Santun pekertimu Dan lembut tutur katamu Menarik minatku Untukku mendekatimu Sepucuk surat ku tulis Menyatakan harapan Walaupun ku kebimbangan Kau berbeza pandangan Namun ku tetap menanti jawapan
chorus 1 Alangkah riangnya dihatiku Luahan hasratku mendapat perhatian Ku terima balasan darimu Kau jua menyimpan perasaan
Warkahmu memberi kepastian Hanya kejayaan menentu pertemuan Setiap kali diakhir katamu Kau selalu tulis See You D IPT
Guru selalu mengingatkan Kita dilarang berkasihan Ketika masih di alam persekolahan
Bangkit semangat keazaman Memburu cita dan impian Biar terpaksa rahsiakan hubungan
ulang chorus 1
Guru selalu mengingatkan kita dilarang berkasihan Ketika masih di alam persekolahan
Dengan segala kesungguhan Ku timba ilmu pelajaran Tinggal warkahmu menjadi kenangan
chorus 2 Betapa syukurnya dihatiku Segala impian menjadi kenyataan Terpancarlah cahaya gemilang Kini kejayaan di genggaman
Andai kau kembali ku temui Akan ku menuntut kata kata dan janji kerana diriku masih mengingati kau selalu tulis See You D IPTX2
~~~ erm,takde unsur agama btol.dh la tajuk dia See You D IPT.kenapa tak pakai See You At IPT ke.IPT pon bahse melayu kan.isk3!!Takpun letak la tajuk Jumpa Awak Di IPT @ yg lebih sastera dari itu. =]
Zaman skang kan org skuka makan rojak..bahasa rojak,pakaian pn rojak..janji album n lagu gempak..ape2 pun depa tibai ler phia..kita kn pandai2 sendiri ke nak beza mn tulen mn palsu..
Nasyid ialah menyampaikan sesuatu yang baik dari segala segi. Bukan dari sudut agama sahaja. Kalau ianya baik, cerita tentang kebersihan jamban pun bleh dibawa dalam bentuk nasyid.
Ramli sarip pun selalu nyanyi lagi nasyid walaupun berentak rock. Sekarang ni dah ada nasyid yang RAP... tak kisahlah... janji maksud dia baik.... namun kena juga jaga batas susila...
Lagu ni memang takde bawa apa makna dari agama... Cinta sesama insan tu dah fitrah manusia, kebanyakan budak bila bercinta je fail masa sekolah...
tapi lagu ni walau duk bercinta tapi masih menjaga tatasusila dan kedua-duanya berazam ke IPT.... so ada ke lagu anuar zain cenggini? Ade ke lagu hazami cenggini? Ada ke lagu amy search cenggini?
owh wokeyhs..untuk manusia berakal sederhana seperti aku yang sememangnya anti terhadap sesuatu itu,aku tak mampu nak fikir dgn secara logika.maka hasilnya tak ada logika.
erm..nak komen gak pasal nasyid nih...mmg betul nasyid mengikut peredaran zaman...tp, hukum tdk mengikut peredaran zaman abg rie....
niat belajar bersungguh2 utk jumpe kekasih kat ipt mane boleh...ingat, kite blaja ni fisabilillah, kerana Allah....lagu2 mcm ni la yg menutup rase bersalah dlm diri student....
'Guru selalu mengingatkan Kita dilarang berkasihan Ketika masih di alam persekolahan
Bangkit semangat keazaman Memburu cita dan impian Biar terpaksa rahsiakan hubungan'
bukan guru yg larang kite berkasihan....tp itu larangan Allah x ksh la waktu alam sekolah atau x...huhu....
Student x bole la mengimpikan n berniat nak jumpe pakwe or makwe kat uni..diorg kene ingat, g je uni mane2 utk berjaye....huhu...