Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PASAR MALAM
Pedang

Date:
PASAR MALAM


Memandangkan zaman ekonomi yang tidak menentu, tanpa relaku aku telah di berhentikan kerja dari sebuah kilang yang aku kerja di Bayan Lepas. Sememangnya aku tidaklah begitu gusar akan pemberhentian kerja keatasku kerana keluarga aku mempunyai bisnes sendiri.

Mak ayahku adalah peniaga barangan keperluan harian di pasar-pasar malam sekitar Pulau Pinang. Lantaran kehilangan kerja dan masalah mendapatkan kerja baru , dengan bermodalkan wang imbuhan yang aku dapat dari pemberhentian kerja, aku bercadang untuk membantu sahaja mak ayahku berniaga, tambahan aku menjadi malas untuk makan gaji semula. Lagipun mana ada vacancy untuk orang yang macam aku ni, takat SPM aje. Dari satu pasar malam ke satu pasar malam aku bergerak berniaga setiap malam. Rumahku pula berdekatan dengan satu tapak pasar malam setiap hari Rabu. Jadi tak banyaklah masalah yang aku hadapi bila tiba hari itu.

Senang aje hal-hal nak transport barang berniaga ke tapak gerai tanggung beres ajer. Pada satu hari Rabu yang tenang seperti biasa sekitar pukul 4 petang aku sudah mula membawa barangan jualan ku ke tapak gerai sambil dibantu oleh mak ayahku. Tapak gerai aku itu jauhnya hanya 20 langkah dari rumah aku. Memang senang banyak ler taklah payah-payah drive cuma guna kereta sorong aje. Setelah semuanya beres maka jualan pun bermula. Entah agaknya hari tu cukup bulan , aku tengok ramainya orang berduyun duyun datang shopping, dari tokwan, nenek, pakcik makcik cucu cicit semua ada kat situ. Jualan aku juga tak koman lah lakunya. wah seronok aku tengok barang banyak jalan, duit pun banyak masuk. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena aku rasakan perut aku memulas mulas ketika proses jual beli sedang rancak berjalan. Tapi masa tu nak tinggalkan gerai nak pi toilet mak ayahku pun sibuk gak. Aku "tahan ajerlah" kataku dalam hati. Tapi berapa lama boleh tahan ? rasa nak tercabut punggung aku menahan sakit perut nak terberak ni so bila aja mak aku datang aku terus kata kat mak aku yang aku nak balik sat sebab ada 'urusan penting'.

Tanpa segan dan silu, aku pecut kalahkan Watson Nyambek berlari kerumah dan terus melulu ke toilet dan pas tu aku pun 'lepaskan hajat' ler. Lepas habis melepaskan yang tersangkut kat dalam perut ku sejak tadi lagi tu aku naklah pakai seluar balik. yalah biasalah spender mesti pakai dulu tapi yang takjub tu spender aku hilang ler. Aku pun tak tau mana aku campak masa bukak nak membuang air tu. Jadi oleh sebab kelam kabut aku ambik saja spender lain dalam almari dan pakai sebab aku tak leh buang masa cari spender yang aku baru pakai tadi sebab customer kat luar tu kan ramai tak menang tangan mak ayahku. Lepas habis pakaikan seluar aku pun cargaslah berjalan ke semula ketapak gerai aku tu. Tapi masa on the way tu aku tengok banyaMemandangkan zaman ekonomi yang tidak menentu, tanpa relaku aku telah di berhentikan kerja dari sebuah kilang yang aku kerja di Bayan Lepas. Sememangnya aku tidaklah begitu gusar akan pemberhentian kerja keatasku kerana keluarga aku mempunyai bisnes sendiri.

Mak ayahku adalah peniaga barangan keperluan harian di pasar-pasar malam sekitar Pulau Pinang. Lantaran kehilangan kerja dan masalah mendapatkan kerja baru , dengan bermodalkan wang imbuhan yang aku dapat dari pemberhentian kerja, aku bercadang untuk membantu sahaja mak ayahku berniaga, tambahan aku menjadi malas untuk makan gaji semula. Lagipun mana ada vacancy untuk orang yang macam aku ni, takat SPM aje. Dari satu pasar malam ke satu pasar malam aku bergerak berniaga setiap malam. Rumahku pula berdekatan dengan satu tapak pasar malam setiap hari Rabu. Jadi tak banyaklah masalah yang aku hadapi bila tiba hari itu.

Senang aje hal-hal nak transport barang berniaga ke tapak gerai tanggung beres ajer. Pada satu hari Rabu yang tenang seperti biasa sekitar pukul 4 petang aku sudah mula membawa barangan jualan ku ke tapak gerai sambil dibantu oleh mak ayahku. Tapak gerai aku itu jauhnya hanya 20 langkah dari rumah aku. Memang senang banyak ler taklah payah-payah drive cuma guna kereta sorong aje. Setelah semuanya beres maka jualan pun bermula. Entah agaknya hari tu cukup bulan , aku tengok ramainya orang berduyun duyun datang shopping, dari tokwan, nenek, pakcik makcik cucu cicit semua ada kat situ. Jualan aku juga tak koman lah lakunya. wah seronok aku tengok barang banyak jalan, duit pun banyak masuk. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena aku rasakan perut aku memulas mulas ketika proses jual beli sedang rancak berjalan. Tapi masa tu nak tinggalkan gerai nak pi toilet mak ayahku pun sibuk gak. Aku "tahan ajerlah" kataku dalam hati. Tapi berapa lama boleh tahan ? rasa nak tercabut punggung aku menahan sakit perut nak terberak ni so bila aja mak aku datang aku terus kata kat mak aku yang aku nak balik sat sebab ada 'urusan penting'.

Tanpa segan dan silu, aku pecut kalahkan Watson Nyambek berlari kerumah dan terus melulu ke toilet dan pas tu aku pun 'lepaskan hajat' ler. Lepas habis melepaskan yang tersangkut kat dalam perut ku sejak tadi lagi tu aku naklah pakai seluar balik. yalah biasalah spender mesti pakai dulu tapi yang takjub tu spender aku hilang ler. Aku pun tak tau mana aku campak masa bukak nak membuang air tu. Jadi oleh sebab kelam kabut aku ambik saja spender lain dalam almari dan pakai sebab aku tak leh buang masa cari spender yang aku baru pakai tadi sebab customer kat luar tu kan ramai tak menang tangan mak ayahku. Lepas habis pakaikan seluar aku pun cargaslah berjalan ke semula ketapak gerai aku tu. Tapi masa on the way tu aku tengok banyak mata dok tengok kat aku. Eh apasal ni, semua orang senyum kat aku tapi aku selamba ajelah balas balik senyuman semua orang yang senyum tu. Ada lah lebih kurang 20 orang yang aku selisih sebelum sampai kat gerai aku tu. Sesampainya saja aku tengok mak aku dok pandang satu macam kat aku. "Eh, Jai topi pesen apa yang hang pakai atas kepala tu ?" "topi ? mana ada mak" "tu, cuba hang pegang atas kepala hang tu" mak aku menuding jari keatas kepala aku. Aku pun pegangler.

Korang tau apa dia ? benda tu adalah seluar kecik aku yang hilang masa aku melepas tu ler........aku sangkut kat kepala masa kelam kabut tadi lagipun dalam toilet aku tu tak dak tempat sangkut spender... adoi, aku tengok berdekah dekah orang kat keliling tu gelak kat aku.... patutlah dari tadi orang dok ushar satu maca kat aku......malunya aku rasa macam gelap dunia sat masa tu. Maka hari Rabu berikutnya aku 'ambik off' ler sebab malu nak menghadapi kenyataan.......

Moral of story : Buatler penyangkut seluar dalam jamban anda... k mata dok tengok kat aku. Eh apasal ni, semua orang senyum kat aku tapi aku selamba ajelah balas balik senyuman semua orang yang senyum tu. Ada lah lebih kurang 20 orang yang aku selisih sebelum sampai kat gerai aku tu. Sesampainya saja aku tengok mak aku dok pandang satu macam kat aku. "Eh, Jai topi pesen apa yang hang pakai atas kepala tu ?" "topi ? mana ada mak" "tu, cuba hang pegang atas kepala hang tu" mak aku menuding jari keatas kepala aku. Aku pun pegangler.

Korang tau apa dia ? benda tu adalah seluar kecik aku yang hilang masa aku melepas tu ler........aku sangkut kat kepala masa kelam kabut tadi lagipun dalam toilet aku tu tak dak tempat sangkut spender... adoi, aku tengok berdekah dekah orang kat keliling tu gelak kat aku.... patutlah dari tadi orang dok ushar satu maca kat aku......malunya aku rasa macam gelap dunia sat masa tu. Maka hari Rabu berikutnya aku 'ambik off' ler sebab malu nak menghadapi kenyataan.......

Moral of story : Buatler penyangkut seluar dalam jamban anda...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard