Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot. Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. "Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!". Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka.
Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita nak tidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. "Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!" Kita plak yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada
Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu dikawal. "Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan. Nanti, masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura. Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu" Itu ok lagi.. Kalau. "Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM 10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15. Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah" Tak ke naya?
Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat yek? "Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging. Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan" Adeh. Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya, sempat tak nak capai kunci kereta larik?
Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan makanan itali. "Abg, Leha nak makan murtabak tu.." Merengek, dan kuat. Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos cili. Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
mmmm....ssh nak komen,tp lebih baik cr bakal isteri kondukter bus hehehehe... tiap2 mlm kate "masuk lagi masuk lagi,dalam lagi dalam lagi.." hehehheee...
Kalau la isteri sebagai eksekutif, hmm masa semua diatur dgan baik (ala2 manager) .... 6 pagi tolong sediakan sarapan, 7 pagi basuh baju dan sidai baju, 8 pagi pegi kerja, 12 tghr jgn lupa ajak pegi lunch, 2-5 ptg buat keja opis, 5 ptg balik umah, 8 mlm tolong kat dapur sediakan dinner, 9 malam dinner pastu tgk tv, 10 malam tido, 12 malam buat keja (oooopssss)...... bla..bla....bla...
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah