Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: apa itu cinta...


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
apa itu cinta...


Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa
semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia
wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan
gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk
puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh
cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang
menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana
mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan
cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam
jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan
melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian
ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas
mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu
tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci
murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap
tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima
cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia
pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk
mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapk an
kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak
bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan
tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya
gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu
berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya
persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna
cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk
dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik
sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga
menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai.
Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak
mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk
mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin
ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu
mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.
Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca
ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika
tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh
berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria
dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta
ada segala-galanya. Sayang,
benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis. Cinta
itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang
berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup
walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan
orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap
balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak
bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan
anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba
mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna
menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah
cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah,tapi
mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia
suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil
yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda
terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan
yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya
manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh
kekasihnya.. .mempersonakanny a dan nampak cantik serta betul walaupun
itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga
yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang
bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika
anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang
percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa
saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka
cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak
tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada
anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan
atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar
kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah
hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi
lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi
hancur"

- Saidina Umar Ibnul Khattab - >


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard