huh! kau lagi tipu aku lagi dah banyak kali hampir seratus kali sampai aku pun dah lali suka2 datang suka2 pergi pun berkali2 maaf tapi buat jugak lagi atau dah memang hobi kalau tak tipu tak senang hati aku dah benci dah bosan baik hati kau tak pernah nak hargai hanya tahu melukai menyakiti tanpa simpati aniya orang sesuka hati dengar sini kekasih hati ku ulang kata berkali2 kenapa tak faham lagi jangan ganggu aku lagi aku selesa begini hidup sendiri daripada makan hati aku sengsara kau buat tak peduli tak pernah aku berkecil hati masih menyintaimu seikhlas hati ku bawa rajuk di hati sendiri ubati kenapa kau cari penat la layan kau lagi asyik2 kau jugak lagi apa dah tiada orang lain di dunia ini aku tak cinta kau lagi jaga lah dirimu sendiri jangan abaikan kesihatan diri hidup baik2 di kemudian hari bahagia hendaknya kamu nanti tak kira siapa pun pengganti sebenarnya aku tak sampai hati lihat kau berkeadaan begini tapi aku tekad kali ini agar kau lebih hargai insan yang menyayangimu setulus hati kelak tiada lagi yang meratapi kesan sikapmu yang teruk sekali aduhai sayang kekasih hati maafkan aku memilih jalan ini ku pohon dengarlah kataku sekali lepaskan lah aku pergi selamanya...abadi...
-- Edited by Amirshah at 15:20, 2007-07-20
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????