Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Daripada Mamat Kepada Kekasih


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Daripada Mamat Kepada Kekasih


"Hah!nak ape?" sergah seorang lelaki. "Alamak, garangnya mamat ni. Baru nak minta tolong sikit, dah mula nak tengking-tengking orang. Dia ingat, dia pandai sangat ker?Nanti, kalau kau perpikat kat aku, baru padan muka kau," bisik Ika.

"

" Hei mak Enon!apa hal? tak kan baru tengking sikit dah jadi bisu kot? Itu baru sikit tau."

"Mesin saya tu ada masalah sikit. Boleh tolong tengokkan apa penyakitnya?"ujurku lembut sambil berseloroh.

Sementara menunggu mamat kilang itu selesai memeriksa mesin, aku ke sebelah menolong makcik Sarah kemaskan barang. Sebelum ini makcik Sarah juga ada berpesan. Katanya kat kialgn ni jangan main-main. Pantang tengok orang tak buat kerja sikit , melayang kat kuninglah jawabnya.

" Kenapa Ika, mesin kau tu?" suara makcik Sarah mengejutkan aku.

"Entahlah makcik, Ika pun tak tau. Tiba-tiba aje meragam."

"Siapa yang betulkan ?"

" Siapa lagi kalalu bukan si mamat Syafiq tu," ujurku dengan nada geram.

Tersirap juga darahku apabila menyebut nama mamat itu.

" Dia ada cakap apa-apa tak?" tanya makcik Sarah ramah.

" Tak. Ada ke patut Ika panggil dia baik-baik, dia boleh tengking Ika, " ujurku meluahkan perasaan geram yang berbuku di hati.

" Ye ke?" tanya makcik Sarah smabil ketawa.

" Syafiq tu memang begitu, lebih-lebih lagi dengan budak baru macam Ika ni. Lagilah dia tunjuk belangnya, " ujur makcik Sarah tersenyum-senyum.

Tiba-tiba.
'"Woi!Mak Enon tu, mesin kau dah ok! Jangan duk ngumpat saja kat situ. lain kali gosok gigi sebelum pergi kerja," laung Syafiq memperli aku sebelumberlalu pergi.

Sesuka hati dia panggil aku Mak Enon. Apa dia ingat aku tak ada nama? Buat penat mak aku bagi nama Nur Faradhika, pandai-pandai pula kata aku tak gosok gigi.

Dia tak tahu ke, aku siap pakai minyak wangi lagi nak pergi kerja ni? Yang dia tu tak sedar diri. Entahkan mandi entahkan tidak. Badan berbau macam kambing gurun.

Se[erti kebiasaan, sambil menjamu selera petang itu, mata aku tidak lepas memanding sebuah kereta biru muda yang begitu menarik perhatianku. Kebetulan pula tempat letak kereta pekerja kilang tidak jauh dari kantin.

Mulalah aku berangan-amgan, kereta itu milik aku. Kereta siapa agaknya? Tentu tuan punya kereta ni lawa macam keretanya. Aku tersenyum sendirian,nakal jugaaku ni.

" Kau tak makan ker Syafiq?" sapa kak Nora yang turut makan bersama kami.

Bila masa pula mamat ni masuk ke kantin? Aku pun tak sedar. Agaknya kerana asyik tengok kereta biru tu.

" Malaslah nk keluar kaka, penat, " jawab Syafiq.

Di kantin itu hanya ada makanan segera saja. Jadi kenalah membeli di kedai bawah tu. Kebanyakkan pekerja di sini bawa bekal yang dimasak sendiri. Jadi aku pun buat perkara yang sama. Bawa bekal dari rumah, tapi emak yang masak.

" Gerai kat bawah tu kan ada. lagipun bukan jauh sangat. Kalau dah malas juga, bawalah kereta kau tu. Takkan ada kereta lawa-lawa nak buat perhiasan saja," sindir makcik Sarah.

"Kereta lawa?Warna biru tu ker?"soalku dalam hati.

"tak ada feellah nak makan sorang-sorang. Kalau budak ni nak temankan tak ape juga. barulah berselra sikit nak makan, " ujur Syafiq sambil tersenyum.

Sekilas aku memandang tepat ke wajah Syafiq. Keningnya diangkat.

Budak ni, aku ke? Mana ada budak lain di sini kecuali aku. Yang lain-lain tu semuanya mak budak.

"Apalah kau ni Syafiq. Malu si Ika ni nka makan. Kau tengok tu, kan dah berhenti dia makan, " ujur kak Nora berseloroh apabila dilihatnya aku sudah mula mengemas bekal yang aku bawa.

Geramnya hati aku bila nama aku sering digandingkan dengan nama mamat ni.

"Okeylah, tak kacau lagi,"katanya.
" Esok tak payah bawa bekal lagi tau. Aku belanja kau makan kat luar aja okey," kata Syafiq sambil mengenyitkan mata kepadaku.

Kemudian dia terus berlalu pergi. Biar betul mamat ni. Terlupa makan ubat ker atau tak makan petang ni? Sekejap garang sekejap baik. tak faham, sungguh aku tak faham.

" Kalau si Syafiq tu betul-betul tersangkut kat kau Ika, beruntunglah badan kau Ika. Dah la lawa, berdut pulak tu, " usik makcik Sarah disambung pula deraian tawa mereka yang ada di situ.

Merah padam muka aku menahan malu kerana diusik begitu. Namun jauh di sudut hatiku, aku mengakui kebenarannya. Keesokan hari, aku datang bekerja seperti biasa.

Sesampai di kilang, berderau darah aku melihat si Syafiq membuang sekotak kompenen ke dalam tong besar. Komponen yang aku buat tu ke? Alamak, esok tentu teruk kena marah dalam mesyuarat.

Hendak bertanya dengan Syafiq, takut pula rasanya. Tengok muka saja aku dah naik seram. Apatah lagi nak tanya. Tak ubah seperti seekor singa yang kelaparan. Silap-silap aku diterkamnya.

" Habislah engkau,memang kena hemtamlah esok dalam mesyuarat. Belum pernah seorang operator pun kat kilang in yang mencatat sejarah reject sekotak komponen, " ujur Syafiq sambil tersenyum sinis.

Bertambah kecut perut aku mendengar penjelasan dari Syafiq itu.

"Reject macamana, boleh tengok?" soal aku memberanikan diri.

"Tak payah tengok-tengok. Kalau kau tengok pun, bukan barang ni boleh elok semula, " kata Syafiq dengan muka serius.

tangannya pantas memeriksa komponen seterusnya yang sedang aku kotakka. Hampir melelh air mata aku. Kalau kena marah esok tentu malu.

"Woi mak Enon, sudahlah, tak payah nak buat muka kasihan," sergah Syafiq.

Kemudian dia tergelak. Aku segera memandang ke wajahnya. Apa hal pula mamat ni. tadi marah aku, lepas tu gelak-gelak pula. Geram aku dibuantya.

" Komponen yang kena reject ut, bukan kau punyalah. Syif yang kerja pagi, " jelas Syafiq dengan ketawa yang masih bersisa.

Setengan mati aku takut. Rupa-rupanya mamat ni kelentong aku. Nanati kau, sudah dua hari aku tak pergi kerja. nampaknya hari ni kena pergi kerja jugalah. Rasa malas pun ada.

"Kau nak tau Ika,Si Syafiq tu sibuk tanyakan kau. Makcik tengok risau betul dia, apabila makcik kata kau demam," kata makcik Sarah semasa kami berjalan bergandingan menuju kemesin masing-masing.

Petang itu aku terperasan juga si mamat tu asyik pandang aku.

"Fiq dengar Ika demam, macam mana sekarang, dah ok?" sapa Syafiq sedang aku leka dengan kerja.

Ramah juga bunyi sapaanya. Terkejut aku. Apahal pula mamat ni panggil aku Ika, membahasakan diri dengan Fiq pula tu. Sebelum ini aku dipanggilnya mak Enon. Demam ker mamat ni?

" Emm..dah okey sikit. Kalau ikutkanrasa hati, malas juga nak datang kerja. Rasa nak bercuti lagi. Apa boleh buat doktor bagi rehat dua hari,"jawabku ramah dan selamba tanpa menoleh ke wajahnya.

"Ye ke sebab tu, bukan sebab Ika ridu pada Fiq?"


Eh!ke situ pula mamat ni. Angau ke? Ini tak boleh jadi. Ini dah kira masalah besar. masalah negara ni!

"Syafiq!tolong betulkan mesin makcik ni kejap. Ada masalah ah," kedengaran suara makcik Sarah di mesin sebelah.

Lega.Kalau tak, lagi berbunga-bunga agaknya ayat mamat ni. Nampak saja garang, tapi jiwa-jiwa bukan main lagi. Boleh tahan juga. Aku tersenyum. Sedar tak sedar hampir empat bulan aku kerja di kilang ini.

Selepas makan tengah hari tadi, aku lambat sikit masuk kerja. Setibanya aku di tempat kerja petang itu, aku terus ke jabatan sumber manusia untuk mengisi borang berhenti kerja.
Menurut surat tawaran aku terima pagi tadi, aku kena melaporkan diri minggu hadapan. Jadi, aku buat keputusan untuk berhenti kerja hari in., supaya dapat buat sedikit persiapan.

"Ika dapat universiti mana?" tanya makcik Sarah mengejutkan aku, yang aku tidak sedari kehadirannya di situ.

"UPM, belajar dalam bidang pendidikan selama empat tahun, makcik," terangku.

Sedih pula rasa hati aku untuk meninggalkan mereka. Walaupun baru beberapabulan bekerja di sini, tetap[i aku dapat merasai kemesraan mereka kecuali si mamat tu.

" Jangan sedih Ika, selepas ni bukan kita tak boleh jumpa lagi. kalau Ika cuti nanti, jenguk-jenguklah kami kat sini. Tapi tak tahulah kalau Ika dah lupakan kami, " gurau makcik Sarah apabila melihat kesugulan di wajahku.

"Ika bukan sedih nak tinggalkan kita,kak. tapi sedih nak tinggalkan si Syafiq tu, " sakat kak Nora pula.

Syafiq yang dari tadi mendengar perbualan kami hanya membatukan diri. Selesai makan, dia terus keluar tanpa sepatah kata pun. Tidak sperti selalu, dia begitu galak mengusik aku. Tapi hari ini lain pula sikapnya. Kenapa pula dengan mamat ni? Demamkah dia?Sebelum pulang malam itu aku sempat mengambil gambar bersama mereka.

Tercari-cari juga aku kelibat mamat tu. Sejak tengah hari tadi aku tak nampak pun batang hidung dia. Takkan menyorok pula kot. Entah kenapa tiba-tiba hati aku meruntun hendak bercakap dengannya. Apa kena dengan aku ni.

" Takkan ambil gambar dengan kereta saja. Dengan tuan punya kereta tak nak ke?sapa Syafiq sedang aku berdiri dekat dengan keretanya.

Dari mana datang mamat ni aku pun tak perasaan, Malu muka aku.

"Kalau kenal tuan kereta ni,apa salahnya. Tapi sampi sekarang Ika tak kenal siapakah gerangan tuan punya kereta ni," kataku.

Kali in aku memberanikan diri menatap wajah Syafiq. Baru aku menyedari kacak juga wajahnya. Ada iras-iras cina. lama juga aku merenung, matanya. Selama ini aku tak pernah menatap wajahnya sebegitu.

"Jurugambar, apa tunggu lagi,cepatlah ambil gambar," ujur Syafiq memberi arahan pada Kak Nora.

Tutur katanya tidak pernah berubah seperti satu arahan. Tapi kali ini aku tersenyum senang dengan gelagantya.

" Ini kereta Fiq? " soalku memulakan bicara.

"Kenapa. tak percaya!"

Aku tergelak kecil mendengar gurauannya. Syafiq asyik merenung wajah aku. Dah mula dah mamat ni. Tapi yang peliknya aku tak pularasa janggal apabila dia berbuat demikian. Seolah-olah aku telah biasa dengan renungannya sebegitu.

"Gelaklah lagi Ika. Esok Fiq tak dapat dengar gelak tawa Ika dan tak dapat menatap wajah Ika lagi. Nampaknya demamlah Fiq, nasib badan," ujur Syafiq.

"Klinik kan banyak, pergi kliniklah kalau demam,"

Kemudian Syafiq terusa ke keretanya meninggalakan aku keseorangan di situ. Kurang asama mamat in, rupanya hari terakhir aku di sini dia masih ada perangai macam ni. Takkan tinggalakan aku begitu saja.

"Terimalah ni, Ika. Ikhlas dari Fiq untuk insan yang Fiq kasihi," Syafiq muncul semula samibl menghulurkan sebuah bungkuasan berwarna ungu kepadaku.

Malunya aku sebab kutuk dia kejap tadi. Aku tergama apabila menerima pemberian dari Syafiq itu. Bermimpikah aku atau aku berada di dunia lain? Pemberian Syafiq itu aku renung seketika. Apa isi agaknya.

"Terima kasih Fiq. Tapi Ika tak ada apa-apa nak bagi Fiq," kataku.

Tanpa aku menduga, Syafiq mengambil tangan kanan aku dan menaggalkan cincin perak yang berada di jari manis aku. Kemudian segera disarung ke jari kelengkengnya. Sekali lagi aku tergamam. Tidak aku sangka Syafiq akan bertindak sebegitu.

"Izinkan Fiq menyimpan cincin Ika ini,' ujur Syafiq.
Aku terdiam.

" Sekurang-kurangnya apabila Fiaq rindukan Ika nanti, bolehlah Fiq lihat cincin ni,"sambung Syafiq lagi.



************************bersambung.














__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Ni sambungan cite...

Selama in aku tidak bertepuk sebelah tangan rupanya. Cinta aku berbalas, tapi kenapa selama ini dia tidak pernah memberitahu aku malahan layannya terhadap aku pun cukup berbeza.


" Betulkah rindu, entah-entah selepas ini Fiq terus tak ingat pada Ika lagi. Yalah orang lawa macam Fiq ni tentu ramai gadis-gadis yang menunggu, " kataku menunjukkan rasa cemburu.

" Fiq akan ingat Ika selalu. Takut Ika saja yang lupakan Fiq apabila dah jumpa mamat-mamat yang kacak kat U nanit, " usiknya.

Aku pandang matanya.
" Yalah, Fiq sedar sape diri Fiq, cuma juruteknik kilang saja,"

Merendah diri pula mamat ni. Tapi aku suka.

"Sudah-sudahlah tu Fiq, sambung esok aja. Bukannya tak boleh nak berjumpa kat luar. mari Ika, kita balik," ajak Makcik Sarah sambil menarik tangan ku tanpa sempat aku meluahkan perasaan aku pada Syafiq.



" Ika nanti Fiq call Ika, " jerit Syafiq setelah agak jauh dari aku.

Sesampai aku di rumah, aku terus bergegas ke bilik. Tidak sabar rasanya nam membuka hadiah pemberian Syafiq. Aku terkejut melihat sebuah telefon bimbit. Siap ada mesej lagi.

" Mungkin Fiq, bukanlah lelaki idaman Ika. Namun apakan daya, Ika telah merantai hati Fiq. Sejak kali pertama Fiq pandang wajah Ika, Fiq sudah mula menaruh hati. Fiq tidak sebaik mana tapi Fiq punya sekeping hati yang akan sentiasa menemani dan menyanyangi Ika."

Terpana aku dengan luahan hati Syafiq yang sebelum ini aku panggil mamat dalam diamku. Belum sempat aku membalas SMSnya itu, Syafiq terlebih dahulu menelefon aku. Hampir luruh jantungku mendengar suaranya. Dengan nada romantis pula tu,. Rupa-rupanya segala usikan Syafiq selama aku bekerja di kilang itu adalah satu misinya. katanya dia ingin melihat wajah aku dari pelbagai situasi. ternyata aku berjaya dalam setiap ujian dilakukannya.

"Ika akan sentiasa mengingati setipa emmeri kita bersama sebagai satu memori terindah dalam hidup Ika, " kataku di dalam hati sebelum melelapkan mata ketika jam tepat menunjukkan pukul 3 pagi.

Selepas lama berbual dengan Syafiq aku terlena dengan nyenyaknya bertemankan telefon pepberian Syafiq di sisiku. Sebelum memejamkan mata sempat juga aku mengulumkan senyuman mengingatkan Syafiq yang selama ini aku panggil mamat, kini kekasihku pula.

*********************Tamat....

Petikan URTV
karya Jelinie AK Pira

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

fuyyooo... cam x caya aku nadia on9 hari wekend..ha3!!! ko post lak citer yg ko reka.. nak gak aku komen..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

PERGH PANJANGNYER NAIK MERENG AKU BACA. DAH DAH JOM PI TDO

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

mak aihhh..ke main panjang...letih wo nak bace...maw kene tido depan PC kalo nak bace sampai abih nih..hahaha

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

nadia..aku tau la ko bosan..... ujung2 minggu leh pulak lepak dok mengarang citer gini.... aku tak larat nak baca.... meh gundik2 aku tolong bacakan citer kat atas tu.... ssh benar aku nak baca pjg sgt... aku rasa si nad ni citer pasal jiwang2 ni .... aku tak minat sgt tp aku nak tau gak..... wei.... mana gundik2 aku niiii..... meh lah sini....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

huh...tak sangka aku dah bertukar jadi mamat jiwang...macam amne aku leh menamatkan pembacaan aku ke atas cerite nie?? tapi kurang sedih la....macam tak best jer.....bagi la cite yang stop leleh air hidung....baru puas hati....

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 385
Date:

ahaha...klaka ar mamat tuh..salamber ati die jer..rupe2 nye jiwank karatt

__________________
sep..sep..sepp..tom..tom..bakk


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Haha2 jgn de y tkujat aku lonline weekend..sebeno'y aku tngh siap'n keje kt opis sblm aku outstaiton..dh boring2 GC ler aku bk..tp weekend boring la xramai on9...korg jgn tsampuk lak Laila..Mokcik radin..baik lyn je cite jiwang ni smpi mleleh air liur..pastu bru aku blnja korg mkn ns n smbl belacan erk..klu nk tngk aku mgarang cite sndir..ko tnggu smpi ko beranak pinak le laila...

__________________
Aku IBU si Comel...
ucu


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:

aduh pajangnya.....
naik juling mata ku menbacanya.....
bukan juling saja, naik sasau dibuatnya.........

__________________

AYIE.........



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Relax ler..klu ko juling blh jeling ank dra org byk2 ucu..kot2 dpt y cun ala fasha ker jd ler...

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

best gak cite nie tp ko karang sendiri ker?


__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

haaaaaaaaaaa..sonok gaks aku membaca citer jiwang nko ni nadia...lelebey aku baru je nak demam nih..terus demam haku..

soal ending citer ni, si MAT tu kata tak sedey..so, apa kata nko wat ending dia sedey..nko letak je la si mamat tu mati tergolek ke, mati terlanggar tembok ke, mati tercium taik kebau ke..he he...

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:



Ocot..katak ko t'penyek...isk ko ni gyh main sergah2...jgn aku kn heart attack udah...

Mat mmg ler xsedey...sbb dia tu jns hero xb'perasaan tp perasan je...ending'y..Mamat tu t'lampau hepi smpi tloncat2 n last msk lubang jamban..bertapalah dengan jin Riepan selama2'y

__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard