Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cerpen KEMANUSIAAN, Budak B-U-S-U-K


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Cerpen KEMANUSIAAN, Budak B-U-S-U-K


Dia berlari sekuat tenaganya. Dia tahu dia lewat. Dia tahu dia akan
dimarahi Cikgu Suria sebaik sahaja dia melangkah kaki ke bilik darjah. Tetapi dia tidak peduli. Dia lebih rela dimarahi dan didenda oleh Cikgu Suria dari berada dalam rumah neraka itu.

Dia tercunggap-cunggap mencari nafas sambil mengetuk pintu.

"Ah...Sham. Baru sampai? Awak dah ketinggalan keretapi lagi!",
tengking Cikgu Suria diikuti dengan derai tawa kawan sedarjahnya.

Malu. Memang malu bila ditertawakan begitu oleh kawan-kawannya.
Tanya sahaja sesiapa pun murid darjah tiga sepertinya, pasti mereka
mengatakan yang sama. Namun kulitnya sudah tebal. Bukan baru ini dia
ditertawakan. Sudah lali rasanya dia dengan ejekan kawan-kawannya.
Dia tidak peduli. Berada di sekolah lebih baik daripada berada di rumah jahanam itu.

"Shamsuri Johari! Awak tak dengar ke saya panggil?", herdik Cikgu Suria lagi. Dia sudah bosan dengan perangai Sham yang boleh dianggap nakal ini.

Sham bukan setakat selalu datang ke sekolah lambat, kerja rumah pun sering tidak terbuat. Sudah tiga kali dalam masa dua bulan Sham di tangkap kerana mencuri bekalan makanan kawan-kawannya. Cikgu Suria merenung anak muridnya yang mendapat gelaran "budak busuk" ni dari kawan-kawannya. Pakaian Sham bukan sahaja tidak bergosok, malah kelabu, tidak putih seperti pakaian seragam anak muridnya yang lain.Yang hairannya abang dan kakak Sham sentiasa kemas bila ke sekolah. Bila ditanya kenapa, Sham tidak pernah menjawab. Abang dan kakaknya pula mengatakan yang Sham memang macam tu...pengotor.

Sham hanya menunduk. Matanya hanya tertumpu kepada kasut yang sudah berlobang.

"Sham tengok muka saya bila saya bercakap dengan awak!"
Perlahan Sham mengangkat mukanya, memandang tepat kearah Cikgu Suria.

"Kasihanilah aku...", pinta Sham dalam hati.
"Ya Allah Sham!", jerit Cikgu Suria sebaik sahaja terpandang wajah Sham. "Apa dah jadi dengan awak?", tanya Cikgu Suria sebaik sahaja terlihat luka yang melintang dari dahi hingga ketepi mata kiri Sham.

Patutkah aku berterus-terang? Patutkah aku menceritakan yang sebenar? Tidak, tidak, ini semua salahku. Aku yang nakal. Aku yang jahat, jerit Sham dalam hati.

"Saya...saya jatuh tangga Cikgu..!Sebab tu saya lambat", bohong Sham.
"Jatuh tangga? Mustahil, takkan jatuh tangga boleh luka memanjang macam ni?", rasa kesian pada anak muridnya timbul serta-merta.

"Betul Cikgu, saya ....saya jatuh tangga.....", Sham tergagap.
"Tak apalah mari ikut saya. Murid-murid buat kerja yang saya bagi tadi. Aina kamu tolong jaga kelas. Sebentar lagi kelas Cikgu Hashim akan bermula. Saya nak bersihkan luka Sham ni?", perintah Cikgu Suria.

Dia lalu membawa Sham ke bilik guru dan membersihkan luka anak muridnya itu. Dalam juga lukanya.

Cikgu Suria merenung anak muridnya. Walau pun Sham nakal tetapi dia tidak pernah membantah cakap guru-guru di situ. Walaupun Sham sering tidak membuat kerja sekolah tetapi setiap kali peperiksaan, Sham akan lulus. Malah lebih baik dari setengah murid-muridnya. Apa sebenarnya masalah Sham? Kenapa dia begitu berbeza dari kakak dan abangnya?

"Sham...Cikgu nak tanya sikit boleh?"
"Tanya apa Cikgu?"
"Sham ada masalah ke di rumah?"
"Tak tak ada Cikgu...semua okay.."
Cikgu Suria merenung muridnya lagi. Perlahan-lahan dia membelek tangan dan kaki Sham. Ternyata banyak kesan luka dan lebam.

"Sham jangan takut...Cikgu nak tolong Sham. Walaupun Cikgu selalu marah pada Sham, Cikgu sebenarnya sayang pada Sham."
Sham memandang wajah bersih Cikgu Suria. Sayang! Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Perkataan itu terngiang-ngiang di telinganya.

"Kenapa Sham? Ceritalah, Cikgu sedia mendengar. Cikgu nak tolong Sham, Cikgu nak jadi kawan Sham..", pukuk Cikgu Suria.
Cair perasaan Sham bila dipujuk demikian rupa. Kalaulah keluarganya boleh berbuat demikian sepertimana dulu, tentu Sham akan menjadi manusia paling gembira.

"Cikgu janji cikgu tak ceritakan pada orang lainkan.? Cikgu janji cuma kita sahaja yang tahu!", desak Sham. Tidak sanggup dia bayangkan akan hukuman yang akan diterima kalau rahsia ini terbongkar.

Cikgu Suria mengganguk dan memberikan senyuman.
"Sebenarnya saya tak jatuh. Mama...mama baling tin minuman pada saya. Tapi itu bukan salah mama. Saya yang jahat, saya yang nakal"

"Apa yang Sham buat?"
"Sham tak habiskan kerja rumah dalam masa 20 minit seperti mama
suruh."
"Kerja rumah? Maksud Sham kerja sekolah?"
"Bukan...bukan !Kerja rumahlah. Cuci piring, sapu, mop, cuci bilik
air....."
Cikgu Suria terpempan. Mana mungkin anak sekecil ini di suruh membuat kerja-kerja sebegitu?

"Selalu Mama suruh Sham buat macam tu?"
"Hari-hari. Sebab tulah Sham selalu datang lambat"
Cikgu Suria mendengar tekun. Rupanya anak ini sering tidak di beri
makan kalau mamanya tidak puas hati dengan kerja yang dibuat. Sebab
itulah Sham mencuri makanan kawan-kawannya. Dia terpaksa rupanya. Patutlah pun tubuh Sham lebih kecil dari kawan-kawan yang sebaya dengannya, rupanya dia tidak dapat makan yang sepatutnya. Tapi apa salah anak ini? Mengapa mamanya sanggup mendera anaknya sendiri? Sedangkan abang dan kakak Sham tidak mengalami nasib sepertinya. Itulah yang ingin Cikgu Suria tahu.

Sham pula bagai orang mengantuk disurungkan bantal. Habis diceritakan pada Cikgu Suria tentang deritanya selama ini. Kata Sham tempat tidurnya hanyalah sehelai tikar tipis di bilik stor. Sham hanya dibenarkan makan kalau mamanya berpuas hati dengan kerjanya ataupun Sham boleh menghabiskan kerjanya tepat pada jangka waktu yang diberi. Itupun sekadar sisa makanan abang dan kakaknya dan cuma sehari sekali. Kucing belaan mamanya rasanya lebih beruntung dari dirinya. Kelmarin, setelah mamanya diberitahu oleh guru disiplin tentang perangainya yang suka mencuri makanan di sekolah, Sham dipaksa memuntahkan isi perutnya. Bila Sham gagal, ibunya
memaksa dia menelan "Klorox". Konon katanya supaya hati dan lidah Sham bersih dari bercakap bohong.

Semenjak itu Sham serik. Lebih baik berlapar dari disuruh menelan benda tu. Sakitnya bukan kepalang. Semalaman Sham meringkuk menahan kesihatan diperutnya. Dan malam itu, Sham tidur dengan airmata. Pernah Sham cuba lari dari rumah neraka itu tetapi entah kenapa, belum jauh dia berlari, Sham sudah berpatah balik. Takut! Mungkin itulah sebab utamanya. Dia takut dibelasah lagi kalau tertangkap. Airmata mula tergenang di anak mata Cikgu Suria. Tidak pernah terlintas dihatinya akan penderitaaan Sham.

"Tapi kenapa Sham? Kenapa ibu Sham buat macam tu"
"Sebab kata mama, pasal Shamlah papa cari perempuan lain. Pasal Shamlah papa pergi tinggalkan rumah. Sham nakal, Sham selalu susahkan mama. Abang dan kakak tak macam Sham".

"Mama Sham kata macam tu pada Sham?"

Sham hanya mengangguk bila disoal begitu. Kesian, anak ini menjadi mangsa kekalutan fikiran mamanya kerana benci akan perbuatan suaminya. Budak ini harus di selamatkan, fikir Cikgu Suria.

"Sham tunggu di sini ya! Ni makan coklat ni, nanti cikgu datang
balik ok,". Sham tidak menjawab. Dia lebih tertarik kepada sebungkus
coklat yang dihulur Cikgu Suria. Sudah lama dia tidak merasa makanan sesedap itu.

Sebentar kemudian Cikgu Suria kembali bersama Cikgu Baharom, gurubesar sekolah itu. Sham cemas. Kenapa Cikgu Suria bawa Cikgu Baharom? Cikgu Suria kan dah janji tak akan beritahu sesiapa pun!

"Sham Cikgu nak tengok luka Sham. Jangan takut, Cikgu pun nak tolong
Sham". Sham kaku. Habislah aku kali ini, matilah aku kali ini. Lepas ini pasti satu panggillan telefon akan singgah ketelinga mama. Mama mesti pukul aku setengah mati, jerit Sham dalam hati.

Setelah membelek luka Sham dan kesan-kesan luka dan lebam di badan Sham, Cikgu Baharom hanya mengeleng kepala.

"Biar saya yang uruskan......awak temankan dia di sini..", bisik cikgu Baharom pada Cikgu Suria.

"Cikgu... Cikgu janji tidak beritahu orang lain tadikan. Ini rahsia kita....," ujar Sham dalam tangis. Airmatanya sudah tidak bisa bertahan. Melihat Sham menangis, airmata Cikgu Suria mengalir juga.

"Sham....Cikgu nak tolong Sham...Cikgu nak lepaskan Sham dari siksa
ini...", pujuk Cikgu Suria.
"Tidak...Cikgu tak faham...cikgu tak faham! Nanti kalau mama tahu
saya akan di denda...saya tak mahu cikgu...saya tak mahu..Lagi pun saya yang nakal, saya yang jahat. Kalau tak kerana saya papa tak pergi",
esakan Sham makin menjadi. Wajahnya yang ceria mengunyah coklat sebentar tadi, bertukar menjadi pucat. Ketakutan jelas terserlah di wajahnya.

"Tidak Sham....Sham tak nakal. Bukan sebab Sham papa pergi. Cikgu
janji, Sham tak akan pulang ke rumah itu lagi. Cikgu akan pastikan Sham di bawa jauh dari rumah itu."

Badan Sham yang kecil di rangkul Cikgu Suria dengan penuh kasih sayang.

Hiba benar hatinya mendengar tangisan Sham. Walau apa pun terjadi, dia akan mempertahankan hak anak ini. Setengah jam kemudian, Cikgu Baharom muncul bersama seorang wanita berbadan gempal.

"Cikgu Suria....ini Cik Maria dari Jabatan Kebajikan.",
Perlahan Cikgu Suria melepaskan pelukannya. Wajah Sham di renung
penuh simpati. Airmata Sham, dikeringkan dengan tangannya sendiri.

"Sham...ini Cik Maria. Dia akan jaga Sham. Dia akan pastikan Sham
selamat. Sham jangan takut ya?"

"Tak mahu, Sham tak mahu. Sham takut!"
"Sham jangan takut. Cikgu sendiri yang akan pastikan Sham
selamat..",Cikgu Suria mengusap rambut Sham yang memang sudah sedia
kusut. Menyesal dia kerana tidak dari dulu membantu muridnya ini.

"Ini....Sham bawalah bersama.", Cikgu Suria menghulurkan bungkusan
coklat tadi. "Nanti Cikgu datang tengok Sham OK? Cikgu jajani Cikgu akan tolong Sham", pujuknya.

Inilah jalan yang terbaik buat Sham, fikir Cikgu Suria. Tangan halus Sham dipimpinnya hingga ke sebuah van yang sudah menunggu. Cikgu Suria kaku disitu sehinggalah van itu sudah tidak kelihatan lagi. Cikgu Suria menyeka airmatanya.Dia baru teringat akan sesuatu yang harus dia lakukan. Bingkas dia menuju ke mejanya, mencapai daftar nama murid dan mendial nombor rumah Sham.

"Hello....", terdengar suara wanita yang agak garau di hujung telefon.

"Ini, Puan Rohana ke, ibu Sham?", tanya Cikgu Suria.

"Ya...siapa ni?"
"Tak perlu puan tanya. Saya telefon ini untuk memberitahu Puan yang Sham tidak akan pulang ke rumah puan buat selamanya....!", pantas tangan Cikgu Suria meletakkan ganggang telefon. Puas hatinya.

Rohana mendengus. Siapa pulak yang berani menemplaknya sebentar tadi? Tak sayang mulut betul! Kalaulah orang itu berada di depan matanya memang diganyangnya cukup-cukup. Sham...budak celaka tu lagi. Tak habis-habis dia buat hal. Memang nak kena budak tu. Nantilah kalau dia balik nanti, siap dia aku kerjakan, fikir Rohana. Tapi kalau benar kata si pemanggil yang Sham tak balik, macammana? Tak ada orang pulak yang boleh di suruh buat itu ini...Ah persetan dengan budak tu. Memang pun dia benci memandang wajah Sham yang hampir seratus peratus menyerupai wajah suaminya. Rohana termenung. Kenapa Sham yang jadi mangsanya selama ini, bukan Syukur anak sulungnya atau Shimah anak perempuannya?

Seingatnya ini semua bermula 4 tahun lalu ketika Sham berumur 5 tahun. Masih jelas diingatannya malam penuh trajedi itu. Malam itu, Johari,lelaki yang menjadi sanjungan hatinya meminta izin untuk bernikah satu lagi. Bayangkanlah betapa kecewanya dia bila diberitahu yang hubungan Johari dan Misliah, perempuan
jalang yang ingin dia dinikahi itu sudah berjalan hampir enam tahun malah semenjak Sham masih dalam kandungannya lagi. Perempuan itu sedang hamilkan anak Johari,sebab itulah Johari perlu menikahinya. Hanya Tuhan yang tahu perasaannya ketika itu. Sungguh tidak terduga, pergorbanannya selama ini sia-sia belaka. Rohana sanggup meninggalkan keluarganya yang kaya-raya kerana cintakan Johari.
Dia sanggup melukakan hati orang-tuanya kerana Johari. Tapi inikah balasan Johari padanya? Johari menduakannya dalam diam.

Balik sekolah ditanya kedua abang dan kakaknya Sham. Ternyata benar mereka cuba mengelak dan memberi berbagai alasan.

Bukan mereka tidak kesian pada Sham, tetapi murid darjah enam dan lima ini takut dimarahi oleh mama mereka. Walaupun Rohana belum melibatkan mereka dalam "permainan"nya dengan Sham, mereka bimbang apa yang Sham alami akan terpaksa mereka lalui juga. Mereka sudah masak dengan perangai mama mereka.

"Hei aku tanya....kau nampak budak tu tak?", herdik Rohana.
"Tadi....Sham...Syukur nampak...Sham....", tergagap-gagap Syukur cuba menghabiskan kata-katanya.

"Apa hal ni? Apa kena dengan kau Syukur...cuba cakap betul-betul!", tengking Rohana lagi.Syukur memandang Shimah.

"Sham kena bawak dalam van jabatan kebajikan....", tergopoh Syukur menghabiskan ayat itu.

"Apa? Kenapa kau orang tak cakap dengan mama?", pantas tangan Rohana mencapai telinga Syukur. Dipiatnya telinga syukur.

"Kau pun sama..kenapa tak beritahu mama!", marahnya pada Shimah pulak.Tangannya singgah ke pipi Shimah. "Kamu berdua memang nak susahkan mamakan!" Rohana naik radang. Di tampar keras badan Syukur dan Shimah bergantian.Syukur dan Shimah hanya mampu bungkam di tempat mereka berdiri. Air mata mula membasahi pipi mereka. Menjawab bermakna mencari nahas. Lebih baik berdiam dan membiarkankan Rohana melepaskan geramnya. Mereka sudah banyak belajar dari penderitaan Sham. Mereka tahu taktik Sham mendiamkan diri selalu berjaya meredakan kemarahan Rohana. Tanpa Sham di rumah, apakah mereka pula yang jadi mangsanya?

Dalam kekalutan dan keriuhan mulut Rohana, tiba-tiba terdengar ketukan pintu yang amat kuat. Rohana terpegun. Syukur dan Shimah masih kaku di tempat mereka berdiri. Mereka hanya boleh menangis menahan kesakitan. Ketukan pintu bertambah lantang.

"Polis...tolong buka pintu...", kedengaran suara dari luar.

Rohana terduduk. Apa dah jadi?, bisiknya sendiri. Melihat mamanya diam terduduk, Syukur berlari membuka pintu. Sungguh dia tidak mahu tersiksa seperti Sham.

Dua orang pegawai polis, seorang lelaki dan seorang wanita melangkah masuk ke ruang tamu.

"Awak Puan Rohana Sulaiman?", tanya pegawai polis lelaki itu. Rohana hanya mampu mengangguk.

"Puan, kami ada waran untuk menangkap puan kerana disyaki mendera anak puan, Shamsuri Johari. Tolong ikut kami ke balai..!"

Rohana kejung, meraut wajahnya berkali-kali. Bagai tidak percaya ini semua akan berlaku kepadanya. Tidak! Ini semua salah faham. Dia sayang semua anak-anaknya termasuk Sham. Dia yang melahirkan mereka. Mana mungkin dia tidak sayangkan mereka? Dalam kebingungan, Rohana hanya menuruti pengawai polis wanita itu ke kereta polis. Dan dari dalam kereta itu, dia hanya mampu melihat Syukur dan Shimah diiring masuk ke sebuah van jabatan kebajikan. Air jernih mula mengalir di pipinya. Inikah kesudahannya?

Sham hanya menunduk bila Rohana dibawa ke kandang orang bersalah. Demi Tuhan, rasatakut terhadap Rohana masih menebal di hatinya. Dia pasti ketika iniRohana memandang tajam terhadapnya dengan senyuman penuh sinis. Dia pasti akan kalah dengan tenungan begitu. Sham terasa tangannya diramas perlahan oleh Puan Maria, pengawai sosial yang bertangung-jawab ke atas kesnya. Dia menoleh dan membalas senyuman Puan Maria dengan senyuman yang dibuat-buat. Di saat itu, berdepan dengan Rohana, tidak mungkin dia dapat tersenyum dengan sempurna.

"Masa keputusan dah tiba..", bisik Puan Maria.
Mata Sham beralih kepada tuan hakim yang sibuk membelek kertas-kertas di
hadapannya. Lelaki tua itu mengerut-ngerutkan dahinya.

"Baiklah....setelah saya timbangkan semua hujah-hujah dan mengamati bukti-bukti yang ada...mahkamah mengambil keputusan....", tuan hakim berhenti sebentar membetulkan tempat duduknya.
Sham hanya mampu menelan air ludah. Gengaman tangan Puan Maria semakin kuat.

"Shamsuri Johari...awak akan dikembalikan kepada penjagaan ibu awak, Rohana Sulaiman...", bergema suara tuan hakim mememecah kesunyian.

Sham memandang tuan hakim, memandang Puan Maria yang sudah mula
menangis. Mata Sham beralih kepada Rohana. Wanita itu merenung tepat ke arahnya dan ketawa berdekah-dekah.

"Kau kalah Sham, kau kalah budak busuk....!", kedengaran suara Rohana mengejeknya.

"TIDAK!!!!!!!!!!!!!!", pekik Sham.

Peluh membasahi dahi dan badan Sham. Dia merenung sekeliling.Bukan, dia bukan berada di bilik mahkamah saat ini. Dia sedang duduk di atas sofa di Doctor's Lounge di tempat dia bertugas.

"Astaghfirullah al azim...", Sham beristighfar. Dia tertidur
rupanya.Sham mengeluh. Mimpi sebegini sudah tidak asing pada Sham. Walaupun dia tidak pernah bertemu Rohana lagi selepas mahkamah memutuskan untuk menjatuh hukuman penjara tiga tahun ke atas Rohana, namun ketakutan yang terpahat di hati dan jiwa nurani sering juga terbawa ke alam mimpi. Begitulah kuatnya pengaruh Rohana terhadap dirinya. Sham termenung. Fikirannya melayang ke Rumah Bakti Darul Istiqamah. Di situlah anak-anak yang terbuang dan
senasib dengannya di besarkan. Kalau abang dan kakaknya memilih untuk tinggal bersama papa mereka, Sham lebih rela di tempatkan di Darul Istiqamah. Sham tidak fikir dia boleh tinggal dengan papanya yang telah meninggalkannya untuk disiksa oleh mamanya.
Bukannya Sham pendendam, tetapi hatinya yang terluka teruk tidak mungkin dapat terubat jikalau melihat papanya di depan mata saban hari.

Di Darul Istiqamah, Sham belajar segala-galanya. Dia mula mengutip harga dirinya yang telah lama dirobek oleh Rohana. Cikgu Suria, wanita itulah yang memberinya semangat untuk dia meneruskan hidup. Dia tidak jemu-jemu melawat Sham di Darul Istiqamah, walaupun dalam keadaan sarat mengandungkan anaknya yang pertama. Beruntunglah anak-anaknya mendapat seorang ibu yang penyayang. Sedangkan Sham yang bukan darah dagingnya begitu bersungguh-sungguh dia memberi dorongan, apatah lagi zuriatnya sendiri, fikir Sham.

Tetapi sayang, sedang Sham menjangkau umur tiga belas tahun dan baru
mahu menjenguk ke alam remaja, Cikgu Suria terpaksa ke Jepun mengikuti suaminya yang di tugaskan di sana. Hancur hati Sham saat itu. Kepada siapalah Sham mengendeng kasih? Kepada siapakah Sham dapat mangadu suka-dukanya? Hatinya yang merajuk mulanya terpujuk
juga dengan kedatangan warkah-warkah indah dari Cikgu Suria. Namun lama kelamaan surat-surat itu berkurangan. Walau berpucuk surat Sham kirim, hanya sesekali sahaja suratnya berbalas. Terasa kehilangan benar Sham saat itu. Kekosongan yang dia rasa bercampur dengan rasa marah dan takut.

Bingung! Itu perkataan lebih tepat untuk mentafsirkan jiwa Sham ketika itu. Perlahan Sham mula mencari keseronokkan untuk mengisi kekosongan hatinya. Dia belajar merokok. Dia belajar ponteng sekolah. Pendek kata, Sham sanggup lakukan apa sahaja untuk diterima oleh kawan-kawan sekolahnya. Pernah satu ketika Sham ikut
serta membocorkan tayar kereta guru disiplinnya setelah dicabar oleh
Manaf,samseng sekolah yang memang terkenal nakalnya. Bangga tidak
terkira Sham disaat Manaf memujinya di depan dua-tiga orang kroni Manaf. Berkawan dengan Manaf bermakna tiada siapa pun yang boleh mengertaknya walaupun pengawas sekolah sekalipun. Mungkin itulah yang sebenarnya dia cari - > perlindungan,walau dalam bentuk apa dan bagaimana!

Melihat perubahan dalam diri Sham, Puan Maria mengesyorkan agar Sham berjumpa dengan Dr Shahril, pakar sakit jiwa yang datang ke Darul Istiqamah dua kali sebulan. Pertemuan pertamanya dengan Dr Shahril lebih banyak diamnya dari bercakap.Bukan doktor ini yang dia perlukan. Dia perlukan belaian kasih-sayang, dia perlukan kepercayaan, dia perlukan Cikgu Surianya. Bukan doktor ini, bukan, bukan. Menyebut nama Sham sahaja susah, macam mana nak menyakinkan Sham, hendak menolong Sham.

Pertemuan kedua Sham dengan Dr Shahril lebih tragis. Dia bosan dengan lelaki yang asyik memanggilnya Sam dengan slanga mat salehnya dan bukan Sham seperti mana sepatutnya. Soalan Dr Shahril juga menyakitkan hati - soalan-soalan yang terjerus kepada kebencian Sham terhadap Rohana, sedangkan Sham sama-sekali tidak membenci Rohana. Hanya takut...itu sahaja. Tidak tahukah doktor bodoh itu membezakan perkataan benci dan takut. Bila Sham membantah dengan suara yang keras, Dr Shahril mencatitkan yang berikut dalam "case sheet"nya ,Inclination towards aggressiveness Anger Management - very low

Sham bukan bodoh. Mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah subjek "forte"nya. Dia tahu apa makna yang tercatat di sekeping kertas itu. Dia sama sekali bukan agresif. Terus sahaja Sham mengangkat kaki mahu berlalu dari situ. Pantas pula tangannya disambar Dr Shahril. Detik itulah berlaku kejadian tolak menolak antara Sham dan Dr Shahril sehingga doktor itu jatuh terperuk di tepi meja.

"Saya tak mahu jumpa awak lagi!", pekik Sham.
"Dan untuk sekelian kalinya, nama saya Sham bukan Sam!", sambung Sham sebelum meninggalkan Dr Shahril yang terpinga.

Semalaman Sham tidak tidur selepas itu. Dia menangis semahu
hatinya. Dunianya sudah gelap. Selepas insiden itu tentu tiada siapa
yang akan percayakan dia lagi. Sham pasti! Keimanannya terhadap Tuhan yang sememangnya tipis semakin menipis. Mengapa dia yang harus melalui ini semua? Apa salahnya? Itulah yang menjadi pertanyaannya saban hari. Sham tahu dia berdosa kerana mempersoalkan qada dan qadar Tuhan. Tetapi itu, hatinya sudah hancur lebur. Disaat dia sudah hampir benar dengan kecundangan, Cikgu Suria kembali semula menyinari hidupnya. Rupanya Cikgu Suria bukan sengaja melupakannya.

Sebaik sahaja disahkan hamil dengan anak keduanya, Cikgu Suria didapati mengidap penyakit pangkal rahim. Anak dalam kandungannya terpaksa digugurkan demi menyelamatkan nyawanya sendiri. Cikgu Suria terpaksa dibedah dan menjalani perawatan "chemo-therapy" yang menyakitkan.

Cikgu Suria berjuang nyawa rupanya. Kini Cikgu Suria sudah sembuh dari penyakitnya dan pulang mencari Sham. Sungguh Cikgu Suria terkejut bila diberitahu yang Sham sudah jauh berubah. Pertemuannya dengan Sham diiringi tangisan yang memilukan. Walaupun sudah menjangkau umur lima belas tahun ketika itu, Sham tidak segan di peluk Cikgu Suria. Kekosongan jiwanya hampir tiga tahun itu, terubat juga. Sejak dari hari itu Sham menjadi anak angkat Cikgu Suria sehingga dia berjaya dalam pelajarannya...

"Terasa benar badan dia pulak dah semakin lemah", ngomel Jasmine.

"Dah lama ke penyakitnya ni?"

"Dah dekat 15 tahun Sham. Asalnya dia ni dulu di penjara. Entah apa jadi dekat penjara tu dia ni semakin lama semakin suka cakap sendiri. Menyanyilah, menangislah. Tu yang dia orang hantar sini. Tiga tahun dia di sini. Bila dia dah ok sikit, dia di hantar ke rumah kebajikan sebab dalam failnya tercatit tiada waris. Tapi itulah, empat lima bulan sekali, mesti jumpa dia kat sini.
Orang-orang kat rumah kebajikan kadang-kadang tak tahan dengan
kerenahnya. Kalau dah datang angin dia, habis di pukul semua orang di depannya.", cerita Jasmine tanpa disuruh.

"Masuk penjara?" Kenapa?", tanya Sham.

"Classic case....dera anak!", jawab Jasmine pendek, hampir berbisik.
Sham mengerutkan dahi.

"Habis anak dia tak cari dia ke?"

"Pihak hospital dah cuba hubungi anak-anaknya dan suaminya. Mereka tak mahu terima dia balik. Lepas tu mereka pindah, tak mahu pergi mana. Tak silap, ada satu lagi anaknya yang dipelihara orang. Tapi kami dah malas nak cari. Sedangkan anak yang tak di pelihara orang tidak mahu terima dia balik, inikan anak yang dia tak pelihara."

Berdegup jantung Sham.

"Boleh I tengok fail ni?", pinta Sham.
Jasmine hanya mengangguk. "Be my guest..", katanya

Perlahan Sham membuka fail di depannya. Sham menelan air ludah sebaik sahaja melihat nama pesakit yang tertera diatas.

"Rohana Sulaiman...", bisiknya sendiri.Mengeletar tangan Sham menyelak satu-persatu catatan di dalam fail itu.

Hampir tidak percaya Sham setelah sekian lama, nama itu masih menggugat keberaniannya.

"Tidak...aku tidak boleh membiarkan dia menhantui hidupku buat
selamanya", jerit Sham dalam hati.

"Jasmine, boleh you bawa I jumpa dia?"

"Nantilah...besok bila I go on my rounds, you can tag along..."

"No Jasmine. I would like to see her as in NOW, please", pinta Sham
separuh merayu.

Jasmine membesarkan mata memandang Sham. Wajah kacak Sham direnungnya. Bersungguh benarkah Sham mahu menolongnya? Doktor muda yang menjadi perbualan jururawat-jururawat di sini kerana kekacakannya, ternyata berperangai pelik. Sudah dua tiga kali dia perhatikan Sham yang suka termenung dan berkhayal ini.

"OKlah!", akhirnya itu yang keluar dari mulut Jasmine. Dia malas mahu bertanya lebih lanjut.

Jasmine menunjukkan katil di mana Rohana ditempatkan. Rohana kelihatan sedang nyenyak tidur. Sham melangkah perlahan menuju ke arah itu. Degupan jantungnya semakin kencang. Tidak, dia tidak akan benarkan Rohana menguasai emosinya lagi. Sudah cukup dia dihantui cerita lama. Perempuan tua dengan rambut yang tidak terurus di depannya ini dipandang dari hujung rambut ke hujung kaki. Bajunya berbutang senget dan terpecak dengan tumpahan cecair bewarna coklat. Bau hapak menangkap hidung Sham. Memang benar sebagaimana catatan dalam fail yang dibaca tadi, Rohana sudah 3 hari tidak mandi. Dia tidak mahu disentuh langsung. Makanan pun tidak terjamah. Ubat pun tidak mahu ditelan walaupun dipaksa. Akhirnya Rohana dibiarkan sendiri.

Perempuan inikah yang harus aku takuti? Tanya Sham dalam hati.
Tidak sama sekali. Tuhan maha adil. Sebagaimana dia tersiksa, begitulah yang dirasa Rohana sekarang ini. Tapi walau apapun Rohana tetap ibu yang melahirkannya. Tergamakkah dia membiarkan Rohana begini?

"Puan....", perlahan Sham mengerakkan Rohana. Jasmine hanya duduk
memerhati dari jauh. Rohana membuka mata. Demi melihat wajah Sham, Rohana cuba bangkit tetapi ternyata badan yang tidak menjamah makanan selama tiga hari itu, lemah tidak bertenaga.

"Johari...kau datang nak bunuh aku kan...", bebel Rohana perlahan tetapi tegas.

Wajah Sham yang mirip Johari ketika waktu mudanya, mengundang emosi
Rohana. Sham hanya mengelengkan kepala.

"Aku tahu aku dah lemah, sebab itu kau datang nak bunuh kan Jo...",bebel Rohana lagi.

"Saya bukan Johari.......", bisik Sham.

"Kau jangan bohong...aku tahu kau datang nak bunuh aku sebab aku siksa Sham.... Dia anak kesayangan kau kan. Aku tahu aku salah, aku siksa Sham....dan kau kemari sebab nak balas dendamkan!", Rohana mula meraung.

Jasmine yang jadi permerhati bingkas bangun mendekati Sham. Bimbang dia kalau Sham diapa-apakan. Sham menunjuk isyarat tangan agar Jasmine tidak masuk campur dahulu.Dia mahu tahu apa sebenarnya pergolakan dalam jiwa Rohana.

"Aku sayang Sham....aku sayang Sham. Aku cuma mahu siksa dia agar kau balik bila lihat Sham kena siksa. Tapi kau tak balik juga. Kenapa kau tak balik?", tangisan Rohana semakin menjadi.

Hampir Sham menitis airmata mendengar perkataan sayang dari perempuan yang bergelar mamanya ini.

"Mana Sham? Aku nak minta maaf dengan dia...mana Sham?"

Perasaan kesian meruntun di hati Sham. Rohana diamuk rasa berdosa
terhadap Sham selama ini. Haruskah Sham terus mendiamkan?

"Mama....ini Sham mama. Ini Sham bukan Johari...", ujar Sham perlahan.

Tangan Rohana di ciumnya. Jasmine yang berada disebelahnya membeliakkan mata. Sungguh dia tidak menduga yang Sham adalah anak ketiga Rohana yang menjadi misteri selama ini.Rohana melihat Sham mencium tangannya.

"Kau Sham...kau Sham...?", tanya Rohana bagai tidak percaya. Tangan Sham dijadikan pautan dan dia duduk menghadap Sham.

"Betul ke kau Sham?", tanya Rohana lagi. Rohana mengusap wajah Sham.
"Ya mama, saya Sham, anak mama..."

"Sham....!", jerit Rohana dan memeluk tubuh Sham.

"Sham maafkan mama Sham...", tangisan Rohana memenuhi wad yang sunyi
sepi.

Air jernih yang Sham tahan-tahan tadi, gugur juga di pipinya. Jasmine juga menitiskan airmata meliahat drama di depannya. Rohana masih meraung memanggil nama Sham. Sungguh tidak terduga, setelah sekian lama dia cuba merisik kabar, akhirnya Sham di temui juga. Begegar badan Sham dengan tangisan Rohana. Rasanya perasaan takut kepada wanita ini sudah hilang serta-merta. Yang tinggal cuba perasaan kasihan yang amat sangat.Gegaran badan Rohana semakin menghilang. Suara tangisannya pun sudah reda.

Kenapa pula? Perlahan Sham meleraikan pelukan mereka. Mata Rohana sudah tertutup rapat. Badannya lemah tidak bermaya. Rohana pengsankah?

"Mama...mama..", perlahan Sham mengerakkan tubuh Rohana. Tiada respon.

"Mama..mama?", panggil Sham sekali lagi.

Jasmine mendekati meletakkan jari ke leher Rohana. Kemudian tangannya beralih ke pergelangan tangan Rohana.Perlahan dia menoleh pada Sham.

"Sham...dia dah tak ada...", tersekat-sekat suara yang keluar dari mulut Jasmine.

Sham melepaskan tubuh Rohana perlahan. Wajah pucat yang tidak bernyawa direnungnyapenuh syahdu. Pergi sudah mamanya bersama ketakutan yang tersemat di hati sanubarinya selama ini. Kiranya inilah suratan Tuhan, dia akan menerima dengan tenang.
Tuhan maha adil. Tuhan maha mengetahui. Patutlah kata Jasmine Rohana tidak sebecuk selalu, rupanya dia sudah merasakan kematian yang semakin menghampir. Moga-moga roh mamanya di tempatkan bersama orang-orang yang Dia redhai, itu sahaja doanya.


-- Edited by Amirshah at 18:24, 2008-01-28

__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 448
Date:

huhuuuu...kesian sham....

__________________
jangan kau kocok hidupku...kerna ku xmau hidupku dikocok2

selamat pergi ke BLOG KOCOK-KOCOK aku


mesinduit-1.gifimp.php?a_aid=nh72666&a_bid=bc4b826c
geng GC wajib klik gambar ('_+)



ajak kawan2 ramai2 meroyan di sini jugak!! muahahahahaaaaa!!!. SILA KLIK!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

menangis aku bc crita ni,Uwaaaaa!!!!!!..
sedihnyer,kesian sham kena dera dgn mak sendr
kalo aku x sanggup la..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

ya ALLAH aku juga menangis baca cerita nie.. sedih sangat2.... xdapat aku nak tahan air mata ku dari mengalirmm memg mgusik jiwa...

__________________

"mencari ketenangan"



Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

sedihnyerrrrrrrr waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......waaaaaaa...waaaaaaaaaaa

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

kawan2 dan para pembaca semua..bob ade jumpe seorang perempuan yg masalah die sama mcm sham..tapi alhamdulilah lah die ok dah cume nak mintak pendapat semua ape yg perlu kite lakukan sekiranye kite berhadapan dgn situasi nie...maksud bob kawan kite dan kite yg tolong leraikan...

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Aku ni sejak monopos dh mls nk baca cite panjang2. mata pun dh rabun itek. Err.. bob poyo, ap kata ko bacakn citer kat atas tu kasi aku paham. jeles r dgn jiran seblah yg beli tv plasma 42 inci. kata cipan sambil meramas mesra bulu kaki bob.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 88
Date:

SEDIHNYA......WAAAAAAAAAA

__________________


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

SEDIH.. takpe adik norazlina ridzwan.... meh baring atas dada abang meh... abang ni take care orangnyaa.. meh sini meh.. jangan bersedih lagi dik... abang sedia membantu...


(nyam nyam)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard