Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melapor diri, dia diberikan uniform berbentuk gorilla. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yg mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok. Lama-kelamaan, pemuda itu berasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yg sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba2 tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa. Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan. "Tolong! Tolong! Aku bukan gorilla! Aku manusia!" jeritnya. Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu, "Hey! Diamlah, kalau tidak kita berdua akan di pecat!" kata singa itu.