The moral of the story, sayang anak jgn di pukul2 tapi di lambong2.....
Sungguh haru biru.......huh huh huh
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak
tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja
bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman
rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa
dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena
perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si
pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang
baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang
belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia
juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat
wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?"
herdik si isteri lagi.
Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari
bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti
apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul
tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang
dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan
dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan
anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu
pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena
air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa
sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari
berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga
begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam...
" jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur
dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam
pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat,
pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah
seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu
teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku
ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah
dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan
lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat
kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius
yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat
lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..
sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan
rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji
tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung
si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir
yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
__________________
DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA. TAK PERCAYA KE ? LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!
cerita nie memang betul² berlaku.... aku dah baca sebelum nie..... kesian anak kecil tu yang xpaham aper yang berlaku..... kerana sayangkan kereta tangan anak mereka terpaksa di potong....
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
true.. true.. true... cerita ni aku da baca da.. tp, kt email mak aku kasi... cerita ni benar2 blaku.. bapak die ni metalrial btul la.. kete tu blh beli lg or repair balik... tgn bdak tu bkn ye blh d beli or d repair balik.. bile bdak tu ye tg da xde, baru nk meraung, nk mnyesal...
hmMmm..taNgaN buDak tu teRpaksa dipOtoNg disebabkaN keNa rOtan atau puN sebab keNa pakU karat tU? siaNnye die..aku naK cUbit aNak bUah akU puN x saMpai ati...
memang dah lumrah manusia lebih sayangkan kebendaan dari darah daging sendiri...kesian kan budak tu tak tau ape2 bukannya payah pun nak repair balik...kete boleh direpair balik tapi tangan yang dah kena potong boleh ke dapat balik....
__________________
Walau pun kita punyai kekasih,
tapi teman tetap paling setia...
Walau pun kita punyai harta yang banyak,
teman tetap paling berharga...
Ish...ish....ish.....siannye....nk nangis plak...(terlebih feeling....kuikuikui) Zul ko jgn wat anak ko camtu plak...mentang2 kete ko bertayar bosau....kehkehkehkeh