Semalam kita berkenalan Menyulam kata mendalami perasaan.. Aku gembira, aku bahagia Hadirmu tepat di saat ku memerlukan Belaian mesramu masihku terasa Membawa kita jauh dalam khayalan Kau dan aku bagai satu tak mahu dipisahkan.. Sungguh indah waktu itu..
Hari ini kau tiada Tinggalkan aku sendiri.. Aku terkejut Aku keliru Aku bingung Aku berdukacita. . Pergimu secara tiba-tiba Aku tak menyangka Kau berduka laradengan keputusanmu sendiri.. Katamu aku kau sayangi.. Katamu aku yg terbaik Aku terharu.. Aku menahan pilu Aku tak tahan mendengar tangismu Dan bersatu dengan tangisku Benarkah apa yg ku dengar Kau tak mahu aku merana Hidup denganmu yang bakal sengsara.
Mengapa?? Mengapa ini terjadi Di saat kita saling memerlukan.. Aku sayang dan cintakan Mu Aku tak peduli itu.. Ajal dan maut itu di tangan tuhan.. Dan aku redha.. Tapi kau kau tak mahu.. Katamu kau tak sanggup. Kau pinta ku mencari penggantimu. . Mengalir air mataku..
Kau tahu Jiwaku terasa kosong kini Sungguh aku tak dapat mengusir bayangmu... Sungguh aku tak dapat mengusir kata2 mu di corong telingaku... Bagaimana dapat ku usir namamu sudah penuh di segenap ruang hatiku Suara hatimu sentiasa berlagu di pendengaranku Harapanku tinggi tapi tak bermakna lagiKan ku kuburkan ia nanti.. Aku terpaksa terima semua suratan yang telah di tentukan olehNYA Begitu juga kau
Kini haluan kita mula berbeza Kau hidup dalam duniamu Dan aku dalam duniaku Meskipun hati kita masih bersatu.. Kan ku kenang segala memori kita bersamaSepanjang hayatku.. Kan ku kalungkan doa untukmu semoga kau kuat menempuh dugaan dariNYA. Ketahuilahaku tetap menyayangi dan mencintaimu. .biarpun tak dapat memiliki.. Tak kan ada yang sama seperti mu kerana bagiku kau lah yang terbaik Untukku
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
Ala gayah klu nk suh tepuk kasi ler upah lbh skit..xlarat aku nk jd die hard fan ko dlm Af musim ke 100..taula umur penyertaan smpi 45 tp ko kn ingt gayah ko tu dah 54!