Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Duka Hati Seorang Isteri


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:
Duka Hati Seorang Isteri


Ini adalah kisah novel pendek...

"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang
selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui
akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak
kuduga... inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu
suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air
mataku meneyelinap kedalam diri.

Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku
melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh
tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang
menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak
bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita
yang bergelar isteri.. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu
abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang
sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita
bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan
sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk
membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut
nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan
janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari
Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang
kedua untuk bersama sayang.

Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini
abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu
kecapi lagi.. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk
rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti
padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan
minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada
waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang
sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai
toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2
perkaran yang sentiasa
membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan
kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi
Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk
menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas
kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami
adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua
..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan
milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang
selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang..
Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan
sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang
memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis
kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya,
kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di
Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di
rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat
Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.
Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita,
Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu
Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat
menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan
ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan
anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala. Di saat
Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah
Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu
persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati
seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta
kami adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas..
Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan
belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk
sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku
tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana
persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu?
Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan
suamiku sebegitu rupa.
Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses
ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu
diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan
suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di
kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk
itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di
kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara
cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali
sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang.
Lembut Suamiku menarikku kesisi..

"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang.
Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang
abanag cari pada Farah?

Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?"

Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku
bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang
walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya
kehilanganmu.

"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana
membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang
simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini
Farah masih dihatimu.

"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"

"Abang lelaki punya keinginan ... punya kemahuan..." Walaupun payah,
Abang masih memenangi dirimu.. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian.
Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah
untuk menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat
seperti
dahulu.

"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku
kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku
terdiam. Dia semakin resah.

"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu
bertanggungjawab atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina
alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku
tersenyum sendirian.

"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah
lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak
aku cuba mendapatkan kepastian.

"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada
ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.

"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. ." Dengan isyarat mata aku cuba
memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH. ." Dan aku cuma tersenyum
mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku
mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..

"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata
biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak
akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."

"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang
tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan
mendapatkan anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan
hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.

"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah
Halal buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang
masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku
sudah terluka abang.

Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi..
yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang
dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang.
Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat
suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya...

"Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca
mata Sayang. Bebaskan Sayang..." Tersentak suamiku.

"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.

"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah
kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang
Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi
bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan
Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan
sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu
hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu..
Maafkan Sayang,Abang. "

Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan
kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin
berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan
Abang.

Assalamualaikum suamiku.


-- Edited by gadis_biskut at 08:37, 2008-01-07

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

tlg ah tukar tulisan 2..berpinar mata aku nak baca..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 404
Date:

kenapa dgn tulisan dier? ok jek..

* sdey nyer cerita ni..kenapa lelaki begitu mudah melukai? mudahnya berpaling & melupakan janji yg dahulu dilafaz bersama..

__________________
>~..tanpa berjanji..sekadar hati berbisik..~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

itu hari aku nk bace dh..tengok tulisan lain mcm jer..xjadi terus nk bace.ni tulisan dh ok..spec mate aku lupe nk tambah power.xjd lg nk bace.sape ade bawak kanta pembesar.meh bg pinjam kat aku sat.

ha true2 kate itawartaselayang tu lelaki begitu mudah melukai n mudahnya berpaling & melupakan janji yg dahulu dilafaz bersama..
sume laki xleh caye.ade sorg je yg ok ckit.uhuk uhuk,sy la tu itawartaselayang.hm..hm..sudikah itawartaselayang menjadi teman idop sliper??ala bolehla..bolehla..bolehla...jom abg blanje cendol.

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

sori lah ari tu tlupa la nak edit hehehe jangan mare...tak baik marah2 nati berkedut pulat kulit muka....tu lah laki namanya...mana tahan godaan nafsu yang memberontak dalam diri tu...kita puan ni jugaklah yang derita....bagi laki nasihat penaja hargailah kasih sayang isteri or makwe anda ye...kerana dia jualah kebahagiaan anda...

jgn percaya kat slipar jepun tu dia memng pgoda no.1...dia tu dah kahwin dah ada anak tapi masih mengaku bujang....sudahlah tu seliper buat2 lah bertaubat ko tak kesian ke kt bini2 ko kt umah tu.....

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Cerite ni....ada kena mengene ngan cik biskut ke??? Jeles ni...kehkehkehkeh......

(mari kite hargai antara satu same lain.......jgn kite mengharapkan org lain utk menhargai kite.....)

__________________
Biso Bonar


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

the cleaner wrote:

Cerite ni....ada kena mengene ngan cik biskut ke??? Jeles ni...kehkehkehkeh......

(mari kite hargai antara satu same lain.......jgn kite mengharapkan org lain utk menhargai kite.....)



ish ape lah clean nie...biskut mana kahwin lagi lah...jom kita dating pulak kt tempat biase nak tak..windulah nak suapkan clean makan hehehe nati biskut buat sedap2 ekkk.....spesel punyal biskut buat clean....



__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

fuh....lega rsenye.....hekhekhekhekworship.gif Jom la..biskut sye dh tak sabo ni....date.gif
sye pon windu sgt ni......kehkehkehkehkeh

__________________
Biso Bonar


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

ala clean sabarlah dulu nati malam ar siang2 tak leh org nampak pulak susah tau...leh ar kita main2 mcm ari tu tapi ingat jangann curang tau biskut ngajuk kan nati...biskut selalu je nampak clean main mata ngan jiran sebelah umah biskut tengok ar nati biskut cungkil bijik mata buat sup tau

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aku tak tau la apa dah jadik ngan mamat bangla sorang ni.... satu2 awek dia kebas.... citer yg biskut bg tu mmg merobek hati seorang isteri... ntah la ari ni aku ter"feeling' lebih lak.... haa... ICU itu la ko asyik kata aku meroyan.. aku ada gak perasaan tau.... berbalik pada citer di atas..... sampai hati kalu suami buat isteri mcm tu.... tunggulah balasan tuhan....



__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

ko pun tau jugak ape yang aku biskut rasa radinnaz...tu lah yang biskut takut nak melangkah ke alam perkahwinan takut jadi seperti citer tu...zaman sekarang lelaki tak boleh dipercayai sangat payah doh nak jupe org baik2 leni

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

sape kate payoh........x payoh mane pun,abg ICU kan ada antara contoh lelaki terulung n paling budiman.............kalo saudari sekuk pilih abang ICU nescaya akan bahagia selamanya

(lalu ICU pun kembali bermain poker ngan gayah)

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

unit rawatan rapi wrote:

sape kate payoh........x payoh mane pun,abg ICU kan ada antara contoh lelaki terulung n paling budiman.............kalo saudari sekuk pilih abang ICU nescaya akan bahagia selamanya

(lalu ICU pun kembali bermain poker ngan gayah)



hah tgk tu radinnaz kan biskut dah cakp depan kita je buat baik belakang siap curang lagi ape nie gayah oiiii ko tu kan bini org aku reprt kat laki ko baru tau...sedap lah sikit gayah oii ko nak jatuhkan air muka kaum wanita ke...tadi bari biskut kutuk lelaki......



__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Ko ni icu...menjatuhkn martabat seorg lelaki sejati la.....cbe la...berbudi pekerti dn sopan santun skit depan pompuan...huh....diorg ni dh la...sensitif tahap reseptor serebrum+sereblum....blum masuk sensetif medulaoblongata lgi...nnt ssh nk pujuk....kehkehkeh

cik biskut...mne ada sye main mata ngan jiran cik biskut....mata sye yg masuk habuk je....huhuhuuhu....lalu depan umah cik biskut je...ada habuk masuk mata...hampeh tul habuk tu.....huh....aarghhhhh....

__________________
Biso Bonar


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

waaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!!!!!!!
sedih yeaaaaa....
saper ar wt citer ni...
gnti balik air mater n hingus aku ni balik...
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 404
Date:

sliparjepun wrote:

ha true2 kate itawartaselayang tu lelaki begitu mudah melukai n mudahnya berpaling & melupakan janji yg dahulu dilafaz bersama..
sume laki xleh caye.ade sorg je yg ok ckit.uhuk uhuk,sy la tu itawartaselayang.hm..hm..sudikah itawartaselayang menjadi teman idop sliper??ala bolehla..bolehla..bolehla...jom abg blanje cendol.




 uhuhu...apesaL abg seLiparJepon Leh terkeCUaLi drpd lelaki2 lain nih? jgn2 ade yg x kena dgn abg seLiparJepOn nih..x mo rrr...takott...(wlupun tergoDa dGn CenDoL tersebut..)


biskUt jGn riSau..aku seNtiasa akaN menGawasI diri drpD tergOda oLeh penGGoDa2 d GC nih..



__________________
>~..tanpa berjanji..sekadar hati berbisik..~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

pendek2 pun boleh tahan ar jugak bace novel nih...berpinai mate..uhuhhuhU!!

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

sedih nyer ceter nie... tgamak suami 2 wat isteri nyer mcm 2..

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Huh...knp la....sume citer2 di GC ni byk nk jatuhkn lelaki ni....huh...

problem2.......no.gif

__________________
Biso Bonar


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

the cleaner wrote:

Huh...knp la....sume citer2 di GC ni byk nk jatuhkn lelaki ni....huh...

problem2.......no.gif



abis laki je yang buat onar dulu....kalu suma laki baik tak de lah citer keburukannya pulak cik cleaner oii....cik cleaner nie baik sangat ke  biggrinbiggrinbiggrinbiggrin

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aku sokong sgt biskut..... kalu tak disbbkan org laki takde la byk kes rogol skrg ni... kes dera isteri...kes culik anak dr isteri (bila ada kes cerai berai la), kes poligami (tp tak mampu sbnrnya... tp mampu tang seks je), kes buli pekerja disbbkan tensen ngan isteri kat umah pdhal si isteri bukan suh apa pun basuh pinggan satu je yg dia guna buat makan). ha tu la sbbnya aku kata susah nak cari lelaki baik segala2nye.... sll yg seksa jiwa batin n zahir wanita jek..... bla bla bla..bala..bala...

(aik.... ngape la aku emo ari ni ek?????)

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

true true...radinnaz...tapi bukan suma laki mcm tu kalu suma alamak membujanglah jawbnya biskut nati....tapi nak jumpa 1 org yang baik dalam sepuluh org pun payah leni...yang ade hanya berpura2 sahaja....entahlah....



-- Edited by gadis_biskut at 12:52, 2008-01-15

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

klu cik biskut meri n cik radinnaz cari kat klub2 mne ada lelaki yg baik....ekekekek... cbe la...cari yg slalu dtg kt surau ke???(cam cleaner) yg sopan santun...(cam cleaner..) yg baik ati (cam cleaner) hekhekhekhek.....

sebut betui2...CLEANER...kuikuikuikui.....

__________________
Biso Bonar


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

aduh...sakit urat mate aku bace cite yg mendayu-dayu ni.ko tulis sendiri ke
biskut??ke pengamalan ko ni????tp bg pempuan ayu jelita cam aku ni,aku mmg rase nk lempang2
je si icu tu..(eh,silap lak)aku nak sepak2 je laki si pmpuan yg jujur setia cam aku tu..
kalu laki aku cam tu,aku antar je dia ke kursus tadbiran awam.biar dia bleh mentadbir anak2
babon dia yg tak sedar diri tu...
ish..bengang aku ni,bengang tau dak??!!!



__________________
It's hard to resist....
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard