Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEMANA UMUR KITA DIHABISKAN???


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
KEMANA UMUR KITA DIHABISKAN???


Betapa pantasnya masa beredar dan berlalu. Kini kita berada pertengahan 2007 dan menjangkau 2008. Umur kita juga akan menjangkau setahun lagi. Mahu tidak mahu umur kita telah meningkat lebih tua dari setahun yang lalu. Ini memberi erti bahawa jarak perjalanan kita menuju alam barzakh semakin dekat, panggilan bertambah nyaring, rumah kata pergi semakin lantang kedengaran. Bahagialah mereka yang membuat persediaan yang cukup ke arah menghadapi segalanya itu. Sebaliknya, akan kecewa dan binasalah mereka yang lalai dan tidak mengambil peduli perkara itu.

Sebagai seorang mukmin, tentulah kita yakin tenetang adanya hari kiamat, dimana pada hari itu setiap individu akan menerima balasan paling adil dari tuhan atas segala usaha dan amalan yang telah dilakukan selama hidup di dunia. Kita harus membuat perhitungan awal, apakah pembalasan yang bakal diterima di akhirat nanti serta berusaha sedaya upaya untuk mengumpul apakah yang boleh dibawa bersama-sama pada hari tersebut.

Pada akhir tahun itu, kita sepatutnya menghitung amal perbuatan yang lalu sebagai mana ingatan Rasulallah S.A.W supaya kaum muslimin mengira dan menimbang amalan-amalan diri sendiri sebelum orang lain mengira dan menimbangnya. Dengan berbuat demikian, dapatlah diperbaiki mana-mana yang cacat, menampung yang terkurang dan membetulkan mana yang tersalah. Jika kita tidak berbuat demikian, nantinya kita akan terus lalai dengan urusan dunia, jika dalam mengejar kemewahan dan kesenangan yang nilainya sementara. Allah juga mengingatkan, sebagai mana firmannya bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sampai boleh melalaikan dan melekakan kamu oleh harta benda dan anak pinak kamu dari mengingti Allah dan sesiapa yang bersikap demikian, maka mereka adalah dari golongan orang yang rugi. Berbelanjalah dengan harta benda kamu yang dikurniakan oleh Allah untuk jalan kebajikan sebelum kamu disambar maut. Pada ketika itu, kamu akan menyesal dan merayu kepada Allah. Wahai tuhan, berilah tempoh kepadaku sekejap sahaja supaya dapat akau bersedekah dan aku mahu jadi orang yang soleh dan ingatlah bahawa Allah tidak akan menangguhkan seseorang apabila sampai ajalnya dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.

Oleh itu, sebelum kita terlewat bertindaklah menghitungkan untung ruginya masa yang telah berlalu itu. Sebenarnya masa hidup kita di dunia ini amatlah terhad, jarang benar umur manusia di zaman ini berlanjutan lebih dari 100 tahun, hitung panjang kebanyakkan orang tidak lebih dari 70 tahun.

Cubalah kita perhitungkan, kalaulah sekadar itu sahaja umur kita dilanjutkan, berapa lama lagi sisa umur yang kita masih tinggal? Apakah patut kita habiskan masa yang sedikit itu untuk tidur, leka dan berkhayal, berhibur semata-mata, terus membuat fitnah dan mengadu domba, terus meniup api kebencian dan permusuhan sesama sendiri, sesama umat islam dan merancana berbagai perkara yang bukan sebenarnya dari ajaran islam yang suci, lagi murni.

Oleh itu, marilah kita memperbaharui azam masing-masing untuk terus meningkatkan usaha ke arah mencari dan mencapai keredhaan Allah dengan kerja amal yang benar-benar mendatangkan faedah kepada diri sendiri, agama, bangsa dan Negara. Semoga kehidupan kita diberkati Allah dan diakhirat nanti akan bersama hamba-hambaNya yang soleh.dan selamat hari kemerdekaan yang ke 50 tahun.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard