hai..ahli geng cerita..kamu dh tgk ke Videos di youtube.. apa pendapat geng2 sekalian..btl ke TM yg ckp
www.youtube.com
Search ni = Tun Dr Mahathir Mengaku, Dia Zalim Kpd Anwar Ibrahim
-- Edited by nagaphoenix at 17:00, 2008-03-08
Aku tolong kau....
(Dari rie : "Tengok pada minit ke 0:34, ada macam terputus... kerana disitu telah diedit dan dibuang ayat... itu sebenarnya perumpaan saja... sila lihat video yang tak diedit... Semua ahli politik sama saja, tak kira la kerajaan ke pambangkang... suma menghalalkan matlamat)
-- Edited by Mister Rie at 12:04, 2008-03-11
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
Lain kali tengok yang version panjang punya... jangan main ambik je apa2 yang orang cakap..
Sebenarnya ni video yang dah diedit oleh pihak tertentu untuk memutarbelitkan ucapan Tun Mahathir ni....
Memang Tun ada bercakap pasal Anwar ni... tapi tahukah anda itu sebenarnya hanyalah perumpamaan mahathir untuk memberi contoh yang dia berlaku zalim....
Ucapan dia sebenarnya...
"Ada orang yang tuduh saya pun berlaku salahguna kuasa juga dengan menangkap anwar, memasukkan anwar ke penjara, anwar tak buat apa-apa pun....(dan seterusnya)"
dalam hal ini, ayat "Ada orang yang tuduh saya...." telah dipotong...
Sebagai bukti... Sila lihat Video yang tidak diedit.....Lihat kat minit 0:50 untuk melihat "ada orang yang tuduh"...
Ayat "saya dulu dituduh" telah dipotong....
So, nasihat aku... fitnah di internet ni berpuluh2 ribu jenis ada... harap kita mesti buat pertimbangan bila terima apa2 sahaja... kaji2 kan lah benda tu betul ke atau tak... tak kira la dari pro ke dari kontra... mesti kaji dulu... supaya kita tak termasuk dalam mainan kotor diorang ni....
yela emma.., aku dpt email youtube kwngkawan aku bg byk majlis paklah tido. Hbs ler kita mcm ni, kalo bom jatuh pun PM kita tido lg.. abis amanah yg diberikan oleh rakyat..
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
pak lah boleh menghancurkan negara.. klu pak lah x ubah sikap dier yg suke tido.. dan suke dengar ckp menantu.. negara msia nie akan hancur ingat semua!!
__________________
Our friends show us what we can do.. Our enemies teach us what we must do..
yer ker zherox? Takutnyeee... kok macam tu kita kena lah pilih parti yang presidennya ada isteri dan anak dalam kabinet.... atau pun bapak ngan anak lelakinya yang dah jadi ketua menteri.... dan seorang bekas peguam yang ada anaknya turut bertanding dalam pilihanraya....
last-last.... selangor jadi pusat ternakan.... errr.... errrr.... sebut baboon je la...
Kenyataan Kerajaan Negeri Selangor mengenai projek ternakan babi Harakahdaily Wed | Apr 09, 08 | 7:04:10 am MYT Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.
Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Dato' Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.
Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.
Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming.
Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.
Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar 'one stop' yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.
aku cuma bagi fakta dari kerajaan PK................
-- Edited by ZUl at 08:40, 2008-04-09
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
Yang ni plak dari khir toyo sendiri... tapi sapa nak percaya kat dia ni yer dak? adelah lebih baik kita percaya kat mereka yang dah memperjuangkan dari dulu lagi pasal ternakan babi ni dalam parlimen. Ade la seorang makcik dari SEPUTEH ngan KINRARA tu... dari zaman mahathir lagi duk canang nak bukak ladang baboon... memujuk ahli dewan dengan kata2 "babi pun makhluk tuhan juga..." dulu ada parti Bulan dulu duk ngutuk kerajaan "Badwi di arab jaga unta, BADAWI di Malaysia jaga babi"...
What eva la... dalam manifesto kan benda ni duk utama dulu...
Khir persoal projek ternak babi RM100j
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mendakwa ladang ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat diluluskan kerajaan negeri sebelum ini dan pihaknya hanya meneruskan projek itu.
Bagaimanapun, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan kerajaan negeri pimpinannya pernah meluluskan projek ternakan babi moden sebesar itu.
Dr Khir menjelaskan, mesyuarat Exco yang dipengerusikannya pada 30 Januari lalu ada membincangkan perkara itu tetapi pada dasarnya meluluskan pembinaan ladang babi bersaiz kecil saja.
"Ketika itu, kita tidak bersetuju dengan saiz kawasan ladang kerana kita mahu kawasan yang lebih kecil untuk menempatkan ternakan babi. Lokasinya belum kita lulus kerana mahu mendengar pandangan penduduk kampung.
"Kita tidak mahu wujud ladang besar sehingga menjadi pengeksport babi. Sebab itu, kita minta (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan) Datuk Tang See Hang, membuat kajian terperinci berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam bagi mengulas keputusan kerajaan negeri meluluskan projek itu.
Abdul Khalid, memberitahu pemberita semalam, mesyuarat Exco pada 2 April lalu meluluskan projek itu, yang dijangka siap dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun, kerana rakyat mahukan kerajaan negeri membuat keputusan segera mengadakan penternakan babi secara moden.
Katanya, kerajaan negeri hanya meneruskan projek yang diluluskan kerajaan negeri sebelum ini dengan mengambil kira tapak berkenaan menjadi ladang babi utama di Selangor.
"Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, 30 Januari lalu," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin di pejabatnya di Shah Alam semalam.
Beliau menolak dakwaan bahawa persetujuan untuk melaksanakan projek itu kerana pihaknya didesak pihak lain, sebaliknya menegaskan ia keputusan bersama semua parti yang membentuk kerajaan negeri campuran.
"Projek ini wajar diteruskan bagi memantapkan proses pelaksanaannya berikutan tapak yang dicadangkan sudah menjadi tapak utama ladang babi di Selangor yang mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta kerajaan negeri," katanya.
Abdul Khalid juga berkata, ladang ternakan babi itu tidak akan mencemarkan alam sekitar kerana semua bahan buangan akan diguna semula dalam bentuk bio gas untuk menjana elektrik dan air bagi pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak.
"Justeru, tiada bahan makanan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang berkenaan," katanya yang enggan mendedahkan teknologi yang bakal digunakan untuk melaksanakan projek itu.
Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan keputusan Kerajaan Selangor meluluskan projek projek ternakan babi bernilai RM100 di Sepang sebagai tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Prof Datuk Dr Hamdan Adnan, berkata pihaknya ingin melihat sendiri laporan spesifikasi piawaian atau environmental impact assesment (EIA) mengenai kemudahan kawasan ternakan babi itu.
"Tempat ternakan itu mestilah jauh dari penduduk setempat kerana bau babi boleh dihidu dari jauh. Kemudahan yang disediakan mesti lengkap dan menepati piawaian antarabangsa seperti dijanjikan. Selain masalah bau, sistem pengairan juga mesti yang terbaik supaya tidak timbul pencemaran sungai dan laut.
"Kita tidak mahu timbul isu orang ramai mahu berkelah tapi berakhir dengan berbalah. Sekiranya isu alam sekitar seperti di Negeri Sembilan dan Melaka berulang, Fomca tidak akan teragak-agak untuk menggesa Kerajaan Selangor menarik semula lesen syarikat pengusaha terbabit.
"Kerajaan negeri juga mesti memastikan masyarakat Islam di situ tidak teraniaya dengan apa-apa masalah berkaitan ternakan ternakan berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Datuk Seri Dr Salleh Mohd Noor, berkata ternakan kontroversi itu boleh menimbulkan kesan negatif terhadap persekitaran.
"Pemantauan yang ketat perlu dibuat awal-awal lagi jika tidak mahu isu alam sekitar dan kesihatan berulang. Lebih baik menghindar daripada mengubati.
"Jika pemantauan rapi dilakukan, pihak yang terbabit dapat membuat andaian awal untuk mengesan masalah bakal berlaku tetapi isu alam sekitar ini bukan kecil dan sensitiviti semua pihak perlu diambil kira," katanya.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George, berkata pihaknya mendapat banyak maklum balas daripada pengguna dan majoritinya tidak bersetuju dengan projek itu.
"Seharusnya sebelum kerajaan negeri meluluskan projek ini, mereka harus menetapkan kuota jumlah ternakan itu dan mengadakan perbincangan dua hala dengan pelbagai pihak berhubung kesan alam sekitar, kesihatan, teknologi yang digunakan, keagamaan dan kesan yang bakal timbul.
"Hal seperti ini bukan saja orang Islam malah bukan Islam juga kebanyakannya kurang senang kerana tidak mendapat maklumat terperinci mengenainya. Ia bukan isu agama saja tetapi faktor kebersihan mesti dititikberatkan.
George berkata, latar belakang syarikat perlu diteliti dan rekod mereka sebelum ini juga mesti diambil kira.
"Ketelusan mesti wujud, kerajaan negeri seharusnya hanya meluluskan projek yang mencerminkan minat masyarakat. Banyak lagi industri lain yang lebih sesuai dan menguntungkan untuk Selangor.
"Saya minta kerajaan negeri mengkaji semula projek ini dan berbincang. Jangan terlalu cepat meluluskan projek kontroversi seperti ini dan ketepikan sensitiviti rakyat kerana ini bukan projek kerajaan tapi pihak swasta yang lebih bermotifkan keuntungan.
"Cassa juga akan mengambil tindakan undang-undang termasuk membawa syarikat pengusaha terbabit ke mahkamah jika ada masalah yang timbul kesan ternakan itu," katanya.
korang baca n fikir sendiri apa yang baik n apa yang buruk ngan projek ternakan babi... pastu korang nilai,apa manfaat kepada kita,apa manfaat kepada negara dan apa manfaat kepada masyarakat sekeliling......pastu kene nilai gak apa keburukan kepada kita,apa keburukan kepada negara dan apa keburukan kepada masyarakat sekeliling.....jika kebaikan lebih banyak drpd keburukan maka adalah wajar untuk diteruskan tetapi jika keburukan melebihi kebaikan maka adalah lebih baik projek ini dibatalkan sahaja.......
(aku hanya baca surat kabar jika sesuatu perkara itu tidak melibatkan politik....jika ada unsur politik,aku xkan baca.......semua itu hanya mainan dan sandiwara...banyak yg tipu drpd yang betul......kat internet pun sama...banyak yg tipu drpd yang betul)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
lagi satu aku nak persoalkan... ni bukan hal politik... ni hal intergriti pimpinan...
kalau yer pun kerajaan lama meluluskan projek ternakan gabi ni... (eh..tersebut nama gab plak kat sini)... kenapa kerajaan baru nak meluluskan jugak? Kenapa tak dibatalkan aja? Pastu lagi dibesarkan lagi projek tu hingga 100 juta... tujuannya nak dieksport ke luar negara... memang bagus untuk income negara perkara ni...
Tapi cuba fikir benda ni...
Rakyat Malaysia : "Waaa... bagus la daging lembu dari new zealand ni, daging2 lembu dari sana memang fresh sebab diorang ternak dengan baik dan sistematik"
Rakyat Hong Kong : "Waaaa... sedap la daging cabi ni... fresh gila... ni daging import ka? Mana mari.... MALAYSIA????"
Rakyat Eropah : "wow... now the malaysian pork is good quality...because their now is the biggest exporter pork in asean..."
Negara Arab : "Kami mahu jadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh yang maju dalam pengeksport makanan halal ke seluruh dunia dan juga pengeksport makanan tidak halal"
So.... thingking about it.... jangan kita pergi ke mekah menunaikan haji nanti... ada orang gelakkan kita plak atau sindir2....
ni pendapat aku la..... aku pun musykil sbb dia kata bnda tu dh diluluskan pd kerajaan dl.. tapi bnda yg dh lulus boleh tak tetiba kita batalkan..... sape2 yg pandai dgn projek2 punye posedur ni????? kalu pd aku batalkan pun boleh...... yg tak sdp ati siap nak eksport tu... mmg la kita ni tiada paksaan dlm agama... tp nak kena sampai mcm gitu sekali ke?????
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
aku pun pelik juga bila xda isu lain babi pun dipolitikan kawasan Sepang nie dah lama org ternak babi cuma tidak berpusat dan sitemetik.... aliran air najis babi tersebut mengalir ke sungai dan longkang berhampiran dan mengotorkan alam sekitar bila ader projek untuk tempatkan satu pusat berkelompok dan buat saliran yang moden....sepaya mudah untuk dikawal ramai pulak yang menyalak... kalau xbuat pun ramai gak bising... sedangkan semua modal untuk projek tersebut dari pelabur bukanyer guna duit kerajaan negeri.... mungkin perkara ini terjadi diatas sifat tidak puas hati ataupun kekecewaan yang terlampau kerana wakil rakyat beliau tidak dipilih dalam PRU yang lepas....
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
ni bukan masalah politik... ni masalah sensitif... tak kisah la nak ternak baboon pun... tapi kena la utamakan benda yang perlu dulu.... orang pilih kerajaan baru sebab nak betulkan pemerintahan kerajaan lama...
ok.. kata la nak bagi kawasan sepang tu ternak baboong secara sistematik dan baik... fine.... bukak satu ladang yang besar dan pindahkan semua ladang masuk ke kawasan tu... tapi statement mengatakan ada duit modal dari pelabur dan bukan dari kerajaan.. so sudah semestinya ladang tu dipunyai oleh satu syarikat pelabur sahaja dan bukan dari ladang2 kecil yang tidak sistematik tu... sebab kalau nak memindahkan ladang2 kecil tu kan kerajaan yang kena sediakn tempat dan duit... so... secara ironinya... ladang yang lama masih ada ditambah plak ngan ladang yang baru... bukannya nak memindahkan ladang yang lama tu....
aku hairan, kenapa kesalahan terang2 depan mata kita masih nak sokong walaupun benda tu masih isu sensitif... bukan masalah tak puas hati pasal wakil kita kalah.. tapi kalau wakil yang kita pilih pun buat salah.. takkan kita nak sokong 100%?
DULU... kaum 'C' dah ada cadangan ni kat parlimen, kaum 'C' dari kerajaan pun ada cadangkan nak buat pusat ni.. tapi masa dulu leader kerajaan ialah kaum 'M'.. so buat kecil-kecilan cukup la... untuk masyarakat setempat... tapi kerajaan pakatan yang baru ni... semua jadi leader... so leader2 yang lain pun tak membantah... sebab ia sebahagian dari perjanjian... janganla fikirkan benda ni benda politik... tapi fikirkan pasal masa depan politik 'M'.... tak kira la parti apa pun.. tapi biar kaum 'M' duk atas... bukan mengiyakan aje apa yang mereka nak... nanti2 tunggu la... kaum 'I' pun dah berani mintak2 dah....
Biasanya, kalau orang marahkan sesuatu, ringan saja mulut tu nak cakap babi, sehinggakan kereta kancil pun dah jadi kereta babi. Sebabnya, dalam mencari tempat parking kereta, ternampak satu ruang kosong. Lalu meluru lah dia ke tempat kosong tersebut, tetapi bila hampir di tempat yang disangka kosong itu, ternampaklah dia akan sebuah kancil yang telah diparking di situ. Lalu ringan je mulut dia menyumpah babi
Itulah kisah kereta kancil jadi kereta babi.Apa kaitan dengan ladang babi Mega di Selangor? Tetapi dalam kes projek Ladang Ternakan Babi Mega di Selangor ni, siapa yang babi? Babi itu kah yang babi atau orang yang mempolitikkan isu ini yang babi, atau orang yang tak mengaku meluluskan projek ini yang babi? Lantaklah, tak kuasa nak menyumpah orang. Faktanya, kalau dilihat kepada enakmen penternakan babi sebagaimana terdapat dalam laman web Jabatan Haiwan Selangor, masih lagi mengguna pakai akta tahun 1991. Tak tahulah kalau sudah ada akta yang terkini. Kalau ada, bermakna JPH Selangor tak buat kerja untuk update laman web mereka.
Pewartaan Enakmen ini adalah bertujuan untuk menentukan supaya semua aktiviti penternakan babi di negeri ini dijalankan secara terkawal mengikut syarat-syarat pelesenan dan mengamalkan sepenuhnya konsep mesra-alam seta mengambilkira sensitiviti masyarakat sekitar.
Kawasan Penternakan Babi(Pig Farming Area)
Di negeri ini Kawasan Penternakan Babi belum dikenalpasti dan diwartakan. Bagaimana pun menjelang Julai 1998, lesen Penternakan Babi Sementara akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang mematuhi syarat-syarat Jabatan.
Hukuman
Hukuman denda sehingga RM 15,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan terhadap penternak-penternak yang didapati menjalankan aktiviti penternakan babi tanpa lesen yang sah.
Akta ini jelas untuk mengawal penternakan babi di Selangor supaya mesra alam dan mengambil kira sensitivity masyarakat, terutama orang-orang Islam. Namun begitu kelemahan penguatkuasaan baik dari pihak PBT mahu pun JPH sendiri telah menyebabkan banyak berlaku pencemaran alam dan gangguan kepada masyarakat Islam sebagaimana laporan2 media. Contoh yang masih saya ingat ialah pencemaran Sungai Langat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Karam Singh Walia.
Manakala mengikut kata Sdr Khir Toyo, matlamat pengeluaran babi di Selangor ialah untuk kegunaan tempatan saja iaitu sekitar 250,000 ekor. Dan jika dibanding dengan statistik ladang babi di Selangor, yang berjumlah 147 buah, purata satu ladang babi menternak 1700 ekor babi. Banyak tu!!!
Bayangkanlah, 1700 ekor babi dalam satu ladang. Satu Selangor ada 147 buah ladang, bermakna 147 buah kampong atau pekan dalam Selangor ada 1700 ekor babi di dalamnya (purata). Berapa banyak sungai yang tercemar? Berapa banyak kawasan yang udaranya tercemar? Bearapa banyak lalat2 yang singgah bagi salam kat penduduk Islam Selangor dengan membawa bersama sisa2 babi?
Bandingkan pula dengan hanya satu kawasan saja di Selangor ini yang dikhususkan untuk ternak babi. Tempat lain tak boleh, Hanya di kampong Tumbuk, Sepang sahaja yang boleh ternak babi. Tempat ini pula memang telah menjadi tapak utama penternakan babi di Selangor, bukan isu baru. Cuma yang digembar gemburkan ialah nilai 100 juta itu nampak seperti mega dari segi saiznya. Walhal kalau dikaji kenyataan MB Selangor, ladang tersebut merupakan ladang moden yang akan recycle balik segala hampeh2 babi untuk kegunaan babi juga tanpa keluar dari kawasan mereka. Bermakna satu bentuk system penternakan yang sofistikated. Itu yang membuat kosnya tinggi, bukan kawasannya yang mega. Penternakan babi ini lebih kepada feedlot bukan jenis lepas bebas. Jadi, bagi saya yang tak makan babi ni, tak nampak pula apa masalahnya dengan cadangan ini. Lagi baik ada lah!
BROGA
Kita ni kalau nak membangkang tu, biarlah kena bendanya.Sebagai orang yang terlibat dan minat dengan industri binaan dan industri2 hilirannya, saya cukup terkilan apabila projek incinerator Broga dibatalkan. Bukannya saya ada syer, tapi dari segi praktikalnya saya amat bersetuju dengan cara pelupusan sampah melalui system incinerator. Tetapi orang kita ni memang kaki bangkang. Projek ini, tak silap saya semasa Khir Toyo jadi MB. Kena bantah, sampai court, dan akhirnya batal. Sudahnya, berapa tempat di Selangor ini yang jadi tempat buang sampah? Sampai satu tahap, tutup dengan tanah. Cukup haul, buat rumah. Bila dah siap rumah, baru padan muka. Bau busuk entah dari mana la, udara tercemar sampai besi2 pun berkarat, semut banyak, anai2 takyah cerita la, macam2 lah. Tempat sampah katakan!
Ha.. bangkang la lagi ikut sedap perut! Apa guna ada anak watan yang ada ilmu kalau tak mau guna ilmu? Bangkang ikut nafsu,sebab ada kepentingan, atau bangkang sebab saja suka bangkang, nama lagi NGO. Tak buat kerja, tak dapat peruntukan. (nota: kebanyakan NGO mendapat peruntukan dari kerajaan).Atau bangkang sebab tak tau, tapi dah orang lain bangkang, kena la bangkang, nanti orang kata apa pulak. Yang TV3 tunjuk dalam Dateline kul 12 tadi tu, takde orang lain dah tu. Orang UMNO lah tu yang protes depan pejabat MB pasal isu ladang babi mega ini.
Itu yang saya tertanya-tanya ni, faham ke dia orang ni? Entahlah, siapa yang babi ni? Walaupun babi ni makhluk haram, bila dia marah anak atau kawan,tak pernah disumpahnya anak atau kawannya itu menatang babi!!Percaya lah, dia tak sumpah cam tu!
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
ni bukan masalah politik... ni masalah sensitif... tak kisah la nak ternak baboon pun... tapi kena la utamakan benda yang perlu dulu.... orang pilih kerajaan baru sebab nak betulkan pemerintahan kerajaan lama...
ok.. kata la nak bagi kawasan sepang tu ternak baboong secara sistematik dan baik... fine.... bukak satu ladang yang besar dan pindahkan semua ladang masuk ke kawasan tu... tapi statement mengatakan ada duit modal dari pelabur dan bukan dari kerajaan.. so sudah semestinya ladang tu dipunyai oleh satu syarikat pelabur sahaja dan bukan dari ladang2 kecil yang tidak sistematik tu... sebab kalau nak memindahkan ladang2 kecil tu kan kerajaan yang kena sediakn tempat dan duit... so... secara ironinya... ladang yang lama masih ada ditambah plak ngan ladang yang baru... bukannya nak memindahkan ladang yang lama tu....
aku hairan, kenapa kesalahan terang2 depan mata kita masih nak sokong walaupun benda tu masih isu sensitif... bukan masalah tak puas hati pasal wakil kita kalah.. tapi kalau wakil yang kita pilih pun buat salah.. takkan kita nak sokong 100%?
DULU... kaum 'C' dah ada cadangan ni kat parlimen, kaum 'C' dari kerajaan pun ada cadangkan nak buat pusat ni.. tapi masa dulu leader kerajaan ialah kaum 'M'.. so buat kecil-kecilan cukup la... untuk masyarakat setempat... tapi kerajaan pakatan yang baru ni... semua jadi leader... so leader2 yang lain pun tak membantah... sebab ia sebahagian dari perjanjian... janganla fikirkan benda ni benda politik... tapi fikirkan pasal masa depan politik 'M'.... tak kira la parti apa pun.. tapi biar kaum 'M' duk atas... bukan mengiyakan aje apa yang mereka nak... nanti2 tunggu la... kaum 'I' pun dah berani mintak2 dah....
Di sebabkan sensitiflah ladang babi ini di tumpukan satu kawasan dan tidak boleh di ternak sesuka hati dan cemarkan alam sekitar ...... adakah salah tindakan kerajaan negeri ?
bila pelabur membuka ladang babooo yang moden dan sistemetik adakah si pelabur itu sendiri yang akan bela baboo² tersebut....tentu sekali tidak .... jadi semua pertenak baboo yang ada di selangor tentu sekali di panggil untuk menjayakan projek tersebut....jadi ladang baboo yang lama sudah tentu ditutup kerana kerajaan telah menghadkan hanya satu tempat sahaja baboo boleh di ternak... suka atau tidak mereka harus menerima hakikat....aper sangat lah kos yang x seberapa untuk pindahkan baboo daripada percemaran alam yang sudah berlaku hampir 50 tahun sejak merdeka...kata mak cik yang tinggal kat sungai morib tu...aku lupa nama beliau....
jika kita lihat dari sudut yang xbetul mesti nampak kesalahan yer... tapi jika berfikir secara terbuka mesti banyak kebaikan dari keburukan....aku bagi satu contoh.... kapal terbang jika dilihat dari sudut risiko tentu sekali ia amat bahaya dan boleh membunuh jika berlaku sesuatu tidak diingini terjadi..... tapi jika dilihat dari sumbangan yer amat baik kepada manusia untuk jimatkan masa...jadi fikirkanlah jgn kerana kita tidak sehaluan semua yang dilakukan dilihat dari sudut yang salah.....
hak istimewa org melayu sudah ader dalam pelembagaan.... tiada siapa yang boleh pertikalkan....mereka boleh mintak aper yg mereka mahu tapi adakah yang dimintak itu hak mereka... ???parti yang menjaga hak org melayu sekarang nie pun lebih memetingkan agenda malaysia dari melayu ...contohnya dalam pergunaan bahasa inggeris dalam pendidikan...menukar istilah melayu pada malaysia....itukan yang dikatakan membela melayu......fikir²kan lah......
(pening² ....lalu zul cari kaktusbulu untuk lepaskan penat lelah di atas peha beliau....)
-- Edited by ZUl at 09:11, 2008-04-11
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
tu la bila dh buat parti liar campur laki pompuan..... kan ke tak prasan mana haram mana halal.......... semua ada pendapat masing2..... aku nak dok atas tembok batu la ... nak tengok mana satu yg menang..... kucing jantan siam menang ke kucing jantan parsi yg menang dok bgaduh rebut kucing betina tempatan..... kang aku turun kang silap2 ada yg mncakar aku...... bkn takut.. kang ada yg kena campak dlm longkang kang...
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
Hmmm.. makin panas plak isu ni.... terpaksa la aku menggunakan dada kaktusbulu untuk menyejukkan kepala aku ni....
Ok... tu semua pro and kontra... memang hasrat membuat apa pun pada negeri kita sesuatu yang murni... tak kira apa pun dari kerajaan lama atau pakatan rakyat....
Tapi benda yang lebih utama ialah.... Katakan lah, Barisan Transnasional masih memerintah selangor ni, dan diorang nak buat projek mega baboon ni... aku nak tanya.. siapa yang akan bersuara dulu dan membantah? Siapa yang akan menentang habis-habisan dalam ceramah road tour? Kilang arak di PJ dulu teruk ditentang habis-habisan sehingga melabelkan malaysia sebagai pembekal arak untuk asia... dan jika mereka menang, mereka akan menutup kilang tu sebagai alasan ia tidak islamik.... ok... tetapi yang menang di selangor bukanlah parti Bulan tetapi parti kehakiman rakyat.... so mungkin PKR kata tidak ada dalam dasar mereka untuk menutup kilang itu, sebaliknya kami akan menambah pulak projek seumpanya dengan lebih sistematik...
fine... apa dia barisan transnasional ni? ialah satu pakatan dengan satu dasar untuk setiap negeri...sama semuanya dasarnya... jikan negeri pahang ada snooker.. semua kena ada snooker... jika johor ada pusat karaoke.. semuanya ada... secara ironinya.. semua parti Barisan transnasional sepakat dalam menentukan dasar...
Tetapi samakah dasar untuk Pakatan Pak yat? sekiranya di kelantan terlalu islamik, begitu la keadaannya bila di perak mahupun selangor... so selangor kena sepakat seperti apa yang dah diperkatakan di dalam ceramah2 semua parti pakatan pak yat.... tak caya? tengok la balik ceramah2 lama tu...
itu janji parti bulan, seperti yang berlaku di kelantan, ada hiburan diharamkan... tetapi kenapa tidak dipenang perak ngan selangor? Apa yang dipersoalkan disini.. ialah cakap tak serupa bikin.... apa saja projek B.Transnasional bikin... dianggap membazir oleh mereka dahulu.. jambatan p pinang, KLCC, KLIA, bukit jalil dan memacam lagi.... tetapi kini? apa benda yang dibuat sampai jadi mega?
Kalau yer pun nak sistematik, perlu ke mega? Perlu ke di selangor? kenapa tak di pulau pinang? kedah or kelantan? memang isu ini dipolitikkan.... kalau la kata nak buat projek mega kilang2 baju ke... projek mega kilang komputer ke... bukan sahaja takde orang membantah.. malah lebih respek... anak2 selangor yang muslim pun bleh tumpang keje... tapi sebab ni kerajaan yang disokong, nak buat baboon pun buatlah...
Selangor beri amaran jangan putarbelitkan isu ladang babi ANIS NAZRI dan SALMIYAH HARUN Sat | Apr 12, 08 | 11:29:49 am MYT SHAH ALAM, 12 April (Hrkh) - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memutarbelitkan isu projek pembinaan ladang babi, di Ladang Tumbuk, Hulu Langat.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak mendedahkan dokumen rasmi kerajaan negeri berhubung projek yang telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008.
Tidak teragak-agak dedah dokumen
"Kami tidak teragak-agak mendedahkan dokumen ini, yang telah diluluskan kerajaan negeri BN sehingga sampai ke peringkat pengambilan tanah, walaupun ia merupakan dokumen rasmi kerajaan dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)," tegas beliau ketika temu bual eksklusif bersama Harakahdaily, di pejabatnya, di SUK, semalam.
Beliau menegaskan, atas persetujuan Exco negeri dokumen tersebut boleh dihebahkan walaupun ia merupakan dokumen OSA.
"Kita boleh menjadikan dokumen itu bukan dokumen OSA," katanya sambil menunjukkan dokumen tersebut.
Tiada kesan negatif kepada persekitaran
Mengulas lanjut kontroversi yang dimanipulasi media arus perdana berhubung isu itu, Yaakob berkata projek RM 100 juta itu tidak akan memberi kesan negatif kepada alam persekitaran.
Jelas beliau, najis babi dari ladang akan dikumpulkan dalam satu tong yang bercampur sisa rumput, yang kemudian menghasilkan bio-gas untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan ladang tersebut.
"Tidak akan ada pencemaran, baik pencemaran air atau udara. Tidak akan ada sisa buangan dari ladang ke luar kawasan ladang itu. 'No discharge, no smell," tegas beliau.
Menurut Yaakob, kaedah ini diamalkan di Jerman, di mana bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri Dr Khir Toyo pernah mengadakan lawatan di negara tersebut, bersama wakil penduduk Kampung Ladang Tumbuk, sebelum ini.
"Wakil penduduk kampung itu bersetuju dengan kaedah di Jerman. Beliau turut menerangkan kepada penduduk bahawa projek itu tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar dan penduduk setempat," katanya.
Wakil penduduk berdalih
Ekoran dari itu, Yaakob melahirkan kekesalan apabila wakil penduduk terbabit menafikan apa yang pernah dinyatakan sebelum itu selepas Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor.
Ketika pelbagai pihak membangkitkan soal lokasi projek mega itu yang dikatakan turut membabitkan kampung Melayu, beliau menegaskan kawasan tersebut sememangnya merupakan pusat penternakan babi di negeri itu.
"Sebenarnya, babi sudah sedia ada di kawasan tersebut. Ia memang sudah menjadi pusat. Kami hanya mahu memodenkan pusat tersebut, di samping menjaga alam persekitaran dari dicemari," katanya.
Mengenai cadangan supaya projek ditempatkan di Pulau Ketam yang merupakan majoriti penduduknya adalah Cina, beliau mengatakan kawasan tersebut tidak praktikal kerana faktor geografi, terutama dari segi pasang surutnya air.
Jangan kelirukan rakyat
Menurut Yaakob, projek tersebut sudah berada di peringkat pengambilan tanah, di mana kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang modal bagi tujuan itu.
Malah, katanya para pelabur dikenakan bon sebanyak RM 40 juta kepada kerajaan negeri untuk membiayai kos pengambilan tanah penduduk seluas 119 ekar tersebut.
Justeru, beliau meminta mana-mana pihak yang tidak memahami isu ini secara jelas agar tidak memutarbelitkan fakta, yang boleh mengelirukan rakyat./wann
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
aku pun pelik juga bila xda isu lain babi pun dipolitikan kawasan Sepang nie dah lama org ternak babi cuma tidak berpusat dan sitemetik.... aliran air najis babi tersebut mengalir ke sungai dan longkang berhampiran dan mengotorkan alam sekitar bila ader projek untuk tempatkan satu pusat berkelompok dan buat saliran yang moden....sepaya mudah untuk dikawal ramai pulak yang menyalak... kalau xbuat pun ramai gak bising... sedangkan semua modal untuk projek tersebut dari pelabur bukanyer guna duit kerajaan negeri.... mungkin perkara ini terjadi diatas sifat tidak puas hati ataupun kekecewaan yang terlampau kerana wakil rakyat beliau tidak dipilih dalam PRU yang lepas....
aku sebenarnya dah muak dgn ayat kedua terakhir tu..... apa sbnrnya yg dimaksudkan..... aku cukup meluat dgn kata2 tu.... yg dh menang2...menang la.... yg dh kalah tu nasib la adat bertanding.... even kita main lumba lari pun tak pastinya menang... kalu menang tu alhamdulillah..... aku sbnrnya malas nak komen pjg2 sbb mls nak memanaskan isu ini...... aku tgk rakyat kita skrg ni kalu bab politik even yg muda yg masih belajar pun bagai nak rak bercakap...politik itu politik ini... pdahal diri sndiri pun belum tentu betul... aku tak kata la diri ini betul sebetu2nya.... dan aku tak nak bpihak ke mana2 parti... even PR atau BN..... sbb memasing ada kelebihan dan kekurangan... mslhnye penyokong dibwhnya...... ckp tak serupa bikin.... nak maju tp diri sendiri tak nak maju
aku nak sentuh pasal anak bangsa kita skrg.. kalu bab belajar mls.... semua nak di suap.... pastu kalu tak diberi apa2 ngadu kata pendidiknye mls nak kasik nota la... nota tak teratur la.... cuba korang (aku khususkan bdk2 yg tgh belajar) tgk mcm mana org2 dl belajar.... bknnya phm kdg apa yg cikgu/pnsyarah ajar tp usaha carik sndiri maklumat tu..... blajar sendiri... kdg2 nak jupe cikgu/pensyarah punye la takut... jadik usha sndiri study group ke, carik soalan ke, beli buku ke...... tp tgk bdk2 skrg... semuanye nak diberi... bkn kita sbg pendidik kdg2 sengaja mberi nota... tp itu adalah guide utk mencari maklumat yg lbh byk..tmbah ilmu.... tp tgk la library skrg pun tak penuh... yg tau nak bdating je kejanya...pastu study berdua2 laki pompuan.....sudy ke namanye tu......penuh dgn alasan.......pastu tgk org lain berjaya dengki..... mcm mana nak maju (aku tujukan khas utk bdk2 melayu).... st lagi kuat membodek... bnda ni la yg paling aku pantang........ cuba tgk bangsa 'C'.... rajin belajar...... masing2 tolong menolong.... senior pastinya akan menolong junior..... kalau kita... senior pun tak kenal junior... kalu nak kenal pun sbb nak ngorat...... yg aku tau ramai yg kasanova ada la (pending jap citer ni)
berbalik pd citer babi tu.... kalu nak buat... buat la... kita tunggu dan lihat... pulak tu jgn la pulak tuding menuding jari kata kerajaan dl punye perjanjian la jadik kena teruskan jugak....... kalu dh ada kerajaan skrg berpakat la sama2...bkn ke wakil yg dipilih skrg mmg dari org yag bijak... ... kalu tak setuju cari kata sepakat... kalu setuju jalankan je apa yg dikata.... kata sistem yg bersih.... tak cemar sungai kita...teknologi moden... kan ke skrg ramai bijak pandai...... ha.. buat je la....
mslhnye org yg membangkang projek tu ada adalah penduduk pribumi di kawasan tersebut disbbkan pengalaman lama hasil dr ternakan haiwan tersebut yg sekian lama tlh mencemarkan ekosistem tmpat mereka... mereka fobia... takkan hari2 nak bau hasil najis haiwan tsebut....sungai tercemar.... tgk la apa dh jadik ngn pantai morib seketika masa dl.... org kata pantai babi sbb sungai tu mengalir kat pantai tsebut.... pernah suatu masa dl penati morib telah hilang serinya (harap2 skrg dah ceria kembali)..... itu adalah suara sbb mereka fobia.... wp mrk telah dijanjikan dgn kata2 yg mngatakan projek yg akan dijalankan adalah sistem moden.. makan berjuta2 sbb nak bangunkan sistem yg moden tu..... buat je la kalu itu yg dijanjikan.... kata putus pun dah diambil.... projek tetap dijalankan...... kita yg tak duduk kat area situ mmg la ada yg kata setuju... tak merasa spt apa yg mereka rasa skrg.....
jadik aku nak kata, jgn la dok canang kata terkilan la, kecewa la sbb ada parti yg kita sokong kalah..... dah ada kerajaan skrg ni cuba la kita bersatu... kalu nmpak yg kaum 'C' tu melebih2.... cuba la kita bersatu kaum2 melayu ni.... org luar sentiasa mengintai perpecahan kaum melayu ni.... (aku syg org melayu kita,jgn la disbbkan fanatik dan sikap gelojoh masing2 tak dpat apa2 keuntungan)
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
bebola mate ku juling lalu berpusing-pusing, pale lutut ku pening seperti kambing, perut ku bagai nak berguling-guling macam tenggiling,
serius....kali nie aku serius....aku bace komen si Pn Rajin ni sampai abis....namun, ape yang aku paham sekarang nie, satu pon aku tak paham ape yang Pn Rajin paham.....walaupon berulangkali aku cube paham,namun ape yang beliau paham, aku masih tak paham-paham...
bebola ikan ku abis dibaham kucing.... pale lutut ku longgar cam x cukup cecair disekeliling.... perut ku berkeroncong menyanyi lagu keroncong utk ana........
aku pun nak serius.......apa yg ko meroyan ni setan,..apa yg ko x paham sgt ni....cuba ko ckp kat aku.............inilah susahnya bila terdapat warga OKU cam mat gedik........
(rrrr puan modest, bleh x terangkan maksud sebenar kenyataan puan modest)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
kalau yer pun projek ni darri kerajaan barisan transnasional... KENAPA PARTI KEHAKIMAN RAKYAT TAK BATALKAN? Kan semua projek dari barisan transnasional ni dulu semuanya salah? semuanya membazir? menghina Islam? Tidak memikirkan sensitiviti orang melayu...
KENAPA DITERUSKAN JUA? KENAPA DILULUSKAN JUA?
So kalau betul la projek ni asalnya dari kerajaan barisan transnasional... so kalau PKR teruskan jua, so memang projek dari B transnasional ni memang ada manfaat la... memang berguna...
Tujuan rakyat memilih kerajaan baru ialah untuk menukar kesemua projek yang dianggap bermasalah dan dipenuhi rasuah, kenapa pkr teruskan jua projek B transnasional ni?
Bang, Kalaulah projek ni dijalankan oleh Barisan Transnasional ni, aku pun bantah bang... aku pun turun padang angkat sepanduk... ni bukan masalah politik, ni masalah sensitiv...
Ok la... jawablah apa pun... projek kerajaan lama la, projek bersepadu la, projek mesra alam la...
CUBA JAWAB NI...
KENAPA MESTI NAK JADI PENGEKSPORT?
KENAPA MESTI NAK JADI MEGA SAMPAI 100 JUTA?
KENAPA DI SELANGOR YANG MAJORITI KAUM 'M'?
KENAPA NAK DILULUSKAN PERMINTAAN PARTI ROKET?
sila jawab, jangan asyik nak copy berita-berita dari orang lain je....
aku saje je citer mcm2 wahai mat gediks ngan ICU oiii.....
ko paham ke tak paham masuk sekolah OKU atas didikan aku... aku ajar balik ABC..alif ba ta sampai ya.... pasni ko phm la apa2 yg aku meroyan ye..... tp jgn la pulak pandai je eja ba alif ba ya je....
org dok marah babi punye kes ni bkn apa.... kalu kaum tu nak makan babi je takpe..... ko mkn la sorang2 ko.... tp jgn la kaco sensitiviti org Islam.... cuba tgk ada gelatin dr lemak babi, pengemulsi dari lemak babi, silap2 daging babi pun jual terang2 kat pasaraya nanti..... semua tu makanan... kalu tak kaco mkanan org Islam dah la.... kang ada pulak sosej babi, mi pakai penyalut lemak babi la..... cuba lu pikir la...... sbb anggota binatang ni berguna utk semua bnda..... itu atas kajian pakar peneylidik...... tp haram tetap haram......
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
meh aku lak kasi pendapatan bulanan yang xde la lumayan....ini adalah pendapat aku yang amat lembab lagi dangkal....jika salah tolong beri tunjuk ajar.......selama ni aku copy n paste...sbb aku malas nak bangkitkan isu ini.......
projek penternakan babi di selangor adalah satu projek yang menyatukan seluruh penternak babi di sebuah satu penempatan yang memakan belanja sebnyak 100 juta........tujuannya adalah supaya senang dlakukan pemantauan.sejak moyang kita dulu lagi babi ini amat sensitif, jgn kata nak bela nak sebut pun x boleh.......
bagi aku semua ini adlah isu politik semata2...kerana sudah menjadi lumrah mereka yang berpolitik akan membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh parti lawan.....semua sama je samada PAS, BN, PKR, DAP....mereka ini hanya nampak apa kesalahan org sahaja.....
isu babi ni sebenarnya mempunyai pro dan kontra........yang pro adalah ianya lebih senang utk dipantau, satu tempat je yang dikhususkan sbg kawasan penternakan,memenuhi permintaan dan untuk bekalan kepada non muslim.....manakala yg kontra adalah ianya belum tentu menjamin kebersihan, x menjanjikan apa2 manfaat dan pekerjaan untuk muslim,...........
pd pndangan peribadi aku, aku tidaklah menyokong mahupun membangkang projek ini.....kerana bagi aku ia hanyalah satu mainan bagi pihak atasan........kalo nak wat, wat aje la........kalo nak batalpun xpe..........
cuma satu je persoalan aku: MANA LEBIH BAIK SENTUH BABI KE SENTUH WANITA YANG BUKAN MUHRIM?????
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
sila jawab, jangan asyik nak copy berita-berita dari orang lain je.... ermm....ermmm
nak jawab...nak jawab...bukan aku segaja copy n paste tapi itu adalah jawapan dari sumber PK ....
1)SAPA YANG KATA MALAYSIA akan jadi pengekspot babooo terbesar atau terkecil ?
2) RM100juta itu bukan yer babooo wahai saudara tapi pelaburan yang melibatkan semua aspek...termasuklah harga tanah .harga kilang ,harga operasi dan lain...teknologi moden mahal wahai saudara.... itu semua duit pelabur wahai suadara....bukan duit kerajaan negeri....
3)mungkin org "M" suka minun tongkal ali kot.....cam mat the matich dan ICU (apa motif soalan nie)
4)kalau permintaan yang munasabah kita tunaikan... itu hak mereka sebab islam tidak menindas agama lain....
ataupun saudara lebih suka baboo diternak dgn cara zaman batu dan tidak berkelompok.... supaya air dan udara di selangor terus tercemar kerana tidak dapat dipantau dan dikawal....(kalau xbuat aper² tentu saudara akan cakap "apa kejadah PK nie isu percemaran alam di cetuskan oleh babi pun xdapat nak atasi....")ataupun saudara mahu malaysia jadi macam singPORK HARAMKAN babi ternak di MALAYSIA.....???
apa yang saudara mahukan tolong jelaskan ....??????
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
sidang2 dewan sekalian benda pasal makhluk kerbau kaki pendek ni memang dipolitikkan. macam kat penang jugak, masa gerakan yang diketuai oleh kaum cina memerintah, melayu dipinggirkan. tapi ada ke orang politik di kalangan kerajaan yang bising n bertempik riuh? tup tup bila lim guan eng diberikan mandat memerintah penang, bising la semua orang politik belah tu, duk bising apa akan jadi dengan nasib melayu penang. kalau tak percaya, aku ada baca tentang satu artikel kat suratkabar belah nung masa abis pilihanraya. penulisnya menulis 'apa akan jadi kepada melayu pulau pinang di bawah pemerintahan DAP, adakah mereka akan terus dipinggirkan? apa maksud 'terus' tu? selama ni sape yang meminggirkan melayu penang? kenapa sekarang baru bimbang? kenapa masa diberikan mandat dulu, tak jaga kebajikan orang melayu betul2?..berilah dulu peluang kat lim guan eng memerintah, tengok apa yang dia buat. kita rakyat n ada kuasa..kalau tengok lim guan eng memerintah penang dengan cara menindas, pilihanraya ke 13 nanti, buatla apa yang patut. stakat ni aku tengok beliau okey, takde lagi tanda2 dia nak menindas orang kita.. kenapa masa kerajaan selangor dulu, doorang tak ambik pusing sangat mengenai ladang kerbau kaki pendek ni? pikirlah sejenak, apa yang kerajaan baru ni buat ni adalah untuk memastikan ladang2 babi ni beroperasi secara sistematik dan tersusun di mana tidak akan berlaku pencemaran dan masalah sisa2 buangan sepertimana yang akan berlaku sebelum ni..
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!