PEREMPUAN ACUAN AL-QURAN (Istimewa buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam)
Bersabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.
Perempuan yang aku sayangi Adalah pencinta agama Tuhannya Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap Terus menguasai perjalanan kehidupannya Dari waktu ke waktu Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui Adalah yang di mata dan wajahnya Terpancar sinar nur Ilahi Lidahnya basah dengan zikrullah Sentiasa muraqabah Setiap waktu sibuk membaiki diri Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Perempuan yang aku cintai Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti Muhasabatunnafsi dilakukan selalu Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi
Perempuan yang aku dambai Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah Tika aku di sana dilamar duniawi Hadirnya memperkasa Akhiratku Sewaktu aku alpa dan leka Lembut manjanya mentazkirah diri Di kala aku disapa bahana Belai kasihnya menginsafkan naluri
Perempuan yang aku kasihi Yang bersyukur pada apa yang ada Yang bersabar pada apa yang tiada Cinta pada hidup yang sederhana Demi kebahagiaan abadi di sana
Perempuan yang aku sukai Menjadi dian pada dirinya sendiri Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku Yang bakal dilahirkan Untuk menyambung perjuanganku Menegak kalimah Allah nan qudus Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia
Perempuan yang aku impi Adalah wanita yang luhur haqiqi Muslimah yang setia sejati Muminah yang taat pada Ilahi
Itulah Perempuan acuan al-Quran.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
wahh amirshah bachan. da la hensem spekmate ko. pastu pandai bermain kata2. indahnye.. ko memang berbakat. cayalah.
pernah ke terpikir, kenapa tuhan bagi hawa pada adam? kenapa hawa mencintai adam? dan kenapa tuhan berikan cinta untuk adam dan hawa bercinta?
aku ada kisah tentang ni yang tlh bukak minda aku. kisah dari seseorang. kisah yang cukup buat aku betul2 terasa hamba... nnti aku ade mase aku cite yeh! hehe