Kali Bagi Tolak Campur Habislah geli kerana geletek Hilanglah resah kerana biasa Kerana telah terbiasa Geli dan resah tidak lagi terasa
Semut di seberang lautan Kau nampak Bila gajah di depan mata Kau buta
Lebih sudu dari lauk Lebih tunjuk dari tengok Lebih diri dari duduk Lebih cawan dari mangkuk
Berkata-kata jangan lupa Banyak yang bertukang di mata dan Mulut Sedikit sahaja yang Menukang di tangan Bangkai gajah busuk di hutan Hendak di tanam Pekong di kaki sendiri dibiaskan Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..
Dua kali lima sepuluh Lima kali dua sepuluh Lapan campur dua sepuluh Dua campur lapan sepuluh
Sama pandai sama bodoh Sama lawa sama hodoh Sama cerdik sama belok Sama tepok sama bongkok
Duduk diam tunggu dulu Kunci mulut nanti dulu Sebelum kau berbicara Sebelum kau nak berkata Cermin dulu hujung rambut Hingga ke hujung hujung kuku kakimu
Kurangkan lada kurang pedasnya Kurangkan rempah kurang panasnya Kurangkan lebah kurang sengatnya Kurangkan cakap kurang silapnya
Dan membisu takut takut Nana tahu silap hari Silap bulan lambat laun Silap tahun kau menjadi
Dua kali lima sepuluh Lima kali dua sepuluh Lapan campur dua sepuluh Dua campur lapan sepuluh
Sama pandai sama bodoh Sama lawa sama hodoh Sama cerdik sama belok Sama tepok sama bongkok
Jangan cakap lepas Biar pandai beralas Ada ubi ada batas Ada hari kami balas
Kiramu hanya bias Cecamu cuma tempias Hari ini kami berkias Esok lusa kami mengganas
Jangan suka jaga tepi kain orang lain Kain sendiri yang terlondeh Kata dulang paku serpih Kata orang dia yang lebih
Ada orang suka menerima Tapi tidak suka menderma Ada orang suka menderma Tapi diharap dibalikkan semula
Dua kali lima sepuluh Lima kali dua sepuluh Lapan campur dua sepuluh Dua campur lapan sepuluh
Sama pandai sama bodoh Sama lawa sama hodoh Sama cerdik sama belok Sama tepok sama bongkok
Dua kali lima sepuluh Lima kali dua sepuluh Lapan campur dua sepuluh Dua campur lapan sepuluh
Sama pandai sama bodoh Sama lawa sama hodoh Sama cerdik sama belok Sama tepok sama bongkok
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
Bunyi anjing y bersahut-sahutan di tengah malam bisa meremangkan bulu roma aku di saat kesunyian..ceh mat sesia jer aku ketakutan..rupanyer ko sedang melakonkan watak sebegitu di belakang rumah ku..
haah la mat... aku terlupa nak letak itik serati ko tu... patut la aku pun rasa mcm kureng je...aku terlupa ari tu aku kurung kat reban blakang umah ko masa aku jenguk ko sakit demam kura2 ari tu (kur..kur... meh itik2 serati...kuar dari reban ko.... mat dah rindu sgt kat korang2... dia nak bg makan ni...kuar ye)
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah