Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo da Vinci.Apa yang membingungkan potret yang telah berusia lebih 500 tahun itu mencetuskan misteri sehingga kini.
Sudah tentu tentang identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman menawan.Lukisan berasaskan cat minyak itu mengambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya.Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangan dirapatkan antara satu sama lain.
Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus mengerakkan peralatan lukisannya menggunakan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan matanya pada 1503.
Pelukis mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lukisan itu dengan penuh penekanan dan ketelitian dalam proses menghasilkan potret bergelar 'Monalisa" itu hingga siap 4 tahun kemudian.
Misteri Potret Monalisa
* Identiti Monalisa itu sendiri
* Riak wajah Monalisa
* Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tak kira dari arah mana mereka melihat
* Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan
* Makna senyuman Monalisa sehingga menjadi igauan penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam mentafsirkan maknya senyumannya
* Sekecil-kecil sudut dalam potert itu dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa
Teori Mengenai Monalisa
* Monalisa yang sebenarnya ialah Lisa Gheredini yeng merupakan isteri kepada pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona lisa bermaksud madam Lisa
* Seorang penulis, Serge Barmly pula mengatakan teori model Monalisa adalah ibu kepada Da Vinci yang bernama Caterina
* Terdapat juda pengkaji seni mengatakan wajah Monalisa tidak merujuk kepada mana-mana model tetapi hasil imaginasi Da VInci sendiri yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang
* Teori yang paling mengejutkan dikemukakan oleh Dr. Lilian Schwartz dari Bell labs yang mengatakan wajah Monalisa adalah dari wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan.Teori ini diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Monalisa dengan wajah Leonardo sendiri dan mendapati kedua-dua bentuk wajah itu selari
Fakta Potret Monalisa
* Lukisan itu menjadi popular setelah dicuri dari Muzium Louvre pada 1911.Setelah kecoh kehilangan itu seorang pekerja muzium Vincenzo Peruggia didapati bersalah
* Lukisan itu dijumpa dan dikembalikan ke Muzium Louvre 2 tahun kemudian
* Judul 'Monalisa' diberikan selepas 31 tahun kematian Leonardo.Judul lain bagi potret itu ialah 'La Gioconda'
* Terdapat pertikaian bahawa Monalisa membiarkan rambutnya lepas mengurai ke bahu sebagaimaan terlihat dalam lukisan,tetapi ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu ialah kain pelindung kepada dan hanya beberapa helai rambut kelihatan.Perbuatan membiarkan rambut lepas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
Seperti mana Mona Lisa... Monalibean jugak mempunyai rahsia tersendiri...
1. Rambutnya disikat kearah tepi dan rapat-rapat menunjukkan Monalibean merupakan seekor makhluk yang agak Skemaaa....
2. Senyumannya dikatakan adalah untuk mengorat Lalat taik yang kebetulan berada atas bahu Gab.... Hancingla Gab nie...
3. Lurah dada Monalibean yang terserlah pernah mendapat sanjungan dan kajian dari pakar buah-buahan dada Prof. CipanRie, yang dikatakan terlampau angau ngan lukisan tersebut.
4. Patung ditangan Monalibean dalam potret tersebut, dikatakan kepunyaan Chek 'Am yang telah dicuri tanpa niat oleh pelukis tersebut untuk memantapkan hasil lukisan beliau...(Napa nama aku ada gak nie???)
Pinces..ni Monalisa ker Roshaliza versi alaf bru?Kompius aku.Klu Da Vinci tngk tobat dia xmau lukis...
cane leh kantoi ni??mane ko taw tu gambo roshaliza?oh tidak!!!
monalisa laaa,roshaliza apa kehenya...budak2 o.k.u pun tak mau nak lukis muka beliau!!!siapa roshaliza yang sliper cakapkan nie???tak kenal pun,mesti tak pames macam aku kan