Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mengenal pasti Bomoh yg terpesong dari islam


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Mengenal pasti Bomoh yg terpesong dari islam


Salah satu perkara yang boleh membawa kepada syirik adalah berbomoh dengan
bomoh atau pengamal perubatan yg terpesong dari ajaran Islam .
Berikut disusun beberapa ciri-ciri bomoh/pengamal perubatan yang
mengamalkan samada kaedah/amalan/ bacaan yg menyalahi ajaran Tauhid.


Ciri-ciri Bomoh yang sesat dan ciri-ciri pengamal perubatan tradisional
yang boleh diterima Islam

Bomoh juga dikenali dengan panggilan dukun, pengubat alternatif, pengubat
tradisional, tabib, para normal dan pawang. Ia dapat didefinisikan sebagai
orang yang mengubati orang sakit dengan cara kampung dan jampi-jampi yang
menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat
khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin.

Berbeza dengan bomoh, terdapat juga orang yang mengubat dengan perubatan
tradisional yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan
ini adalah tidak salah dari sisi islam. Pengubat tradisional ini tidak
menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang
dibenarkan oleh Islam. Namun kebanyakan bomoh di Malaysia adalah dari
kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan
yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.

Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi,
berikut diperturunkan serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka
dari golongan ini:

    1. Tiada kaunseling atau dakwah Islam.
      2.Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang
      dialami.
      3.Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk
      dibawa pulang.
      4.Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur
      setiap kali datang berurusan.
      5.Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat.
      6. Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.
      7.Minta pengeras.
      8.Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan.
      9.Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal
      sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit.
      10.Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal
      untuk menjadi bomoh.
      11.Guna air dalam mangkuk untuk menelek.
      12.Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut
      untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam
      sewaktu pembedahan tersebut.
      13.Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf
      14.Ada proses menurun sewaktu mengubat.
      15.Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti
      wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani, malaikat dan nama-nama
      lain yang pelik.
      16.Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan
      sebagainya dalam proses mengubat.
      17.Mereka yang ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda,
      aura, cahaya dan tenaga dalaman adalah sebenarnya seorang bomoh yang
      sesat..
      18.Ada mengamalkan meditasi.
      19.Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.
      20.Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan
      siapa yang mendengki.
      21.Mengaku boleh nampak jin.
      22. Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera.
      23.Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya
      diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP)
      telah berubat dengannya.
      24. Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan..
      25.Menggunakan khadam seperti jin dan malaikat.
      26. Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang.
      27.Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran
      agama hindu.
      28. Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya.

      Berbanding pengamal perbomohan yang melanggar ajaran agama Islam,
      pengamal perubatan Islam dan tradisional yang dibenarkan dalam Islam
      mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

      1. Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.
      2. Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan
      oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak
      dan kekuasaan Allah jua.
      3. Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik namun
      untuk kes-kes tertentu (bukan semua kes) ada diberikan air yang
      dijampi secara Islam.
      4. Tidak ada pengeras dan pemutus ubat.
      5Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang
      amaun sebagai hadiah.
      6. Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari
      campuran bahan-bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli
      ubat.
      7.Mengaku tidak ada kuasa ghaib
      8 .Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa.
      9. Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu
      mengubat pesakit.
      10. Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam
      perubatannya. Semata-mata bertawakal kepada Allah.
      11.Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera.

       Wallahualam. Wassalam.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard