Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Aku bukan Secretary Dapur


Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:
Aku bukan Secretary Dapur


Jemput makan semua!, aaa..Wak Dollah, silakan naikjemput makan"

"Timahh!..ooii Timah, tambah lauk, nasi tu ke depan, tetamu dah ramai sampai nii..".

Pak Seman kelihatan begitu sibuk melayan tetamu yang hadir di majlis kenduri kesyukuran yang dibuat sempena meraikan anak peremepuan tunggalnya yang mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur.

"Amboi-amboi pak Seman!.. gembira sakan nampak, macam nak sambut bini muda je..". Jenin jiran sekampung cuba mengusik pak Seman. "Ish!!.. jangan cakap kuat-kuat nanti tak fasal-fasal piyok naik kat kepala aku nii..." Pak Seman bercakap perlahan tanda warning kepada Jenin.

" Kenduri apa ni pak Seman? Meriah sungguh, saya dengar tumbang lembu sekor, betul ke?".

"Betul tu Jenin. Anak dara aku si Fara tu, dapat keje kat Kuala Lumpur. Bapak mana yang tak bangga anak dapat keje bagus jadi "steseneri". Pak Seman tersenyum bangga.

Bukan steseneri, secretary!! apee..la pak Seman ni, sebut pun tak betul!".

"Ye ke?, ah, tak kisah lah apa sebutanya, yang penting dia dah dapat keje. Baru senang hati aku. Kau tau? Mata aku ni dah naik kematu nak tengok si Fara tu keje. Risau aku nengokkan, ke hulu ke hilir tak tentu arah, keje ntah kemana abuk pun takde!!. Sekarang, baru lega hati aku tak perlu lagi nak pening-pening kepala mikirkan dia".


Kelibat Pak Seman yang mundar-mandir ke sana ke mari, sekejap ke depan sekejap ke belakang telah menarik perhatian Fara. " Hai, suka bebenor bapak aku ni, macam dia pulak yang nak pegi keje kat Kolumpo tu. Tersengih sana tersengih sini,..ish ish ish!!..excited sungguh!!". Hati Fara tergelak sendiri melihat keterujaan bapak mithallinya itu. Memorinya tiba-tiba membuat fleshback...mengingati semula kejutan bahagia yang diterimanya dua minggu lepas. Pada petang yang sepoi-sepoi bahasa itu. Khalida jiran sekampungnya datang berlari-lari ke arahnya dengan senyuman yang meleret-leret sambil mengibar-ngibarkan kertas putih di tangan. "Engkau ni kenapa, tersengih-tersengih macam kerang rebus je, ape hal? " Aaa...kali ni aku plak nak tanya kau...cuba kau teka kertas apa yang aku bawa ni, cepat laa..teka ape dia?"

"Ish malas lah aku nak main teka teki ni, buang karan je".

"Ok, kalau kau taknak teka takpe...tapii kau jangan nyesal kalau aku buang je kertas azimat kau ni". Khalida mengipas-ngipas kertas tersebut ke muka Fara dengan lagak eksyen. "ahh.. lantak la, kertas tu bukan ada kena mengena dengan aku pun!. Entah-entah surat cinta dari haji Mail orang tua gatal tu tak? Eeii.. kalau surat dari dia, takyah bagi pun takpe. Lebih baik kau bagi kambing aku makan, lagi bagus" Fara terkekeh-kekeh ketawa gelihati.. "Betul kau taknak tengok ni..ok aku bakar je kertas ni k?" Khalida membuat muka poyo dan berpura-pura cuba mengoyak kertas tersebut.

"Eh..nanti dulu, bak sini aku tengok. Kenapa mesti koyak, nanti kang melalak pulak orang tua miang tu, sapa nak jawab? Aakuu.. jugak".

Fara membuka kertas yang dicapai dari tangan Khalida dan terus membaca tulisan yang tertera..TAHNIAH!, ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAT JAWATAN SETIAUSAHA DI SYARIKAT KAMI, SILA LAPUR DIRI DENGAN KADAR SEGERA. Fara bertempik gembira dan memeluk Khalida yang membawa berita baik untuknya. Kehidupan yang baik, kini menunggu Fara di sana.


Hari yang ditunggu-tunggu untuk berangkat ke Kuala Lumpur telah tiba. "Fara, ingat pesan mak, jaga diri baik-baik di tempat orang. Jangan keluar malam tak tentu arah dan jangan kawan dengan budak-budak yang tak baik" Mak Timah menangis tersedu-sedu kerana sekali lagi dia terpaka berpisah dengan puteri kesayangan itu.cry

"Mak, ayah! toksah le sedih-sedih sangat. Fara kan cuma nak pegi keje bukanya nak pegi Mekah, dah la jangan nangis lagi k" Fara memeluk sayu kedua ibubapa yang kelihatan begitu sedih sekali. "Nanti kalau dah keje di sana tu, harap-harap cepat le bawakan mak menantu ye?" mak Timah tersenyum kambing sambil matanya melirik ke arah pak Seman di sebelah mohon sokongan. "aaa..betul cakap mak kau tu, bawa balik menantu untuk kami yeak?" "Ewah ewah! ..ke situ pulak. Tadi bukan main lagi sedih. Fara nak pegi keje la mak, ayah! bukan nak masuk pertandingan cari menantu". Mak Timah dan Pak Seman ikut tergelak dan gelihati.

"Itu pun bas kau dah sampai, jom lekas naik!". Bas Transnasional terus meluncur pergi...pergi ke destinasi yang dituju.


Fara meninjau-ninjau rumah kedai dua tingkat di tepi jalan besar itu. Matanya liar melilau kiri kanan, namun tiada satu pun kelibat manusia yang kelihatan. Fara membelek-belek alamat yang tertera di tangan. "Betul ke alamat yang diberi ni? Jangan-jangan aku dah salah tempat kot? Tapi..tak mungkin salah alamat, ya! tak syak lagi, memang ini tempatnya. Tapi...kenapa hodoh sangat? Ada taik burung pulak tu, takkan tempat macam ni aku nak keje? Di saat Fara berperang dengan persoalan sendiri, tiba-tiba muncul perempuan gemuk dari rumah kedai tersebut. Setelah memperkenalkan diri, Fara dipelawa masuk.

"Apa, orang gaji!?, tidak!!."

"Kenapa saya mesti jadi orang gaji??!, setahu saya, saya tak mintak keje ni. Saya ditawar jawatan secretary!..!!" Fara menghempaskan beg pakaian ke lantai. Dia merasa tertipu dan marah dengan sesuatu yang sama sekali tidak disangka-sangka itu. "Kau tak payah nak membebel yang bukan-bukan, kalau nak kau boleh terima keje ni dan kalau tak setuju, terpulang!. Apa yang hina sangat jadi orang gaji ni hah? Kau ditugaskan sebagai orang gaji merangkap jururawat kepada perempuan lumpuh yang bakal menjadi majikan kau nanti." "Alaa, apa bezanya jadi orang gaji cuci jamban dengan orang gaji yang kena jaga orang sakit? Kalau dah namanya orang gaji, sama aje...low! classs!!!!".

"Dah!.. kau tak payah nak pikir-pikir dan merapu tak tentu fasal. Kalau setuju kau boleh ikut aku dan kalau tidak kau boleh blaahh!. Tapi..kau kena ingat zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja yang bagus-bagus. Graduate yang menagih kerja macam kau ni bersepah-sepah di tepi jalan. Lagipun buat apa aku nak perabis ribuan ringgit semata-mata nak bayar permit kerja pendatang asing, lebih baik aku ambik orang tempatan macam kau yang berlonggok-longgok kat luar sana tu yang nak keje. Kalau kau taknak aku akan tawarkan pada orang lain yang berderet menunggu dalam senarai waiting list aku tu".


Panahan kata-kata dari puan Rohani, pemilik pusat pengambilan pekerja-pekerja asing itu telah memukau minat Fara. Hatinya tiba-tiba tergoda dengan pujuk rayu perempuan sebaya ibunya itu. " Betul jugak cakap pompuan ni, kalau aku tolak keje ni, dekat mana pulak aku nak tidur malam ni? Lagipun aku bukanya ada sedara mara kat sini. Macamana aku nak sara hidup di kota besar Kuala Lumpur kalau aku sendiri belum dapat kerja yang setimpal dengan segulung ijazah yang aku dapat?. Nak balik kampung??..oh tidak!! tak sanggup sama sekali, mana aku nak letak muka yang cantik ni? Mesti kami sekeluarga akan ditertawakan oleh orang kampung. Tak berbaloi rasanya lembu ayah tumbang sekor semata-mata nak meraikan anak daranya yang cuma jadi "bibik" di Kuala Lumpur." Ish...tak sangup..tak sanggup!!.." Hati Fara berkata-kata sendiri, hatinya menjadi kecut memikirkan nasib malang yang bakal menimpa sekiranya dia menolak peluang kerja yang ditawarkan itu.

"Baiklah, saya terima keje ni tapi dengan satu syarat saya akan tinggalkan semuanya kalau dah dapat keje yang sesuai dengan kelayakan yang saya ada". Fara membuat janji dengan penuh yakin.


Hari ini genap dua minggu Fara berkhidmat sebagai orang gaji kepada pasangan suami isteri muda yang kaya raya dan berpangkat. Tuan Irman dan puan Leya, itulah nama majikan Fara. Banglo mewah itu cuma dihuni oleh pasangan suami isteri itu sahaja. Tuan Irman seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani ramai. Manakala isterinya seorang OKU yang telah bertahun-tahun meneruskan riwayat hidup di atas kerusi roda akibat dari kemalangan ngeri yang menimpanya hampir empat tahun yang lalu. Kemalangan tersebut bukan saja meragut nyawa bayi yang dikandung bahkan telah memberi kecacatan kekal kepada puan Leya. Dia disahkan tidak boleh hamil lagi dan kakinya menjadi lumpuh untuk seumur hidup. Sejak itu, kemurungan telah menjadi teman setia kepad puan Leya. Semangat hidupnya ikut lumpuh, kaku dan membeku. Pun begitu dia mempunyai seorang suami yang penyayang yang tidak pernah jemu merawat dan mengubat luka di hati puan Leya.


"Hello, assalamualaikum, mak!, Fara ni" Kerinduan yang ditahan semenjak dua minggu itu kini tidak terbendung lagi. Fara membuat panggilan ke kampung menerusi telefon bimbit yang dibuka talian cuma diwaktu malam sahaja. " Ibuu, Fara indu bangat dekat ibu"!, ibu apa kabar, sihat enggakk?"

"Eh kenapa pulak suara indon yang aku dengar ni, salah masuk line ke" Puan Timah mengomel-ngomel sendirian dihujung talian. "alamak!, yang aku pegi cakap indon dengan mak aku sendiri ni apekehel? Ini mesti sebab badi cakap indon yang aku dok pakai selama dua minggu ni. Kes kena menyamar jadi orang gaji indon, sampai lidah pun dah tersasul cakap indon." Fara terenyum gelihati dengan insiden yang terjadi.

"Bu..bukan macam tu mak, sebenarnya Fara kat office ni, tadi tengah sembang dengan tukang cuci indon, jadi..Fara pun terikut-ikut cakap dia" Fara terpaksa berbohong. Bohong sunat, bimbang juga kalau-kalau rahsia yang sepatutnya dirahsiakan itu pecah sebelum waktunya.

"Macamana dengan kerja, ok kah? Seronok ke kerja sana?

"Emm...ok..seronok...hu hu huuu..." Tiba-tiba, suara Fara yang tadinya ceria kini kedengaran sayu dan hiba pula. Esak tangis juga mula berkumandang di talian.

"Fara..Faraa..kenapa dengan kau nak!, kau nangis ke?"

"Tak.. takde apa, Fara cuma rindukan mak dan ayah je. Nangis rindu, mak jangan lah risau, Fara okay. Fara letak talifon dulu ye, lain kali kita sambung lagi. Kirim salam rindu kat ayah".


Sedar tak sedar sudah hampir dua bulan Fara menjadi pembantu rumah di banglo mewah itu. Semua kerja-kerja rumah diuruskan dengan jayanya dan dia memang cemerlang sebagai orang gaji yang bertauliah. Segala makan pakai dan keperluan tuan Irman diuruskan dengan baik dari A sampai Z. Layanan yang diberikan kepada tuan Irman tak ubah seperti layanan seorang isteri kepada seorang suami. Walaupun Fara pernah bergelar pelajar sekolah dan universiti, tetapi dia tidak pernah kekok di dapur dan masakannya sering mendapat pujian dari teman-teman sekuliah. Begitu juga layanan untuk puan Leya, puan Leya dijaga dan ditatang dengan penuh kasih sayang seperti bayi kecil. Entah kenapa, hatinya merasa sayang dan kasihan terhadap puan Leya. Banyak kata-kata semangat dan dorongan diberikan setiap kali Fara menyikat dan membelai rambut puan Leya. Hubungan mereka berdua telah menjadi akrab dan tak ubah seperti pasangan adik beradik. Kalau dulu dia merasa kurang senang dengan kerja yang dipilih, namun kini dia semakin menyukai dan telah jatuh cinta dengan profesionnya itu.

"

"silakan makan pak, sarapan udah siap".

"Puan dah sarapan?" Irman bertanya sambil menjijing briefcase ke meja makan.

"Belum lagi pak, katanya nggakk mau sarapan dulu, ibu masih di kamar".

"Suti, esok aku kena pegi Johor selama seminggu, outstation. Petang nanti kau dah boleh kemas semua pakaian aku yang nak dibawa ke sana"

"Baik pak".

"Sepanjang ketiadaan aku nanti, pandai-pandai la kau jaga puan. Pastikan dia makan ubat mengikut waktu yang ditetapkan."

Fara mengangguk perlahan.

Ketika Irman sedang enak menjamu sarapan pagi, tiba-tiba dejay radio THR memutarkan lagu yang menjadi kegemaran ramai. Mungkinkah lagu nyanyian Sheila Abdul telah membuai perasaan Irman dan Fara. Seolah-olah lagu itu mewakili kata hati mereka ketika ini.

Seperti ada yang tak kena...

Di Saat melihat ke arahmu..

Saat kau berpaling dan tersenyum

Dunia jadi luar biasa...

Maafkan andainya ku menganggu..

Ku bukan membaca fikiranmu...

Ku hanya ingin mengenalimu...

Dan tahu ku menyukai kamu...

Mungkinkah ku teman biasa...

Seawalnya kita berjumpa...

Mungkinkah kau tidak merasaPerbezaanya..

Mungkin bila tiba saatnya

Kita tetap bersama

Mungkin kita kan jatuh cinta

Mungkinkah....


Irman mengerling dengan ekor mata kearah Fara yang pura-pura menyibukan diri di tepi sinki.

"Lawa jugak pompuan ni, rajin, pandai masak pulak tu. Tapi sayang, minah indon, takde class!. Alangkah indahnya kalau dia" Irman mula memasang angan-angan dan angau. "Tidak! tak mungkin, dia pompuan indon. Aku takkan sekali-kali jatuh cinta dengan minah Indon, lagipun aku dah ada Leya. Leya...cinta pertama dan mungkin yang terakhir untuk aku". Irman cuba menafikan kata hatinya yang telah mula cambah dengan bunga-bunga cinta terhadap Fara. Itu kata hati Irman, manakala Fara pula, hati di dalam telah lama tumbuh rasa sayang dan berkenan terhadap Irman semenjak kali pertama mereka bertentangan mata. Dalam diam hatinya telah dicuri oleh suami muda itu. Wajah Irman yang kacak dan tampan telah membuat Fara jadi gila bayang dan setiap malam dia menjadi seperti pungguk yang rindukan bulan. Wajah kacak Irman mirip seperti RJ , nama salah seorang penyanyi kumpulan Paragon Child dalam rancangan realiti TV yang pernah menjadi kegilaan ramai sedikit masa dulu. Seperti juga Irman, Fara juga cuba menolak perasaan aneh itu dari hatinya agar jangan dekat dan melekat. Dia tidak ingin menjadi pengkianat dalam rumahtangga orang.


Daun pintu dikuak perlahan, bayang tubuh Leya mematung di depan pintu bilik bacaan. Dia merasa bosan tinggal sendirian di rumah. Irman masih di pejabat dan Suti juga belum balik dari pasar. Sudah hampir 4 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke bilik itu. Hari ini semangatnya seakan pulih semula dan dia ingin kembali menjadi pengujung setia bilik itu seperti yang dia pernah buat dulu. Kerusi roda yang dinaiki ditolak lembut dan sedikit demi sedikit dia menapak ke dalam. Matanya tiba-tiba melihat satu objek hitam yang berupa buku di celah kerusi yang diletakkan berdepan dengan meja komputer. Dia menunduk dan tanganya pantas mencapai buku itu.

"Siapa punya diari ni, kenapa benda ni ada kat sini? Leya membelek-belek diari tersebut dan membuka helaianya perlahan-lahan. Matanya terpaku pada sekeping foto yang diselitkan di dalam diari itu.

"Ini gambar Suti.., tapii kenapa dia berpakaian jubah universiti dan kelihatan sedang memegang segulung ijazah. Siapa dia ni sebenarnya?" Leya merasa hairan dan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Gambar Fara direnung tajam dan perasaan ingin tahunya kian kuat bermain-main difikiran. Dia membaca pula coretan yang tertulis di belakang gambar, dadanya mula berdegup kencang.


" Konvokesyen tahun 2005 UITM Shah Alam"

Fara Mia Bt Oseman


Kejutan yang baru dilihat itu telah membuat naluri Leya menjadi semakin obses dan ingin tahu lebih lanjut kandungan diari tersebut. Helaian diari hitam itu dibelek satu persatu dan bait ayat yang terkandung dibaca penuh hati-hati.


Dari kampung aku datang sebagai secretary. Sampai bandar, bulan sudah jadi gelap. Aku kini memangku tugas baru, masih tetap secretary, tapi hanya secretary dapur. Agent penipu telah menyambar aku dan kini tipah sudah tertipu


rasa sayang pada kerjaya orang gaji sudah mula tumbuh. Layanan dari majikan cukup baik dan memuaskan. Aku tidak dianggap seperti orang gaji tetapi dihormati seperti saudara kandung mereka sendiri...


Leya membaca isi kandungan diari tanpa restu pemilik. Rasa bersalah kerana menceroboh hak peribadi orang sedikit sebanyak telah mengetuk pintu hatinya. Dia terus membaca, lagi dan lagi....


Aku tidak boleh terus begini. Sebelum hatiku terlanjur mencintai suami orang, lebih baik aku pergi....pergi jauh dari hidup mereka yang sudah bertahun-tahun menganyam bahagia dalam rumahtangga. Aku tidak ingin menjadi pengkianat cinta pada kaum sejenisku sendiri. Aku mesti mencari cinta lain... dan...aku tidak ingin terbakar dalam kepanasan cinta dari suami orang....


Tiba-tiba pandangan Leya menjadi kelam, jantungnya berdegup kencang. Coretan yang yang entah keberapa itu dibacanya berulangkali. Panahan kata-kata dan ayat-ayat yang terkandung di situ seakan mengoncang tangkai hatinya. Sungguh dia tidak menyangka di dalam diari itu ada rahsia yang begitu besar yang cuba disembunyikan oleh Suti atau nama sebenarnya FARA MIA BT OSEMAN. Petang itu Leya menangis semahu-mahunya. Seribu penyesalan dan kemarahan berkumpul menjadi satu. Sikap dingin dan murungnya yang bertahun-tahun telah membuat dia kehilangan seorang lagi insan yang sangat disayangi itu. Layanan dan kemesraan yang sepatutnya diberikan kepada hati Irman yang kosong telah diberjaya diisi oleh perempuan lain. Irman bukan malaikat, dia juga punya perasaan untuk dibelai dan membelai. Semenjak Leya jatuh sakit, layanan zahir dan batin terhadap Irman juga seringkali diabaikan. Ketandusan kasih sayang dari seorang isteri seperti Leya lah, yang menjadi penyebab kepada hati Irman yang mungkin juga sudah beralih arah kepada Suti. Baru kini dia perasan tentang perubahan sikap ceria yang terpamir di wajah Irman setiapkali pulang ke rumah. Irman juga sudah pandai tersenyum dan bergelak tawa. Sesungguhnya sikap itu sudah lama tiada dalam rumahtangga mereka sehinggalah hadirnya Suti di rumah ini. Perlukah Leya menyesal, kerana penyesalan yang sudah agak lewat sebenarnya sudah tidak berguna lagi.


Selama enam bulan bekerja di rumah agam itu, secara tak langsung Fara telah menemui satu permainan baru. Permainan yang sedikit sebanyak memberi hiburan dan mengubat rasa rindu di hatinya terhadap bidang kerjaya yang bersangkutan dengan komputer. Ketika mengemas bilik bacaan yang dilengkapi dengan kemudahan asas itu, Fara telah menggunakan kesempatan yang ada dengan melayari internet dan komputer dengan sebaiknya. Dia menyusuri laman web dan cuba mencari peluang kerja yang bersesuaian dengan dirinya. Takkan selamanya dia ingin menjadi orang gaji, sesuatu perubahan mesti dibuat kalau inginkan hidup yang lebih baik. Selepas penat di dapur, Fara melangkah pula ke bilik komputer yang menjadi peneman setia. "Tak mau makan dan tak ingin diganggu", Fara menyebut semula jawapan yang diberi oleh Puan Leya sebentar tadi. "Pelik!, kenapa dengan dia hah? Tadi pagi ok je dengan aku siap borak-borak lagi, sekarang dah mencuka balik. Pulak tu tak mau makan dan tak mau diganggu" Hati Fara tertanya-tanya sendiri dan merasa hairan dengan sikap dingin yang ditunjukkan oleh Puan Leya itu. "Ah, pedulikan lah, mungkin angin meroyan dia datang lagi kot? Lebih baik aku guna komputer ni lagi bagus. Semalam Tuan Irman telah buat meeting kat rumah ni, hari ni aku pulak yang akan tolong buatkan minute meeting untuk dia. Walaupun dia tak tahu dan tak mintak, sekurang kurangnya minute ni nanti akan menjadi koleksi dalam blog penulisanku dan berguna untuk masa-masa akan datang". Jari jemari Fara mula menari-nari di keyboard dengan laju dan makin laju. Tanpa dia sedar rupa-rupanya ada sepasang mata sedang memerhatikanya dari belakang.


"Hoi!, kau buat ape tu..??

"Oppocott...mak engkau...ambik kau..."

Sergahan yang kuat dari tuan Irman telah membuat Fara melatah dan nyaris-nyaris terjatuh dari kerusi.

"Eh tuan dah balik!"

"Tut..tuan..nak ma makan? Hidangan dah siap nanti saya ambilkan"

Fara bingkas bangun dari kerusi, dengan perasaan yang agak kelam kabut dia cuba membawa diri ke dapur.

"Nanti dulu, kau belum jawap soalan aku tadi, kau buat apa kat bilik komputer ni"?

Langkah Fara jadi terhenti....kecut perutnya melihat wajah Irman yang menyinga.

"sebenarnya tuan, tadi saya guna komputer kejap. Nak tengok email, eh bukan nak betulkan komputer, ada lipas masuk" Suara Fara dah mula bergetar. Jawapan maut yang diberikan seperti menjerat dirinya sendiri.

"Habis lah kau kali ni Fara, nampaknya bulan sudah gelap sebelum masanya"

"eh, kau cakap apa tadi? Meh sini, mana pegi slang indon kau selama ni? Pandai pulak kau cakap bahasa Melayu ekk? Kali ini tiba giliran Irman pula membuat soalan sinis.

"Alamak, kantoi!.. mati akuu"

"Tengok ni, apa kau tulis dalam komputer ni, minute metting..??"

"Ha ha ha haa......!!!!. Irman terus ketawa berdekah dekah tanpa sedikitpun mempedulikan perasaan Fara yang kelihatan begitu bodoh dan kaku berdiri di sebelah.

Terkebil-kebil mata Fara melihat Tuan Irman yang ketawa sampai pegang-pegang perut.

"Ok lah, saya ngaku saya salah. Saya orang Melayu. Saya letak jawatan sekarang"

Fara memusingkan badan dan terus berlari masuk ke bilik. Dia mengunci pintu dan menangis sekuat-kuat hati di situ. Esok dia akan mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Leya dan Tuan Irman. Kerjayanya di sini sudah tamat. Nak ataupun tidak, suka atau pun tak, dia mesti balik ke kampung. Tidak ada apa-apa dan tiada sesiapa lagi di sini yang boleh menjadi tempat untuk dia bergantung hidup. Kebenaran harus dikhabarkan kepada kedua orang tuanya di kampung. Apa yang penting ialah , inilah masa yang sesuai untuk dia melupakan tuan Irman dan pergi jauh dari hidup suami isteri yang sangat baik itu.


Selepas sebulan berlalu, kali ini rumah pak Seman berasap lagi. Kali ini kenduri besar-besaran dibuat lagi sempena meraikan menantu baru yang bakal hadir dalam hidup pak Seman sekeluarga. Menantu yang disebut-sebut tidak lain tidak bukan ialah tuan Irman sendiri. Puan Leya telah menjelaskan duduk perkara sebenar kepada Irman. Fara tidak bersalah sama sekali dalam hal ini malah Puan Leya sendiri yang datang meminang Fara untuk suaminya Irman. Fara adalah calon yang paling sesuai dan layak untuk Irman. Fara bukan saja bergelar seorang isteri tetapi dia juga ditawarkan jawatan Secretary di Syarikat Irman. Kini, Fara memangku dua jawatan sekaligus dan dia tidak bisa menolak. Sesungguhnya, dia bukan Secretary dapur!.biggrin



__________________

"Hanya dikau dihatiku, onak & duri, ombak & badai kita tempuh bersama."



Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

baek sggh Pn Leya 2 yek...
sebaek2 beliau baek lagi
ak...huhuhhuuhu.....

__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

sebaik2 Pn Leya 2 baik lg CTIE...
sebaik2 ctie...baik lg aku...huhuhuhu

tapi kan...x kan lah fara tu x serba salah kot kawin dgn laki org...dah lah pn.leya tu OKU...kesian dia...

__________________

Siapa Adamku??? 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Pluang di dpn mate jgn ditlk....
rembat jek pluang 2...evileye.gif

__________________
MyHotComments.com
MyHotComments Br0k3n H34RT
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard