Jangan buka email yang tidak dikenali siapa pengirimnya atau anda meragui kandungannya atau daripada sumber yang tidak boleh dipercayai
Cth 1: Email drp Ivan Davis <dima_gukov> yang menghantar email bertajuk: Buy OEM Software. So korang boleh terus membuang email ini kerana anda lansung tidak kenal sapa pengirimnya dan anda juga tidak pernah membuat pembelian software melalui internet. So email² spt ini adalah email yg berunsurkan spamming.
Cth 2: Email drp Azlina Azlan <azlinaazlan> yang mengattach dokumen utk dikongsikan bersama anda. Sekiranya anda menerima email yg mengandungi fail² dlm format *.exe, *.pif, *.zip, *.ppt, *.doc, *.bmp, *.wmv dan sebagainya, sebaiknya anda: - pastikan terlebih dahulu adakah pengirim itu drp org yg dikenali. Jika tidak terus delete fail berkenaan. - sekiranya anda mempunyai antivirus pastikan antivirus anda dikemaskini bagi mengesan (definition) virus² terkini. Scan fail yg di'attach' berkenaan sebelum dibuka.
Kebiasaannya virus disebarkan melalui email terutama fail² yg dlm format *.exe atau *.pif atau *.zip. Jadi jangan membuka (open) fail² yg di'attach' dalam email yang anda sendiri tidak tau apa kandungan atau format fail yang diattach tersebut.
Sekiranya dan kurang pasti dan merasakan email tersebut adalah sesuatu email yang penting, sila pindahkannya ke folder lain (bina satu folder simpanan dlm email anda sekiranya tiada). Ini dpt mengurangkan risiko sekiranya anda menerima email penting drp sumber yg tidak diketahui.
Berhati-hati semasa anda melayari internet
Bagi pengguna windows, saya mengalakkan anda menggunakan aplikasi MZ (Mozilla Firefox) sebagai pelayar internet (web browser) utama anda. Berbanding dengan IE (Internet Explorer) yang memang telah sedia dipasang setelah anda memasang OS (sistem operasi) Windows ke pc anda, MZ adalah lebih selamat digunakan kerana ia mempunya fungsi built-in popup blocker. Sekiranya anda masih ingin menggunakan IE, sila muatturun perisian Popup Blocker spt Google Popup Blocker ( http://toolbar.google.com/en_GB/ ).
Kenapa saya menyarankan anda supaya disable atau matikan fungsi popup blocker ini ? Ini adalah kerana banyak laman web yang mengeksploitasi pengguna tanpa disedari oleh pengguna yang melayari laman web mereka dengan memuatturun spyware tanpa disedari oleh pengguna melalui fungsi popup blocker ini. Spyware ini mempunyai berbagai fungsi. Antaranya mencuri maklumat² spt senarai email yg memang disimpan oleh pengguna di dalam aplikasi email spt oulook express atau eudora. Dan kesan yang paling ketara adalah spyware ini akan menyebabkan pc anda menjadi lebih berat daripada biasa. Insyallah saya akan terangkan secara lebih lanjut lagi mengenai spyware ini.
Anda juga adalah tidak digalakkan memuatturun game² atau perisian² yg bersifat freeware atau shareware... Kebanyakan aplikasi ini mempunyai fungsi disebaliknya. Umpama ada udang disebalik batu. Berkemungkinan aplikasi² ini juga turut memasang spyware tanpa anda sedari. Sila baca Polisi Privacy atau End User License Agreement (EULA). Paham dan perhatikan sekiranya aplikasi ini turut menyelitkan aplikasi lain yang akan dipasang sama.
Anda juga adalah tidak digalakkan memuatturun aplikasi seperti ScreenSaver. Boleh dikatakan hampir kesemua aplikasi ScreenSaver yang saya jumpa di internet mengakibatkan pc anda menjadi lembap dan adakalanya menyebabkan aplikasi lain tidak dapat berfungsi atau hang.
Seharusnya pc anda mempunyai Antivirus
Pastikan pc anda mempunyai antivirus dan terkini. Bagi anda yang mempunyai talian internet, sila dptkan perisian yang original. Dan kemaskini definition anda sekerap mungkin bagi menghalang virus²/trojan²/backdoor² terbaru menyerang pc anda.
Bagi kakitangan JSM, sila pastikan definisi virus anda adalah yang terkini. Tarikh update mestilah tidak lewat daripada 4 hari dari tarikh semasa. Utk memastikan antivirus anda telah dikemaskini, sila runkan perisian Symantec anda. Caranya: - Klik pada button Start - Pilih menu Programs - Pilih Symantec Client Security - Klik pada Symantec Antivirus Dan paparan spt di bawah akan keluar. Perhatikan pada tarikh yang tercatat dalam bulatan merah tu.
"Dan kemaskini definition anda sekerap mungkin bagi menghalang virus²/trojan²/backdoor² terbaru menyerang pc anda."
bukan ker trojan ngan virus tu same??? trojan tu virus la.... virus is virus...tapi, trojan tu salah satu dari jenis2 virus yang ade...macam kaum la...contoh jenis lain, worm...
meh aku teran lak pasal due2 virus nie...
trojan - bergerak secara solo dalam OS....kalo kene, sekor nie jer la korang kene cari...
worm - mule2 solo jer....tapi worm nie akan beranak-pinak....
yang kedua-duanya plak....
kenapa ko specific kan update untuk anti virus symantec??? kenapa bukan AVG, Norton atau Antivir???
meh aku suggest lak....
-Norton -> kelebihan = xperlu update 4 ari sekali....6 bln sekali pon buleh...ini sebab, anti virus nie power giler....takat virus cikai2, tutup mate jer....senang jer die clearkan...w'pon virus terbaru.... keburukan = name pon update 6 bln sekali....sekali kene virus yang dasat, power...mampus la korang....format jer la PC tu...tp susah la nak kene virus power2 nie... sebab jarang ade virus power2 nie...
- AVG = update, kene ari2....jadi xyah risau kene virus2 yang baru nie....update pon ari....kalo virus tu semalamnye virus....xyah risau laa.... tapi masalahnye, ade yang kate, AVG nie xleh detect brontox...dan ianya, adlah betul...sebab aku pon dah kene....