Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: keberkatan malam nifsu sya'ban


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:
keberkatan malam nifsu sya'ban


Hari nisfu sya'aban adalah hari
dimana buku catatan amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan
diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan
dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15
Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban
sebaik
sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di
hari Nisfu Sya'aban :

1. Selepas solat maghrib (14
Sya'aban)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-
Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-
Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat
Maghribnya (14 Sya'aban)

i) Selepas Yasin pertama : mohon
dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada
Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon
rezeki yang halal untuk beribadat
kepada
Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon
ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam
iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat
11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam
Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira
nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah :

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam
bulan Sya'aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan
menjadi teman kpd nabi Allah Yusof
didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As,
Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam
nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3
malamnya, Allah turun ke langit dunia
lalu berfirman : adakah orang-orang
yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang
meminta ampun maka aku
ampunkannya,adakah
orang yang bertaubat maka aku terima
taubatnya dan diampunkan semua
orang mukmin lelaki & perempuan ,
melainkan orang yang berzina atau
orang
yang berdendam marah hatinya kepada
saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan
ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban
kerana amalan kita akan terhalang
dari diangkat ke langit sekiranya kita
derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam


__________________
~noty with my honey is okay what??~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard