Pendapat aku.... Malaysia main memang best, mempunyai semangat juang yang tinggi dan sifat melawan yang jitu dan padu....
walaupun menang dan menjadi juara... satu je aku nak berpesan kepada semua rakyat Malaysia....
JANGAN LAGI MEMUJI MEREKA DENGAN KEMENANGAN INI, KALAU BOLEH KRITIK, KRITIKLAH LAGI, KERANA PUJIAN YANG MELAMBUNG ITULAH AKAN MEMBUNUH MEREKA!!!
Kita baru sahaja juara Piala Pestabola Merdeka, bukannya juara Olimpik atau Piala Dunia, malah Piala Asia pun kita tak penah sentuh lagi....
Masih banyak lagi kelemahan yang ada pada pasukan Malaysia, sifat selalu bertahan memang akan memakan diri.... mungkin kita kena bagi mereka peluang.... bagi lah peluang, tetapi jangan memuji.... kerana pujian itu hanya akan membuatkan kita berfikir kita sudah sempurna...
Pasukan yang layak ke Piala Dunia pun masih dikutuk teruk kalau mereka kalah.... apatah lagi kita yang tak penah langsung layak ke Piala Dunia....
Oleh yang demikian, pujian yang sebenar-benarnya, kita kena tunggu lagi....
ok gang,, tahniah gak aku ucapkan kat diorang termasuk safie sali pemain penyerang yg menjaringkan 1 gol merupakan member aku mase sekalah rendah dulu, sama2 pg sekolah naik beskal. selamat maju jaya
skali lagi aku ingin menyatakan disini bahawa saya xberape kenal ngan Safie Sali tersebut....tapi tahniah aku ucapkan kerana beliau telah berjaya mejaringkan 1 gol untuk Malaysia.....