Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: resepi best nih....!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
resepi best nih....!!


melansingkan muka
--------------------
setiap pagi apabila bangun dr tidur, urut muka perlahan-lahan dr bawah ke atas.kekerapan mengunyah chewing gum jugak boleh melansingkan wajah. --> selain melangsingkan wajah..dagu berlapis pun boleh hilang...kan best tuh..a-bgrin.gif

membersihkan wajah
-------------------
untuk membersihkan wajah dan tidak memerlukan belanja yang besar mudah sahaja.
ambil sebuk teh yang tlh digunakan lepas tu sental kat muka jangan terlalu kuat lakukan 1 @ 2 kali seminggu/ jgn tiap-tiap hari nanti kulit jadi kering lepas tu cuci dengan air suam sehingga bersih.Insya Allah mudah-mudahan berjaya...

Mengatasi gusi bengkak/sakit gigi
-----------------------------------
untuk mengatasi masalah bengkak gusi/sakit gigi, cara mudah dan senang ialah ambil 2tangkai atau 3tangkai bunga cengkih letakkan dalam mulut di kemam hingga kembang. Kasiat bunga cengkih adalah ia mengandungi antiseptik yang cukup berkesan. Insyaallah selamat mencuba...

mencantikkan kuku
-------------------
1) hiris buah belimbing yang masak kemudian
cuci kuku anda dengan buah belimbing seperti tenyehkan buah itu dikuku hingga kilat kemudian basuh kan dengan air suam.selamat mencuba!!

2) Seandainya ada masalah kuku seperti bernanah pada bahagian kuku kaki atau kuku tangan (makan cengkam/istilah Terengganu)dan kuku menjadi hitam serta berbau busuk rawatlah dengan cara membalutnya dengan serbuk kunyit.Amalkan dalam masa seminggu INSYAALAH PENDERITAAN YANG ANDA TANGGUNG DAPAT DIATASI.

3) pertama sekali...ambik 1 biji limau nipis...hiriskan limau tersebut...kemudian ramaskan di dalam semangkuk air suam... kacau rata...rendamkan kuku ke dalam air tersebut selama 4 minit...kemudian bersihkan dengan air......keringkan dengan seterika (kalau nak kelainan) hehehhe.. acah jer...keringkan dengan kain bersih... cuba seminggu 3 kali...pasti menjadi..."lihat kuku ku...cantik berseri kan"....mekacih...

Menampakkan Seri Pengantin
---------------------------
Ambil segenggam beras pulut, goreng tanpa minyak sehingga kekuning kuningan. Blender bersama seinci kunyit hidup. Kemudian ayak. Tepung yang sudah diayak tadi campurkan dengan 2 biji kuning telur dan sebiji limau nipis. Sapukan campuran tadi di muka dan badan. Insyaalah muka dan badan anda akan licin, halus dan bertambah seri. Abang pun meleleh...... a-bgrin.gif

menghilangkan tumit yang retak
--------------------------------
Ambil hampas kelapa dan gosok dibahagian tumit yang retak. Amalkan setiap hari insyaalah tumit anda akan kembali merah seperti sediakala.

memancungkan hidung dan memerahkan bibir
------------------------------------------
mancungkan hidung anda dengan mengurut dan menariknya ke depan setiap kali anda bangun pagi. ini kerana tulang hidung kita lembut ketika itu. amalkanlah setiap pagi.
untuk memerahkan bibir pula, amalkanlah menyapu majerin pada bibir setiap kali hendak tidur malam.

menghilangkan panau
---------------------
di kampung-kampung pedalaman kita masih dapat melihat orang-orang lelaki yang berpanau pada muka dan ada yang seluruh belakang.ianya gatal-gatal dan kebanyakan orang sukar mengubatinya. untuk mengubatnya,ambil seketul lengkuas, potongkan dan bahagian yang kena potong itu digosok perlahan-lahan pada panau itu.
lakukanlah beberapa kali.Insya Allah sembuh.............


okeh..dah byk petua ni...selamat mencuba..a-bgrin.gifwassalam...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard