ni aku xtau sape yg tulis.tp ade member aku email..menarik utk dibaca.. aku malas ah nk komen psl PRU12 ni.. result pn dh kuar kn.. tahniah la sesape yg menang tu.. tp.. bace la nukilan kt bawah ni.. biar bukak sket mate hati semua..
Kepada UMNO kepada PAS kepada Keadilan jua... kepada yang telah memecahkan undi melayu itu sendiri.. menang ke melayu kita? tak nampak ke yang ketawa tu siapa? lihat PAS yang terhasil dari rajuk...membawa biro agamanya... lihat yang nak tegakkan keadilan dengan dendam... UMNO...sombongmu menjatuhkan kamu.
SIAPA YANG KETAWA? Kini permainan ini siapa yang monopoli? agaknya siapa melayu ku? yakinkah wahai melayuku? Hak Melayumu akan kekal? Islam mu takkan tergadai? Jika jelas penyatuan pincang.. Jika jelas tidak mahu berbincang..
Sayang... Dalam satu rumah kita telah disatukan, MERDEKA yang datuk2, bapa2 kita bawakan, Anak2 mu ini pecah belahkan... Semua ini ikut kehendak sendiri.. Tanah ke mana hak kemana..akhirnya MUSAFIR jauh menumpang senang, lihat keluarga bercerai berai akhirnya mereka masuk semua tergadai..
iman agamaku bukan pada parti.. adat melayu ku bukan pada parti.. semua itu dari dalam hati.. kebaikan manusia bukan pada parti buruknya jua bukan dari parti.. jadilah lihatlah diri sendiri..
Kepada yang menegakkan agama.. Mana perginya semangat hijrah, perjuangan, perpaduan, persaudaraan dan kemajuan..
Sayang, Melayu kita yang bersengketa, semata-mata ingin kuasa menakluk, jika bukan Melayu kita memerintah Tahukah mereka siapa yang menderita?.. Anak2 kita yang dikandungkan kelak, rakan sepermainannya saudara maranya. Berfikirlah sebagai Melayu, yang Islam menjadi pegangan...sekadar melihat tanpa pengetahuan jangan dibuat sebagai permainan. sekian, Coretan pada sekeping kertas..
aah.. herlena ni otai jugak... apsal la ko jadik org baru balik..... memasing rindu ngn ko yg dl....
aku setuju sgt apa yg tercoret pd nukilan di ats... sape yg dpt memahaminye bagus.... pikiran anda bkembang.... itu yg dikatakan.... bila menang sorak kg sendiri yg tergadai.... pikir2kanlah....
(pesan aku buat anak2 ayam belaan riepan yg berkeliaran ..... tak paham2 org suh balik reban sendiri.... tp asyik nak masuk reban lain je)
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
xpayah lah nak timbulkan masalah perkauaman sebab itu isu paling sensitif kat malaysia Kalau dulu Penang di takbir oleh BN tapi ketuanya adalah C sekarang Nie Penang ditakbir oleh BA ketuanya tetap C apa bezanya ....jgn sempitkan fikiran anda ... berfikir secara lebih luas.....
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
Sebab apa DEB dimansuhkan? Sebab DEB ni bertujuan untuk memajukan ekonomi melayu biar sama taraf dengan kaum lain....
fikir-fikirkan lah balik....
tepat skali en tengkurak.. bijak juge en. ceo kite ni. aku bukanla nk menyebelahi memane. mane ade kerajaan yg flawless? tp pikirlah..mane yg terbaik. nk tadbir negeri pn x sefahaman. nk pilih ketua menteri dr parti mane pn x bleh nk decide. cmne nk tadbir negare? nk pilih PM dr bangse mane? agame mane? kalo btol nk wat perubahan, yakinkan lah rakyat dulu, ape bentuk kerajaan yg bakal dipimpin,. sape PM, ape garis n batas parti DAP, janjikn yg agama islam n kaum melayu xkn terpinggir.jgn jd mcm singapura. barula meyakinkan. satu barisan, satu pakatan- tp 3 bendera. x sefahaman.. pd saye, itu lebih menakutkn lg n ingatla.. DAP yg nmpk berkuase skrg ni. sape plg senyap? PAS- parti yg memperjuangkn islam.. ape pendirian DAP?-
Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.Saya tidak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.- LIM GUAN ENG
aah.. herlena ni otai jugak... apsal la ko jadik org baru balik..... memasing rindu ngn ko yg dl....
aku setuju sgt apa yg tercoret pd nukilan di ats... sape yg dpt memahaminye bagus.... pikiran anda bkembang.... itu yg dikatakan.... bila menang sorak kg sendiri yg tergadai.... pikir2kanlah....
(pesan aku buat anak2 ayam belaan riepan yg berkeliaran ..... tak paham2 org suh balik reban sendiri.... tp asyik nak masuk reban lain je)
ala cik modest.. aku tetap yg dulu gak..saje je btukar kulit sket.. nk rase blk jd newbie..heheheh.. x sangke cik modest ingat aku lg.. bagus2..
hek eleeee bkn takat puan modest je blh cam ko herlena oi.. ape ko ingat ngan menari tegedik2 pakai lampin camtu buleh mengcover2 diri ko??.. hatta ko nyuruk blkg tiang letrik pon aku buleh cam ko.. errr...errr... maap la yer..terkeluar tajuk plk hambe..
true....true....jangan kate menyuruk belakang tiang letrik...kalo menyuruk belakang tong minyak ataupon botol oren pon masih buleh mengecam lampin beliau tersebut.... ko ingat dengan hanye bertukar name ko masih bulih bersembunyik ker??? mata kitorang nie lain macam cikit...tambah2 mate aku...bile tengok perempuan mesti terbeliak nye..
Wan Nordin Wan Yaakob Thu | Mar 13, 08 | 10:57:44 am MYT Pilihan raya ke-12 memang diadakan secara mengejut, namun keputusannya lebih mengejutkan lagi. Malah, ada yang menyifatkan keputusan itu langsung tidak dapat dibayangkan sebelum ini. Apa pun, para pengundi sudah menyampaikan mesej jelas, secara terus terang, manakala parti-parti yang bertanding, baik yang menang mahupun kalah, menekuni isyarat terbuka yang dihantar oleh rakyat itu.
Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, Ketua Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia dirasakan tokoh paling layak membuat ulasan terhadap kejutan ini, yang bakal membentuk lanskap baru politik negara. Beliau yang cukup popular sebagai pengacara rancangan bual bicara, Hujah, TV9 mempunyai pelbagai sudut pandangan menarik untuk dikongsi bersama.
Bersama Ketua Pengarang , Ahmad Lutfi Othman, ketika membayangkan masalah bakal timbul disebabkan perbezaan pendekatan politik antara PAS, DAP dan KeADILan, Dr Agus berkata: "Sekiranya peluang luar jangka yang diberikan oleh rakyat ini diambil dengan cara yang baik, saya fikir barisan pembangkang ini boleh bertahan. Memang dalam proses kerjasama itu akan timbul masalah, tetapi sekiranya punyai semangat kerjasama dan tolak ansur, maka ia boleh diatasi."
Dr Agus juga sempat mengingatkan parti-parti BA agar jangan mengulangi sikap primitif Umno-BN yang terikat dengan "denial syndrome", sebaliknya harus sedia menerima kritikan dan membetulkan kesilapan. Ikuti wawancara penuh yang dijalankan pada 11 Mac lalu, di Bandar Baru Bangi.
Boleh berikan komen tentang kemenangan Barisan Alternatif (BA) di lima buah negeri dalam pilihan raya yang lalu.
Agus: Kemenangan ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan di luar jangkaan. Ia menunjukkan rakyat telah bersuara di peti undi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka mereka kepada kerajaan BN yang agak aloof dengan kehendak mereka. Kemenangan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor menunjukkan bahawa rakyat menerima kempen pembangkang untuk membawa perubahan kepada negara. Jadi apabila pembangkang telah dipilih untuk memerintah negeri ini, maka janji untuk perubahan tersebut mestilah ditunaikan.
Apakah pemerintahan BA di lima negeri ini dapat melaksanakan janji politiknya?
Sekiranya barisan pembangkang yang memerintah di lima negeri komited dengan janji mereka dan ikhlas untuk membawa perubahan kepada hidup rakyat, saya fikir janji tersebut boleh dilaksanakan. Rakyat faham sekiranya harga minyak dan harga tol tidak diturunkan kerana kedua-dua perkara yang hendak diturunkan itu adalah dalam bidang kuasa kerajaan pusat, tetapi rtakyat akan marah sekiranya janji lain yang berada di bawah kuasa kerajaan negeri tidak dilaksanakan.
Janji utama yang perlu dilaksanakan ialah untuk memberi keselesaan kepada hidup rakyat, mengurangkan beban hidup mereka, memerintah dengan adil, meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan tempatan, mewujudkan kerajaan berintegriti dan bersih rasuah. Melaksanakan soal integriti dan mewujudkan kerajaan bersih tidak memerlukan modal wang, melainkan kesungguhan dan keikhlasan.
Saya fikir dengan pemimpin yang berwibawa, toleran dan komited, janji BA tersebut boleh dilaksanakan. Oleh itu, memilih pemimpin untuk menjadi ketua negeri di kalangan parti-parti yang menang ini mestilah di kalangan mereka yang mempunyai ciri-ciri di atas.
Selain Kelantan, bagaimana hendak melaksanakan janji tersebut jika parti-parti yang bekerjasama dalam barisan pembangkang itu mempunyai perbezaan ideologi dan pendekatan politik?
Di Kelantan tidak ada masalah kerana PAS menang dengan suara majoriti dan boleh memerintah sendiri. Tetapi di negeri lain yang dimenangi pembangkang, PAS, KeADILan dan DAP perlu bekerjasama kerana tidak ada satu parti pun yang memenangi dengan suara majoriti.
Biarpun mempunyai perbezaan dari segi ideologi politik, saya fikir mereka boleh bekerjasama kerana mereka masih mempunyai persamaan dalam aspek lain. Persamaan tersebut ialah seperti sama-sama mahu menjaga kesejahteraan rakyat, menghapuskan penyelewengan, meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan mengurangkan beban hidup rakyat.
Jika semua parti ikhlas dalam melaksanakan apa yang mereka janjikan, maka perbezaan lain yang wujud itu perlulah diketepikan. Sekiranya tidak, maka ini akan menimbulkan masalah dan akhirnya yang akan menerima kesan ialah rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka.
Harapan rakyat ini tidak boleh diabaikan dan oleh sebab itulah sebarang perbezaan politik perlu diketepikan; sebarang masalah pula perlu diatasi secara muafakat supaya impian rakyat ini tidak disia-siakan. Kegagalan untuk membawa perubahan sepertimana yang dijanjikan akan membuatkan mereka dihukum oleh rakyat empat atau lima tahun dari sekarang.
Bolehkah kerajaan BA yang memerintah dengan majoriti yang sedikit ini bertahan?
Sekiranya peluang luar jangka yang diberikan oleh rakyat ini diambil dengan cara yang baik, saya fikir barisan pembangkang ini boleh bertahan. Memang dalam proses kerjasama itu akan timbul masalah, tetapi sekiranya punyai semangat kerjasama dan tolak ansur, maka ia boleh diatasi.
Selain itu, setiap parti perlulah mengelak dari menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kemarahan parti lain. Misalnya, PAS tidaklah boleh merujuk kerajaan negeri Kedah yang dikuasainya sebagai kerajaan PAS, DAP tidak boleh merujuk kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan DAP, dan KeADILan tidak boleh merujuk kerajaan Selangor yang diketuainya sebagai kerajaan PKR.
Ini kerana tidak ada satu parti pun yang boleh memerintah sendiri di negeri ini tanpa sokongan dari parti lain. Mereka mesti sensitif tentang hal ini dan perlulah merujuk kerajaan yang diperintah mereka sebagai kerajaan Barisan Alternatif atau apa juga nama lain yang boleh menimbulkan rasa senang hati kawan-kawan dari parti lain.
Di samping itu, PAS juga tidak boleh lagi bercakap soal hendak melaksanakan hukum hudud di Kedah misalnya atau DAP untuk melaksanakan konsep Malaysian Malaysia dalam pemerintahannya di Pulau Pinang. Barisan pembangkang ini perlu pragmatik dalam politik dan perlu menerima realpolitik bahawa Malaysia adalah negara majmuk yang perlu mempunyai gaya politik yang mengambil kira kepentingan semua kaum.
Apa yang mustahak untuk barisan pembangkang ini kekal relevan ialah untuk terus memperjuangkan nasib rakyat, membela kehidupan rakyat dan mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dibenci rakyat. Dengan cara ini, barisan pembangkang boleh bertahan biarpun dengan majoriti yang sedikit.
Bagaimana dengan faktor kemenangan pembangkang dalam pilihan raya yang lalu. Apakah ini akan kekal?
Banyak telah diperkatakan oleh pemerhati politik tentang faktor kemenangan pembangkang dalam pilihan raya yang lalu. Saya tidak mahu mengulasnya lagi di sini. Namun terdapat tiga yang utama yang hendak saya tegaskan, iaitu kemarahan rakyat kepada kos hidup yang semakin meningkat, kegagalan BN untuk menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh pembangkang dan peranan media yang keterlaluan sehingga rakyat berasa bosan dengan propaganda yang disiarkan.
Itu belum lagi diambil kira tentang kemarahan rakyat kepada SPR yang bertindak membatalkan penggunaan duti setem dan dakwat hitam di saat akhir. Biar apa pun alasan yang diberikan, membatalkan sesuatu di saat akhir menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada ketelusan SPR sebagai badan berkecuali dalam menguruskan perjalanan pilihan raya.
Kekal atau tidak faktor ini adalah sesuatu yang hipotetikal. BN telah menyatakan keinginannya untuk berubah dan menjadi kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan sudah bersedia untuk mendengar suara rakyat. Jika ini betul-betul dilakukan oleh BN, iaitu membaiki kesilapan lepas, pastinya faktor kemenangan pembangkang ini tidak akan kekal.
Oleh itu, bagi terus kekal, barisan pembangkang mestilah lebih terkehadapan dari BN dalam menguruskan soal rakyat dan negara ini. Sama-samalah kita tengok nanti!
Bagaimana dengan pengaruh internet dalam mencetuskan kemenangan pembangkang dalam pilihan raya kali ini?
Internet memang berpengaruh dalam menimbulkan kesedaran rakyat, khususnya di kalangan pengundi kontemporari, iaitu mereka yang tinggal di bandar, muda, intelektual dan kelas menengah. Tetapi dari segi pengaruhnya hanyalah sekitar 15 peratus sahaja.
Begitupun, terdapat beberapa penulis blog yang artikel dan pandangan mereka diikuti secara meluas dan mempunyai jumlah pembaca tetap yang ramai. Penulis blog seperti ini perlu dilantik sebagai senator supaya mereka juga boleh bersuara di parlimen. Seorang penulis blog yang saya kira perlu diberikan tempat ialah Raja Petra. Dengan cara ini semoganya pembangkang dapat membuka lembaran baru dalam politik negara.
Bagaimana dengan pemerintahan pembangkang di Pulau Pinang?
Di Pulau Pinang, barisan pembangkang boleh memerintah dengan selesa jika kerjasama politik mereka dapat diurus dengan baik. Ini kerana mereka memenangi jumlah kerusi yang banyak iaitu DAP 19, KeADILan 9 dan PAS 1 kerusi berbanding dengan BN yang hanya memenangi 11 kerusi sahaja dari 40 kerusi DUN semuanya. Walaupun Lim Guan Eng dari DAP menjadi Ketua Menteri, dengan komposisi exco yang sesuai, saya fikir barisan pembangkang ini boleh memerintah dengan baik.
Sama ada ia boleh meneruskan kecemerlangan pemerintahan BN atau tidak, itu bergantung kepada dasar-dasar yang akan diperkenalkan nanti. Dengan lama berada di kerusi pembangkang, tentunya DAP dan KeADILan mempunyai dasar yang tersendiri untuk Pulau Pinang.
Apa yang pasti memerintah Pulau Pinang adalah lebih mudah dari memerintah Kelantan atau Kedah kerana Pulau Pinang mempunyai sumber kewangan yang banyak dan bukanlah merupakan negeri miskin. Rakyat akan melihat kecemerlangan pemerintahan DAP dan KeADILan di negeri ini untuk menilai sama ada mereka layak atau tidak dalam mengurus negeri sebelum diizinkan untuk mengurus negara.
Dalam meneruskan kecemerlangan Pulau Pinang ini, mahu tidak mahu kerajaan BA ini perlu menjalin hubungan yang baik dengan pemerintah pusat. Ini kerana banyak kilang dan projek-projek besar kerajaan pusat yang sedang dan akan dijalankan di sini. Tanpa kerjasama baik dengan pusat, maka banyak rancangan pembangunan akan tergendala dan ini tentunya tidak baik untuk pembangunan negeri.
Dalam soal ini, apabila sampai ke tahap memperjuangkan kepentingan rakyat dan negeri, saya harap soal perbezaan politik perlu diketepikan.
Bagaimana pula dengan negeri Selangor?
Kemenangan pembangkang di Selangor tidaklah sebesar kemenangan PAS di Kelantan atau DAP dan KeADILan di Pulau Pinang. Daripada 56 kerusi DUN, BN memenangi 20 kerusi dan selebihnya dimenangi oleh barisan pembangkang iaitu 13 DAP, 15 KeADILan dan 8 PAS.
Dengan jumlah kemenangan kerusi yang sama banyak ini, tentunya KeADILan, DAP dan PAS perlu meningkatkan persefahaman dan kerjasama mereka supaya kerajaan campuran yang dibentuk tidak mudah roboh. Antaranya ialah dengan membahagikan kedudukan kerusi dalam Exco negeri yang boleh memuaskan hati semua pihak.
Lebih dari itu apa yang penting ialah untuk mereka mengurus negeri dengan cekap dan baik tanpa menyusahkan rakyat. Jika dahulu KeADILan, PAS dan DAP sering mengkritik kerajaan BN, maka sekarang inilah masanya untuk mereka bertindak mengatasi kelemahan kerajaan yang lepas. Selangor adalah negeri kaya yang juga tulang belakang kepada perindustrian Malaysia.
Sebarang langkah dan dasar yang silap ke atas pelabur akan memberikan kesan yang besar kepada ekonomi negara. Dasar kerajaan tempatan juga perlu jelas dan pasti lebih baik dan lebih cekap dari kerajaan BN yang terdahulu.
Ringkasnya untuk kekal relevan, maka kerajaan baru ini mestilah mesra rakyat dan mesra pelabur, malah mesra segala-galanya supaya negeri Selangor boleh terus maju dan membangun.
Dalam memerintah Kedah pula, apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan PAS?
Saya tidak lihat kerajaan Kedah yang baru dibentuk itu sebagai kerajaan PAS, tetapi adalah kerajaan Barisan Alternatif. Ini kerana PAS tidak boleh memerintah Kedah sendirian tanpa sokongan dari rakan-rakan dari PKR dan KeADILan. Ini kerana di Kedah PAS hanya memenangi 16 kerusi sahaja daripada 36 kerusi DUN. Selebihnya DAP 1, KeADILan 4 dan Bebas 1 kerusi (Bebas kemudiannya menyertai KeADILan. BN pula memenangi 14 kerusi.
Oleh sebab itulah, dalam memerintah Kedah ini PAS perlu mengambil pendekatan kerjasama yang rapat dengan KeADILan dan DAP. Barisan Exco yang dilantik juga harus menggambarkan komposisi kaum yang sesuai dan tidaklah perlu tergesa-gesa untuk mengkanunkan hukum hudud seperti yang dinyatakan oleh Presiden PAS. Tindakan sebegini boleh mengejutkan semua pihak dan menunjukkan betapa tidak sesuainya PAS untuk bersaing dalam konteks politik yang lebih kontemporari.
Seperti juga kerajaan Pulau Pinang dan Selangor, Kedah juga perlu mesra pelabur kerana banyak kilang multinasional yang terdapat di sini. Pusat pelancongan di Langkawi juga perlu dijaga dengan baik dan tidak boleh sewenang-wenangnya menukar polisi seperti pengumuman yang dibuat oleh Presiden PAS itu.
Kerajaan baru Kedah juga perlu memberi tumpuan kepada potensi pertanian yang terdapat di negeri itu. Saya fikir jika diurus dengan baik bersama pakatan rapat dari KeADILan dan DAP, Kedah boleh menawarkan perubahan seperti yang dijanjikannya kepada rakyat.
Bagaimana pula dengan kemenangan PAS di Kelantan? Adakah ini bererti rakyat menolak Umno sepenuhnya?
Kemenangan besar PAS di Kelantan mengejutkan ramai pemerhati politik. Setelah hanya memenangi 23 kerusi sahaja dalam pilihan raya umum 2004 dan kemudiannya kehilangan satu kerusi lagi setelah tewas dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, PAS telah melonjak besar dengan memenangi 38 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, KeADILan pula menang 1 dan Umno yang bersemangat untuk menyekat PAS dari terus memerintah Kelantan itu hanya memenangi 6 kerusi sahaja.
Banyak faktor yang menyebabkan PAS menang di Kelantan. Dua yang pasti ialah kerana kepimpinan dan persekitarannya. Dalam apa juga keadaan, pada rakyat Kelantan barisan pemimpin Umno Kelantan tidak mampu menandingi ketokohan pemimpin PAS Kelantan. Persekitaran masyarakat Kelantan yang dipenuhi dengan masjid dan madrasah yang dimakmurkan oleh kariah, biarpun masjidnya tidak baru, juga menyebabkan PAS akan selalu mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.
Selain itu, sekadar menggariskan beberapa faktor lain ialah barisan calon PAS yang lebih berintegriti dan berwibawa, jentera PAS yang jauh lebih tersusun, manifesto PAS yang lebih menarik, penceramah PAS yang lebih bersemangat, pengundi muda dan luar yang menyokong PAS, dan isu-isu nasional yang menyebelahi PAS. Kesemua di atas adalah faktor yang membawa kemenangan besar kepada PAS di Kelantan.
Tentang adakah kemenangan PAS ini menunjukkan rakyat menolak Umno, saya ingin katakan rakyat tidak menolak Umno, tetapi menolak pemimpin, calon dan pendekatan serta strategi politiknya. Sekiranya Umno mengubah barisan pemimpin dan pendekatan politiknya, tentunya Umno akan kembali bersaing di Kelantan kerana Umno adalah parti besar Melayu yang banyak jasanya kepada rakyat dan negara.
Jikalah PAS ingin terus kekal memerintah Kelantan, apakah yang perlu dibuat oleh PAS?
PAS juga perlu berubah. Harus diingat kemenangan besar PAS bukanlah disebabkan oleh sokongan kuat rakyat kepada PAS. Kemenangan tersebut adalah disebabkan situasi, iaitu wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat kepada kerajaan BN justeru kos hidup yang meningkat, beban hidup yang semakin berat dan beberapa soal keadilan dan isu-isu pilihan raya yang gagal ditangani dengan baik oleh pemimpin BN.
Ini boleh dilihat dari sikap pemimpin dan jentera BN yang lembab sepanjang tempoh kempen pilihan raya diadakan. Biarpun manifesto tambahan BN untuk Kelantan dilancarkan lima hari sebelum mengundi, pelancaran manifesto yang hebat dan baik itu dibuat terlalu lewat untuk penceramah-penceramah Umno sampaikan kepada rakyat. Penceramah Umno pun jika berkempen saya perhatikan tidak sesuai dengan selera semasa rakyat. Kempen mereka banyak yang tersasar landasan menyebabkan emosi rakyat gagal dibangkitkan untuk menyokong BN.
Dengan kemenangan besar ini, maka pendekatan politik PAS juga perlu berubah supaya amanah besar yang diberikan rakyat ini dapat ditunaikan dengan sebaiknya. Saya fikir barisan Exco yang ada sekarang perlu dirombak. Penelitian saya mendapati hanya beberapa Exco sahaja yang masih relevan dan selebihnya perlu diganti dengan muka baru yang lebih bertenaga, dinamik dan berwawasan.
Selain itu, dasar kerajaan negeri juga perlu disusun semula supaya sesuai dengan perkembangan politik semasa dan juga sesuai dengan beberapa dasar kerajaan pusat. Pendek kata, perubahan ini penting untuk membangunkan Kelantan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Saya lihat banyak potensi yang boleh dibangunkan oleh SEDC atau syarikat anak kerajaan negeri yang lain, tapi potensi ini dibiarkan begitu sahaja. Aspek-aspek yang sebutkan ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri.
Kemenangan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Apa sebenarnya kepentingan majoriti dua pertiga ini kepada politik negara?
Kemenangan dua pertiga ini memang penting, tetapi bukanlah untuk menubuhkan kerajaan kerana kerajaan boleh ditubuhkan dengan majoriti mudah. Dua pertiga majoriti juga tidak diperlukan untuk mengubah persempadan semula kawasan pilihan raya kerana ia juga hanya memerlukan majoriti mudah.
Pentingnya majoriti dua pertiga ini adalah untuk dua perkara utama: Pertama, untuk meluluskan pindaan Perlembagaan kerana hampir semua peruntukan Perlembagaan tidak boleh dipinda tanpa mendapat kelulusan dua pertiga ahli dewan. Kedua, untuk mewujudkan kerajaan yang stabil kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk masyarakatnya.
Jadi apabila BN tidak lagi memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga, sukarlah kerajaan BN meminda Perlembagaan. Dari satu segi ini baik kerana saya lihat sebelum ini Perlembagaan terlalu mudah dipinda walaupun untuk urusan yang tidak sepatutnya. Contohnya banyak untuk diberikan tetapi fikirlah sendiri. Akhirnya ialah pembangkang dapat menjadi pihak yang menyemak dan mengimbang tindakan politik dan dasar kerajaan.
Akan dinamikkah perbahasan di Parlimen dengan adanya ahli Parlimen dari pembangkang yang ramai?
Tentu sekali akan dinamik dan bertambah hangat sidang Dewan, apatah lagi dengan munculnya beberapa nama besar. Sekadar menyebut beberapa nama adalah seperti Mahfuz Omar, Ibrahim Ali, Azmin Ali, Tian Chua, Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo. Harapnya kehangatan itu adalah kerana perbahasan serius mereka untuk menggubal undang-undang yang melibatkan soal kesejahteraan masyarakat dan negara.
Saya juga harap ahli Dewan ini akan terus berada di Dewan membahaskan soal negara, bukannya tidak menghadirkan diri. Isu-isu yang dibahaskan pula biarlah didebatkan secara berfakta, bukannya emosi.
Apa yang perlu dilakukan oleh barisan pembangkang untuk mengekalkan kemenangan di lima negeri ini?
Banyak yang boleh dilakukan. Antaranya ialah amanah rakyat jangan dikhianati. Segala janji untuk membawa perubahan positif perlu ditunaikan. Pemimpin BA juga mesti bersedia untuk menjadi welfare officer kepada rakyat dan tidak bersikap sombong. Mereka mesti approachable dan mesra rakyat. Dasar-dasar yang dilaksanakan di negeri yang diperintah mereka mestilah tidak membebankan rakyat dan lebih baik dari dasar kerajaan BN sebelumnya.
Segala kesilapan kerajaan BN yang lepas perlu dielakkan. Kecekapan pentadbiran kerajaan perlu ditingkatkan dan kerjasama politik antara parti dalam barisan pembangkang ini mestilah dikukuhkan.
Imej perpaduan di kalangan parti-parti KeADILan, DAP dan PAS ini perlu dilihat mantap dan pemimpin mestilah bersedia untuk mencari satu polisi yang boleh diterima oleh semua parti, tanpa perlu berpolemik dengan polisi dan perbezaan yang remeh-temeh. Jika gagal melakukan seperti yang saya nyatakan di atas, pasti dalam pilihan raya yang akan datang rakyat akan kembali kepada BN.
Ada cerita nak pujuk ahli Parlimen di kalangan parti-parti komponen BN supaya menyertai pakatan pembangkang bagi membolehkan kerajaan alternatif dibentuk. Apa komen?
Atas apa juga hujah dan alasan, saya tidak setuju soal menyogok ahli dari parti lain supaya menyertai BA bagi membolehkan BA membentuk kerajaan. Sekiranya kerajaan dibentuk hasil dari tindakan parti lain menyertai BA, saya fikir kerajaan yang dibentuk itu tidak ada moral politik dan integriti. Oleh itu, tidak perlu melakukan sesuatu yang tidak ada moral politik sekarang.
Dengan jumlah kerusi yang telah dimenangi, berkhidmat dulu kepada rakyat. Laksanakan polisi yang tidak membebankan mereka dan jika rakyat melihat pakatan BA ini lebih berwibawa dari BN, maka mereka akan memilih lagi BA dalam pilihan raya yang akan datang. Dari situ, jika menang besar dan mendapat suara majoriti rakyat, bentuklah kerajaan. Jika tidak mereka akan kembali menyokong BN yang telah berjanji untuk mengkaji semula faktor kekalahan mereka dan berubah ke arah yang lebih positif sesuai dengan aspirasi rakyat.
Akhirnya, bagaimana dengan hala tuju masa depan politik negara?
Saya melihat masa depan politik negara dengan penuh minat dan optimistik. Jika semuanya dapat disusun dengan baik, maka kemungkinan akan muncul sistem dua parti adalah besar sekali. Tapi sebelum itu berlaku PAS, KeADILan dan DAP perlulah mempunyai persamaan dari segi prinsip-prinsip asas perjuangan yang dipersetujui bersama.
Sekiranya prinsip asas itu gagal disepakati, maka akan kekalkan sistem politik sepertimana yang ada sekarang. Kedua, gabungan parti ini mesti mempunyai pemimpin yang boleh diterima oleh semua parti komponen. Saya fikir buat waktu sekarang pemimpin itu telah tersedia ada, tetapi untuk masa depan, ia sesuatu yang belum pasti. Tapi jika politik itu diambil atas semangat kesederhanaan dan perjuangan untuk menegakkan hak rakyat, apa juga perkara kecil yang ada boleh diatasi.
Saya juga melihat ruang keterbukaan akan semakin menyerlah dalam negara. Dengan jeritan rakyat yang mahukan suara mereka didengar dan hak mereka dihormati, saya fikir negara akan dan perlu menuju ke arah yang lebih demokratik.
Akhir sekali, saya merasakan bentuk hubungan kerajaan pusat-negeri akan berubah. Dengan lima negeri yang dikuasai pembangkang sekarang, kerajaan pusat dan negeri tidak lagi boleh berasingan. Setiap peringkat kerajaan perlulah menghormati bidang kuasa masing-masing dan merapatkan lagi hubungan supaya negara kita dapat dipacu bersama ke arah mencapai kejayaan yang lebih gemilang, cemerlang dan terbilang.
-- Edited by ZUl at 12:39, 2008-03-13
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
Najib says that the Chinese should reject DAP because DAP is working with PAS and PAS supports an Islam State. Najib is therefore saying that he too does not support an Islamic State. Najib says that the Malays should reject PAS because PAS is working with DAP and DAP supports a Secular State. Najib is therefore saying that he too does not support a Secular State. To the Malays, Najib says he does not support a Secular State and, to the Chinese, he says he does not support an Islamic State. So what then does Najib support? Well, it all depends on who he talks to. If he talks to the Chinese, he will whack the Islamic State and, if he talks to the Malays, he will whack the Secular State.
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.
DEB dimansuhkan dipulau pinang!!!!!!ermmmm... sebenarnya DEB telah lama dimansuhkan kat penang nih sejak hampir berpuluh tahun yang lalu...DEB hanya pada nama...Apa yang disebutkan Lim Guan Eng sebagai DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisyen sebenarnya memang betul...datanglah kat penang usha sendiri keadaan dia macammana barula tau keadaan dia...
Siapa yang merobohkan surau kegunaan untuk orang Islam, jika tidak dengan arahan Menteri Besar berketurunan Melayu dari Umno?
Siapa yang meroboh setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang atas alasan tujuan untuk pembangunan?
Siapa yang 'mengalibabakan' projek kerajaan yang diterima atas nama kontraktor Melayu Umno dan kemudiannya di sub-kon kan kepada kontraktor Cina?
Siapa yang menghapuskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, untuk digantikan dengan bahasa Inggeris?
Siapa yang menghapuskan bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat, yang rata-ratanya diwujudkan untuk pendidikan anak-anak Melayu/ Islam?
Siapa yang menindas dan menafikan hak ekonomi serta geran perkapita kepada kerajaan pimpinan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu sewaktu PAS memerintah?
Sebenarnya bukan PAS, KeADILan atau DAP yang menolak DEB, hakikatnya pemimpin Umno sendiri yang mengkhianati DEB!
Justeru, pemimpin Umno tidak harus mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang Melayu tulen, walhal sebenarnya merekalah yang menindas orang-orang Melayu.
Jika Umno dan BN melaksanakan dasar-dasar negara dengan betul, sudah tentu orang-orang Melayu tidak akan menolak mereka...
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), khususnya Umno seharusnya tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama PAS buat kali kelima.
Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini berkata sudah sampai masanya untuk Umno insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu, adalah satu usaha yang sia-sia.
Malah menurut beliau, wang yang dicurahkan untuk perjuangan politik di Kelantan itu lebih banyak menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin Umno di negeri itu.
Katanya, bagaimanapun kekalahan BN di Kelantan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk meneruskan pembangunan di negeri itu, sekiranya ada satu kerjasama yang rapat antara kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan Persekutuan.
Kemenangan PAS di beberapa buah negeri dan kawasan bukan Melayu juga menunjukkan bahawa parti itu boleh bersikap rasional sekiranya menghadapi tekanan politik demi meneruskan kuasa.
"Pilihan raya kali ini juga menunjukkan bahawa PAS sanggup untuk berganjak dari dasar-dasarnya yang bersifat ketaksuban kepada rasional dalam realiti politik Malaysia, katanya kepada Bernama di sini.
Zainuddin percaya usaha untuk membantu rakyat Kelantan tidak akan menjadi satu usaha yang sia-sia kerana mereka adalah terdiri daripada masyarakat yang rajin bekerja dan sentiasa menunggu peluang perniagaan.
Saya percaya kerajaan Kelantan juga akan bertukar sikap dan lebih terbuka apabila menghadapi kerajaan pusat yang bersifat mesra katanya. - Bernama
(Pertama kali aku baca media arus perdana tulis laporan sebegini... selalunya negeri kelahiran aku (klate) selalu dihina dan dicari keburukannya jika melibatkan politik...BEBASKAN MEDIA MALAYSIA DARI DIPOLITIKAN...)
-- Edited by ZUl at 14:58, 2008-03-13
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
Najib says that the Chinese should reject DAP because DAP is working with PAS and PAS supports an Islam State. Najib is therefore saying that he too does not support an Islamic State. Najib says that the Malays should reject PAS because PAS is working with DAP and DAP supports a Secular State. Najib is therefore saying that he too does not support a Secular State. To the Malays, Najib says he does not support a Secular State and, to the Chinese, he says he does not support an Islamic State. So what then does Najib support? Well, it all depends on who he talks to. If he talks to the Chinese, he will whack the Islamic State and, if he talks to the Malays, he will whack the Secular State.
kalo dh dia x sokong negara sekular...nape plak dia menentang negara islam.....inilah contoh perangai "baik" yang dicanang-canangkan.....inikah contoh contoh "bakal" PM malaysia.........depan kata lain,belakang kata lain........
walaupun aku "sayangkan" UMNO tetapi aku amat jelek n x sukakan sebahagian besar pemimpin UMNO sekarang..kata nak tolong sama melayu tapi lagi menjahanamkan lagi ada la................
aku harap lepas ni....mana2 parti memerintah lakukanlah amanah dengan jujur
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
baru2 ni aku ada nterview untuk jadi cikgu di sekolah agama bantuan kerajaan.. skrg ni aku tak tau mcm mna dgn pengambilan tu.. adakah akan diteruskan ataupun tidak... peninnnnnnnnnnnnnnngggggggggg kepala aku ni....... kerajaan...aku rakyat mu yg teraniaya..... kesian kat akuuuuuuuuuuuu subsubsubsub..huhuhuhuhu
Hari ini 12 Mac 2008, calon PAS Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik menjadi MB Perak setelah diperkenankan oleh DYMM Sultan Perak. Malam sebelum itu di TV3 ditunjukkan ketiga-tiga calon dari DAP, PKR dan PAS sebulat suara bersetuju untuk menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik oleh Baginda Sultan. Siap boleh saling berjabat tangan lagi
Tiba-tiba hari ini DAP melalui Penasihat DAP Pusatnya Lim Kit Siang meluahkan rasa terkejutnya berikutan pemilihan Ir. Mohammad Nizar sebagai MB. Dia akan memulaukan upacara angkat sumpah yang bakal berlangsung di Istana Iskandariah esok.
Alasannya Ir. Mohamad Nizar belum mendapat mandat dari Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP. Berita ini sangat-sangat mengejutkan semua orang. Tidak dapat dinafikan lagi berita ini akan digunakan habis-habisan oleh media BN bagi menanam perasaan saling benci membenci antara penyokong Barisan Rakyat terutama dari kaum Melayu dan Cina. Jika ini terjadi maka apa yang dihajati oleh BN akan berjaya.
Siapa silap dalam hal ini? Yang silap ialah kedua-dua pemimpin tertinggi PAS dan DAP. Apabila Parti PAS berusaha bersungguh-sungguh bagi mewujudkan sebuah negara Islam yang tulen di Malaysia, ianya ditentang hebat oleh DAP. Karpal Sigh sanggup mencabar supaya dilangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebuah negara Islam di Malaysia. TG haji Hadi membalas dengan mengatakan pimpinan DAP sudah tidak relevan dan diumpamakan sebagai Dinosour. Maka bermulalah satu episod persengketaan di kalangan pemimpin.
Episod yang telah lama berlalu rupanya masih tidak dilupakan oleh pimpinan DAP terutamanya Lim Kit Siang. Sepatutnya beliau melupakan peristiwa tersebut dan membina satu halatuju baru dalam membentuk pola pemikiran rakyat. Setelah puluhan tahun BN mencanangkan bahawa DAP ialah sebuah parti Cina. Walhal ia adalah parti berbilang kaum. Jauh lebih baik daripada UMNO, MCA dan MIC.
Apakah untungnya DAP memulaukan perlantikan Ir. Mohamad Nizal? Untungnya sangat sedikit sebenarnya malah kemudaratannya sangat banyak. DAP hanya menerima puji-pujian daripada kalangan yang rapat dengan pimpinan sahaja tapi di sebalik itu DAP akan menerima padah yang bukan kepalang kelak. Antaranya ialah;
1) BN akan memanipulasi habis-habisan isu ini. 2) Rakyat akan menganggap DAP adalah parti Cina yang memperjuangkan kaum Cina sahaja 3) Tidak ada tolak ansur di kalangan pimpinan DAP 4) DAP anti-Melayu 5) Rakyat akan mengganggap Perak telah ditakluki oleh orang Cina sebagaimana P.Pinang dan Singapura 6) DAP akan dianggap menderhaka kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Apa pula faedah bila DAP menerima perlantikan Ir. Mohamad Nizal sebagai MB Perak? 1) BN terkedu bila melihat kerjasama yang terjalin 2) Rakyat akan melihat DAP bukanlah parti perkauman Cina 3) Pimpinan DAP adalah terdiri daripada mereka yang berhemah 4) DAP parti pelbagai kaum 5) Tidak timbul langsung Cina menakluki Perak kerana MBnya adalah orang Melayu 6) DAP akan dianggap sangat menghormati Raja-Raja Melayu 7) Rakyat akan lebih menghormati DAP. Satu kejutan baru akan timbul iaitu DAP bukanlah sebagaimana yang mereka sangkakan selama ini. Ini akan membuka lebih ruang bagi rakyat yang karat BN untuk menukar arah. Jadi kepada pemimpin DAP, fikirkanlah secara mendalam kesan yang bakal muncul....
Artikel berkaitan
DAP JANGAN CABAR PENGUNDI MELAYU
Saya merasa terpanggil untuk menulis berikutan keenganan DAP menerusi Lim Kit Siang, untuk melantik Menteri Besar Perak yang baru daripada PAS, iaitu Ir. Mohamad Nizar Jamaludin. Sedarkah Kit Siang mengapa Barisan Alternatif berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 setelah hampir 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Ini semua tidak lain adalah disebabkan rakyat benar-benar inginkan perubahan dalam hidup menyebabkan rakyat terutamanya orang Melayu sanggup memberikan undi kepada Barisan Alternatif terutama DAP.
Ingatlah Kit Siang, bahawa apa yang berlaku ini mungkin hanya sementara. UMNO dan Barisan Nasional masih relevan, pada bila-bila masa sahaja pengundi boleh beralih arah untuk kembali menyokong BN untuk selama-lamanya kerana sudah mengetahui apakah sifat sebenar DAP.
Jika selera pengundi kali ini hampir menumbangkan BN, tidak mustahil DAP dan Barisan Rakyat juga mengalami nasib yang sama.
Saya fikir sudah lama Barisan Rakyat menantikan saat ini, hingga ada yang mengalirkan air mata lantaran penghinaan dan kezaliman yang diterima sejak sekian lama.
Tetapi mengapa DAP lupa semua itu sehingga apa yang dilaungkan oleh BN selama ini benar mengenai kegagalan Barisan Rakyat bersatu untuk rakyat. Adakah DAP juga lupa kemenangan mereka adalah disebabkan oleh peranan besar PAS dan PKR bagi menentukan Barisan Rakyat berjaya pada kali ini.
JIka tidak kerana skandal Linggam, faktor Anwar Ibrahim serta kempen-kempen yang dijalankan, sudah tentu DAP tersungkur. Selain itu DAP harus ingat, jika tidak kerana pengundi Melayu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan beberapa tempat lagi, tidak akan dimenangi oleh DAP.
Secara ringkasnya baik ketepikan perbezaan dan buktikan terlebih dahulu kemampuan anda wahai Kit Siang.
Jangan jadi igauan pengundi untuk lima tahun yang akan datang kerana belum pun apa-apa sudah mula tunjuk taring.
Akibatnya rakyat rela pangkah yang lain !
Malah DAP jangan lupa betapa pentingnya Raja-Raja Melayu, jangan cabar dan jangan sekali-kali bantah kuasa mereka kerana orang Melayu sangat sensitif mengenai Raja-Raja Melayu.
Buruk padahnya jika DAP cuba bermain api. Ini bukan untuk menimbulkan sentimen perkauman tetapi DAP kena tahu realiti politik di Malaysia
-- Edited by unit rawatan rapi at 16:51, 2008-03-13
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
Sikap Lim Kit Siang memboikot angkat sumpah MB Perak menunjukkan beliau tidak faham sejarah Malaysia. Kita tidak tahu mengapa DAP begitu memusuhi PAS walau pun PAS menunjukkan sikap yang amat toleran kepada kaum bukan Islam. Alhamdulillah hubungan PAS dan DAP adalah longgar dan hanya dalam semangat gabungan parti pembangkang. Namun sikap Lim Kit Siang tidak berapa sensitive dengan raja Melayu dan meraikan DEB amatlah tidak matang
Semua terkejut apabila Lim Kit Siang mengeluarkan arahan memboikot istiadat angkat sumpah. Arahan ini adalah KURANG AJAR memandangkan pada peringkat awal ketiga pihak sudah bersetuju merujuk kes pelantikan MB kepada Sultan Perak. Lim Kit Siang mesti mengerti bahawa di dalam undang undang Malaysia terdapat kuasa Sultan dalam beberapa hal. Ini tidak boleh di persoalkan.
Mempersoalkan kuasa Sultan bermakna mempersoalkan perjanjian Pangkor dan perjanjian kemerdekaan Malaysia. DAP perlu paham bahawa yang melantik mereka bukan saja orang Cina tetapi juga orang Melayu Pilihanraya adalah SEBAHAGIAN DARI manisfestasi sistem pelembagaan Malaysia BUKAN Keseluruhan pelaksanaan pelembagaan Malaysia. Terdapat banyak lagi tonggak asas pelembagaan malaysia selain pilihanraya dan ini tidak boleh di nafikan oleh orang Cina atau India.Saya merasakan sikap Lim Kit Siang tidak ' representative' sikap orang Cina dan saya khuatir Lim Kit Siang akan berakhir menjadi ' the last chinese chauvinist' in Malaysian politics yang tidak digemari oleh semua. "
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
DEB dimansuhkan dipulau pinang!!!!!!ermmmm... sebenarnya DEB telah lama dimansuhkan kat penang nih sejak hampir berpuluh tahun yang lalu...DEB hanya pada nama...Apa yang disebutkan Lim Guan Eng sebagai DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisyen sebenarnya memang betul...datanglah kat penang usha sendiri keadaan dia macammana barula tau keadaan dia...
Siapa yang merobohkan surau kegunaan untuk orang Islam, jika tidak dengan arahan Menteri Besar berketurunan Melayu dari Umno?
Siapa yang meroboh setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang atas alasan tujuan untuk pembangunan?
Siapa yang 'mengalibabakan' projek kerajaan yang diterima atas nama kontraktor Melayu Umno dan kemudiannya di sub-kon kan kepada kontraktor Cina?
Siapa yang menghapuskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, untuk digantikan dengan bahasa Inggeris?
Siapa yang menghapuskan bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat, yang rata-ratanya diwujudkan untuk pendidikan anak-anak Melayu/ Islam?
Siapa yang menindas dan menafikan hak ekonomi serta geran perkapita kepada kerajaan pimpinan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu sewaktu PAS memerintah?
Sebenarnya bukan PAS, KeADILan atau DAP yang menolak DEB, hakikatnya pemimpin Umno sendiri yang mengkhianati DEB!
Justeru, pemimpin Umno tidak harus mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang Melayu tulen, walhal sebenarnya merekalah yang menindas orang-orang Melayu.
Jika Umno dan BN melaksanakan dasar-dasar negara dengan betul, sudah tentu orang-orang Melayu tidak akan menolak mereka...
hmm aku pn tatau la ape nk jadik... mak aku ari2 kjut aku bgn ckp "bgn2..DAP memerintah ni..tkot jadik 13 mei..bgn..bgn..bgn..amek tau sket hal politik" gtu la carenye mak aku kjut sejak kua rslt PRU 12 nih..
b4 ni aku xpenah heran pon psal politik..tp bile da jadik camni..riso la plak.. dlm fmly aku je da brape rmai x ngundi ari tuh..aku mmg xckup umo ag..hehe..
pastu ade yg kate..'jgn undi BN..undilah BA' last2 dpt kt org C..mmg la BA, konon nk ajar BN last2 org mlyu sdri tegadai.. ibaratnye mcm nk ajar ank sdri yg mls..bg kat org cina soh bela.. so org cina tu pn wat care die ar..
ni pade pendapatan aku la..hehe.. =) smuger negare kite aman damai~
aku rasa pilihanraya kali ni, agak kusar kacir.. keputusan suma x dijangka..td lec aku ada bgtw yg bursa saham kita turun mendadak.. ini menunjukkan bahawa pelabur, x kira pelabur tempatan or luar ngr x yakin dengan parti alternatif. Aku cuma berdoa agar bangsa MELAYU tetap ber1, dan negara aman damai.. kitaorg selaku pelajar terikat dgn AUKU, kitaorg hanya leh bc berita tp x leh bicarakan apa2 ttg politik..so ramai student yg x berminat nak tau hal2 cam ni..ini 1 kerugiaan...
Sikap Lim Kit Siang memboikot angkat sumpah MB Perak menunjukkan beliau tidak faham sejarah Malaysia. Kita tidak tahu mengapa DAP begitu memusuhi PAS walau pun PAS menunjukkan sikap yang amat toleran kepada kaum bukan Islam. Alhamdulillah hubungan PAS dan DAP adalah longgar dan hanya dalam semangat gabungan parti pembangkang. Namun sikap Lim Kit Siang tidak berapa sensitive dengan raja Melayu dan meraikan DEB amatlah tidak matang
Semua terkejut apabila Lim Kit Siang mengeluarkan arahan memboikot istiadat angkat sumpah. Arahan ini adalah KURANG AJAR memandangkan pada peringkat awal ketiga pihak sudah bersetuju merujuk kes pelantikan MB kepada Sultan Perak. Lim Kit Siang mesti mengerti bahawa di dalam undang undang Malaysia terdapat kuasa Sultan dalam beberapa hal. Ini tidak boleh di persoalkan.
Mempersoalkan kuasa Sultan bermakna mempersoalkan perjanjian Pangkor dan perjanjian kemerdekaan Malaysia. DAP perlu paham bahawa yang melantik mereka bukan saja orang Cina tetapi juga orang Melayu Pilihanraya adalah SEBAHAGIAN DARI manisfestasi sistem pelembagaan Malaysia BUKAN Keseluruhan pelaksanaan pelembagaan Malaysia. Terdapat banyak lagi tonggak asas pelembagaan malaysia selain pilihanraya dan ini tidak boleh di nafikan oleh orang Cina atau India.Saya merasakan sikap Lim Kit Siang tidak ' representative' sikap orang Cina dan saya khuatir Lim Kit Siang akan berakhir menjadi ' the last chinese chauvinist' in Malaysian politics yang tidak digemari oleh semua. "
takut jugak peristiwa perkauman akan terjadik lagi.... susah nk jangka... takut diorang claim balik peristiwa dulu.. hak masing2 tgh dipertahankan.. sejarah & perlembagaan termaktub takut dijadikan isu.... kowang dah tgk web malingsia tuh?? web indon yang kutuk malaysia??/
Tunggu dan lihat apa yang akan jadi dalam masa 4/5 tahun akan datang. Masa ni tak boleh ubah apa-apa lagi.... Nak tengok juga macam mana pembangkang perintah negeri. Adakah lebih baik atau sebaliknya...
Bagi rakyat peluang rasa sendiri apa yang dah mereka pilih...
ELI BERDOA KEPADA ALLAH SWT. AGAR NEGARA KITA TERPELIHARA DARI SEBARANG MALAPETAKA.. AMIIINNN
betul lah jugak.aku rasa kita tunggu dan lihat macam mana pulak pembangkang memerintah.bagi aku manusia ni kalau prinsip tak kuat,agama tak kuat,mudah goyah kalau berhadapan dengan ujian harta dan kuasa.apa2 pun marilah kita sama2 doakan yang terbaik and sentiasa bersiap sedia dengan apa pun yang akan terjadi..
__________________
why on earth people always do something stupid for the sake of love????