Adakalanya kita perlu serius membincangkan masalah yang kian menular d kalangan pelajar sekolah.Pada hari ini kita dapat lihat pelajar sekolah tak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah pantang disentuh oleh guru atau warden mereka..Kena sentuh sikit mengadu pada mak ayah,report polis,..dan saman menyaman. Guru tidak akan mengukum muridnya jika tidak membuat salah. Dan ibu bapa harus faham tugas guru..jika tidak sanggup anak dihukum buat apa hantar anak kesekolah.
Jadi siapa yang harus dipersalahkan?pelajar?guru?ataupun mak ayah mereka?atau polis..?(Eh!terlawak pulak..)
Aku nak tanya pendapat ahli forum yang bergelar mak seperti kak rose..yang sudah bergelar ayah seperti Amran Omar,..mahupun guru seperti Gab (bukan nama sebenar)..apa perasaan korang andaikata anak korg kena penampo kat sekolah..nak marah anak ke?marah cikgu besar ke?atau salahkan makcik cleaner dan tukang kebun?
Pendapatan haku... eh...!! terlawak jugak nampaknya...!! pendapat haku ialah kita perlu memberi perhatian kat ibu bapak dan bukannya kat anak2... dan sekiranya anak tidak membawak buku skolah ke skolah ( errr... tak temasuk buku skolah memandu tau...) kita perlu rotan mak bapak..!! rotanan tu plak musti la dirotan menggunakan rotan bukannya menggunakan pembaris skolah... nanti cekgu takde pembaris lak ntuk merotan pelajar skolah...! sebab kita musti rotan mak bapak ialah kerna....
- mak bapak tak memantau atau tidak mengambik tau akan perihal anak2nya... - bapak mak jugak tidak mengajar perkara mahmudah kat anak2nya... - mak bapak sent anak2nya ke skolah seperti melepaskan batuk di tangga dapur yg usang... - bapak mak pandai wat anak jer.... jaganya....huhu...!! sendri pk la.....
kalo bagik penampar tu mmg dh keterlaluan.apetah lagi kalau merotan pelajar sebanyak 20 kali kan.itu adalah sgt sakit terutama sekali di bahagian yang amat penting sperti punggung. aku kalo kena rotan kat sekolah pun kena rotan kat tangan kiri(bukan tangan menulis).paling teruk pun bersihkan longkang sekolah selama 2 minggu.
ermm..tapi kami pelajar SMK Bintulu amat bernasib baik kerana di skolah ini tiada kolam.kalau tidak kami harus berendam di dalam itu selama sejam umpama kerbau berkubang.
tapi masalah disiplin di sekolah memang amat teruk sekarang ni.pelajar merokok bukan lagi sesuatu yang luar biasa.kalo student2 jaman sekarang nengok website 'blue' pun org tak kisah sangat.seperti kata aku tadi..bukan sesuatu yang luar biasa.
sekiranya seorang remaja itu sangat teruk perangainya tetapi tidak dihukum/dimarah/diberi pengajaran oleh ibu bapa mereka.maka baru la kita boleh salahkan ibubapa kerana tidak memarahi @ memberi pengajaran dengan menghukum mereka.tak kiralah cara menghukum tu seperti menarik balik handphone,kena kurung sebulan ke..apa2 jelah kan jenis hukuman. sekiranya guru pulak yg mengajar pelajar2 tentang sesuatu yang amat negatif contohnya menggunakan ayat2 lucah @ kesat semasa mengajar.maka guru boleh disalahkan.tapi kalau nak menghukum tu mestilah setimpal dengan kesalahan yg telah dibuat oleh pelajar.
semua remaja mempunyai perasaan ingin mencuba.sekiranya diketatkan sedikit peraturan.seperti 'ban' semua website2 lucah,melarang orang2 dewasa merokok di hadapan remaja supaya remaja tidak mempunyai perasaan ingin merasa bagaimana rasanya merokok.perasaan ini boleh menghancurkan hidup mereka.dan menjejaskan kesihatan mereka.negara kita juga mempunyai masalah serius tentang dadah.dadah ini amat mudah didapati.kat bintulu ni pun ada jugak tempat jual dadah.tapi polis xde plak nak berkas ke apa ke kan.tapi kalau polis dah tau tapi takde buat apa2 tindakan maka boleh menyalahkan polis.
sebenarnya terpulang daripada penilaian kita sendiri untuk menentukan siapa yg bersalah. tapi kalau anda seorang dewasa,haruslah menunjukkan contoh yg baik kepada remaja2 sekalian.
ohh!teramatlah panjangnya apa yang ditulis oleh saya itu tadi..
ok..ok serius!!!bagi pandangan akula,ibubapa perlu menitik beratkan hal2 persekolahan anak2 mereka.. pantau segala aktiviti anak2 mereka,jangan mudah percaya dengan lakonan budak2 sekarang nie,waktu pagi fuhhh kemas giler,nak pergi sekolah konon2yer... samapi pertengahan jalan,lepak kat cyber cafe,shoping kompleks..siap bawa baju spare lagi!!!alamak salah topik pula...
pendapat aku semua pihak,kena ada rasa tanggunjawab.. sebagai murid, laksanakan homework yang guru bagi,bawa buku. jangan langgar peraturan sekolah.Tak kanla,guru tak ada otak, nak pukul murid2 sewenang2nya.Di pihak guru2 pula,kalau ada segelintir murid2 yang melakukan kesalahan,hukumlah dengan hukuman yang sewajarnya...jangan jadikan, anak murid tempat pelepas geram..masalah rumahtangga jangan bawa,sampai ke sekolah..kelak anak2 murid jadi mangsa...
ibubapa mcm yang hujah kat atas tu(huhhh sampai hujah2 plak nie). kena amik tau,segala aktiviti anak2 mereka...kena ada komunikasi yang baik sesama anak-beranak...barulah dapat membentuk anak2 yang cemerlang!!bak kata cik asb,jangan pandai buat anak jerk.. setakat buat anak,kucing rie pun boleh..
kepada makcik2 cleaner dan tukang kebun...lakukan tugas anda dengan berhemah!!!kerana persekitaran sekolah yang bersih.. memudahkan pelajar menimba ilmu..... hikhikhikhikhi i lab u pakcik guard
itu sbb skrg stp tahun, cikgu2 kt malaysia nie kene wat report kalo prestasi ank murid diorg xmemberangsangkn...dlm report tu pulak kene tulis salah cikgu tu knp die xleh wat ank murid die b'jaya....bkn tulis report slh ank murid diorg...
kalo xde jbtn pelajaran xwat mcm nie, almtnye mau byk lg budak skrg nie rosak...
Sebagai ibu kpd anak2 yg dah bersekolah, aku rasa tanggungjawab terletak dlm tangan semua pihak..Baik ibu bapa, guru, masyarakat dan pihak berkuasa memang ada peranan masing2.
Zaman dah berubah..pelajar skrang bukan mcm kami dulu yg takut pd cikgu setengah mati. Tapi x boleh nak salahkan pelajar 100 % sbb guru pon kebanyakannya bukan ikhlas nak jadik pendidik tapi sbb dah xde keje lain..so sapu je lah jawatan tu walhal x minat pon..
Nak jadik 'pendidik' kena byk sabar..remaja skang ni pulak byk yg 'kurang ajar', so situasi skang ni ibarat buku bertemu ruas.. Itu yg susah..
Ini belum lagi aku sentuh peranan ibubapa, masyarakat dan pihak berkuasa..kang mau 3 page aku sapu kang..
kerana guru tak bertegas la meningkatnya gejala sosial para budak sekolah....
Cuba kita tengok.... WAKTU BILAKAH BUDAK2 SEKOLAH ni akan jadi jahat???? Waktu beliau kat rumah ke??
TIDAK.... sebenarnya waktu disekolah lah ia menjadi peluang kepada budak2 ni untuk membuat apa sahaja.... bila dirumah, baik giler depan mak bapak... pastu budak2 ni cakap ada tusyen kat sekolah... padahal??? cyber cafe ataupun merempit...
pastu guru plak bila nampak kesalahan diorang tak bleh pukul sebab akta takda membenarkan pukul budak diluar sekolah....
so sapa yang salah???
sapa??? sapa??? bagi tau aku sapa??? rose yang salah?? gab yang salah??? hah?? hah???
(tiba2 sahaja rie tertransnasional dan beremosi yang amat sangat)
Sepatutnya mak bapak tu yang kene anta gi sekolah... pandai nak beranak jer.. tapi tak reti nak jaga... bila cikgu tolong jaga.. di kondem nyer cekgu tersebut....
Mak bapak hingat cari duit, hantar sekolah, blh menjadikan anak dia tu 'manusia'? Kasih sayang mak bapak yang terlampau membuatkan plajar jadik hampeh, manja cam Jubin, serta buruk perangai cam Gab....
Ada kes kat sekolah wife aku.... Anak dia beromen, cikgu dapat tau terus bagi hukuman... Besoknyer mak bapak tepon sekolah bagi warning... yang jadik mangsa cikgu2 yang nak mendidik anak dia jadik baik... PADA korang.. adakah cikgu yang bersalah? Plajar lebam pikiran cam Mat The Itik yang bersalah? atau Pak Guard yang tak tau menda tu yang bersalah?
haaaaaaa aper pulak polis nie yang jadi mangsa?????? ko terangkan sket????
skarang nie mak bapak otak dah lemah dek kena aircond slalu...... masa aku kecik2 dulu cikgu bawak cable brek motor untuk rotan murid2 memang garang sungguh cikgu dulu2....kekadang badan aku berbekas2 kena rotan ngan cikgu tuh.....aku slalu main lastik kat sekolah masa darjah 5. kena tangkap berbekas kat belakang badan aku... balik rumah kena ngan bapak lg ngan tali pinggang tentera yang kaler hijau tuh.pas tuh aku calar2kan keta proton saga cikgu tuh sebab geram. aku kena lagi dia pukul aku dengan pembaris kuning sampai patah. dia terajang aku.......
tapi hasil nyer skarang aku jadi insan yang berguna..... tindakan guru adalah untuk mendidik aku sampai aku tahu erti kehidupan sebenar....
jadi knapa skarang kita nak salahkan guru......... walaupun aku dulu bencikan guru. tapi skarang aku cari guru tersebut nak minta maaf dan kerana dia juga aku berubah, terima kasih cikgu osman bin ibrahim guru sekolah anak anak tentera kem tok jalai jitra kedah.
__________________
DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA. TAK PERCAYA KE ? LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!
haaaaaaa aper pulak polis nie yang jadi mangsa?????? ko terangkan sket????
skarang nie mak bapak otak dah lemah dek kena aircond slalu...... masa aku kecik2 dulu cikgu bawak cable brek motor untuk rotan murid2 memang garang sungguh cikgu dulu2....kekadang badan aku berbekas2 kena rotan ngan cikgu tuh.....aku slalu main lastik kat sekolah masa darjah 5. kena tangkap berbekas kat belakang badan aku... balik rumah kena ngan bapak lg ngan tali pinggang tentera yang kaler hijau tuh.pas tuh aku calar2kan keta proton saga cikgu tuh sebab geram. aku kena lagi dia pukul aku dengan pembaris kuning sampai patah. dia terajang aku.......
tapi hasil nyer skarang aku jadi insan yang berguna..... tindakan guru adalah untuk mendidik aku sampai aku tahu erti kehidupan sebenar....
jadi knapa skarang kita nak salahkan guru......... walaupun aku dulu bencikan guru. tapi skarang aku cari guru tersebut nak minta maaf dan kerana dia juga aku berubah, terima kasih cikgu osman bin ibrahim guru sekolah anak anak tentera kem tok jalai jitra kedah.
__________________
DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA. TAK PERCAYA KE ? LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!
Aku tau la ko nk bodek cikgu. Tp agak2 r, jgn posting 2 kali.
Bg aku plk, aku rasa aku tergolong dlm golongan ibu yg anaknyer x boleh d sentuh langsung. wlupun d jentik menggunakan bulu ayam. Oleh yg demikian, guru2 jgnlah suka2 nk mengkarate anak saya. Saya bom karang.
masing2 kena ambik peranan...guru plak kalo nak menghukum ader prosedur nyer..bagi surat kat ibubapa,hantar salinan kat j.pendidikan,so aper yg berlaku di sekolah,walau aper pun semua dapat tau,ni tak!!2-3 minggu cikgu pegi khusus,balik2 terus hentam pelajar,tak disiasat dulu...mak bapak plak kalo anak kena hentam jer bg warning kat skolah,tu yg budak naik lemak smpi kepala tu..mak bapak pun siasat lahh kenapa anak dier kena hukum,kalo hukuman tu betul tak ke malu kena batang hidung sendiri,makbapak pun ambik masa skit check buku sekolah anak2,tak kira lah anak tu sek rendah ker menengah ker,sama2 kena ambik peranan...
maju kah persekolahan kampung pisang...
__________________
CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...
bg aku tk salah kalo cikgu nk menghukum murid2...tp agak2 ar....jgn ar bedal sampai patah2 riuk wat cam WWE lak...emak bapak mana yg tk panas kalo ank kena camtuh...
ha'ah..aku selalu gak kena bedal oleh mak bapak aku.. maklum le aku kan kiut..ramai le musang2 berjanggut suka2 sakat aku dan nak ikut aku balik. satu hari tu bapak aku nampak, maka aku dibedal dgn rotan paling halus..sian aku uwaaaaaaaaaaaa
(eh, aku ni remaja ke??)
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
Pada aku, bila kita sendiri dah jadi ibu atau bapa..barulah kita tau 'feel' mcmn sakitnya hati kalau anak dibuat sesukahati oleh para guru (bukan puteri sesukahati).
Nak pukul ke nak bg pengajaran ke ada caranya, ada hadnya.. Bukan kata x boleh. Dah budak tu salah memang wajib kena hukum tapi ikut kesesuaianlah...
aar kan rose..pukul ada hadnye ye tak? pukul berhemah le namanye..
tapi kalau dah tego, dah nasihat, dah diplomasi..mereka tu camtu jugak adalah lebih afdal panggil je sorang2 pastu smax je montot masing2.. kekadang dgn cara ni murid2 tu dah sedar, dah insaf tapi mak bapak pulak yg mengada2 lebih..esok2 bila anak gagal..salahkan cikgu jugak..bila anak jatuh moto bila merempit, tak pulak depa tu ngaku depa salah sbb bagi moto kat anak depa tu..mcm le moto tu bleh dibeli dgn daun getah...kalau tak mak bapak tu yg bagi duit beli moto tu..
betul tu..aku sukung..bak kata kak rose ada hadnya.. bagi pelajar yang tak bawak buku kesekolah had ayunan rotan adalah 50 km/jam yakni bersamaan dengan kadar kelajuan kereta yang melalui lebuhraya utara-selatan. Manakala perlajar yang mebuat bising dan kacau bilau diskolah..had kelajuan rotan yang bersaiz lidi penyapu adalah 100km/minit yakni selaju motor Capirossi..
Benda ni kacang je.. Pada aku, kasi semula 'power' pada guru2 utk menghukum pelajar yg buat salah. Tak semestinya dgn hukuman spt rotan, pelempang mahupun teknik penamat John Cena menandakan guru itu tidak menyayangi murid2nya.. semua itu hanyalah sebagai pengajaran utk kesedaran mereka jugak..
Mmg benar masalah disiplin bermula dari sekolah, kerna terpengaruh dgn rakan2 sebaya lain. Jadi dari sekolah juga la kita kena kawal semua tu. Korang tanya je Rie Cipan, dari mana beliau menceburkan diri dlm bidang penghisapan rokok serta menjolokan bola snooker? Dari rakan2 sekolah... Kalau ditanya Jubin, dari mana beliau belajar mengorat jantan negro sebagai pemuas hawa nafsu beliau? Dari rakan2 sekolah.. Jadi mmg bertepatan la kawalan bermula dari sekolah..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
bg aku lak kita x leh nak salahkan sesapa..puncanya dr sej negara kita sendiri.. western culter mmg dah ada since dr dulu.. cuma setiap manusia ada akal..so kena pikir sendiri..bukan sekolah je..tp y dah tua2 pun perangai teruk..so bila x de roll model yg baik..makin teruk prangai bdk skrang..