sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga.Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut.pada pendapatnya,tentulah polis sukar untuk menyoal sibisu tersebut.maka sibisu tersebut pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.walaubagaimanapun,dia menyembunyikan wang tersebut .Maka pada hari yang telah ditetap kan ,ketua gangster mengarahkan orang orangnya memanggil sibisu tersebut.Apabila dipanggil,sibisu itu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka .Lalu mereka pergi berjumpa pakar bahasa isyarat.
gangster ; mana wang tu?
Sibisu menunjukkan isyarat untuk
"aku tak tahu apa yang mereka katakan "Pakar bahasa isyarat memberitau gangster tersebut.dangster tersebut menghalakan pistol kearah kepala sibisu.
gangster : aku akan tembak kepala kau,bisu.
sibisu menunjukkan isyarat.
:duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman syahbandar dibawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk"
pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster,
"dia tidak tau dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."