Ada banyak pertanyaan berlegar, ada banyak persoalan yang memerlukan jawapan, dan ada juga yang tak perlukan jawapan...sebabnya masa bukan milik kita. Mengapa manusia itu saling perlu memerlukan antara satu sama lain? Jawapannya adalah kerana itu kehendak manusia yang punya pelbagai perasaan dalam memenuhi kehendak rohani dan jasmaninya. Perlukah itu? Itu subjektif, hanya Tuhanlah yang tahu. Cuma aku rasa itu masih satu keperluan manusia itu sendiri. Banyak kawan-kawan aku yang dikecewa dan mengecewakan antara satu sama lain dalam hal berkasih-sayang' ni...hehe... aku pun sebahagian yang pernah mengalami... itu lumrah. Manusia perlukan elemen kekecewaan untuk proses kesempurnaan. ..at least ada progress...
Hidup itu satu perjudian, ada masa menang ada masa kita akan kalah...itu pun lumrah, jadi selalulah duduk pada hakikat hidup itu sendiri. Yang terbaik bagi aku sentiasalah duduk pada kenyataan, banyak berangan pun tak baik juga, tapi aku pun banyak berangan juga...hehe. ..mungkin sebab aku perlukan itu untuk memeriahkan industri dalam diri yang bakal melengkapkan sebuah cerita yang tak ada sudahnya ini. Kawan-kawan aku pun banyak yang 'Dreamer'... kesian mereka kan..kadang- kadang itu escapism sebenarnya, aku pun sebahagian dari mereka juga...hehe. ..so aku pun akan ketawa juga, untuk diri sendirilah, bukan untuk orang lain. Kadang bagus kalau kita ada subjek indah untuk difikirkan menjelang malam, sesuatu yang magik dan misteri...tentang perasaan...perlu itu sebenarnya.. .macam orang tikam nombor ekor...hehe. ..
Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk memeriahkan suasana rohani dan jasmani kita,...emm. ..jalan terus, jangan toleh belakang, kalau boleh take it, alhamdulillah. ..kalau tak mampu duduklah pada kenyataan hidup itu sendiri, mungkin ia bukan untuk kita, masalahnya kita ni manusia saja, tak lebih dari itu, tapi pada aku...dosa itu masih lagi releven selagi namanya kita ini manusia, sebab itu pelengkap kenyataan itu sendiri...kalau tak mahu dosa, jadi malaikatlah. .statik.. .sebab manusia itu lambang kesempurnaan yang Tuhan kurniakan pada kita makhluknya.. .paling istimewa...perlu bersyukur tu...cuma dunia ini penuh dengan permainannya sebab elemen utama insan itu perasaan, memenuhi tuntutan perasaan mengikut kebijaksanaan akal dalam menilai, aku pun kadang-kadang bedal juga.., sebab aku perlukan kesilapan untuk sebuah subjek yang namanya kesempurnaan hidup..Sempurna pada aku bukan betul atau salah, sebab semua Tuhan punya kerja. Sempurna pada aku bukan juga perfect, Sempurna itu pada aku adalah 'Keikhlasan' kita dalam mengenalnya melalui perantaraan yang datang dan menentang... ujian sebenarnya tu...selebihnya. ..? Tuhanlah yang menentukan.. ..:) tetapi sampai bila kita harus begini..hidup ini memang simple..tapi kadang kadang kita tak tahu apa tujuannya, apa yang kita perlu gapai..memang keikhlasan yang kita cari untuk setiap perkara..namun bila diri ini terasa sunyi dan bila diri ini melakukan dosa sekalipun..ia tidaklah sehebat mana perasaannya. .bukan kita tak bersyukur dengan nikmat yang diberikan..bukannya ingin lari dari tanggungjawab cuma penyakit jiwa ini yang semakin merebak seperti barah..
buntu sebenarnya bila kita fikirkan hidup yang sedang kita nikmati sekarang ini..
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????