Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... " udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... ..... Tahniah kerana minat membaca.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
betul-betul.. aku pun sama... nasib baik aku tak baca... kalau tak bulat-bulat aku kena tipu dengan cerita ni... ada ke patut kambing hitam masuk penjara... ape la amirshah ni...
(kalau ko tak baca... cam mana plak ko bleh tau pasal kambing hitam tu Jofrie? Nampak sangat ko pun kene klepet Jofrie ooiii)
ntah macam mane, tibe2 jer aku rase geli geleman jer.....pehal ek...rase loye jer tekak nie...
manisayu wrote:
itu la abg jofrie kena tegas,asyik citer yg sm sajer..ayu dah naik mual... Uwekkkk!!..aih anak spe ni..abg rie tlg ayu jd pak anggup hehehehehe...
patut laa.....terasa macam berada didalam azab jer bile aku membaca perkataan tersebut....ntan selak bile beliau menukar name ntah....kan enak name RIE cipan daripada name joefRIE tersebut....
hoh... berbadan dua rupanya adik manissayur ni... tu la abang Jofrie dah cakap... jangan pikir sedap je... skang ni dah berbadan dua, sapa yang susah???
(lalu rie pun mengambil badan cicak yang melekat kat badan munggil adik manissayur tu)
dah dah.. abang dah buang badan cicak tu... so skang adik dah tak berbadan dua dah... patutlah adik muntah.. badan cicak tu dah bau tahap bangkai... bau persis2 mat the matics jugak laa..
aku tertipu...punyalah aku ngelat nak baca crita nih malam smalam ingat takut sangat la,aku tunda baca pagi ni..hampeh..mana si amirshah menyorok ni?aku nak tikam dengan lembing kambing itam berbatu nih..
__________________
why on earth people always do something stupid for the sake of love????
tak sangka ramai jugak kena tipu ek..huhu..bestnya tertipu beramai2.bleh buat kenduri penipuan ni..uishh..tu..tu amirshah menyorok dalam gua tu,nampak tak?yang sebelah kambing itam tu..nampak?nampak?kalo tak nampak dah tak lama la maknanya..
__________________
why on earth people always do something stupid for the sake of love????