Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kawin
Pedang

Date:
Kawin


Cerita Lawak Pak pak pung bunyi paluan kompang. Orang ramai penuh sesak menghadiri majlis pernikahan Shahrol ngan Fatimah. Di sebalik kemeriahan tersebut, peluh membasahi badan Shahrol. Kulitnya yang hitam legam macam mamat bangla tu bertambah hitam macam bontot kuali.

Muka Pak Dolah bapak Shahrol merah padam menahan marah. Kalau tak ......

ditahan gerenti meletup mengalahkan serangan pengganas ke atas bangunan WTC di Amerika Syarikat. Janggutnya yang panjang yang sepatutnya serupa Osama bin Laden dah serupa janggut kambeng.

Sarol & aku batalkan pernikahan ko ini now and forever! Tengking Pak Dollah tiba-tiba. Mengamuk sakan nampak. Kain pelikat yang dipakainya ditarik dan diikat ke pinggang lagak hero filem tamil.

Why bapak? soal Shahrol terketar-ketar. Apa yang ditakutinya muncul jugak.

Fatimah tu girlfren ako. Bakal mak tiri engko. Tergamak ko merampas kekasih ako Sarol. Anak derhaka ko ini,dengus Pak Dollah.

Siapa cepat dia dapat bapak. Lagi pun bapak tu dah tua. Dah expired. Mana Fatimah tu nak.

Apaaa? Youre saying I'm expired? GEDEBUK. Satu pukulan hebat dan percuma hinggap ke muka Shahrol. Pahit muka Shahrol tertelan gigi depannya. Ini ler first time dia makan gigi berkuahkan ayer liur basi.

Pak Dollah, sudahlah tu. Timah tetap nak kawen ngan Sarol,kata Fatimah meredakan suasana.

Timah tergamak ko panggil ako Pak Dollah. Dulu semasa kita bersama bercengkerama di bawah pokok mangga ko panggil ako abang Dollah, sayang, honey, darling dan sugar daddy. Betapa tergurisnya hati ini ditenyek dan ditonyok oleh mu Timah. Tidakkah ko ingat kita dulu umpama Shah Rukh Khan dan Kajol? Tidakkah ko tahu yang ako dah lama kuch kuch hota hai denganmu? Ko kejam Timah ko kejam kejam kejaaammmm,jerit Pak Dollah penuh emosi.

Amboi gatal jugak bapak ako nie, getus Shahrol dalam hati.

Sudah sudah pendek umur aku ngan korang berdua nie, kata atuk Shahrol yang dari tadi asyik minum kopi menyaksikan sandiwara di antara anaknya Pak Dollah dan cucunya Shahrol.

Biar ako selesaikan masalah korang ini,kata atuk Shahrol.

Macamana tok? soal Shahrol bengang.

Dengar atok nyanyi lagu Eminem nie dulu. Now this looks like a job for me so everybody just follow me cuz we need a little controversy cuz it feels so empty without me . Atuk Shahrol menyanyi sambil buat break dance. Takut Pak Dollah tengok. Nanti terseliuh tulang tak pasal-pasal masuk ICU.

Cepat ler bagitau bapak,kata Pak Dollah tak sabar. Memandangkan aku nie anak dia tentu dia lebih mengutamakan aku daripada cucu dia. Har har har Pak Dollah ketawa terbahak-bahak sendiri.

Aku yang akan kawen ngan Fatimah. Aku dah lama booking dia sejak dia di dalam perut mak dia lagi,kata atok Shahrol.

APPPAAAAAAAAAA?

Maka berlangsung ler pernikahan di antara atok ngan Fatimah.

No no oh tidaakkkk this cant be happening Meraung-raung Pak Dollah dan Shahrol menyaksikan upacara akad nikah tersebut. Walau air mata darah dan coca-cola yang mengalir, ia tetap akan berlaku

Itu ler al-kisahnya


ps: Hampeh tul... terasa nak minum coke

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard