Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Surat Buat Kekasih
Pedang

Date:
Surat Buat Kekasih


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan
cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan
eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.

Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang
segala kekusutan yang membelit tali perutku.
Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan
shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta,singa laut,beruang kutub,
penguin,kambing salji, mee rebus,cendol,koridor, kotak pensil,
tali kasut dan pasu bunga.Kala itu,kita bagaikan Nobita dan
Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak
dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapatliputan meluas hingga
ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan
yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan
rumah Sukan Komanwel 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca
daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran diLembah Klang.
Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q
secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa
sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang
telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke
ruang angkasa,apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi
berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan
hingga ke rubber-set.

Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap
di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang
bagai sembilu. kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal
dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.
Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula
melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau
sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku.Akhirnya
aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada,
aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi
masa lapang.Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah
agar nampak lebih cantik. Saban hari Aku termenung di dalam peti sejuk
mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang.Aku cuba bermain
badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak
berdaya.Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor
itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua boleh terjadi? Mengapa
setelah kaucuri hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh
cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.
Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit olehguni-guni batu yang kau
timpakan diatas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah
bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggungbagaikan mendukung 75
ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.Dan kini segala harapanku hancur
berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap
oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT
dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur
berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir.Aku sedar siapa aku.
Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukannya
McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam.Aku juga
bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan.Aku menyedari
kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.
Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin
yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.

Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu
termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir,disini,diatas pokok
getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali.Selagi ada nafas ini,
selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut
selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan metallica
tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah
lapan. Namun akumenyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.

Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu
tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik
berbuahnanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

**pesanan pihak penaja...
semoga anda terhibur.. majulah sukan untuk


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard