Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: .:Menyintaimu:.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 216
Date:
.:Menyintaimu:.


**
Masjid ini menjadi tempat aku berlabuh membawa mindaku melayang mengimbau
kenangan-kenangan lalu. Seribu satu kenangan kugamit di masjid ini. Kemuncak
kebahagiaan kugapai di sini. Ya, hanya sebuah kenangan yang masih kekal di
ingatan ini. Aku menyusuri kenangan di masjid ini. Sebuah kerinduan yang
hangat masih utuh walaupun kenangan itu telah pun lama berlalu. Aku cuba
menidakkannya namun betapa sukar untuk aku melupakannya.


"Awak akan jadi isteri sayatak lama lagi" kata-kata itu membahagiakan aku.
Semakin dekat harinya semakin debar bertapa di dadaku. Aku mula mengimbau
pertemuan pertama kami. Stesen LRT Setiawangsa menjadi saksi kami mula
berkenalan. Ada yang tak kena dengan LRT pada hari itu menyebabkan ramai
yang terkandas termasuk aku. Bukan aku saja tapi juga dia. Dia yang
berkarisma, bergaya dan matang datang dan duduk di sebelahku yang kerimasan
dengan keadaan. Dia juga seperti aku yang cukup meluat dengan situasi
menunggu dan terus menunggu.


"Suka tak nak jadi isteri saya?" soalannya menghapuskan khayalanku. Aku cuma
tersenyum.
"Kalau awak suka, saya pun suka" Aku memberi jawapan. Apa lagi yang harus
aku katakan
"Nanti bila dah jadi suami isteri masing-masing ada tanggungjawab yang lebih
besar. Kalau boleh tak nak lagi selalu gaduh-gaduh macam sekarang. Kena
banyak bersabar, mesti saling bertolak ansur." Panjang pula ceramahnya. Aku
mendengar saja. Banyak sungguh nasihatnya sehari dua ni. Sempat juga dia
memilih-milih cincin untukku di hari perkahwinan kami tidak lama lagi.
Pelbagai bentuk dan rupa cincin di tayang di depan kami. Tahu ke lelaki ni
memilih yang cantik?


Apa yang aku tahu dia seorang yang inginkan kesempurnaan dalam semua
keadaan. Walau sesibuk mana pun jadual hariannya pasti dia peruntukkan masa
untuk persiapan majlis perkahwinan kami. Aku pula jenis yang tak kisah,
asalkan sah kami jadi suami isteri itu sudah memadai. Aku pun bukannya artis
yang suka sangat nak menunjuk-nunjuk semua benda yang mereka ada.


"Nanti saya cuba belajar jadi isteri yang terbaik untuk awak. Awak pun macam
tu juga taukena jadi suami yang terbaik untuk saya. Kalau macam tu baru
adil. Kalau saya salah awak boleh nasihat sayadan kalau awak pula yang buat
hal saya berhak tegur kesilapan awak. Macam tu la rumahtangga yang bahagia"
panjang juga jawapan dari aku. Siapa yang tak nak bahagia selepas kahwin?
Semua orang yang punya rumahtangga inginkan keharmonian dalam hidup mereka.


"Kematangan juga penting dalam rumahtanggaawak jangan nak jadi macam
budak-budak lagi. Jangan asyik merajuk je. Merajuk ni tak boleh selesai
masalah, kalau ada masalah kita kena bincang baik-baik" apa kena la dengan
si dia ni yang banyak benar berceramah hari ini. Apa yang pasti aku sudah
mula jatuh cinta dengan sebentuk cincin yang terlekat di jariku kini, memang
cantik, memang suai amat untuk si dia sarungkan ke jariku di hari majlis
berlangsung nanti. Mmmberapa harganya? Ahtak kisahlah, bukan aku yang
bayar pun!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Kenapa lambat? Ambil sarapan dulu ke?" Mizan menyapaku. Dia dulu pernah
berura-ura untuk melamarku tapi tidak terlaksana kerana aku sudah berpunya.
Itu cerita lama, lagipun aku sendiri tak pernah pun jatuh cinta dengan dia.
"Ya, perut ni lapar lah." Aku mengiakan tekaannya. Ringkas dan padat
jawapannya supaya tidak lagi meleret-leret.
"Lain macam je aku tengok kau sekarang nimakin berseri-seri. Sedang
berbahagia ke?" ada lagi celoteh Mizan. Mejaku dihampirinya, tanpa dijemput
dia duduk di hadapan mejaku. Malasnya aku nak melayan.


"Sibuk-sibuk ni kenapa? Itu urusan aku la. Dahaku nak mula kerja ni. Banyak
lagi kerja yang tak siap ni" fail di depan kubuka cepat-cepat. Sedikit
catitan kutulis, buat-buat sibuk supaya dia tidak lagi mengganggu.
"Kau tak nak layan aku ke? Sombong la kau sekarang ni." Dia bangun dan
terus berlalu. Alhamdulillah, selamat aku dari gangguan. Lelaki pun ada juga
macam tu yaingatkan perempuan saja yang suka menyibuk. Zaman sekarang ni
macam-macam sudah berubah.


Si dia baru sampai nampaknya. Serius sungguh wajahnya tanpa secalit pun
senyuman, namun tetap menjadi pujaan hatiku. Tak sama macam Mizan yang
selalu senyum kambing. Untung aku menjadi pilihan hatinya, dan bertuahnya
aku tidak jatuh cinta dengan Mizan.


"Assalamualaikum!" Si dia memberi salam kepadaku. Aku menjawab sepertimana
diwajibkan. Sekilas dia memandang kepadaku dan memberi satu senyuman.
Senyumannya kubalas. Biasanya begitulah setiap hari di awal pagi begini.
Semakin hampir hari penyatuan kami semakin dia menunjukkan kemesraannya,
semakin dia memanjakan aku, semakin berawalan dia ke pejabat, semakin kacak,
semakin berlemah lembut bicaranya, dan sungguh banyak perubahan positifnya,
tentunya kerana tidak lama lagi kami akan bergelar suami isteri. Aku juga
tidak sabar menunggu hari itu untuk membuktikan segala apa yang ada pada
diriku adalah untuknya sahaja.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Si dia sudah banyak berubah kini. Aku perasan benar segala perubahan yang
berlaku terhadapa dirinya. Sahabatku juga perasan akan perubahan itu. Si dia
sudah pandai melepak di kelab-kelab, berkawan dengan manusia yang entah
apa-apa, membawa perempuan ke hulu ke hilir, semuanya itu sungguh memeritkan
aku. Ada juga sahabat lain yang cuba menegur segala perbuatannya namun
nasihat yang diberikan bagaikan mencurah air ke daun keladi.


Aku tetap juga macam dulu, masih seorang perempuan yang berpegang pada
budaya orang timur, masih dalam tatasusila kemelayuan. Habis saja waktu
pejabat aku terus balik ke rumah. Menonton rancangan tv dan buat apa saja
asalkan masaku tidak terbuang begitu saja. Sahabat-sahabat sememangnya cuba
memahami keperitan yang kualami. Kenapa si dia berubah sebegitu rupa?
Lupakah dia pada janji-janjinya kepadaku? Sememangnya aku semakin tidak
mengenali dirinya sebagaimana dulu. Rindunya aku


"Kenapa termenung?" huh! Aku mengurut dada. Kirana duduk di depanku. Inilah
satu-satunya sahabat baikku.
"Terkejut la aku kau buat macam ni" pandangan tajam kuhadiahkan padanya.
Kirana hanya tersenyum.
Segala-galanya kerana si dia. Aku sememangnya merindui dirinya. Gambarnya
selalu kutatap, sekadar untuk menghilangkan rasa rinduku padanya. Sarat
sungguh rinduku untuknya. Ya Allahsemoga aku mampu mengharungi segala
ujiian yang engkau berikan kepadaku.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Kenapa dengan awak ni Nina? Saya tunang awak je bukannya suami awak pun.
Kita belum terikat sepenuhnya lagi. Lagipun selama ni ada saya melayan awak
dengan kasar? Kalau awak dah tak suka saya, sekarang kita boleh putus. Awak
ni memang kolot! Saya tak suka lah terkongkong macam ni." Tengkingannya
sungguh kasar sekali. Cincin pertunangan kami diletakkan di atas meja.
Putus? Aku putus tunang? Kenapa semua ini berlaku?


"Sayang saya masih ada pada awak. Sebagai tunang awak, saya rasa saya juga
ada hak untuk menegur apa yang telah awak lakukan pada saya. Saya tahu kita
bukannya suami isteri, tapi sekurang-kuranya kita sedang merancang ke arah
itu. Saya rindu pada awak yang dulu" ada sebak dalam kata-kataku. Memang
benar aku sudah tidak tertanggung lagi dengan keperitan ini. Aku tidak tahu
apa salahku yang sebenar sehinggakan dia berubah sebegitu jauh. Si dia bukan
lagi menjadi lelaki impianku sewaktu ketika dulu.


"Kita sudah tidak serasi lagi. Kita berpisah sajasaya dengan cara saya, dan
awak dengan cara awak. Kalau awak rasa saya bukan lelaki baik, awak boleh
cari lelaki lain yang lebih baik dari saya. Saya pun rimas la dengan
perhubungan macam ni. Cinta tak boleh dipaksa lah." Kata-katanya tetap kasar
dan memandangku dengan pandangan tajam. Sedih! Jauh di sudut hati luka
perasaanku semakin parah.


"Kenapa semudah itu awak menghukum perhubungan kita ini? Hanya tinggal tiga
bulan saja lagi kita akan disatukan. Awak lupa ke janji-janji awak pada
saya? Awak pernah ucapkan kata sayang pada saya, awak pernah menaruh harapan
untuk jadikan saya isteri awak, awak pernah kata sayalah perempuan terbaik
untuk hidup awak walaupun awak memang mampu untuk meraih cinta perempuan
laintapi kenapa cepat benar awak berubah? Awak juga pernah cemburu melihat
Mizan bercakap-cakap dengan saya sebab awak tahu dia juga menaruh harapan
pada saya. Mana sayang awak pada saya selama ni?" entah dari mana kekuatan
itu hadir sehinggakan aku berani untuk berkata-kata. Air mataku mula
bergenang. Aku sekadar meluahkan perasaan. Betapa hancurnya hati ini apabila
cintaku dipermainkan. Dia masih tegak berdiri di hadapanku. Aku puas
berkata-kata walaupun sebenarnya tiada apa lagi yang tinggal untukku. Cinta
kami telah musnah.


"Itu sudah lama lah. Sekarang kita sudah berbeza. Lepas ni saya tak akan
ganggu awak lagi. Kita putus!" tegar benar keputusannya.
"Kalau itu yang awak mahu saya menerima seadanya. Saya masih berharap semoga
awak akan kembali menjadi awak yang dulu. Mungkin tiada jodoh di antara
kita. Awak telah menghancur lumatkan hati saya" aku kembali tenang. Tiada
lagi kata-kata untuk aku ucapkan. Aku tidak akan merayu lagi walaupun sukar
aku melupakannya. Biarlah aku ubati sendiri lara ini.


"Mungkin jodoh awak dengan orang yang lebih baik dari saya. Saya harap awak
akan dapat lelaki idaman. Saya tak sesuai dengan awakjalan kita berbeza.
Lepas ni tiada apa-apa lagi antara kita. Saya tak akan ada dalam hidup awak
lagi dan awak bebas ke mana saja awak suka. Semoga awak dapat kebahagiaan
yang awak cari. Ini kali terakhir kita jumpa begini" suaranya sedikit
kendur. Barangkali ada kelegaan yang dirasakan setelah terputus sudah ikatan
yang kami simpul suatu ketika dulu.


"Impian saya untuk menjadi isteri awak musnah. Tapi tak apa lah,
sekurang-kurangnya awak tahu saya tiada orang lain yang saya cinta selain
awak, saya tak pernah curang, saya memang sayang awakitu semua ikhlas dari
hati saya. Sepatutnya saya boleh menyayangi awak sampai bila-bila
punsehingga ke penghujung usia saya. Awak tahu takesok kad kahwin kita
siap dicetak?" aku pasrah. Kad itu akan menjadi saksi bahawa kami pernah
merancang untuk mencipta bahagia bersama. Aku serius dalam perhubungan ini
namun segala-galanya mula berkubur.


"Awak jangan nak mengungkit lagi lah." Dia seolah-olah tidak puas hati
dengan kata-kataku. "semua tu dah berlalu" Dia mula mengorak langkah.
Segalanya selesai sudah
"Sehingga saat ini saya masih sayang awakawak cinta pertama saya. Saya
harap awak kembali seperti dulu. Selamat tinggal!" hanya hati yang
berkata-kata


Hajatku untuk merungkai masalah akhirnya berakhir dengan tragedi. Rinduku
untuk bersua dengannya langsung tidak bersambut. Aku masih termenung
sendirian di sini. Biarlah aku mendapat kekuatan untuk seketika. Walaupun
langkah si dia sudahpun menghilang namun masih terasa kehatangan perhubungan
kami suatu ketika dulu. Sejauh mana dia jauh dariku namun dia tetap berada
di hati ini. Sebenci mana dia padaku namun aku tidak mampu menipu untuk
terus menyayanginya.


Itulah cinta pertama! Sukar untuk dilupakan begitu saja. Remang senja mula
menebar di kaki langit. Akhirnya aku berlalu dengan langkah longlai


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tiada lagi kemesraan kami di pejabat. Sebolehnya dia langsung tidak mahu
terserempak dengan aku. Terasa sungguh diri ini bagaikan dihina oleh insan
yang pernah menyayangi. Siapa sebenarnya bersalah sehinggakan dia langsung
tidak mahu memandangku. Aku bagi salam pun dijawabnya acuh tak acuh. Paling
mendukacitakan minggu depan dia mula berada di jabatan lain, atas
permintaannya sendiri.


Terserempak di café pun dia boleh tukar haluan lain. Apa yang dia tak suka
dengan aku langsung aku tak tahu. Seolah-olah di antara kami adalah orang
asing. Apalah salahnya kalau kami terus menjadi kawan kalaupun bukan
kekasih. Situasi sebegini membuatkan aku rimas untuk terus hidup. Aku cuba
menghormati hak peribadinya sebagaimana dia mahukan aku tidak mengganggu
hidupnya lagi.


Aku mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja. Surat perletakan
jawatan telah kuhantar kepada Ketua Jabatan. Biarlah aku mengalah. Aku mahu
berada jauh dari pandangannya. Keadaan yang begitu mencengkam perasaan harus
aku kendurkan. Mungkin ini adalah terbaik untukku. Untuk mengubati lara yang
melanda tidak semudah disangka. Namun aku akan cuba buktikannya.


Hari terakhir aku di pejabat kuluangkan masa untuk menemuinya. Biarlah
dikata perigi mencari timba sekalipun, inilah kali terakhir aku memandangnya
sebelum aku pergi jauh. Langkahku menjauh perlu dikhabarkan.


"Maaf kiranya saya mengganggu. Saya cuma ingin minta maaf daripada awak,
selepas ni mungkin saya tak akan jumpa awak lagi. Hari ni hari terakhir saya
di pejabat ni. Saya akan pindah" aku mengatur kata. Seperti hari-hari
sebelumnya, dia tidak melayaniku. Sekilas dia memandangku dan
mengangguk-anggukkan kepalanya.


"Pindah mana?" akhirnya dia bersuara. Sekurang-kurangya ada rasa ingin tahu
ke mana aku akan pergi.
"Tak penting saya bagitahu awak. Saya cuma mahu awak maafkan segala
kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang kita berkawan. Saya maafkan
segala-galanya untuk awakdan saya nak awak tahu awak cinta pertama saya
hingga ke saat ini. Kenangan itu akan saya simpan rapi. Saya juga doakan
semoga awak mendapat jodoh yang baik. Kita tak akan berjumpa lagi selepas
ini. Saya pergi dulu" langkah kuatur padu. Ada hadiah yang kutinggalkan
untuknya. Kalau ditongsampahkan pun tidak mengapa.


Aku masuk ke dalam perut kereta. Ada air mata yang menitis. Memang aku
sedih. Terpaksa juga aku pergi jauh dari orang tersayang. Tak mampu lagi aku
hidup begini.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kehidupanku jauh berubah di tempat baru. Kenangan yang menghimpit kucuba
tolak ke tepi. Akan kubuktikan aku mampu mengharungi apa jua dugaan yang
melanda. Ingatan pada si dia juga jarang benar mengganggu. Orang pun dah
lama lupakan kitatapi belum juga muncul orang baru


"Seronok tak tinggal sini? Sebenarnya kat sini ok jekalau suka shopping,
mall memang berlambak-lambak, dekat dengan pantai pulanyaman je rasa" Mimi
berbual kosong dengan aku. Aku mendengar dengan penuh minat. Memang tempat
ini mendamaikan.


"Seronok juga" aku memberi komen. Pantai yang cantik menjadi panoramaku
setiap hari. Langsung aku tidak menyesal pindah ke sini. Walaupun bebanan
kerjaku di sini makin bertambah namun itu juga mampu melupakanku pada
kenangan berdarah. Sampai bila aku akan berada di sini aku pun belum pasti.
Sampai bila-bila kot! Aku mahu menyendiri buat seketika. Tidak mahu lagi
mencari cinta yang entah di mana penghujungnya.


Apa cerita Kirana, Mizandan Ilham? Kekadang ada juga rasa rindu pada
mereka. Ilham, orang yang pernah kusayang suatu ketika duluakhirnya aku
mencuri masa mengutusi emel kepada mereka, kecuali Ilham. Aku tidak mahu
mengganggu dia lagi. Biarlah dia dengan dunianya yang penuh galak. Dia bukan
lagi lelakiku. Walaupun putus sudah perhubungan kami namun tidak sesekali
aku membenci dirinya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Ada bunga untuk kau lapeminat ke?" Sejambak bunga dihulurkan kepadaku.
Mimi tersenyum-senyumaku mula cuak.
"Ada kad pengirim?" Aku membelek-belek jambangan tersebut. Mimi hanya
menggeleng kepalanya. Siapa la yang malang hantar bunga kat aku ni. Bau
harum ros pink menusuk ke hidungku. Perfume apa la yang disemburnyaTiada
angin tiada ribut tiba-tiba saja aku ada peminat di sini.


Lima tahun berlalu sudah dan aku masih menyendiri. Rumah yang dulu kusewa
sudah menjadi hak milikku kini. Aku kini semakin selesa berada jauh dari
negeri sendiri. Masa yang berlalu menjadikan aku lebih matang untuk meniti
hari-hari mendatang. Tiada lagi harapan menggunung kubina untuk mengisi
kekosongan hati ini, cukuplah sekadar aku masih dikurniakan kesihatan yang
baik untuk meneruskan hidup di sini.


Tiada lagi penantian yang penuh penyeksaan. Namun sesekali kenangan terindah
suatu masa dahulu tetap singgah di fikiran ini. Itulah cinta pertama, sukar
untuk ditepis walau sejauh mana aku berlari.


"Kau Nina kan?" Aku terlanggar seseorang. Seorang perempuan tersenyum
kepadaku. Aku masih cuba mencari-cari jawapan siapa gerangan perempuan di
hadapanku kini.
"Hei, kau dah berubah la Anaeiikau mengandung ni" Aku pasti perempuan
mengandung di hadapanku ini adalah Kirana. Lantas dia memelukku kegirangan.
Ada kesayuan jauh di sudut hatiku.
"Apa kau buat kat sini Nina? Ehhkau dah kahwin ke? Ni anak sulong aku"
sambil Kirana menunjuk kepada perutnya yang memboyot. Aku tersenyum gembira.


"Aku bujang lagi lahtua-tua ni mana laku lagi" jawapanku ringkas.
"Tak lah tua sangat pun. Jangan lupa panggil aku bila kau naik pelamin. Kau
tunggu pak we lama lagi ke?" dia sempat mencungkil rahsia. Dia cuba
membawaku ke zaman silam.


"Orang dah tak nak kat kita buat apa aku merayu lagi. Banyak lagi kumbang
lain boleh aku dapatmasalahnya aku je yang tak nak. Alahsampai masa ada
lah tu seru untuk aku kahwin." Aku menjawab yakin. Kirana hanya
mengangguk-angguk saja.
"InsyaAllah,aku yakin tak lama lagi jodoh kau akan sampai. Minggu depan aku
dijangka bersalin ninanti kalau ada rezeki selepas seminggu aku nak buat
aqiqah, aku nak kau datang ke majlis tu." Kirana menulis alamat rumahnya.
Dia pun dah pindah ke sini juga.
"Bila lagi kau pindah sini? Tak bagitahu aku pun" Kirana menjelaskan sudah
hampir dua tahun dia berada di sini kerana mengikut suami yang ditukarkan ke
sini. Dia sudah banyak berubah, dari seorang anak dara dan sekarang akan
menjadi ibu tidak lama lagi. Aku juga yang masih seperti dulu, mungkin yang
berubah hanyalah status pada nama dara, sekarang ni mungkin daratua


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Baru tiga bulan lepas dia berhenti kerja. Katanya nak buka bisnes sendiri.
Aku pun tak tahu la kat mana dia buat bisnes tu. Ada juga aku tanya kat mana
tapi dia kata bila dah selesai semua urusan berkaitan nanti dia bagitahu."
Rupanya Ilham sudah tidak lagi bekerja di tempat dulu. Mizan yang sebumbung
kerja dengan dia pun tak tahu ke mana dia pergi, apatah lagi aku yang
langsung tiada lagi kaitan dengannya. Peluangku untuk melihat dirinya makin
menipis. Kenapa sukar benar untuk aku melupakannya?


"Ok lah Mizan. Lain kali kita jumpa lagi ya" aku mengatur langkah pulang
seusai pertemuan yang tidak dirancang dengan Mizan di bandar tadi.
"Ingat lagi kau kat dia ya? Apasal setia sangat ni" masih terngiang-ngiang
di telingaku sindiran Mizan saat kutanyakan perihal Ilham kepadanya.
Setiakah aku?
"Salah ke kalau aku bertanya khabar kawan lama? Setia tak setia tu lain
cite lah." Aku cuba pertahankan hak. Kalaupun aku setia biarlah hanya aku
yang tahu apa yang bersarang di hati.


Berat hatiku menerima jawapan daripada Mizan. Seolah-olah terputus sudah
harapanku untuk menemui Ilham lagi. Tiada lagi jejak yang boleh aku turuti
untuk mengekorinya. Semakin kukuh keinginanku untuk tidak lagi memijak bumi
kelahiranku nun jauh di sana. Biarlah aku tamatkan saja sisa-sisa hidupku di
sini. Kali ini akan aku kuburkan segala kenangan terindah yang pernah
kulorekkan di kanvas hidupku. Akan aku abadikan segalanya jauh di lubuk
hati. Tiada lagi Ilham, tiada lagi cinta, dan tentunya tiada lagi kenangan
terindah. Aku bermenung sendirian. Menyusuri gerak waktu yang langsung tiada
endah dengan gelora di jiwaku.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Langkah kuatur menuju ke tempat letak kereta di bawah bangunan pejabatku.
Dari jauh kulihat ada sesuatu di cermin hadapan keretaku. Apalah gerangan
benda yang terletak elok di situ. 'Happy Birthday To You!' Ada kotak hadiah
berbalut cantik di keretaku.


"Satu-satunya tarikh yang I tak akan lupakan adalah hari jadi U. I akan
ingat sampai bila-bilapun pasal pada tarikh inilah I kenal dengan U. Bukan
tarikh ini yang istimewatapi U yang paling istimewa dalam hidup ini."
Kata-kata itu pernah terluah di bibir Ilham suatu ketika dulu, saat dia
menghadiahkanku seutas rantai sempena hari jadiku. Ah, kenangan itu hadir
lagi. Masakan ia boleh hilang sementelah rantai itu masih terlilit di
leherku sehingga kini. Sememangnya aku tidak mampu menguburkan segala
kenangan terindah itu.


"Terima kasihU juga teristimewa untuk I. Bukan hadiah yang I nak tapi kasih
sayang U sampai bila-bila pun." Aku tersenyum, bahagia di saat itu. Rantai
itu kupegang erat, seerat rasa kasihku padanya.


Hari ini tarikh itu tiba lagi. Genap sudah umurku 30 tahun. Dah masuk siri
tiga rupanya! Kotak hadiah itu kuambil lantas kubawa masuk ke perut kereta.
Aku mencuri sedikit masa untuk membuka hadiah tersebut. Siapa yang bagi ni?
Otak aku tepu untuk berfikir, malas mencari jawapannya. Sebentuk cincin
bertatahkan berlian bentuk hati membuatkan jantungku berdegup kencang.
Cincin itu kupegang kejap lantas kucuba sarungkan di jariku. Terletak!


'Terlalu Istimewa'
Tulisan tangan dititip ringkas kutatap penuh debar. Teramat kenal aku dengan
tulisan ini. Banyak benar kenangan yang wujud pada tulisan ini. Debaran
makin kencang dapat kurasakan. Ini tulisan Ilham! Diakah gerangan pemunya
cincin ini? Dia datang menghampiri hidupku? Cincin itu kutatap penuh
perasaan. Apakah ini petanda yang baik untuk hidupkuDia datang kepadaku


'Suka dengan cincin tu?' satu sms kuterima saat debaranku belum lagi reda.
Debaran lain pula yang bertimbun dalam dadaku.


'Saya harap awak sukaBerlian bentuk hati yang awak mintak dulu kan?' sms
datang lagi. Nombor telefon siapa ni? Aku mula rimas. Mataku mula melilau
ke kiri ke kanan. Di hujung sana ada gerak langkah menghala ke arahku.


Ilham? Debaran lain pula yang mencengkam dadaku. Hampir pitam rasanya aku
saat ini. Ada senyuman yang terukir di wajahnya. Senyumnya tidak berubah.
Sama seperti waktu dulu.


"Cantik cincin tu di jari awak" suaranya di sebalik tingkap keretaku. Aku
kagetsuaraku tersekat di kerongkongbagaikan ada tali-tali yang mengikat
kukuh salur uratku dirongga tekak saat ini. Bisukah aku?


"Saya ingat ukuran jari awakdan saya juga ingat berlian bentuk hati yang
awak mintak dengan saya dulu" terangnya lagi dengan mesra. Seolah-olah di
antara kami tiada pernah terputus hubungan suatu ketika dulu.


"Kenapa awak ada kat sini? Awak ekori saya ke?" aku meluahkan kemusykilan
yang bersarang. Hilang sedikit rasa gemuruh yang terhimpun di dada sejak
tadi.


"Tak suka jumpa saya? Saya memang ekori awaksejak sekian lama." Jawapan
yang diberikan cukup mencurigakan aku. Debaran baru mula singgah di hati.
Kenapa dia ekori aku? Ada hal yang belum selesai nampaknya.
"Kenapa ekori saya? Kita kan dah tak ada apa-apa." Suaraku sedikit menekan.
Ada sedikit amarah yang terkeluar.


"Awak kan tunang sayammmsaya pernah bertunang dengan awak." Suaranya
sedikit mendatar. Aku merenungnya tajam. Kata-katanya begitu menusuk ke
jantungku. Terasa bahang panas mula menyerbu ke wajahku.


"Kita dah putus tunang! Semua tu dah berlalu. Awak jangan nak cari pasal
dengan saya. Jangan cari saya lagi!" Suaraku lantang tegas. Enjin kereta
kuhidupkan. Tak kuasa lagi untuk aku terus berbicara dengannya.


"Kita bincang dulu, Nina. Saya cuba datang dengan cara baik dan saya ingin
minta maaf atas apa yang telah terjadi antara kita. Saya telah lakukan
segalanya untuk berjumpa dengan awak lagi" rayunya kepadaku. Aku menggeleng
kepala beberapa kali.


"Apa yang perlu kita bincang lagi? Semua tu dah lama berlalu. Awak juga yang
kata dulu, masing-masing buat hal sendiri." Ingatanku masih jelas pada
pertemuan terakhir kami suatu ketika dulu. Entah kenapa sakit benar rasa
hatiku saat ini.


"Kalau awak masih kenangkan kata-kata saya yang dulu, itu maknanya awak
masih lagi ingatkan saya. Saya pun dah mengaku salah sekarang" masih lagi
dia memancing minatku untuk berbicara. Pandanganku tajam menyorot wajahnya.
Senangnya dia mengatur kata. Lupakah dia pada lewat bicaranya dulu tentang
jodoh kami yang tiada penghujungnya? Bicaranya boleh membuatkan aku gila.
Kenapa dia hadir lagi disaat aku sedang mencuba membina hidup baru. Aku
langsung terkedu.


"Kita kahwin, Nina! Saya betul-betul maksudkan apa yang saya cakap ni. Dah
lama saya ekori ke mana awak pergi, hanya hari ini saya cuba beranikan diri
tampil depan awak. Saya dah tak mampu hidup tanpa awak." Kata-katanya
langsung tak masuk akal bagiku. Setelah sekian lama aku merana kenapa baru
hari ini dia hadir? Memang selama ini aku mengharapkan kehadirannya, tapi
bukan hari ini. Hari ini aku sudah matang. Aku sudah tahu menilai mana kaca
mana permata. Bukan semudah itu aku akan jatuh lagi. Aku tak akan rebah lagi
untuk kali kedua.


"Awak dengar tak apa yang saya cakap?" dia masih kekal berdiri di sisi
keretaku. Aku mengangguk saja. Tenagaku seolah terlerai untuk berhadapan
situasi ini.


"Awak kahwin lah dengan perempuan lain. Awak juga yang cakap dulu antara
kita tiada jodoh yang tersurat." Aku cuba bersuara. Perasaanku kini
berkecamuk, tak mampu untuk aku tafsirkan apa yang melanda jiwaku saat ini.


"Saya nak kahwin dengan awak, bukannya perempuan lain." Masih lagi lunak
suaranya berbicara. Masih lagi dia mampu bersahaja sedangkan aku bagaikan
mahu pecah dada dengan keadaan yang melanda.


"Pagi tadi keluarga saya dah ke rumah awaktetapkan tarikh perkahwinan
kita." Ayatnya itu kubawa laju seiring pedal minyak yang kutekan. Tiada
jawapan yang kutinggalkan padanya. Apa telah terjadi sebenarnya?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kad undangan majlis perkahwinanku telah pun siap ditempah. Aku masih
terkesima dengan apa yang terjadi. Gembira pun ada, sakit hati pun ada.
Seolah-olah bodohnya aku salama ini membawa lara hati jauh nun di sana. Tapi
saat kebahagiaanku boleh muncul bagaikan sekelip mata sahaja. Kad putih yang
berlatar belakangkan istana kristal itu kutatap dengan perasaan yang
pelbagai. Segalanya bagaikan mimpi yang menjadi realiti.


Sayangku,
Akhirnya kita ditakdirkan bersama jua. Impian saya untuk hidup bersama awak
akhirnya akan termakbul jua. Terimalah saya seadanya dalam hidup awak. Walau
badai pernah melanda dalam hubungan kita, saya amat bertuah kerana akhirnya
awak akan jadi milik saya jua. Hanya awak yang saya dambakan selama ini.
Saya yang bersalah selama ini, namun saya cukup bersyukur kerana masih ada
sisa-sisa cinta awak untuk saya.


Nina,
Cinta awak sentiasa mekar di jiwa saya. Saat ini sememangnya telah lama saya
tunggu. Awak adalah segala-galanya dalam hidup saya. Tak mungkin saya
berpaling lagi selepas ini. Biarlah ia kekal hingga ke akhir hayat.


ILHAM


Sekeping kad dititipkan buatku. Aku memandang sekeliling. Melihat pelbagai
barangan yang telah kusediakan untuk dijadikan hantaran.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Mana awak pergi tadi?" Ilham menyoal setelah agak lama dia menungguku. Aku
menghulurkan bungkusan coklat untuknya. Aku tahu dia sukakan coklat. Itu
salah satu cara aku memujuknya.


"Selama ni dah lama Nina tunggu abang, so kali ni giliran abang pula tunggu
Nina." Jawabku selamba. Aku cuba menduga dirinya. Sejauh mana tahap
kesabarannya melayan karenahku.


"Kira nak balas dendam lah ni ya. Tak peada ubi ada batas" sempat lagi dia
bersikap kebudakan.
"ada hari lagi, Nina akan buat gaya bebas..." aku menyambung pantun dua
keratnya. Sempat lagi aku menguji suamiku. Dalam hati aku terpaksa akur
dengan ketampanan dirinya, sementelah dengan butang baju melayu yang
berderet di dadanya. Sebenarnya itulah hadiah yang pernah kutinggalkan di
mejanya dulu sebelum aku lari dari dirinya. Ilham, kau memang hati batu!
Rela kau biarkan aku merana sekian lama kerana kasihku dipermainkan. Tapi
kenapa dia kembali kepadaku?
"Pandai awak sekarang ya" hidungku dipicit kuat. Sudah lali hidung ni
menjadi mangsa keadaan selepas aku bergelar isteri. Katanya hidung ni
mancung sangat, sayang kalau tak sentuh.


"Sakit laso, kita nak ke mana sekarang?" aku bertanya sambil jemariku sibuk
membuka balutan coklat tadi.
"Pergi hantar abang ke masjid duluNina pergi la shopping apa yang
patutlepas Jumaat jangan lupa datang ambil abang balik." Dia memberi
penjelasan. Aku mengangguk tanda faham. Petang nanti kami akan sama-sama
balik kampung.


"Ok, beres. Nina nak beli barang dapur jenanti kita sama-sama masak kat
rumah mak." Aku menyambung kata.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Semuanya dah selesai" ada kesedihan pada suara itu. Aku hanya tersadai
lemah di sudut bilik.
"Nina, bersabarlah!" air mataku disapu lembut. Emak juga perit sebenarnya
menerima kejutan ini. Ilham tiada lagi! Masih lagi terasa kehangatan
cintanya kepadakunamun segalanya sekejap cuma. Kemalangan jalan raya
semalam meragut kebahagiaan yang baru aku kecapi.


Masjid inisebagai saksi menghalalkan tautan dua hati yang sekian lama
memadu kasih. Syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberikanku
peluang untuk merasa nikmat sebagai isteri. Segala kenangan terindah akan
kuabadikan sepenuh hati di lubuk hati ini. Untukmu suamiku, Ilhamkaulah
ilhamku, kaulah memoriku.


Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini


TAMAT


--
---
"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir
yang baik"


by:
Milia Amran


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

weirdface.gif mula2 aku bc cite ni mcm x best jer..tp dh msk bhgn tngh best la plak...hepi ending y plg aku sukawink.gif"Kau Ilhamku"..cewah mcm lagu Man bai zmn 90-an dl!biggrin.gif

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

@)---a rose for Milia Amran ...nice story, i really2 like it.

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

kesiannye pompuan tu....
kebahagiaan dia x perpanjangan.....
sedih btl lah....cite ni.......


__________________

Siapa Adamku??? 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard