SAYA ADA SCANNER JENIS MICROTEK 3600. MASALAHNYA BARU2 NI SCANNER SAYA TAK DPT KELUARKAN OVERVIEW YG SAMA DENGAN SUMBER ORIGINAL YG KITA NAK SCAN. GAMBAR TAK KELUAR LANGSUNG TETAPI YG KELUAR IALAH JALUR2 BERWARNA.
PADA YANG ADA PENGALAMAN, TOLONG BERITAHU APA PUNCA MASALAH INI DAN APA PENYELESAIANNYA. TAK MO BELI BARU TAU...
Ada masalah berkaitan scanner ke? Takpe.. Takpe.. Adik Elifen boleh cuba salah satu langkah2 kat bawah ni.. nescaya beroleh semula kemahiran scanner adik meng'scan' gambar2 yg adik mahu..
1. Pastikan muka scanner adik Elifen, bersih dari segala debu. Cuci/lapkan papan kaca scan tu dgn kain yg lembap sket (jgn basah sgt, short kang!).
2. Pastikan pc adik Elifen, mmg betul menggunakan 'driver' & 'software' utk scanner Microtek 3600 adik td.
3. Pastikan juga operating system adik bersesuaian dgn 'driver' utk scanner Microtek 3600 adik td. Driver Microtek 3600 ni utk Windows XP je kan? Rasanya kalau guna Windows 95-98 ada masalah sket.. kalau guna Windows Vista pun ada masalah sket, driver x support. Agaknya laa..
4. Menyudikan diri adik utk kuar berdating minum2 sirap dgn abg Gab, pakar komputer.. Mana tau ada jodoh..
Kalau masih sama gak hasilnya, maknanya scanner adik tu dah rosak. LED scan dah blow.. Antar repair pun, rasanya harga repair sama mcm beli baru..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
oleh sebab adik elepen tak nak beli yang baru, maka abang ade satu lagi cadangan... beli yang second hand... bukan tak ok, tapi jangka hayat tak lama laaa...
kalo rase ade masalah nak cari driver, cube masuk www.download.com... jangan wisau, driver download free jer... sebab dorang bukan jual software, dorang jual hardware, so download driver free jer...
Akhirnya Gabrill telah memunculkan dirinya semata-mata untuk menjawab pertanyaan ini...
Terima kasih kerana anda berdua telah menjawab masalah saya... Masalah saya telah pon selesai. Scanner berkenaan telah menjadi tukun di dalam kolam ikan atuk ku... Terima kasih... terima kasih.... tuan-tuan dan puan puan sekalian...