Berikut adalah video seorang ahli PKR iaitu Irene Santiago yang berkempen untuk PKR dihadapan orang2 bukan Islam dan membuat cerita dan mempersoalkan kenapa bahan-bahan bacaan kristian tidak boleh ditulis dalam bahasa melayu dan kenapa perkataan Allah tidak boleh digunakan didalam bahan cetakan mereka. Irene berucap dihadapan pemikin tertinggi PKR iaitu Dato' Seri Anwar, tetapi Dato' Seri Anwar hanya diam seribu bahasa tidak memperdulikan kata-kata itu... majlis yang banyak memperkatakan tentang agama ini juga dipenuhi arak sebagai juadah untuk tetamu.
Sudah sampai masanya mereka yang menyokong parti ini (PKR) supaya menghentikan menyokong kerana jikalau anda menyokong, anda juga menyokong pengiktirafan perkataan ALLAH digunakan di dalam bahan cetakan kristian dan dakwah2 Kristian. Saya sampaikan ini bukan sebagai bahan politik, tetapi sebagai peringatan sesama Islam, kerana apa yang diperkatakan oleh Irene ini sudah menyimpang jauh dari politik dan sanggup menghina agama lain demi mencapai cita-cita politiknya, dan yang lebih menyedihkan lagi, ketua mereka yang beragama Islam hanya diam tidak membetulkan keadaan...
Harap mereka yang menyokong PKR dalam forum GC ni sila lihat dahulu video ni dan selepas itu buatlah pertimbangan sebaiknya, jangan abaikan video ini... demi agama Islam kita yang tercinta...
Wallahualam..
__________________
Ingatlah bangsaku, jangan sampai kita menjadi hamba! Ingatlah... Ingatlah...
kepada akumelayu,kenapa tak masuk gengpolitik dan postkan posting nie..kat sana.aku rase tak sesuai kat sini.. tapi taktawla...serahkan kepada ceo jerk.
uih... akumelayu create 2 topik politik eee... aku sebagai CEO gengcerita mengarahkan encik akumelayu supaya tidak lagi membuka topik berkaitan dengan politik. Sekiranya encik kepingin jugak, sila masuk http://gengpolitik.tk untuk meluahkan perasaan encik... sini forum sukaria je...
tapi takpe.. topik ni aku bagi beberapa hari ada kat sini... kalau agak tak terkawal.. aku delete..
dahaga plak.. jom la princess sesuka.. abang rie belanja air oren kat rumah abang...
tapi abang...saya tak dahaga air oren abang tue, saya dahagakan kasih-sayang dan belaian manja abang... muahahaha..betul,,betul,sila ikut saya masuk gengpolitik, kat sana bebas berpolitik..kat sini pulak untuk sukaria je..
ehem....ehem...!! haku rasa cam nak ckp laa bab politik nih....
seblom tue haku nak tanya laa.... betul ke mamat anuar tu kat situ?? atau pun video nie telah diedit? sebab banyak wording si irene nie yg diskip2kan... haku cuma sokong yg benar... kalau betul video nie haku sokong tapi kalau tak betul caner plak..?
kalau nak semangat boley, tak salah pun tapi tlg check dulu la... nanti tak pepasal kita menyebarkan fitnah....
Lagi satu haku nak kasitau, memang perkataan Allah itu digunapakai oleh org kristian kat timur tengah lebeh2 lagi yahudi, memang derang gunakan perkataan Allah nie. Bukan ke bangsa derang nie paling banyak diturunkan nabi2.... Nak best lagi... ada kristian yg namanya yusuf, ayob dan nama2 org2 Islam tapi derang beragama kristian. Itu biasa....
betul tu incik asb gondorowo... tapi kalau kamu ada b'kawan dgn org kristian seperti aku yang lahir di SABAH ni tau yang sebenarnya mereka juga percaya yang TUHAN ALLAH yang m'cipta dunia dan segala2nya... tapi mereka lebih m'agungkan jesus sbb Injil tlah di ubah untuk m'agungkan Jesus.. masa zaman skolah2 dlu biasa juga bertukar pendapat dan berdebat tntang agama ni dgn kawan-kawan non-muslim aku..mmg best,mereka sllu menerima pendapat aku ttg agama mreka sebenarnya telah di sesatkan oleh kaum yang terdahulu... kami mmg open.tak kan ada gaduh2 punye...
so aku rasa aku tak nak komen ttg video ni... aku tak tahu sejauh mana kesahihannya....
Pada Mister Rie, saya mohon jangan delete topik ini kerana pandanglah topik ini sebagai topik sesama Islam dan bukannya topik politik.
Pada saya topik ini hanya 20% yang berkait dengan politik, tetapi 80% adalah berkait dengan kesucian ISLAM. Ini bukan masalah politik, ini masalah Islam.
Kepada asberionz dan bigbossman, mungkin pendapat kamu tu betul, tapi cuba korang fikirkan apa lagi yang tinggal pada agama Islam di Malaysia kalau kristian di Malaysia pun memanggil tuhan mereka sebagai Allah secara RASMI?
OK lah, memang video ini terputus-putus, macam ada dipotong-potong, tapi pada satu baris percakapannya tidak dipotong dan ianya berterusan, mungkin yang dipotong2 tu ialah untuk membuang perkataan yang berjela2 atau nak mempercepatkan masa video.
Apa yang pasti, ayat.. "Kita lihat bagaimana kerajaan BN mahu memecah belahkan masyarakat majmuk di Malaysia dengan tidak membenarkan bahasa melayu dipakai di dalam bahan cetakan Kristian sedangkan bahasa melayu adalah bahasa rasmi kita." Ayat ini tidak dipotong dan tidak diedit dan percakapannya berterusan. APAKAH IRENE SANTIAGO INI TAHU SIAPA SEBENARNYA YANG TIDAK MEMBENARKAN BAHASA MELAYU DIGUNAPAKAI? ADAKAH KERAJAAN BN YANG TIDAK MEMBENARKAN?
Yang tidak membenarkan bahasa melayu dipakai dalam kristian ialah Majlis-majlis agama di Malaysia.. Majlis-majlis ni lawan di mahkamah dan ternyata ia memihak pada Islam apabila hakim tidak membenarkan bahasa melayu dipakai. Ia sama juga dengan kes Lina Joy dimana yang lawan ni bukan kerajaan, tetapi majlis-majlis agama islam. So disini fakta Irene ternyata salah.
Begitu juga dengan perkataan ALLAH. Kepada Asberionz dan bigbossman, pernahkah anda mendengar george bush memanggil Tuhannya sebagai Allah? Pernahkan anda menonton filem barat dimana mereka menyebut Allah sebagai Tuhan mereka? Pernahkah Anda membuka bible versi barat yang menulis perkataan Allah didalam biblenya?
PADA PENGETAHUAN SAYA, hanya bible ARAB dan bible INDONESIA je yang menulis ALLAH sebagai ganti diri nama Tuhan. Mengapa? Kenapa? Sebab orang ARAB dan orang INDON banyak yang menganut agama Islam. Dengan menukar nama kepada ALLAH sedikit sebanyak dapat mempengaruhi mereka bahawa Tuhan yang mereka sembah di dalam Kristian juga adalah ALLAH. Dan begitu juga lah dengan ORANG MELAYU, ternyata SATU DUNIA dah tahu yang MELAYU ni semestinya ISLAM. Kalau ada pun kafir (macam lina joy tu) tapi bilangan dia masih sedikit. Kenapa nak di bahasa melayukan bahan cetakan gereja kat Malaysia ni? Apa orang cina dan india nak membaca risalah kristian dalam bahasa melayu? Padahal cina dan indialah yang dok sisih bahasa melayu... diorang sesama diorang pun speaking english. SO? pada siapa nak edar risalah berbahasa melayu ni? Saya pernah nampak anak kawan saya membawa balik risalah dari tadika metodhist merupakan cerita jesus dalam bentuk bahasa melayu yang amat mudah difahami dan menarik untuk dibaca. Jangan sampai kanak2 melayu yang bermain dilaman sana mendapat risalah ni... TAPI SYUKUR ALHAMDULILLAH, dengan jihad yang ada pada Majlis2 agama, perkara ini tidak akan berlaku.
Saya pun rasa yang visual ANWAR ada di dalam majlis tu adalah video edit dan merasakan ANWAR tidak ada disitu. Namun seluruh rakyat malaysia tahu Irene Santiago adalah Ahli PKR dan dia pun berucap menentang BN dan bukannya cakap2 ucapan PIBG..
Apa pun, suka atau tidak, KITA MEMANG WAJIB MENENTANG PERMINTAAN INI, kerana permintaan ini sebenarnya hanya lebih untuk memudahkan dakwah kristian dan bukannya untuk kemudahan diri. Dan jangan pula di masa akan datang ada orang datang kepada anak kita "Jom kita pegi sembahyang, sembah Allah, kat gereja kat rumah aku"
ASTAGHFIRULLAH... WALLAHUALAM
__________________
Ingatlah bangsaku, jangan sampai kita menjadi hamba! Ingatlah... Ingatlah...
incik kaumelayu aku mmg tidak suke plitik2 ni... bagi aku kalau cetakan2 bahan keagamaan selain Islam dlm bahasa melayu tdak m'jadi masalah(p'dapat aku yang entah Okey ke tak nie??)... sbb p'baca terutamanya melayu yang banyak tak reti Bhs English(spt aku) tidak lah salah tafsir nnt.. cuba saudara bayangkan bila bible di tulis dalam bahasa English dan m'gunakan nama Tuhan mereka sbg ALLAH!!! pasti mengelirukan..takut2 salah tafsir kita nnt... tapi kalau dalam Bahasa Melayu kita ble tafsir kesalahannya...
bagi saudara, "Apa pun, suka atau tidak, KITA MEMANG WAJIB MENENTANG PERMINTAAN INI, kerana permintaan ini sebenarnya hanya lebih untuk memudahkan dakwah kristian dan bukannya untuk kemudahan diri. Dan jangan pula di masa akan datang ada orang datang kepada anak kita "Jom kita pegi sembahyang, sembah Allah, kat gereja kat rumah aku" keadaan ini tidak akan berlaku sama sekali jika KITA MENGAJAK KPD KEBAIKKAN!!! MENEGAH KEMUNGKARAN!!! sesuatu perkara yang wajib bagi setiap Muslim.. So,apabila kita risau ttg dakwah org lain kenapa kita sebagai MELAYU yang di ketahui dunia sbg MUSLIM pula tidak meningkatkan tahap DAKWA kita dari semasa ke semasa???
jahilkah aku???? berikan aku nasihat bila aku salah!!!...
tentang perkataan ALLAH ni aku xnak komen apa2.....coz aku pun x tau cite sebenar tentang permasalahan ini....percayalah wahai "aku melayu", semua yang terjadi kat dunia ni berkait rapat dengan politik, kejatuhan ekonomi pun berkait ngan politik, keruntuhan akhlak pun berkait ngan politik, penyalahgunaan dadah pun berkait dengan politik.......jd pada aku isu yang ko bangkitkan ini adalah berkaitan dengan politik semata2.....sedangkan perkataan SEMBAHYANG yang ko gunakan tu pun bermaksud SEMBAH(sembah) YANG(dewa)....jd apakah patut ko guna perkataan ini lagi.......kenapa x disebut SOLAT sahaja.......... walaupunbagaimanapun aku bersetuju ngan tujuan ko untuk menyedarkan muslimin n muslimah agar berhati2 ngan propaganda para mubaligh kristian ini.........
sekian saja yang arif.......
(jom kita sambung main dam ular sambil makan lemang...kata ICU kepada sesuke ati)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
hmmm... panas plak topik ni... tapi aku sokong akumelayu tu... memang betul... aku pun penah jumpa risalah kristian yang berbahasa melayu dan dah pun tulis Allah dalam risalah diorang... dan risalah tu plak bertebaran atas jalan dan dilenyek2 oleh kereta yang lalu lalang...
bigbossman... nampak gayanya ko macam menyokong je bahan cetakan kristian dimelayukan dan tuhan ditukar perkataan Allah...
bigbossman... Benda ni simple je, ko tak payah pikir komplicated sangat, perkara ni takkan berlaku kerana umat Islam di Malaysia masih bersatu, dan pihak gereja dah kalah pun dalam tuntutan mereka nak melayukan bible dan tukar kepada Allah.... Majlis agama Islam malaysia dah menang pun dalam kes ni... so jangan bimbanglah buat masa ni...
Tetapi masalahnya sekarang, ada parti politik memanipulasikan isu ni dan dia cakap itu adalah kegagalan kerajaan untuk memenuhi tuntutan semua pihak... so ko bayangkan la bigbossman, kalau irene santiago ni bercakap depan para pengundi kristian, katakan 1 juta pengundi kristian telah mengundi PKR disebabkan tuntutan perkataan Allah ni, ko rasa-rasa Anwar tolak ke? Mesti lah dia akan membalas para pengundi yang mahukan permintaan mereka dipenuhi...
Apa yang aku nampak, kita sebagai umat Islam, Kena la bersatu dalam kes ni, supaya jangan apa saja diorang mintak, kita tunaikan...
Tingkatkan dakwah takde maknyanya kalau undang2 kita kalah pada tuntutan diorang, so... panjatkan kesyukuran bahawa perpaduan umat islam di malaysia masih utuh dimana permintaan mereka nak pakai nama Allah, nak guna bahasa melayu dan kes lina joy masih memihak pada kita... ALHAMDULILLAH!!!
tentang perkataan ALLAH ni aku xnak komen apa2.....coz aku pun x tau cite sebenar tentang permasalahan ini....percayalah wahai "aku melayu", semua yang terjadi kat dunia ni berkait rapat dengan politik, kejatuhan ekonomi pun berkait ngan politik, keruntuhan akhlak pun berkait ngan politik, penyalahgunaan dadah pun berkait dengan politik.......jd pada aku isu yang ko bangkitkan ini adalah berkaitan dengan politik semata2.....sedangkan perkataan SEMBAHYANG yang ko gunakan tu pun bermaksud SEMBAH(sembah) YANG(dewa)....jd apakah patut ko guna perkataan ini lagi.......kenapa x disebut SOLAT sahaja.......... walaupunbagaimanapun aku bersetuju ngan tujuan ko untuk menyedarkan muslimin n muslimah agar berhati2 ngan propaganda para mubaligh kristian ini.........
sekian saja yang arif.......
(jom kita sambung main dam ular sambil makan lemang...kata ICU kepada sesuke ati)
Yang ICU punya statement ni biar aku jawab... aku kurang setuju dengan apa yang ko cakap semuanya berkait dengan politik...
Ok... mari kita bincang pasal kes lina joy, lina joy meminta perkataan islam di dalam my kadnya dipadam, kes ni bukan kes politik, dan pada masa ini non muslim pun tak berani bersuara sebab UMNO, PAS, PKR (yang melayu la) berganding bahu bersama-sama agar melawan permintaan Lina Joy walaupun Lina Joy meminta bantuan Amerika. Semua umat Islam Malaysia berdoa agar kes ini memberi kemenangan pada Islam. Dan Alhamdulillah, Islam telah menang, doa rakyat malaysia dimakbulkan. Dan selepas itu tiada siapa pun yang non muslim bersuara membantah keputusan mahkamah lina joy tu. SEBAB MASA TU BELUM LAGI BERLAKU PILIHANRAYA UMUM YANG LEPAS... so cerita tu dah diam begitu saja...
And then, kes nak pakai bahasa melayu dan perkataan ALLAH dalam cetakan kristian turut dibawa ke mahkamah sebelum PRU-12 tempohari... dan kemenangan tetap berpihak kepada Islam dan tiada bantahan pun dari non muslim... sebab masa tu islam masih bersatu...
Tapi selepas PRU-12, tetiba je ada suara-suara yang mula mempertikaikan siapa melayu, siapa Islam... tak kira la dari DAP ke, dari PKR ke, dari MCA ke, dari MIC ke.... semua orang mula bercakap-cakap pasal melayu, pasal ketuanan melayu, pasal pentadbiran Islam, pasal hudud dan sebagainya.... dan kini lebih parah bila irene santiago bercakap-cakap bahawa kerajaan BN nak memecah belahkan masyarakat majmuk sebab halang permintaan diorang nak pakai bahasa melayu sedangkan yang menghalangnya ialah seluruh umat islam di malaysia....
kini perpaduan umat islam dah berpecah-pecah... bila irene santiago ni berucap cam ni, umat islam duk diam je...aku tak penah nampak benda ni diungkapkan dalam sukkaba mahupun TV... hanya terjumpa dalam youtube je...
so, kalau benda ni politik... adalah lagi amat bahaya sebab dengan politik la sesuatu bangsa tu boleh jatuh, dengan politik la sesuatu bangsa tu boleh hilang tampuk pemerintahan...
dulu majlis agama nak lawan pakai saluran mahkamah dan keputusan memihak pada islam, kalau pakai politik? kalau islam tak bersatu, pastu pakai saluran politik plak, aku jamin perkara ni terjadi jugak....
tAK sangka incik misteri sudi m'berikan bigboss nasihat yang sangat2 bermakna (dari CEO tu)... bigboss sbenarnya bukan menyokong tetapi rase tak pe di melayukan bahan bacaan agama lain untuk kita Melayu jadikan sebagai bahan bacaan untuk mengetahui ttg agama lain dan BUKAN untuk MENCARI PEDOMAN atau KEBENARAN, kalau nama ALLAH tu aku dah pernah bace bible yang m'gunakannya... aku tanya kpd empunya bible(kawan aku)..mereka mmg tahu kewujudan ALLAH tetapi mengagungkan JESUS.kdg2 dia juga cakap dgn aku bahawa banyak kesalahan dalam bible jika di bandingkan dgn al-QURAN...
terus berikan aku nasihat... agar jiwaku tenang...
memang betul agama kristian percayai Allah sebab konsep trinity iaitu Allah (father) Jesus (son) dan Mary.... aku pun berpengetahuan tinggi jugak dalam agama kristian ni... dan pengetahuan aku ni semuanya aku dapat dari sumber2 yang berbahasa inggeris...
memang tak salah bigbossman kalau diorang nak pakai bahasa melayu pun..
tapi cuba renungkan, apa tujuan diorang nak pakai bahasa melayu?
Apa tujuannya nak guna perkataan Allah?
APA TUJUANNYA?
Pernah ke ko dengar dari Pope benedict XXII menyebut Allah dalam majlis ibadatnya? Perlu sangat ke diorang melayukan bible untuk bacaan orang cina dan india? Orang india ngan cina nak sangat ke baca bible dalam bahasa melayu... diorang pun jarang2 beli suratkabar orang melayu...
so, apa keperluannya nak buat bible melayu? nak kasi orang melayu baca? Berapa peratus orang melayu nak baca?
SO, pada aku, TUJUANNYA tak lain dan tak bukan ialah untuk memudahkan berdakwah ke atas orang-orang melayu... diorang tau, melayu susah nak dimurtadkan dengan dakwah2 english ni... sebab orang melayu jarang yang suka baca bahan2 agama... so... kesimpulannya, MENYOKONG BAHASA MELAYU DIGUNAPAKAI UNTUK GEREJA SAMALAH SEPERTI MENYOKONG USAHA DAKWAH MENGEMBANGKAN KRISTIAN di Malaysia ni... La hau la wala quwwota illa billah....
so bigbossman? ada nampak? kalau ko nak tau sangat pasal kristian, ko boleh baca kat internet... tak perlu ko nak penerangan dalam bahasa melayu.... takat sekadar pengetahuan, tak perlu la nak dimelayukan...
hahahaaaaaa... bigboss suka sangat bila ada orang yang bagi nasihat yang berguna untuk masa kini dan selaMA2nya... trimas sih lah mister CEO... ok2 skrang aku nampak apa tujuan mereka... MASYA'ALLAH... musuh2 Islam sentiasa ingin merosakkan masyrakat Islam 'YA ALLAH JAUHILAH KAMI DARI KESESATAN JIWA DI DUNIA SUPAYA KAMI DAPAT KEAMANAN HIDUP DI AKHIRAT' AMIN!!!
sebenarnya post ni ok juga dah tak politik dah... incik kausorangjekemelayu makasi sbb post ko ni...
nasib baik aku JAWA!!! eh!!!JAWA tu org Melayu jugakan!!!
yang arif lagi bijaksana......... sebenarnya maksud aku begini, semua punca yang terjadi adalah berkait dengan politik samaada secara terus atau tidak terus.....cuba kita perhatikan apakah tindakan yang diambil oleh mereka yang berpolitik ini bila sesuatu isu timbul, BN dengan dalihnya.....BR dengan manifesto mereka yang x masuk dek akal.....jadi apakah kita perlu mengokong sebelah pihak sahaja..........baiklah, berkenaan dengan kes lina joy itu apakah dengan tiada kelulusan pihak mahkamah beliau tidak boleh memeluk agama lain.....beliau tetap boleh berbuat demikian,,,,,beliau tetap memeluk agama kristian.......apa sebenarnya kemenangan di pihak siapa.....adalah kita yang menang........ataupun mereka (DAP,MIC,MCA) yang lantang menyebut mengenai hak beragama.......undang2 yang ada hanya sebagai pelengkap jadual sahaja.........................................
saudara yang saya hormati, walaupun tulisan atau bahasa penghantaran dibuat dlm BM atau BI ianya tetap mendatangkan kebaikan dan keburukan........kita x boleh mengelak perkara ini tetapi kita boleh mengurangkan risiko yang akan terjadi dengan berganding bahu menahan dakyah2 yang semakin kuat melanda tanah air kita yang tercinta ini..........
saudara pengerusi, walaupun perkataan ALLAH tidak mendapat kelulusan mahkamah tetapi sebanrnya sudah lama digunakan oleh agama kristian..........jd apakah sebab utama perkara ini berbangkit??? sama2 kita selidik..........
sekian
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
panas2. heheh. aku pun nak mencelah bedah gak. heheh.
aku dgr2 gak.dah byk isu macam ni. sampai satu tahap mereka mewar war kan yg islam malaysia ramai dah bertukar agama. aku pk untuk tujuan mereka memajukan agama mereka, tak salah untuk menggunakan ape jenis bahasa pun. begitu jugak dgn islam. islam di seluruh dunia pun menggunakan pelbagai bahasa untuk berdakwah. tak menjadi masalah pun??
soal nama allah mereka gunakan untuk agama kristian juga aku pk tak salah. sebab mereka sedikit sebanyak akan menyelami siapa itu yg di namakan allah? namun jika salah tafsir mereka sesat. jika benar tafsiran maka mereka akan mengenal allah itu siapa. si islam dan si kafir juga berhak mengenal allah. masing2 perlu mentafsirkan sendiri. bukan aku, bukan engkau dan bukan meraka. ( cewah!! )
kepada akumelayu. usah di gajah isu berkaitan islam jika terasa marah pada si kafir. mereka cuma kafir(ingkar) kepada allah. namun lihat sendiri berapa ramai islam yang kufur(ingkar lagi menggingkari) kepada allah. aku cuma tak mahu soal agama aku terus di persendakan dunia. biar mereka si kafir menggahkan agama mereka. namun biarkan lah si islam terus dekat kepada allah. ukur baju dibadan sendiri. tepuk dada tya selera.
melayu mencanang canang kata 'melayu'. namun erti kosong. aku suruh memegang sebilah keris pun mereka kekok. kata adat melayu? aku ni anak keturunan campuran. apa keturunan yg harus di bela?
baik aku main game. walau teknologi si kafir namun bleh hilang kan tension selepas bekerja. allah tak marah pun. heheh. aku terer main game. sape brani lawan?? mari2 heheheh. takot la tu!
wow incik morp... bagus sangat post incik ya... mmg btul apa yang dipostkan oleh incik mop itu... tapi bab main game ni aku tak ble percaya... kalau setakat main game kat flash tak yah le incik nak sumbong2... aku lagi terer tau...
hehehehe, panas jugak topik ni. Kepada encik Rie terima kasihlah kerana memberi penerangan. Dan kepada Unit Rawatan Rapi & Morpheus terima kasih gak sebab beri maklumbalas.
Benar, apa yang korang katakan tu semuanya benar. Memang ni semuanya berkait dengan penguatkuasaan, adat resam dan juga satupadu kaum-kaum di Malaysia ni.
Ini untuk Unit Rawatan Rapi, Memang benar isu murtad adalah menjadi masalah yang besar kat Malaysia ni. Jangan katakan kerajaan, semua umat yang beragama Islam adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membenterasnya. Soalnya bagaimana kita nak benteras? Lina Joy tetap jadi kristian walaupun dah dilawan di mahkamah, orang melayu tetap ramai yang murtad walaupun dah dikuatkuasakan undang2, orang Islam plak makin banyak yang hanyut dan perangai diorang ni pun lebih kurang je dengan orang kafir. Saya tak nafikan ini.
Tetapi saya nak tanya... "APAKAH BENTENG TERAKHIR YANG ADA PADA UMAT ISLAM UNTUK MEMANGKAH KESEMUA PERMINTAAN MEREKA?"
Apa yang saya ingin sarankan, biarlah betapa buruknya kerajaan, biarlah berapa tak bertamadunnya umat Islam, biarlah umat Islam dihina oleh kafir laknat, sekurang-kurangnya kita ada benteng PERPADUAN umat ISLAM. Saya percaya, kes bahasa melayu dalam kristian ni tidak menjadi kenyataan adalah kerana Islam di Malaysia masih berpadu. Saya sendiri pernah menghadiri majlis sembahyang hajat agar kemenengan diberikan kepada Islam ketika kes Lina Joy masih diperdebatkan.
Apa encik Unit nak kita umat Islam hanya berkata "Apa? awak nak pakai bahasa melayu dalam Bible? Pakai je la..."... atau berkata "Awak nak pakai perkataan ALLAH dalm Bible? Pakai je la.. kitorang tak kisah"
Jadi apa benteng terakhirnya? Kalau semua orang biarkan, saya rasa 50% orang melayu kat malaysia ni dah kristian.
Ini untuk Morpheusxcore, Anda katakan ini "kepada akumelayu. usah di gajah isu berkaitan islam jika terasa marah pada si kafir. mereka cuma kafir(ingkar) kepada allah. namun lihat sendiri berapa ramai islam yang kufur(ingkar lagi menggingkari) kepada allah. aku cuma tak mahu soal agama aku terus di persendakan dunia. biar mereka si kafir menggahkan agama mereka. namun biarkan lah si islam terus dekat kepada allah. ukur baju dibadan sendiri. tepuk dada tya selera."
Astaghfirullah Morp, adakah anda lupa kita diwajibkan berdakwah? Lagi kamu suruh kata USAH DIGAJAH ISU BERKAITAN ISLAM. Sanggup ke awak memenuhi kesemua permintaan kafir ni?
Jangan kata usah digajah kalau marah pada kafir. Ingatlah Hadis Nabi "Amar makruf nahi mungkar,kalau melihat kemungkaran cegahlah dengan tangan, kalau tidak mampu, cegahlah dengan kata-kata, kalau tak mampu jugak cegahlah dengan hati, itulah selemah-lemah iman." Bukankah hadis ini mengajak kita membenci apa saja kemungkaran termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kafir.
Bukan diminta kita buat keganasan, tapi sekurang-kurangnya tanamkan kebencian apa yang mereka lakukan.
Encik Morp, ingatlah hadis nabi yang satu lagi ni... "TIDAK AKAN REDHO YAHUDI DAN NASORO SEHINGGALAH KAMU MENGIKUTINYA SATU-PERSATU"
Tujuannya hanyalah ini encik Morp... hanyalah ini, supaya kita mudah terjerat dengan apa yang mereka minta, supaya kita mudah masuk ke dalam lubang mereka, supaya kita lemah dan ikut saja apa yang mereka kata.
Memang benar mereka juga menyembah Allah, tapi bukalah laman web vatican city dari Pope benedict, ada tak disebutnya perkataan Allah? Semalam Krismas, ada anda terbaca dari mana2 laman web kristian menyebut Allah? ada dikalangan orang kristian itu sendiri mengatakan Allah itu tak wujud.
SO ENCIK MORP? ENCIK NAK UMAT ISLAM NI TUNDUK KE TAK PADA DIORANG? ATAU BUAT TAK TAU JE KAT DIORANG NI BAGAIMANA SARANAN ENCIK MORP SUPAYA BUAT TAK KISAH JE?
La hau la wala quowwata Illa billah....
__________________
Ingatlah bangsaku, jangan sampai kita menjadi hamba! Ingatlah... Ingatlah...
Aku bab-bab macam nie kurang berani nak memberi pendapat yang lebih-lebih... Takut kang terMurtad tanpa disedari....so aku layan jer.... kite nak bercakap kene ade ilmu.... meh aku nak story sikit....
"Ingat tak isu klon dulu??? Pada mase nie Majlis Fatwa Negara kumpulkan ahli-ahlinya dan masing-masing kuarkan pendapat berdasarkan dalil-dalil tersendiri.... Tapi menemui jalan buntu.. kire sama kuat la nie.... Akhirnya Ahlinya bersetuju jemput salah sorang pengeluar Fatwa dari Arab.. Syeikh Yusof Al-Qardawi kalo tak salah la aku sebut name beliau.... Bukan ahli-ahli fatwa nie tak taw yang Syeikh ni dah siap buku fatwa beliau...siap dah terbit lagi... buku tu sertai dengan Hadith dan Ayat Al-Quran untuk menyokong fatwa beliau... Tapi dorang jemput semata-mata nak pastikan dan jelas nak dengar perkataan HARAM dari mulut beliau...dah cakap HARAM.. terus setel... maka HARAM la klon tu kat Malaysia"
Aku buat kesimpulan la ek....sedangkan Majlis Fatwa Negara pon takut nak setuju ke tak tentang Klon yang kurang berat isunye dari yang nie, kite nie sape???? Korang ingat senang ke nak kuarkan Fatwa??? tak silap aku la... Kena Hafaz Al-Quran dan Hafal sekurang-kurang 10,000 Hadith... korang rase layak ke kita nie???? Wallahu'alam
Saya tak tahu isi hati awak dan awak menyebelahi anggapan yang bagaimana.
Tapi tu lah, Saya rasa orang-orang yang bekerja di Majlis Fatwa mahupun Majlis agama, Ilmu diorang lebih tinggi dari saya mahupun kita-kita yang ada disini, dan mereka lebih arif mengapa Malaysia tak benarkan perkataan Allah dan bahasa melayu digunapakai di malaysia ni.
Saya pun sedar yang ilmu saya adalah sangat ciput untuk membincangkan sesuatu, namun walaupun ilmu sedikit, tak salah saya memperkatakan perkara ini sekurang-kurangnya ialah boleh memberi motivasi pada diri sendiri agar berwaspada pada anasir-anasir yang boleh merosakkan akidah kita.
Saya hairan, kenapa masih banyak umat Islam mempersoalkan perkara ni (banyak forum2 lain memperkatakan perkara ni) sedangkan yang jelas, TERANG-TERANGAN kita perlu bersatu padu melawan perkara ini walaupun sehingga titisan darah yang terakhir. Tak perlu mempersoalkan lagi, kita mesti lawan walau macammana sekali pun.
Lagi satu saya hairan, adakah orang yang bercakap ni (irene santiago) disebabkan dia bercakap bagi pihak parti politik, maka kita pun bersetuju kata-katanya (irene) sebab kita pun adalah penyokong parti tersebut? Banyak saya tengok diforum2 lain mengatakan "TAK SALAH PAKAI NAMA ALLAH"... dan kebanyaakan mereka adalah penyokong kuat DSAI... adakah kerana perkara ni?
Maaflah... dalam hal ni, ketepikan soal politik.... bersatulah demi Islam tercinta...
__________________
Ingatlah bangsaku, jangan sampai kita menjadi hamba! Ingatlah... Ingatlah...
Aku seperti biaselah...aku mesti la ikut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kite... tak sokong penggunaan perkataan Allah pada Bible....
Ape pon yang Majlis Fatwa keluarkan, sume aku sukung.... Macam aku cakap, kite takde ilmu pasal nie, better jangan kuarkan pendapat sendiri..takut kang TERmurtad kang.... aku takde la kate sape-sape kuarkan pendapat tu dah murtad.... sape lah aku nak tentukan bende tu....tapi kite bukan sedar ape yang kite katekan tu betul ke tak... tu sebab kalo boleh tiap-tiap malam sebelom tidur, ucap Dua Kalimah Syahdah... takut mati dalam keadaan bukan Islam... Akut... Akut...
(Aku rase macam nak tergelak jer bile Irene tu cakap APE SEBAB??)
yup btol kata mat. dalam islam aku jelas kan, bukan siapa2 yg di paksa masuk dan menganut islam. kita yg islam dan bukan islam di malaysia masing2 punya pendapat dan tafsiran sendiri tentang islam. namun islam kita terikat pada undang2. jika majlis fatwa meletak kan A untuk di ikuti. maka jika A ini di tentang atau ingkar kita akan di sabit dgn pelbagai kesalahan. cuma aku pk majlis fatwa ini tidak sewenang2 meletak kan fatwa tanpe mengkaji.
kepada aku melayu. klau nak mengikut dakwah nabi. bukan di gc tempat nya. cara nabi berdakwah dgn menghantar utusan pergi mempelawa raja2 kafir untuk menganut islam. tp jika ingkar, maka perang akan bermula. adakah perlu kita berdakwah sebegini?? bukan kah ini dakwah nabi??
zaman sekarang punya dimokrasi yg di canang canang dunia. malah ada pelbagai senjata cangih. jika berperang maka ramai yg tak berdosa terseksa. jadi guna akal guna pemikiran. berdakwah cara apa yg mampu mempertahankan agama??
guna dakwah dgn menguatkan umat islam sendiri. bukan mendakwah agama lain dahulu. jika umat islam kuat beriman. maka si kafir tiada ruang untuk mengubah jiwa umat islam.
aku pikir, dalam menggunakan perkataan allah tiada salah. sebab mereka tak pernah tau ape itu allah. aku juga yakin, akumelayu juga tak tau ape itu yg dinamakan allah. jd bila mereka membaca bible yg bertatah kan nama allah. aku pikir, mereka akan mencari siapa allah dalam kitab mereka itu. nescaya aku juga yakin tiada jawapan ttg allah di dlm bible mereka. kerana allah hanye dpt dicari di dalam yg terselindung lg tersirat. yakni alquran.
SO ENCIK MORP? ENCIK NAK UMAT ISLAM NI TUNDUK KE TAK PADA DIORANG? ATAU BUAT TAK TAU JE KAT DIORANG NI BAGAIMANA SARANAN ENCIK MORP SUPAYA BUAT TAK KISAH JE?
aku tak plak suruh tunduk atau buat tak tau jek. sedang kan berapa ramai penganut ugama lain masuk islam setiap hari?? siapa yg suruh?? mereka sendiri yg mencari kan?? mereka yg sedar dan mencari allah akan menganut islam, maka yg sesat akan terus tersesat.
biarkan al quran yg membimbing mereka. bukan aku(islam), bukan engkau(islam) dan bukan meraka( si kafir). sedang kan nak harap org islam?? berapa ramai islam yg menyesatkan islam sendiri??
tak payah la guna ayat2 arab tu klau tak tau maksud nya. tulis je melayu klau islam nak berdakwah sesama melayu. tak yah guna bahasa lain yeh. bukan nye sume melayu paham arab. eh?? majlis fatwa halal kan dakwah islam dalam bahasa melayu x??
to bigbos. ceh! macam mane ko tau aku main game flash2?? heheh aku downlod jek. free woO. ahaha. nak beli game cetak rompak mahal. tmpt aku rm10 satu. tp aku yakin. takat game flash pun ko tak dapat selang kehebatan aku. wah wah wah.
OOO... INI KA IRENE SANTIAGO...? INGATKAN IRENE SANTIAGO PELAKON N MODEL CUN TU... HE HE HE... BUTA CITER POLITIK BETUL LA AKU NI... ANYWAY... ISU AGAMA NI SEPATUTNYA TAK BOLEH BUAT MAIN2. TERSANGAT SENSITIP...! BIARLAH SEMUA ORANG PEGANG N PERCAYA PADA AGAMA MASING2.. JGN SENTUH HAL AGAMA ORG LAIN...
PENDAPAT AKU.. ORANG NON-MUSLIM NI BUKAN BANGSA MELAYU PUN.. SO TAK YAH GUNA BM UTK BERDAKWAH... NI JER YG DPT TERFIKIRKAN MAKLUMLAH SAYA BUDAK BARU BELAJAR... AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN.. MAHAP YER KALU SALAH...
PENDAPAT AKU.. ORANG NON-MUSLIM NI BUKAN BANGSA MELAYU PUN.. SO TAK YAH GUNA BM UTK BERDAKWAH... NI JER YG DPT
heheh tak kisah la ape pun tektik dorang. mereka cume ingin menguasai jiwa islam dan sangka politik membahasa melayu kan bible boleh mempengaruhi org melayu islam. kemudian mereka mengeji nabi muhammad , dan ingin melayu islam marah dan di kucar kacir kan.
ape pun yg terjadi, segala nya bergantung pada iman di hati sendiri. tepuk dada tye selera. adakah kita mahu mereka mengeji islam tp kita di sana sini sebok bercanggah pendapat ttg islam sesama sendiri??
Awak seolah-olah membenarkan apa yang mereka minta. Saya tak kata awak membenarkan, tapi seolah-olah awak membernarkan.
Apa maksud encik morpheus? Tak perlu cakap panjang, kesimpulan dari penulisan encik morpheus ialah, biarkan aja mereka menggunakan perkataan Allah di dalam bible mereka.
Baiklah...
Mungkin ada kebaikannya mereka menggunakan Allah didalam Bible. Mungkin dengan menggunakan Allah mereka akan sedikit sebanyak mengenal Allah. Tapi itukah tujuannya? Itukah tujuannya kristian Malaysia menggunakan perkataan Allah untuk penganutnya mempercayai Allah tuhan Islam?
Mungkin telaan saudara bahawa orang kristian akan lebih ramai masuk Islam setelah ditukar perkaatan Allah adalah betul tapi apa yang membimbangkan orang Islam akan ramai yang masuk kristian sebab tuhan di dalam bible pun adalah Allah!
Soal sekarang ni ialah dakwah. Memang saya tak layak membincangkan soal ini kerana siapalah saya, bukan seorang ulamak muktabar mahupun mufti berkaliber, namun konsep dakwah bukan berkisar pada mereka sahaja, orang fasik seperti saya ni pun wajib berdakwah walaupun ilmu saya hanya sebesar kuman....
Kita akan berkata.... (Orang melayu di Malaysia dah lebih 100,000 orang masuk kristian, dan ini adalah fakta, ini semua salah pemerintah, ini semua salah majlis agama sebab tak buat kerja, ini semua salah badan dakwah tapi tak jalankan tugas..... akhirnya rakyat jelata macam kita yang terjerumus ke lembah murtad)
Ini kata kita... sebab apa? sebab kita sentiasa fikir, hanya orang yang layak dan berilmu layak berdakwah, hanya orang yang berkelulusan tinggi layak berdakwah, orang2 macam saya ni just duduk diam dan tunggu memimpin cakap apa, dan kita ikut saja.
Jadi apa tanggungjawab saya untuk menangkis dakyah2 halus kristianisasi ni? Ialah dengan menyertai forum2 seperti GC ni dan menyebarkan apa yang saya rasakan wajib.
Memang kecil sumbangan saya terhadap dakwah, tapi impaknya mungkin besar bagi mereka yang masih belum mengetahui, mungkin hasilnya amat manis kepada mereka yang hampir sesat.
Berbalik pada isu BM dan Allah dalam bible, memang tak salah wahai encik morp. Tapi ketahuilah apa tujuan mereka kenapa nak di BM kan dan kenapa nak di Allah kan. Ketahuilah niat dan tujuan mereka.
Kalau bible dimelayukan, tujuan dia hanyalah untuk pembaca melayu, india ngan cina takkan baca bahan2 bahasa melayu sebab beratus tahun mereka menganut kristian, diorang tak perlukan bahasa melayu untuk kuatkan akidah mereka. Bila bible dah di melayukan, akan terlihatlah risalah2 kristian bertebaran di kampung2 melayu, di taman2 perumahan melayu, di kedai2 melayu... dan bayangkan risalah2 ini dijumpai oleh kutu2 rayau yang beragama Islam dan mereka membaca risalah tersebut "Eh, tuhan orang kristian pun Allah jugak, so tak kisah kita nak sembah mana2 pun" dan pada masa itu, paderi2 yang educated pun akan menghampiri mereka dengan muka senyum manis menawarkan syurga dunia pada mereka yang semakin lemah imannya.
So, apa sahaja kebaikannya, apa sahaja manfaatnya... bila tujuannya membinasakan kita, KITA WAJIB MENENTANGNYA DENGAN APA CARA SEKALIPUN... Biarlah orang yang bercakapnya ialah orang yang fasik seperti saya, sebab saya percaya, ilmu yang baik pun kalau datang dari orang yang munafik pun kita wajib mempercayainya...
dan saudara boleh lihat contoh bahana dakwah kristian bila mereka berdakwah menggunakan bahasa melayu... sila lihat video ini...
lihatlah, ini cerita di kelantan, walaupun pemerintah kelantan berlandaskan Islam, kalau kita lambat bertindak, nescaya mereka akan pantas masuk berdakwah... dan yang rugi ialah kita... ini baru mereka berucap dengan kata-kata dalam bahasa melayu, belum lagi dengan penulisan dan artikel... kalau diorang dapat buat itu, nescaya makin bertambahlah penganut kristian....
So, apa tindakan yang patut saya lakukan? Berdiam saja? Biarkan mereka (pemerintah) menjalankan tugas?
__________________
Ingatlah bangsaku, jangan sampai kita menjadi hamba! Ingatlah... Ingatlah...
Betul kate aku melayu tersebut.... Ape sebab dorang nak gune gak??? Mungkin betul kate Incik Morp tersebut... Mungkin ramai orang yang bukan Islam akan masuk Islam... tapi mungkin ramai gak orang Islam akan murtad..
Bagi incik Morp la, mane yang penting??? Mempertahankan yang akan kuar Islam ke atau menggalakkan orang kafir masuk Islam????
Aku ingat lagi mase zaman sekolah dulu... Mase Rasulullah jadi pemerintah Kota Madinah... Murtad tu kes besar...tapi bagi yang Kafir, terserah kat dorang nak masuk Islam atau kekal dengan agama dorang... dengan syarat, undang-undang, cukai, sume kene ikut... yang Islam biase lah, hukum hudud dijalankan....
Kalo murtad, tapi enggan masuk Islam semula, leh hukum bunuh tu... Dasat tak??? Kafir tak masuk Islam, kene hukum bunuh ke?? Mane yang dasat???