehebatan Tiara di gelanggang mahkamah.
"Yang Arif, nanti dulu!"
Tiara tersentak. Borhan juga tersentak.
Halim di kandang tertuduh tiba-tiba berdiri teguh memandang ketua Hakim. Ketua Hakim menanti kata-kata Halim yang secara mendadak itu.
Segenap mahkamah sepi kembali. Menunggu kata-kata selanjutnya dari Halim.
Hati Tiara bukan main runsing lagi bila melihat Halim sebegitu. Sangkaan buruk yang bukan-bukan bermain-main di dalam akal fikirannya.
"Saya ingin mengubah kembali pengakuan saya."ucap Halim dengan ketegasan yang sengaja dibuat-buat.
Tiara terkebil-kebil.
"Saya mengaku bahawa saya bersalah..Saya mengaku bahawa sayalah yang telah memperkosa si mangsa lalu membunuhnya!"
Segenap mahkamah menjadi gamat semula. Segamat hati Tiara yang berkecai-kecai, ibarat kaca terhempas ke batu. Ketua Hakim terpaksa mengetuk tukulnya berkali-kali bagi menenangkan keadaan.
Tiara terduduk kembali ke atas kerusi. Dia pandang wajah Halim yang basah dengan air mata. Dari sinar mata Halim, dia dapat lihat bahawa lelaki itu begitu kecewa. Sebuah kekecewaan yang maha dalam.
Wahai Halimkenapa Halim buat begini?
Sampai hati Halim.
Mengapa Halim begitu bodoh?
Tiara meramas-ramas rambutnya yang lurus. Mata Tiara berkaca-kaca. Tiara benar-benar kesal kerana melakukan sebegini kepada Halim. Dia telah mencurangi Halim sehingga Halim menjadi tersangat kecewa.
Halim, maafkan Tiara
Tiara, Halim telah lama memaafkan Tiara.
Tiara, terima kasih kerana mengajar Halim akan erti cinta
Terima kasih juga kerana mengajar Halim akan erti derita
Selamat pengantin baru Tiarabersama dengan orang yang baik-baik

Terima kaih, Tuhanku..

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

ade ralat sikit..
skali aku tak post habis daaa...
rupenye GC nie ade limited character untuk post...
so aku dah pecah-pecahkan, dah jadi cite penuh...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

aku bace sampai abes..sedihla...mane cerpen ko dpt ni mat?? not bad la utk dibacekan time2x lunch...

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

ko bace sampai abis???
usah kencing la fizie...
buku teks sejarah pon ko ak pernah khatam...
buku teks geografi ko tak pernah bukak....
nocel ko bace sampai abis plak???
dah laaa....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

Mat tHe MatiCs wrote:

ko bace sampai abis???
usah kencing la fizie...
buku teks sejarah pon ko ak pernah khatam...
buku teks geografi ko tak pernah bukak....
nocel ko bace sampai abis plak???
dah laaa....




ya allah swt..sumpah demi agamaku en. mat..aku bace sampai abes dan aku paham betol2x..dlm cite ni nk buat mcm mane...kesimpulannye..setiap org mudah berubah pikiran tapi kekal dlm ingatan..aku jujur mat..mmg katam aku bace cerpen ko ni..tersentuhhhh hati kuuuu!!

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

iskkk...iskkk... macam tak percaya plak Fizie bace novel...
aku post jer...
sebab nak bace malas...
tengok ruangan nie macam lame sunyi..
saje kasik ceria...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

Mat tHe MatiCs wrote:

iskkk...iskkk... macam tak percaya plak Fizie bace novel...
aku post jer...
sebab nak bace malas...
tengok ruangan nie macam lame sunyi..
saje kasik ceria...




itu la..mule2x mmg aku tak nak bace sgt..aku bace la skit..tapi bile aku paham betol2x mmg sonok cite yg ko postkan ni..series..kalo hayati betol2x ni mmg kisah percintaan yg hancur atas sikap sendiri...ko dpt dari url ke atau buku ko taip sendiri mat?

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

aku taip??? kreatif betul aku....
plus plus rajin...
copy paste dari email jerk...

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

oh! bangga nye dengan abang fizie ni...
x sangka ye...rajin jugak ye abg fizie ni....
yelah...slama ni zati dekat dgn abg fizie slalu bau busuk sbb malas nak basuh spentot...
zati fikit abg fizie ni memang pemalas dlm semua aspek....
tulun...lah cerita kan kat zati...
malas lah nak baca....

__________________

Siapa Adamku??? 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

nur izzati wrote:

oh! bangga nye dengan abang fizie ni...
x sangka ye...rajin jugak ye abg fizie ni....
yelah...slama ni zati dekat dgn abg fizie slalu bau busuk sbb malas nak basuh spentot...
zati fikit abg fizie ni memang pemalas dlm semua aspek....
tulun...lah cerita kan kat zati...
malas lah nak baca....




ni kisah percintaan..hamba allah ni dah bercinta dari zaman sekolah n then si lelaki tu ade buat 1 masalah sehingga hancur rumahtangge die..mmg sonok cerpen ni..abg paham tapi nk cite agak payah sbb kalo cite pun jadi panjang lebar lebih dari mat post tu...so kalo nk tau further..iza bace sendiri la..betol tak mat??

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

huhuhu..penatnye baca..
da cakit pale ni ha...
dgr cite lg besh kot dr mmbaca ni..

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

pnt la na bace.. esok2 ak smbung bace la...
na tgeliat urat kentut bile bace citer ney... adeh...


__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

camni la mai,....
suh je abg mat tu cite sinopsis nye...
wa pn da xlarat bace,,,
da nek juling mato den ni haaaaa

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

kitkcad...
baca lah dulu....
sedih giler cite ni....
boleh ambil pengajaran....


__________________

Siapa Adamku??? 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

demi abg mat yg tcinta (jiwang iket..)
ak snggu putus urat kuntut skali pown
utk bace coretan cerite novel beliau...


__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

nur izzati wrote:

kitkcad...
baca lah dulu....
sedih giler cite ni....
boleh ambil pengajaran....





alorhhhh zati..awl2 bca da bajet dat guy xrogol tiara...
pastu bla bca mmg betul la plak..
nk bca smapi abes..
xsmpat..coz....
mato den ni ha da nek juling ni....

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

kitkcadbury wrote:

nur izzati wrote:

kitkcad...
baca lah dulu....
sedih giler cite ni....
boleh ambil pengajaran....





alorhhhh zati..awl2 bca da bajet dat guy xrogol tiara...
pastu bla bca mmg betul la plak..
nk bca smapi abes..
xsmpat..coz....
mato den ni ha da nek juling ni....


ape kate cube bace dulu sampai abes..cite ni menarik..leh jadi pengajaran jugak tau!!

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz

1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard