Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: gadis bus setop


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 41
Date:
gadis bus setop


Cepat lah Kadir. Nanti terlepas lah.

             Eh Mat boleh relaks tak? Kalau kau nak kau kejar lah sendiri. Kalau kau nak tolong angkat beg aku ni tak pe jugak!

             Lembab betul kawan aku ni. Nak kata gemuk tak gemuk tapi jalan macam pompan!

             Eh Dir mulut jaga sikit eh. Pompan punya pasal aku yang kau kutuk eh!

             Ah! Malas aku nak tunggu si Kadir. Nanti terlepas pulak tengok si dia tu. Semenjak aku terpandang wajah gadis itu, wajahnya tidak putus-putus bermain di kelopak mataku. Matanya yang besar macam goldfish tu, bibirnya yang merah macam cili dan bentuk badannya macam buah pear telah mencuit hati ku. Tapi aku tidak pernah berkesempatan untuk bersemuka dengannya. Bila aku hendak mendekatinya sahaja, basnya datang. Nak naik bas sama nanti aku yang lambat untuk pergi ke kerja. Sebenarnya aku takut bercampur malu nak bersemuka dengannya. Setakat senyum sahaja cukup lah untuk mengubati hati yang sedang dilamun cinta ini. Hai! Sampai bila Kadir kau nak jadi macam gini? Pengecut! Betul kata kawan aku si Kadir lembab tu. Kalau seorang lelaki itu pengecut, sampai tua pun tak kahwin. Aku bukan pengecut, tapi aku malulah. Tak apa, satu hari nanti aku pasti akan mendapat gadis itu. Tengoklah!

             Kau punya pasal aku tak dapat tengok dia lama-lama! aku merungut.

             Siapa suruh kau tunggu aku. Ah besok boleh tengok dia lagi lah. Eh Kadir. Sampai bila kau nak main kejar-kejar macam gini. Get the ball rolling beb. Kau tunggu lama-lama nanti dia kena cekup dengan orang lain. Gigit jari kau! Kadir cuba menasihati Rahmat yang sedang dilamun cinta itu.

             Aku bukan apa Dir. Aku seramlah. Kau bukan tak tahu aku ni takut perempuan. Lagipun dia tu jembu gila lah. Eh! Apa kata kau tolong aku. Aku memberi saranan.

             Oh no way. Aku tak nak jadi orang tengah dalam novel percintaan kau. Silap silap langkah aku terkenan mampus kau! Come on be gentleman go for it mann! Kadir menolak dengan kepalanya digeleng bertubi-tubi. 

            Kawan apa kau ni! Sudahlah, tak boleh harap!

             Eh! Kau punya masalah marah aku pula Merajuk lah tu. Nama aje lelaki tapi pengecut!

             Ah! Memang si Kadir tu tak faham keadaan aku. Dia bukan tak tahu aku ni tak pernah ngurat perempuan. Hairan, kenapa aku boleh terpikat dengan gadis ni. Di bus stop pula tu? Rahmat! Rahmat apa nak jadi dengan kau? Aku rasa dah masanya aku luahkan perasaan aku. No No No. Too fast.  

            Saban hari wajahnya sentiasa bermain di kelopok mataku. Di malam hari, mataku sukar ditutup kerana asyik melihat wajahnya dalam bayangan. Apabila aku menutup mataku, wajahnya sekali lagi bermain dalam kegelapan. Umurku sudah meningkat tetapi aku masih membujang. Teman-teman ku ramai yang sudah beranak-pinak. Entahlah, kenapa aku dilahirkan pengecut apabila bab mengurat perempuan. Mungkin aku takut cintaku tidak dibalas. Kalaulah ibuku masih hidup, mungkin aku tidak payah bersusah-payah mencari girlfriend. Pasti ibu akan carikan aku seorang isteri yang sesuai untuk aku. Aku pernah berpendapat bahawa nak cari wanita yang baik budi pekertinya agak sukar untuk zaman ini. Aku lihat ramai wanita sekarang semakin berani, garang, kasar, queen control dan macam-macam lagi jenis wanita yang berlainan sungguh dengan zaman dahulu. Silap-silap pilih, aku yang didedarnya.

             Kalau aku tak kahwin pula, apabila aku tua kelak siapa nak jaga aku? Nak suruh aku pergi rumah tumpangan orang tua? Oh tidak! Aku mahukan anak-anak yang menjaga aku sampai aku kembali ke bumi. Isk. Bingung aku, bagaimana aku mahu cari calon isteri yang sesuai? Lagi dua tahun umurku menjejak angka 30. Wah tua tu. Tanpa ku sedari roh ku sudah melayang-layang meninggalkan jasadku untuk sementara waktu.

             Mat, dah empat bulan kau terkejar-kejar gadis pujaan kau tu tapi tak pernah kau nak cuba mendekatinya. Asyik pandang dari jauh aje macam mana nak dapat? Sampai tua kau buat kerja begini alamatnya kau kahwin sahaja dengan bayang-bayangnya sahaja. Kadir semakin resah melihat perangai aku yang terlalu takut untuk berkenalan dengan gadis itu.

             Aku nak cuba tetapi ada sesuatu yang seperti menghalang aku untuk memulakan perbualan dengan gadis itu. Aku rasa macam diri aku tidak layak untuk berkenalan dengannya. Kau lihatlah, gadis itu cantik, ada kelas dan mesti kerja jawatan tinggi. Isk malulah aku. Tapi aku suka sangat pandang muka dia tu.

             Rimas aku tengok kau, kalau kau asyik berasa rendah diri, macam mana kau nak jadi lelaki? Lelaki mesti ada keyakinan diri. Kau mesti ingat tuhan mencipta lelaki sebagai kaum yang lebih kuat daripada wanita. Lelakilah yang akan membimbing wanita. Lelaki diberi tanggungjawab untuk membimbing negeri, keluarga. Sedangkan Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam. Nah tengok tu betapa kuatnya dan pentingnya kaum lelaki. Kalau si gadis pujaan kau tu, aku rasa kau terlalu layak untuk dia. Rahmat, aku percaya kau akan berjaya mengurat gadis tu. Percayalah. Kalau kau tak dapat gadis tu potong ibu jari aku, Kadir bersungguh-sungguh cuba memberi aku peransang.

             Betul kata kawan aku satu tu. Emm. Aku rasa esok aku akan cuba menegurnya. Aku sudah bertekad dan cuba menghapuskan perasaan takut yang telah membiak dalam jiwaku.

             Pada pagi itu aku keluar dari rumah lebih awal dari biasa. Aku mahu tunggu gadis itu di perhentian bas sebelum dia datang. Biasanya gadis itu sudahpun tunggu basnya pada jam 7.30 pagi. Pukul 7 pagi aku sudah pun menunggu di perhentian bas itu. Jarum panjang jam di tangan hampir bergerak ke angka enam. Hatiku mula berdegup dengan pantas. Perutku terasa seperti kupu-kupu sedang berterbangan di dalamnya. Dahiku dibasahi dengan peluh walaupun sudah beberapa kali aku mengelapnya dengan sapu tanganku. Mulutku bergerak-gerak, melatihkan diri bagaimana hendak berbual dengannya kelak. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 7.40 pagi. Bayang-banyangnya juga tidak kelihatan. Aku melihat kembali jam tangaku dan mengetuk-ngetuknya takut rosak.

             Kenapa tak muncul-muncul puteri impian satu ni? Aku berbisik dalam hati sambil menjenguk-jengukkan kepala ku ke kiri, ke kanan, ke hadapan dan ke belakang.

             Tiba-tiba mataku terpandang dua bayang manusia sedang menuju ke arah perhentian bas. Aku memandang tajam dua manusia yang sedang bergurau senda dan semakin menghampiri perhentian bas. Rupa dan gaya gadis itu cukup ku kenali. Puteri Impianku itu sedang berjalan dengan seorang lelaki? Oh tidak! Tidak mungkin. Itu hanyalah bayangan gurauan? Wajah lelaki yang sedang berjalan di sebelah Puteri Impianku semakin jelas kelihatan. Mataku semakin ku besarkan seperti goldfish. Degupan jantungku semakin pantas. Hembusan nafas ku semakin kuat. Dadaku kelihatan turun naik seperti orang yang sedang nazak. Hidungku mengembang. Aku merasakan seperti asap terkeluar dari kedua-dua telingaku. Mukaku merah padam seperti cili merah yang masih muda.

             Apabila aku merenung tajam ke arah lelaki itu, dia melemparkan senyuman yang cukup lebar sambil jarinya ditunjuk-tunjuk ke arahku. Puteri Impian ku di sebelahnya itu juga melemparkan senyuman yang cukup manis ke arahku. Aku menjadi hairan. Mereka seperti orang gila tersenyum-senyum ke arah aku.

             Orang sedang geram ada hati nak senyum-senyum! Aku berbisik dalam hati yang sedang membara.

             Assalamualaikum! Aku terdengar suara memberi salam sambil bahuku ditepuknya.

             Aku tersentak lalu memandang ke arah suara itu.

             Termenung jauh nampak? Aku lihat kau dari jauh tadi terdiam sahaja. Aku ingat kau pengsan. Kadir menyeloroh.

             Aku mengelamun rupanya. Lega hati aku. Kalaulah perkara tadi benar, sudah ku bunuh kawan ku Kadir, yang ku lihat sedang berjalan di sebelah gadis itu dalam lamunanku tadi.

             Tanpa disedari, jam di tanganku menunjukkan pukul 7.45 pagi. Mataku berkeliaran mencari gadis itu di perhentian bas.

            Kau cari siapa? Si dia? Dia dah naik bas di depan mata kau. Mat Jenin! Tu lah berangan lagi. Melepas lagi kau. Kadir menggeleng-gelengkan kepalanya.

            Dua tahun telah berlalu, aku masih takut dan malu untuk bersemuka dengannya. Puteri Impianku yang bernama Rahimah itu sudah pun berkahwin dan hidup berbahagia dengan suaminya. Suaminya sungguh tampan dan segak. Aku tidak dapat bertanding dengan suami seperti itu. Tapi suaminya tak lain tak bukan, Kadir temanku. Bila pula si Kadir mengurat si Rahimah sedangkan aku hari-hari nampak Rahimah di perhentian Bas? Lain kali aku akan tunggu gadis lain di MRT pula. Tengoklah kali ini aku pasti berjaya.



__________________
No WoMeN No CrY


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

mgkin gds laen pon cme cm tu. . .

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

cayok2!!

__________________

Siapa Adamku??? 



Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

tu laaa penakut sgt ..kan dah melepas..he he he

__________________
ami


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

lain kali jadi la berani, kalau jadi penakut smpi tua la x dpt jodoh

__________________
aam
ucu


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:

hahahhaha
tulah malu2 kucing konon........
kan dh terlepas......


__________________

AYIE.........



Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:



DAH TAK WAT CITE LG KE...?

__________________
maria


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

huhu.. bertuah rahimah...

__________________

waaaaAAaa... kaCiwAaa.....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Pengecut gler...wakakakakaka

__________________
MyHotComments.com
MyHotComments Br0k3n H34RT


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 88
Date:

usaha tangga kejayaan......

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

hahaha malu punyer pasal.sian dier....

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 25
Date:

hahaha hehehe...
tu la asyik brngan je keje...
smpi awek pun kena kebas ngan kwn sendiri...
siannnn die...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard